Isnin, 14 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Karnival De Josseh pada Sabtu dan Ahad ini | Anak-Anak Negeri <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 08:56 PM PDT


KUALA PILAH - Karnival De Josseh yang menampilkan pelbagai acara berkonsepkan sukan 1Malaysia akan diadakan di homestay Laman Bangkinang, Kampong Tapak, Batu Kikir, dekat sini, selama dua hari mulai Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail berkata karnival anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh itu adalah dengan kerjasama agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di bawah DUN Juasseh.

Katanya karnival itu akan membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama.

"Karnival ini juga sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar promosi pelancongan Negeri Sembilan dan ia agak unik kerana selain dapat beriadah, peserta juga dapat menikmati suasana serta keindahan alam semulajadi desa sambil mengetahui produk pelancongan unik di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Juasseh berkata antara acara yang dijangka menjadi tarikan pada karnival itu ialah Jeram Tengkek Fun Run iaitu acara berkonsepkan larian dalam jarak empat hingga 16 kilometer, pada Ahad ini.

"Pada acara larian ini, peserta akan melalui trek jalan desa hingga ke kawasan Jeram Tengkek dan berpatah balik ke kawasan Homestay Laman Bangkinang," katanya.

Larian itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan yuran penyertaan RM5 seorang. Seramai 500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sumber: Bernama

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


ABU SOFEYA: Al-Fatihah : Masyarakat Islam <b>di Sikamat</b> kehilangan <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban.

Hati saya berdebar-debar.

Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini.

Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari.

Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika.

Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja.

Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti.

Saya mententeramkan isterinya serta meminta agar disampaikan salam saya kepada Ust Akib jika beliau telah sedar nanti.

Pukul 11.25 malam


Sekali lagi bunyi mesej masuk ke handphond saya yang memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib telah kembali kerahmatulah.

Berita ini saya terima dengan perasaan sedih.

Masih terbayang wajah Ust Akib setiap kali saya menyampaikan kuliah di suraunya. Kali terakhir bertentang mata dengan Almarhum ialah pada 3 hb Mei yang lalu.

Semasa kuliah, Almarhum akan duduk di bangku yang paling depan. Dengan sebatang pensel, Almarhum akan mencatat nota di dalam kitab yang ditelaah iaitu 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah' karangan Almarhum Ust Tuan Haji Said Ibrahim, Mantan Mufti Sabah.

Sekali sekala, Ust Akib akan bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Kadang-kadang ada juga soalan daripadanya yang saya tidak dapat menjawab secara spontan kerana kelemahan diri.

Dengan keistimewaaan yang ada padanya sebagai Qari, saya turut menimba ilmu daripada Almarhum  secara tidak formal khususnya ketika jamuan selepas kuliah.

Banyak hal berkaitan tentang makhraj bacaan al-Quran yang saya rujuk kepadanya dan Almarhum tidak pernah jemu melayani saya.

Sesungguhnya saya sangat beruntung dan bertuah kerana rapat dengannya.

Almarhum adalah tulang belakang yang sentiasa 'mempertahankan saya' dalam melakukan kerja-kerja dakwah.

Pendekata, Almarhum merupakan antara guru yang saya sangat sayang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ampunkan dosa guruku ini, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam syurga di akhirat kelak.

Amiinnn.

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


ABU SOFEYA: Al-Fatihah : Masyarakat Islam <b>di Sikamat</b> kehilangan <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban.

Hati saya berdebar-debar.

Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini.

Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari.

Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika.

Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja.

Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti.

Saya mententeramkan isterinya serta meminta agar disampaikan salam saya kepada Ust Akib jika beliau telah sedar nanti.

Pukul 11.25 malam


Sekali lagi bunyi mesej masuk ke handphond saya yang memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib telah kembali kerahmatulah.

Berita ini saya terima dengan perasaan sedih.

Masih terbayang wajah Ust Akib setiap kali saya menyampaikan kuliah di suraunya. Kali terakhir bertentang mata dengan Almarhum ialah pada 3 hb Mei yang lalu.

Semasa kuliah, Almarhum akan duduk di bangku yang paling depan. Dengan sebatang pensel, Almarhum akan mencatat nota di dalam kitab yang ditelaah iaitu 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah' karangan Almarhum Ust Tuan Haji Said Ibrahim, Mantan Mufti Sabah.

