Khamis, 31 Oktober 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search

Taipingmali : Kecoh <b>di</b> Kampung Hakka Mantin <b>Seremban</b>

Posted: 31 Oct 2013 07:43 AM PDT

Cerita 1

Dalam kejadian tengahari tadi , enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.

Polis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.

Mereka mahu menjadi hero bertindak memaki hamun pihak Polis , apa ingat negara ini tidak ada undang undang ke ? Sumbat saja dia dalam lokap dan jangan tunjuk biadab di Negeri Sembilan , baru beberapa kerat dah nak tunjuk belang. #TokMatMBNSbest

— with Mohd Zairi.

Cerita 2
Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.
Turut ditahan dan dibawak keluar dari kawasan operasi tersebut ialah seorang lagi aktivis PSM.

Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap.

Dalam kejadian seterusnya pada tengahari, enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.

Operasi perobohan bangunan berkenaan seterusnya dimulakan tidak lama kemudian.
Pada 30 September lalu,  pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu,  diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman.
NONESementara itu, pengarah eksekutif Suaram, E Nalini; ketua kampung Hakka, Chong Tza Yew, dan sekurang-kurangnya enam aktivis dan penduduk kampung itu turut ditahan di bangunan lain yang akan dirobohkan.

Mereka berada di pintu masuk bangunan itu apabila anggota polis menyuraikan mereka pada kira-kira jam 1 tengahari, dan kemudian memotong kunci untuk sampai kepada penduduk.

Penduduk keluar dari rumah itu dan kemudian beredar dalam sebuah kereta manakala pekerja mengosongkan perabot dan peralatan di situ.

"Saya bangga dan menghormati DAP dan PSM kerana tampil dan bercakap dengan polis bagi pihak kami. Mereka sanggup datang ke pintu depan saya untuk menunjukkan sokongan tetapi ditangkap," kata Reena Sir Muhammad ketika ditemui kemudiannya. Beliau tinggal di rumah di mana Nalini ditangkap.

Turut tinggal di rumah yang sama adalah Sidek Muhammad Medan Khan, yang mendakwa dilahirkan pada tahun 1951 di kampung tersebut tetapi tiada kerakyatan. Dia juga mengalami masalah mobiliti disebabkan penyakit kongenital dan bergantung kepada tongkat untuk bergerak.

NONE"Selepas semua ini selesai, barulah kita boleh membantunya untuk mendapat kerakyatan," kata anak saudaranya, Mohd Amin Sir Muhammad sebelum perobohan itu.

"Kami tidak bebas. Terdapat gangguan di sana-sini dan dia takut untuk meninggalkan rumahnya. Mengapa? Dia takut rumahnya akan dirobohkan. Di mana dia hendak tinggal?"

Tiada konfrontasi berlaku ketika pihak berkuasa sampai ke bangunan ketiga dan terakhir yang diduduki, yang ditetapkan untuk dirobohkan pada jam 2.10 petang .

Rumah itu didiami keluarga Amarjit Kaur, 49, dan rumah itu, menurutnya, dibina oleh datuknya.

"Saya amat kecewa. Sekurang-kurangnya mereka patut beri kami sedikit masa dan biarlah kami meraya Deepavali (pada hari Sabtu). Ini adalah sambutan Deepavali terakhir kami di sini," katanya ketika ditemui.

Dalam laporan terbaru mereka, PSM berkata sehingga 19 orang telah ditahan, termasuk beberapa orang penduduk kampung.

NONEMengikut peguam yang mewakili pemaju, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sharif, sejumlah 22 bangunan dijadualkan dirobohkan hari ini, di mana tiga daripadanya didiami.

Pada jam 3.30 petang ini, sekumpulan aktivis dan penduduk tempatan berkumpul di luar ibupejabat polis Nilai di mana mereka yang ditahan ditempat, bagi membantah perobohan dan tangkapana tersebut.

