Adapun jawapan ini kami sediakan buat mereka yang lapang dadanya mencari kebenaran dan bukan pada mereka yang busuk hatinya berterusan menghentam tanpa usul-periksa dan taasub pada Syeikh yang bukan-bukan seperti Mohd Tariq, Amin Tahir, Mohd Khalis, Siti Hajar Ahmad dan Ikhwan Tarekat Ahmadiah al-Linggi dibawah pimpinan Syeikh Mohd Paiz.
1. Surau dirobohkan atas asas untuk pembinaan baru yang lebih luas dan selesa serta 2 tingkat secara keseluruhannya. Sumbangan yang besar dari Kerajaan Pusat menjadi titik tolak hasrat ini direalisasikan.
2. Permulaan awal untuk membaikpulih bangunan asal surau tidak dapat dilakukan kerana kos yang hampir sama bagi mendirikan bangunan yang baru. Ini setelah mendapat nasihat dan perbincangan yang panjang dengan kontraktor/konsultan yang dilantik.
3. Secara luaran memang tidak jelas keuzuran pada fizikal surau, penilitian telah dibuat secara teliti dan terperinci untuk menjustifikasikan projek bagi pembinaan semula bangunan surau.
4. Juga diambil kira bagi bangunan yang baru ini untuk kemudahan dan keselesaan jemaah untuk tahun-tahun yang akan datang serta pertambahan masyarakat /penduduk Islam di kariah Rasah dan tidak mustahil keperluan masyarakat bagi masjid yang baru untuk menampung kepadatan jemaah yang kini dihadapi oleh masjid-masjid sekitarnya.
5.Jika dikatakan bahawa tapak surau itu adalah tanah milik, bagaimana mungkin Kerajaan Negeri membantu membaiki tandas dan tempat wudhu' pada tahun 2008 dan mengapa pada masa itu tidak di tentang dari (kononnya) waris.
6. Mana lojiknya tanah surau adalah harta faraid sedangkan telah ramai ikhwan dan pihak luar menyumbang sebelum ini, adakah sumbangan-sumbangan sebelum ini adalah untuk pembangunan di atas tanah persendirian?. Dan kesannya jika tanah surau adalah harta keluarga, tidak mustahil satu masa kelak jemaah luar tidak dibenarkan untuk beribadat di situ kerana tanah persendirian adalah hak mutlak persendirian contoh surau Kg Ujong Pasir telah dikunci oleh waris pemilik asal kerana dia beranggapan yang mewakafkan surau itu adalah ayahnya tanpa hitam putih maka disebabkan tanah surau itu merupakan tanah persendirian sebagai waris kepada ayahnya dan dia tidak membenarkan penggunaan surau tersebut.
7. Jangan memesongkan fikiran orang jika tak tahu fakta, masjid Kg Paroi telah dirobohkan dan sekarang telah terbina Masjid At-Taqwa begitu juga Masjid Ulu Sepri di Rembau sebagai contoh.
8. Tanah tapak Surau te lah diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1990 oleh wakil berdaftar iaitu Mohd Abid dan Muhammad Paiz dan kemudiannya telah dirizabkn sebagai tapak surau di bawah kawalan Pengarah Jab. Agama NS dengan pewartaan dalam Gazet Kerajaan Negeri pada tahun 1993*, kenapa selama lebih 20 tahun ini tiada penentangan daripada waris-waris? jika alasan disebabkan "tidak tahu" maka ketidaktahuan bukanlah alasan atau pertahanan di aspek undang-undang.
*rujuk http://pondok-rasah.blogspot.com/2013/11/menjawab-provokasi-roboh-surau-kg.html
9. Adakah jika tidak suka kepada undang-undang kita boleh menolaknya? umpama kita memandu kereta mewah dan berkuasa tinggi di lebuhraya dengan kelajuan melebihi 110 km/jam sebab kita tidak suka had laju tersebut? banyak perkara yg kita tidak suka tapi terpaksa akur demi kebaikan semua.
10. Jika sumbangan Kerajaan Persekutuan adalah daripada sumber tidak bersih, apakah sumber-sumber yg bersih seratus peratus dalam sistem ekonomi kapitalis?
*Mohon Ustazah Siti Hajar Ahmad dan Ustaz Amin Tahir menjawab.
11. Allah perintahkan kita mencari akhirat tanpa mengabaikan dunia maka usaha-usaha baik yang dilakukan di dunia adalah untuk akhirat jua, mana mungkin mendapat akhirat tanpa amal di dunia?