Sekali sekala, Ust Akib akan bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Kadang-kadang ada juga soalan daripadanya yang saya tidak dapat menjawab secara spontan kerana kelemahan diri.

Dengan keistimewaaan yang ada padanya sebagai Qari, saya turut menimba ilmu daripada Almarhum  secara tidak formal khususnya ketika jamuan selepas kuliah.

Banyak hal berkaitan tentang makhraj bacaan al-Quran yang saya rujuk kepadanya dan Almarhum tidak pernah jemu melayani saya.

Sesungguhnya saya sangat beruntung dan bertuah kerana rapat dengannya.

Almarhum adalah tulang belakang yang sentiasa 'mempertahankan saya' dalam melakukan kerja-kerja dakwah.

Pendekata, Almarhum merupakan antara guru yang saya sangat sayang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ampunkan dosa guruku ini, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam syurga di akhirat kelak.

Amiinnn.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Kuala Pilah</b> esok | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 01:20 AM PDT

SEREMBAN: 14 Mei – Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan yang bermula dari jam 8 malam hingga 2 pagi itu membabitkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengguna yang memerlukan bantuan pada hari berkenaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982, katanya.

JUST THE WAY I AM: hari menggila <b>di bahau</b>

Posted: 12 May 2012 07:25 AM PDT

cehh, menggila la sangat kan. jawapannya memang menggila sebab hari ni aku hang up dengan bebudak otak gila-gila iaitu tirah, capiq dan anel dekat bahau. hahaha. aku tak boleh nak tahan gelak sampai sekarang. bila aku ingat balik, aku mesti gelak sesorang.

hang up dekat bahau ni di rancang oleh aku. yeahh, i was the planner. then aku ajak capiq, my bestie. dia ajak si anel sebab takde member dan aku ajak tirah, jadi partner. so total empat manusia semuanya. actually tujuan sebenarnya nak beli barang-barang matrik. capiq pun nak ambil gambar pasport untuk kegunaan dekat uitm nanti.

kiorang sampai bahau dalam pukul 11 a.m macam tu. then sampai terus park moto depan Billion. see, naik motor je tau. merempit. aww ! best dohh. pastu kitorang masuk Billion. aku beli deodorant dengan losyen vasseline. capiq pun ada beli losyen jugak. tirah beli kasut.

lepas kitorang beli, then gerak jalan kaki meredah panas pergi farmasi dan kedai gambar. aku beli pencuci muka and capiq amek gambar dia. pastu kitorang pergi econsave plak. gila arh. jalan kaki je kott. jauh dohh. memang terbaikk laa kan. tapi best. asyik tergelak je tengah jalan. sorry ? sorry ? haha. bodoh betol.

actually aku pergi econsave nak cari losyen vasseline tu laa. sebab dekat billion takde yang tekan-tekan punya tu. just dalam botol biasa je. cari punya cari, last last takde jugak. hampeh ! tapi aku tak boleh bla dekat econsave ni. kat sini la paling lawak. time tengah cari losyen tu, si anel ni boleh pergi terlanggar losyen yang tersusun banyak-banyak dekat situ. papapapaappp benda alah tu jatuh. kalau jatuh sikit takpe. ni banyak plak yang jatuh.  aku dengan capiq lari tempat lain. takut kena salah kan plak. hahaha. tak boleh bla betol budak tu. pastu pekerja yang jaga kat situ, nyah kot kalau tak silap, dengan muka masamnya datang susun balik losyen yang jatuh tadi tu. hahaha. sengal. si anel ni boleh cakap '' nasib baik dia tak suruh aku susun, kalau tak memang nak kena sound je " . anel cakap okay la tu dia jatuhkan. at least ada la jugak kerja nyah tu kan. kalau tak duduk melangok je. boleh ? haha.

pastu kitorang turun. time tu tirah tak join. dia g cari handfone untuk adik dia. samsung corby ohh. untunglaa fone baru. haha. aku ada beli nombor celcom baru. kat kedai fon area situ jugak. sajer tukar nombor. nombor cantik, pangkal sama dengan no maxis aku. okay la tuh. then kitorang gerak pergi kfc. anel dah kebulor. memekak je nak makan nak makan. haa, mohh dogheh jalan ke kfc.

sampai kat kfc, kitorang order cheezy wedges, snake plate, burger, frenc fries and air sorang satu. haa kau, melantak puas-puas. tadi kebulor sangat kan. haha.


haa, tu deh muko kebulor dah sonyum dapek makan. haha.
ni antara yang di order. yang lain tak sempat capture. anel dah masuk perut. anel lagi yang kena. haha.
aku dengan tirah. cehh ;)
dah habis makan. ni anel punya keje. selebet gilaa makan. ishh membazir betul. tadi lapar sangat pastu lakan sikit dah kenyang. mengado-ngado. haha.
lepas makan masing-masing 1, 2, 3 senyummmm ! yeahh, comelnyer korang :)

lepas makan gerak pergi billion. nak amek moto kat sana. tapi sebelum tu sempat duduk kejap depan kfc.




houyeahhh ! kami awesome ! lalalallala.

then kitorang gerak amek moto dekat billion. pastu terus pergi kiara square. macam berjaya times square la plak. haha. whatever lah kan. tak masuk kiara dulu. kitorang pergi cari beg baju aku. dekat area KWSP. jumpa la sebuah. beg paul smith, cehh paul smith. harga RM21.90. okay la tuhh. tempat lain mahal.

then baru pergi kiara. macam-macam benda aku beli kat sini. antaranya MP3 akak aku. beria sangat dia nak. memekak je. haa nahh, amekk.


ni kira barang tukar laa. aku pakai fon akak aku. aku belikan dia MP3. sebab dia duduk asrama. tak boleh bawak fon. nak bawak boleh tapi kena pandai cover lah kan. kalau MP3 ni senang sikit nak cover sebab kecik. letak celah bra pun boleh. kalau fon tu besar. payah sikit. so ayu, this is for you. lepas ni jangan memekak lagi okay ? haha

sambil beli MP3, sempat jugak bergambar. so here they are...


thirah, pheeewiitt !! ayu dohh. hehe.
and this is me. apesal aku senyum macam tak jadi eh ? ouhh damn. haha.
with my besti. hensem kan dia ? mat saleh pasoh 4. ngeee.
andddd peace yawwww !!!!
with the sorry sorry boy. haha. dah jadi trademark kau yekk.
masa tengah tulis invoice MP3 tu, datang la pulak Marry Brown punya kartun ni. apa ek orang selalu panggil ? arhh, lupa lahh. aku tarik dia amek gambar dengan aku. harharhar. pastu dia ada bagi baucer marry brown. aku tak check pun valid sampai bila. bila aku sampai je rumah, tengok-tengok baucer tu sampai 13 mei. ESOK !!! damn ! takkan aku nak pergi bahau lagi semata-mata nak tunai baucer tu. memang tak lah. ahh, abaikan. takde rezeki namanya tu.

lepas tu kitorang naik third floor. the highest floor. anel laa. kebulor lagi agaknya. nak makan aiskrim plak. layankan ajelahh.


sebenarnya aku, tirah ngan capiq dah kenyang. si anel ni aku pelik betul la. tak kenyang lagi ke. adoii. so, we decided to share. the boys ordered tiramisu flavour and tirah and i ordered vanilla chocolate flavour. harga RM5.80 satu. tamak, nak yang paling besar. last last tak abis. haha.
haa, dengan rakusnya mencedok aiskrim. that is anel. dalam ni nak menganjing anel lah kan. sorry ? haha

then anel decided to go to karaoke box. nak menyanyi plak. nak sumbang suara dia yang tak sedap tu. haha. pergi la dekat counter. ingat nak amek pakej standard satu jam RM20. tapi box tu dah habis. semua dah full. tinggal yang RM30 dengan RM40 je. gilaa kau nak labur 30 hengget semata-mata nak sumbang suara yang tak berapa nak syok tu. ahh, tak payah. membazir. pastu kitorang bla. tak kesampaian hajat kau anel. kesian. next time lah okay ? :)

kitorang turun bawah balik. capiq nak cari headfon. tapi sebelum tu aku dengan anel ada beli handbag. masing-masing satu. harga RM25. habis duit aku. betul-betul tinggal RM5 dalam purse. rabak siot.

pastu masuk satu kedai phone accessories. capiq nak cari headfon untuk BB dia.


cehh, dah jumpa dah. warna purple jadi pilihan. kalau aku, aku amek warna merah. gorgeus gilo. tapi taste lain-lain kan. capiq suka purple. kemain kepala dia angguk-angguk try benda alah tu. memang syok la kan. RM35 harganya. takpe, capiq anak orang kaya. felda nanti dapat durian runtuh. haha.
anel and tirah. kelakar betol aku tengok muka budak ni. nak gelak je. kehkehkeh.
time to pay. bayar-bayar. budak kaya. hehehe.

so, jam pun da menunjukkan pukul 3 lebih. da lewat. lama sangat kitorang dekat bahau. so, jom lah balik. da sampai dekat parking moto, si anel ni nak beli tudung untuk mak dia pulak. tadi dekat dalam taknak beli. dah keluar masuk balik. buek kojo duo kali. ahh, ghasak lah. aku dengan capiq tunggu luar. tak kuasa nak masuk balik.

lepas dah beli tudung mak anel, kitorang pun bergerak la pulang.



dua gambar kat atas ni depan kedai fotostat. capiq fotostat ape tah. kelakar boys dua orang ni. haha.

anyway, hari ni best sangat dapat hang up dengan diorang. kelakar gila. lepas ni kita hang up lagi okay ? sorry sorry ? aku takkan lupa yang tu. thanks guys :)

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


<b>TAMPIN</b> &#39; GERBANG SELATAN&#39; MEMBANGUN, BERDAYA SAING <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 05:13 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Daerah Tampin adalah sederhana membangun dalam konteks Nasional iaitu dalam kategori 3, membangun dengan perlahan. Kedudukan Daerah Tampin tersepit di antara Konurbasi Pertumbuhan Utama Lembah ...

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Tanah Dusun, <b>Kuala Klawang</b>, Jelebu - RM 250000

Posted: 10 May 2012 07:17 AM PDT

















RM 250,000  ( Negotiable )

Negeri : Negeri Sembilan DK

Daerah : Jelebu
Bandar/Pekan : Mukim Peradong
Kategori Penggunaan Tanah : Pertanian
Luas lot : 1.209 hekta / 2.98 ekar 
Title Type : Freehold ( Rezab Melayu )
- Lokasi adalah di Purun, Jelebu
- Hanya 8 km dari Pekan Kuala Klawang dan berhampiran jalan besar
- Tanah yang berbukit dan dijaga bersih serta berpagar di sekeliling dusun
- Mempunyai sebuah pondok dilengkapi paip air bersih
- Tanaman yang ada durian (140 pokok), dokong (30 pokok), petai dan langsat (10) serta rambutan dll..
- Durian dijangka berbuah bulan Ogos dan buah dijamin sedap
- Sesuai dijadikan pelaburan di masa hadapan
Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Fyda 010 4244 911

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


My Life & Love: Bercuti <b>Di</b> Hutan Rimba Pedas/<b>Linggi</b>

Posted: 13 May 2012 05:26 PM PDT

Hi rakan-rakan yang cantik lagi kacak, last weekend kamu semua berjalan ke mana. Saya? We have fun. Yeay!!!!
Arghh very the boringlah asyik-asyik The Curve, asyik-asyik One Utama takpun Sunway Pyramid. Bingit dengan kesibukan kota saya rindu dengan suasana kampung yang nyaman lagi tenang. Chewahh poyo lah kau ni. Hihi.
Awal-awal lagi dah mintak tolong Enchek Husband jagakan anak-anak. Mama nak outstation kejap ala sekali sekala je. Kalau tak hari-hari kamo semua berkepit kat ketiak mama kan. Tapi memang sedih sangat tew nak tinggalkan anak-anak ni. Sobssss sobsss. *kan dah keluar hingus hijau.
Kami geng-geng office melancong ke Pedas Linggi. Tempat ni bersempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun hometown saya kat Seremban, tapi eden tak ponah sampai kek sini yoo. Betul yo tak tipu. KAHKAHKAH. Perosak bahasa sungguh.
Sepanjang perjalanan dah masuk exit Pedas Linggi bila pandang kanan kelapa sawit, pandang kiri pulak ladang getah. Oh my Oh my very the nyaman. Kami bertolak awal pagi. Cuaca kat sini sangat sejuk macam Cameron Highlands pulak. *Grrrrrr ketap-ketap gigi sebab lupa nak bawa baju tebal.
Perjalanan mengambil masa dalam sejam je. Yelah bertolak dengan kenderaan kuasa kuda memanglah boleh speed nasib baik takde speed trap. Yeay!! Dah sampai. Kami menginap di rest house boss kami. Haa yelah jangan tak percaya dalam hutan rimba macam ni pun ada rumah yang cantik. Boss kami sangat old timer suka sangat dengan hutan rimba ni. Walaupun rumah dia nun kat Kota Damansara tu besar ya rabbi tapi beliau memang sangat berjiwa green green grass.
First and foremost kawasan rest house ni memang da' kampung habis. Cool atmosphere.Tengokla sangat luas kawasan rumah ni. Cakap je apa yang takde. Ayam, itik, ikan, lembu, angsa segala jenis binatang la semua ada dipelihara di sini. Semuanya siap dengan kandang or sangkar dan ada penjaga yang menjaga binatang-binatang ini. Semuanya dalam keadaan bersih. Masa ni jugaklah berpeluang mengenali jenis-jenis pokok.
Saya memang mempunyai kebebalan sikit part mengenali jenis-jenis pokok ni. Baru tahu. Ni pokok nenas. Laa comelnya lepastu senang je nak petik buah kalau dah masak. Ingat pokok nenas macam manalah. *Hihi kesian ko akma pokok nenas pun tatau.
Mukeww bebudak excited bila datang kampungww, Ada tu macam "wah bestnya macam nak tinggal sini terus je." Eleww baru line telephone dah tinggal berapa bar jeww dah bising, baru nampak cacing dah menjerit. Konon lah kau. Haha. 
Ni leww muka-muka yang paling awal sampai. Semuanya tetiba diserang symptom yang pelik-pelik. Muka ngadeeeee jewww tewwww. Ramai lageww yang joinww sebenarnyeww tapi tak sampai lagewww. (Perlu ke masalahnya nak tambah huruf 'w' pada huruf konsonan haa? Yeah yeah yeah!)
Rumah penginapan dengan bilik aircond memang dah sedia ada tapi mengada nak duduk dalam khemah. Terkinja-kinja nak merasa tidur dalam khemah eleh sekali datang harimau sesat ngap kau baru tau. FFFUHHHHHH.
Tengah sibuk-sibuk menghayati keindahan alam sekitar yang sangat lain dari yang lain tetiba dah malam. Apelagi BBQ time. Yeay!
Saya ni kan adventurous jadi saya telah cuba melakukan semua aktiviti kat sini. Macam good-good je kau berlakon tengah tolong masak kan. DANGGGGG!
Macam-macam aktiviti malam kat sini. YAng wajib mestilah makan. Rancak giller semuanya berborak during the BBQ time.
Macam-macam benda masuk dalam perut. Memang best. Tapi yang paling best adalah ini. Eh baru belajar makan benda ni. Selalu tak payah bakar, makan je. Tapi bila dah tau macam mana rasa marsmellow bila dimakan lepas dibakar, fuh tak terus tak boleh tidur malam. Makan masa keadaannya yang panas dan cair memang sangat best.
Hey hey awas nanti kena percikan bunga api. Bunga api tebaboo pun ada. Memang happening habis.
Adat menumpang rumah orang haruslah ada nilai berbudi bahasa yang tinggi Lepas habis ber'BQ' ramai tetamu yang balik tapi kami geng-geng si poyo(sss) HAHAHA bermalam di sini sambil membantu mengemas apa yang patut.Wah wah blog akma81 ni mengajar nilai-nilai murni gitu. Awwww.
Bestnye. Eh ada lagi. Tunggu entry yang seterusnya ye ;)
Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Pilah</b> Esok

Posted: 13 May 2012 08:49 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan yang bermula dari jam 8 malam hingga 2 pagi itu membabitkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengguna yang memerlukan bantuan pada hari berkenaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982, katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Der_KeenRuNNer: Seremban Half Marathon 2012 - <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 13 May 2012 11:52 PM PDT