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search

Taipingmali : Kecoh <b>di</b> Kampung Hakka <b>Mantin</b> Seremban

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search

walaweiiii.... adun umno-bn dari <b>paroi</b> kaki tengok <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 11 Sep 2013 12:32 AM PDT

Mohd Ghazali Wahid, ADUN Paroi 'menyertai' sebilangan besar pengguna FACEBOOK yang dikatakan telah melihat atau menyertai tapak page lucah. Sama ada perbuatan tersebut dilakukan secara sengaja, atau pun tidak, sebarang aktiviti dipamerkan dan disiarkan kepada semua pengguna FACEBOOK yang menjadi 'FRIEND' Mohd Ghazali Wahid. 

Biarpun Mohd Ghazali sebenarnya cuba memberikan alasan bahawa ia tidak mungkin dilakukannya memandangkan status dirinya mahupun pegawai khas yang dilantik sebagai admin page peribadinya itu, namun alasan tersebut sebenarnya tidak menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku!!!

Bagi mereka yang sudah 'terkena', kejadian yang menimpa Mohd Ghazali bukanlah sesuatu yang baru dan menggemparkan. Apatah lagi, pengguna Facebook seringkali mengadu tentang 'virus' dan 'parasit' yang menyamar sebagai 'friend' dan kemudian meletakkan link yang bukan-bukan. Klik pada link tersebut akan terus membawa kita ke laman web tidak senonoh tersebut.

Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat.
Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.
Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.
"Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.
Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis.
"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya. (SUMBER)

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search

Cetusan Mukara: Pemilihan Umno 2013: Pertembungan Mohamad <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2013 11:44 PM PDT

Kedudukan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan (gambar kiri) selaku Ketua Bahagian Rembau bakal dicabar oleh bekas wakil rakyat dan ahli majlis mesyuarat negeri, Datuk Rais Zainuddin (2004-2008) dalam pemilihan Umno yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pertembungan ini lebih afdal disebut sebagai 'persengketaan peribadi' yang melebihi daripada 'pertentangan politik jawatan'. Kita tidak mahu mengapi-apikan sentimen kebencian politik tetapi ia sekadar pandangan yang melihat kesan dan hasil daripada pertandingan jawatan tersebut.
Ada sumber menyebut bahawa tujuan Rais menyertai perebutan jawatan Ketua Bahagian Rembau ini adalah untuk mengembalikan suasana kekeluargaan di kalangan ahli-ahli Umno Rembau. Apakah misi beliau ini cuba mengambarkan bahawa suasana dalaman Umno Rembau begitu berkocak? Mungkin ini antara strategi beliau untuk pihak luar membuat tanggapan dan menjadi persepsi yang 'boleh' memberi undi simpati!
Mengimbas kembali suatu situasi pada tahun 2008 lalu dan lebih khususnya ketika Umno NS ingin menyerahkan senarai akhir calon-calon PRU-12 kepada Pak Lah. Senarai calon daripada Negeri Sembilan telah dirombak seminggu sebelum pengumuman calon BN. 
Telah dikhabarkan bahawa dalam senarai akhir yang pertama itu, nama Rais Zainuddin ada sebagai calon bagi Dun Chembong. Mungkin timbul bantahan ramai pihak dan beberapa pandangan yang tidak memihak kepada beliau, nama Rais telah digugurkan dan diganti dengan Dato' Zaiful Bahari. 
Pada waktu itu, kencang tersebar khabar bahawa Rais Zainuddin bakal disebut-sebut sebagai MB baru Negeri Sembilan yang dikatakan menggantikan Mohamad Hasan. Ada sumber lain menyebut, Rais mempunyai hubungan yang rapat dengan arwah isteri Paklah. 
Mungkin inilah yang menjadi punca kepada 'Persengketaan Peribadi' Rais terhadap Mohamad Hasan yang dilihat berjaya mempelantik keluar beliau daripada politik seketika.
Akan tetapi pengguguran Rais itu lebih kepada kegagalan beliau dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai exco dahulu. Peringkat awal pentadbiran Mohamad Hasan begitu teliti dan progresif bagi memberi gambaran yang baik kepada rakyat akan seriusnya beliau mentadbir negeri ini. Mungkin Rais tidak mampu mengikut kehendak atau KPI yang diperlukan oleh kerajaan negeri.
Rais, 57, merupakan Ketua Umno Cawangan Air Hitam, Chembong. Beliau juga Pengerusi Alumni Kelab Umno Luar Negara. 
Jika melihat kepada peluang dan harapan, adalah sangat diyakini bahawa Mohamad Hasan akan menang mudah. Selaku MB Negeri Sembilan memerangkap Pengerusi Umno NS dan Ketua Bahagian Rembau, keupayaan dan kekuatan beliau bakal dibantu oleh rangkaian politik yang telah dibina sejak 2003 lagi. Manakala Rais Zainuddin agak terpisah daripada arus politik dalam waktu yang lama. 
Cengkaman politik Mohamad Hasan di Rembau agak sukar digugat. Pernah ada cakap-cakap kedai kopi, kalau pembangkang nak menang Rantau, tunggu Mat Hasan bersara atau mati. Ia satu penegasan yang memperlihatkan betapa ampuhnya pengaruh beliau di Rantau khususnya dan Rembau amnya. 
Rais harus bersedia dan mempunyai persiapan rapi lagi gagah untuk merempuh rangkaian politik Mohamad Hasan jika mahu memenangi jawatan Ketua Bahagian. Mungkin Mohamad Hasan mampu tersenyum panjang hingga tamat tempoh mengundi tanpa perlu menunggu keputusan keluar. Rais harus punya jiwa 'political animal' untuk 'membunuh' raksasa politik!
Jangkaan sokongan Rais akan berpunca dari beberapa cawangan sekitar Dun Chembong dan Kota tetapi tidak menjadi suatu 'ombakan besar' untuk membadai sokongan Mohamad Hasan. Manakala jangkaan sokongan Mohamad Hasan sudah pasti secara besar akan datang dari Rantau dan Paroi (keduanya merupakan kubu kuat beliau).