12. kami telah mendiamkan diri sejak kebelakangan ini apabila berlaku pelbagai bentuk provokasi, intimidasi dan kekerasan ke atas kami seperti contoh beberapa jawatankuasa diserang dan dipukul di tempat awam sehingga patah bahu, diserang secara fizikal di dalam surau sewaktu melaksanakn gotong royong, banner2 dan kain2 rentang kami di dalam surau dibawa keluar, dikoyakkan dan dibuang, kunci-kunci surau ditukar, diletak 'jaga' di surau bertujuan mengusir dan memberi amaran kepada pihak-pihak lain daripada memggunakan atau mendekati surau.
13. Kenapa menolak kemudahan yang lebih cantik dan selesa?
14. Tak perlu bangkitkan isu nostalgia dan warisan di aspek fizikal kerana semua buatan manusia hanyalah bersifat sementara@ tidak kekal.
14. Apakah imej yang nak ditonjolkan kepada dif-dif terhormat dari dalam dan luar negara yang sering berkunjung ke surau sejak kebelakangan ini dengan prasarana yg kurang selesa?
15. Apa erti sms yg berbunyi demikian ( we declare war ) sejak 2 tahun yg lepas lebih-lebih lagi dari penjawat awam yang bernaung kerja di bawah Jabatan Peguam Negara?.
16. Pembangunan surau yang berkonsepkn roboh dan bina sudah mendapat perakuan Jab. Mufti dan kebenaran Majlis Agama Islam, jadi apa masalahnya?
17. Sebelum ini mereka cuba mendapatkan kunci Pusat Pengamalan, kenapa jilat benda yang dah diludah? sebab sebelum ni kata tu rumah burung trbengkalai… Kenapa nak direbutkan rumah burung' tu?
18. Satu lagi tu Surau Almarhum Tuan Sheikh Hj Muhammad Said di Ampangan diruntuhkan buat projek perumahan?
19. Menjawab persoalan dari pihak yang mengatakan bahawa cara roboh ke atas bangunan surau persis Yahudi yang merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin.
Perancangan awal adalah mengambil tindakan satu persatu bagi membuka bangunan surau bermula dari mengosongkan premis, menanggakan peralatan elektrik dan wayar, mengeluarkan kesemua almari untuk disumbangkan pada pihak yang dijanjikan, menanggalkan papan dan kayu-kayan serta besi grill tingkap untuk dijual dan duit tersebut digunakan untuk menampung pembinaan surau dan pembelian peralatan surau yang akan datang. Namun hasrat ini terhenti setelah surau dikunci dan notis yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana pada pemerhatian kami akan merumitkan keadaan sementelah pula ada tangan-tangan gatal yang mengecat surau serta melakukan gotong-royong dan menyambung kembali elektrik premis. Juga mengambil kira nasihat pihak berwajib bagi mengelakkan insiden pergaduhan yang lebih teruk maka keputusan seperti ini yang kami ambil. Untuk makluman semua, pada hari kejadian merobohkan premis, satu tong diesel untuk jentera telah diambil tanpa izin sewaktu pekerja semua berehat makan tengah hari. Insiden ini telah disaksikan oleh kami yang berada di tempat kejadian.
Insya Allah, waqaf bagi pihak Tuan Syeikh Haji Ahmad dan Tan Sri Jamal serta ikhwan yang telah menyumbang akan diteruskan dan inilah harapan kami yang tinggi bagi hasrat murni beliau.
Kontraktor yang mewakili kami juga dihalang bagi kerja-kerja mengukur tapak surau dan menanggalkan notis dari pihak kontraktor bagi tujuan penaiktaraf ini.
Kami mengosongkan premis di awal Disember 2013 untuk tujuan yang dimaksudkan di atas.
20. Isu waqaf yang menjadi hak untuk kegunaan semua Jemaah Muslim itu adalah benar, namun sudah semestinya mengikut lunas peraturan yang sedia ada. Tiada masalah untuk berzikir dan bersolat di bangunan Surau Kg. Pondok Rasah ini tapi bagi menjalankan majlis sendiri sudah semestinya perlu meminta izin serta tidak melanggar enakmen kawalan tarekat bagi peruntukan yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya siapa kita untuk bercerita perihal ghaib, keberkatan dan nilai pada waqaf serta bala keatas kami bagi insiden di atas. Sesuatu yang berlaku pasti ada jawapan serta hikmahnya yang kadangkala tersembunyi dari ilmu yang kita miliki. Rujuklah pada yang ahli bagi mencari sesuatu jawapan andainya kita ini mengaku ikhlas dalam da'wah dan mencari ilmu. Sesungguhnya setiap antara kita memiliki kelemahan yang tersendiri namun sifat muafakat dan musyawarah pasti akan meminimumkan kelemahan tersebut andainya kita ikhlas dan mengenepikan sentimen perasaan dan gelojoh dalam bertindak.
Gigih kau Khalis, kerrlllassss kau maria..
*Akan ditambah dari masa ke semasa.