1987 marked the birth of the SEREMBAN HALF MARATHON in its present form. The inaugural RUN saw over 4000 participants from far and near taking part. The LUCKY PRIZE of a single-storey terrace house in Taman Tuanku Ja'afar donated by Naga Sakti Sdn Bhd was definitely a crowd puller. The lucky winner was Encik Said Harun.
At the Press Conference held to promote the RUN, YAM Tunku Naquiyuddin sportingly accepted a challenge to participate in the Half Marathon completed it in 2hrs and 23 minutes (well within the qualifying time) and in the process raised RM21K to kick-start the N S Junior Athletes Trust Fund.
In 1994, the Organisers decided that the SEREMBAN HALF MARATHON would be a FUN RUN. This allowed the serious runners to vie for top honours but the mid-pack and tail-end participants would still be rewarded with PEWTER MEDALS and LUCKY/MYSTERY Prizes.
The 10th Anniversary Run saw the creation of the VIP FUN RUN. Participants included YAM Tunku Naquiyuddin himself and the then Menteri Besar YAB Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Haji Abdul Samad) who emerged a easy winner. The 12th RUN in 1999 was yet another auspicious and historical event. It marked the return of our ever-popular Ruler back to Negeri Sembilan after majestically completing his 5-year tenure as the 10th Yang Di Pertuan Agong of Malaysia. To celebrate the auspicious occasion which also coincided with Visit Negeri Sembilan Year, the Corporate Fun Run was created.
2002 was yet another auspicious year for it marked the 80th Birthday of His Royal Highness which makes HRH the oldest ruling monarch in the world today.
Popularity of the RUN gained momentum and 3 schools in Seremban challenged each other to send the highest number of participants for which the school would be rewarded with a RM1,000 prize money kindly donated by Nestle Products Sdn Bhd. The number of participants crossed the 8,000 mark. 2004 witnessed a "Thai" invasion when 7 Thai runners collected a few of the major prizes. This year also marked the passing over of the baton to Y B'hg Dato Zainal Abidin bin Haji Ahmad but Tan Sri Dato Chan Choong Tak remains as the Permanent Hon. Chairman.

Date: 15th July 2012, Sunday
Venue: N.S. Padang, Jalan Yam Tuah, Seremban
Starting Time: 6.45am
Category & Distance:
Half Marathon (21km):-
A - Women Open (19 years old & above)
B - Men Senior Open (19 - below 40 years old)
C - Men Veteran Open (40 years old & above)
10km:-
D - Women Senior Open (19 - below 35 years old)
E - Women Veteran Open (35 - below 45 years old)
F - Women Senior Veteran Open (45 years old & above)
G - Men Senior Open (19 - below 40 years old)
H - Men Veteran Open (40 - below 50 years old)
J - Men Senior Veteran Open (50 years old & above)
K - Women Junior Open (13 - below 19 years old)
L - Men Junior Open (13 - below 19 years old)
Special Race:-
1. Deaf & Dumb
2. Partially Blind
3. Wheelchair (sport category - men & women open)
4. Wheelchair (non sport category)
5. PDK / Slow Leaner (13 years & under)
6. PDK / Slow Leaner (13 years & above)
*Patricipants must be MALAYSIAN or Residents with permanent residency permit or equivalent.*
Entry Fee:Category A to J = RM50
Category K & L = RM8
Category for Special Race = FREE
*Late entries will be charged extra RM10 for categories A to J & RM5 for categories K & L.*
Race Prize:Cash Prize:
- Top 10 finisher's for category A to J & Special Race.
- Top 30 finisher's for category K & L.
Medal:
- Top 30 finisher's for category A
- Top 40 finisher's for category D, E & F.
- Top 100 finisher's for category G, H & J.
- Top 150 finisher's for category C.
- Top 250 finisher's for category B.
- Top 300 finisher's for category K & L.
- Top 5 finisher's for each category of `Special Race'
Certificate: will be awarded to all participants who complete their race within stipulated times.
Completed Entry Form can be handed personally (during office hours only) or mailed to:-
MR. Koong Lin Ngan,
No.11, Jalan Dato' Lee Fong Yee,
70000 Seremban.
Tel: 06-7674688
Antah HealthCare Group:
No.3, Jalan 19/1, Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-79567677
Payment Info:
Payment by postal order/money order/cheque payable to:-
SEREMBAN HALF MARATHON

Runner Entitlements:
- Running Vest
- Certificate Of Participants will be awarded to who complete their race with the stipulated times.

For furthur info, please contact to:
Koong Lin Ngan
Mobile: 019-661 2605
Tel: 06-767 4688 begin

Individual Registration Form.....
Group Registration Form.....

ads