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search

Ribut Petir Diramal Berlaku <b>Di Sembilan Negeri</b>, Esok - myNewshub

Posted: 10 Oct 2013 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ribut petir di satu dua tempat dijangkakan berlaku pada sebelah petang di sembilan negeri, esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

"Bagi Sabah, ribut petir diramal berlaku di pantai barat, Sandakan, Pedalaman dan Tawau manakala di Sarawak ribut petir akan berlaku di Kuching, Miri dan Limbang," menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, hujan juga diramal berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai pada sebelah pagi di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

"Di Sarawak ia berlaku di Miri dan Limbang. Sabah pula, hujan di satu dua tempat di pantai barat, pedalaman dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut jabatan itu.

Pada sebelah petang, hujan sementara di satu dua tempat diramal berlaku di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Ribut Petir Diramal Berlaku Di Sembilan Negeri, Esokhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Ribut-Petir-Diramal-Berlaku-Di-9-Negeri-Esok.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Ribut-Petir-Diramal-Berlaku-Di-9-Negeri-Esok-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KUALA LUMPUR - Ribut petir di satu dua tempat dijangkakan berlaku pada sebelah petang di sembilan negeri, esok. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak. 'Bagi Sabah, ribut petir diramal berlaku di pantai barat, Sandakan, Pedalaman dan Tawau manakala di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Ribut petir di satu dua tempat dijangkakan berlaku pada sebelah petang di sembilan negeri, esok. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak. "Bagi Sabah, ribut petir diramal berlaku di pantai barat, Sandakan, Pedalaman dan Tawau manakala di Sarawak ribut petir akan berlaku di Kuching, Miri dan Limbang," menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini. Sementara itu, hujan juga diramal berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai pada sebelah pagi di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak. "Di Sarawak ia berlaku di Miri dan Limbang. Sabah pula, hujan di satu dua tempat di pantai barat, pedalaman dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut jabatan itu. Pada sebelah petang, hujan sementara di satu dua tempat diramal berlaku di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Pulau Pinang. - BERNAMA