05 di juasseh - Google Blog Search |
<b>Juasseh</b> Cafe: ALCOHOL. BERSAMA 'SPIRIT OF LIFE' Posted: 06 Feb 2013 06:31 PM PST 22hb Jan.2013. Suatu ketika aku teringat semasa zaman kanak kanak aku, waktu itu rumah aku belum mempunyai bekalan letrik lagi, walaupun ada peti tv tapi tak boleh tengok selalu nanti 'bateri' habis, waktu menonton hanya pada waktu malam sahaja jadi pada siang hari nya aku bermain main di kawasan rumah. Pada waktu malam nya abang aku yang tua akan memasang lampu 'gasolin' supaya rumah aku terang . Lampu gasolin ini memerlukan minya tanah untuk dinyalakan, ia memiliki sumbu yang seakan akan mentol lampu letrik apabila menyala, sumbu ini perlu di bakar dulu, untuk membakar sumbu ini, ia memerlukan satu lagi bahan api lain yang di panggil 'spirits' yang cepat menyambar api apabila di bakar, sama seperti minyak petrol. Setelah 'spirits' menyambar api dan sumbu pun terbakar, abang aku akan cepat cepat mengepam minyak tanah yang ada didalam tangki lampu itu, dan kemudian meng 'ejas' kan 'valve' yang ada dilampu itu untuk angin, setelah melaku kan beberapa ketika lampu itu pun menyala dengan baik nya, maka dapat lah kami cahaya terang untuk kami makan malam sebelum duduk menonton peti tv. Satu ketika aku bermain main di kawasan rumah, tiba tiba kaki aku terpijak kaca, aku menangis kesakitan, mak aku terus mendapat kan aku, dengan pantas mak aku mancapai 'spirits' yang sebelum ini digunakan untuk menyalakan lampu, kemudian tanpa ragu ragu terus mencurah kan cecair itu di tapak kaki aku yang luka tadi, aku merasa sejuk dibahagian yang terkena cecair itu kemudian aku meraung kepedihan, rasa sejuk bertukar pedih apabila terkena tempat yang luka itu,kemudian cepat cepat mak aku membalutnya dengan kain. Cecair 'spirit' itu sangat berkesan, darah luka aku cepat berhenti, luka aku cepat bertaup, tidak berkudis dan cepat sembuh. Suatu ketika disekolah ada van hospital datang bersama beberapa jururawat, hari tu kami murid yang sebaya akan di berikan suntikan 'cacar'. Aku berdebar debar, kini sampai aku punya 'turn', mula mula 'misi' tu sapukan kapas yang lembab ke lengan bahu, aku merasa sejuk dan selesa kemudian terus dia membenam kan jarum suntikan. Bahan yang di sapu sebelum suntikan itu aku tahu, ia adalah 'spirits' seperti yang mak aku gunakan bila aku luka. Suatu ketika aku dengar perbualan mak dan bapak aku, kata nya nak buat dua sekali, aku dan abang aku la tu, pakai hospital punya, dengar punya dengar dan aku faham, aku dan abang aku akan di 'sunat' kan sekali. Sampai saatnya, aku berdebar debar menunggu giliran, budak kampung yang senior gelak kan aku, dia kata muka aku pucat, abang ipar aku tenang kan. Sampai giliran aku, sebelum 'potong' dia sapu kan kapas yang lembab dekat 'anu' aku, aku rasa sejuk, aku tau itu benda yang sama yang mak aku pakai bila aku luka, 'spirits', aku tak ragu ragu pun, aku tau 'tok mudin' hospital itu tak akan potong habis anu aku. Begitu lah bahan yang di panggil 'spirits' yang memiliki berbagai guna, selain sebagai bahan api ia juga untuk 'first kit' kami disaat kecemasan di samping itu ia juga untuk mencairkan getah untuk di buat jerat burung. Ikhlas Dari 'Juasseh Cafe'. |
You are subscribed to email updates from di juasseh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan