05 di linggi - Google Blog Search |
My Life & Love: Bercuti <b>Di</b> Hutan Rimba Pedas/<b>Linggi</b> Posted: 13 May 2012 05:26 PM PDT Hi rakan-rakan yang cantik lagi kacak, last weekend kamu semua berjalan ke mana. Saya? We have fun. Yeay!!!! Arghh very the boringlah asyik-asyik The Curve, asyik-asyik One Utama takpun Sunway Pyramid. Bingit dengan kesibukan kota saya rindu dengan suasana kampung yang nyaman lagi tenang. Chewahh poyo lah kau ni. Hihi. Awal-awal lagi dah mintak tolong Enchek Husband jagakan anak-anak. Mama nak outstation kejap ala sekali sekala je. Kalau tak hari-hari kamo semua berkepit kat ketiak mama kan. Tapi memang sedih sangat tew nak tinggalkan anak-anak ni. Sobssss sobsss. *kan dah keluar hingus hijau. Kami geng-geng office melancong ke Pedas Linggi. Tempat ni bersempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun hometown saya kat Seremban, tapi eden tak ponah sampai kek sini yoo. Betul yo tak tipu. KAHKAHKAH. Perosak bahasa sungguh. Sepanjang perjalanan dah masuk exit Pedas Linggi bila pandang kanan kelapa sawit, pandang kiri pulak ladang getah. Oh my Oh my very the nyaman. Kami bertolak awal pagi. Cuaca kat sini sangat sejuk macam Cameron Highlands pulak. *Grrrrrr ketap-ketap gigi sebab lupa nak bawa baju tebal. Perjalanan mengambil masa dalam sejam je. Yelah bertolak dengan kenderaan kuasa kuda memanglah boleh speed nasib baik takde speed trap. Yeay!! Dah sampai. Kami menginap di rest house boss kami. Haa yelah jangan tak percaya dalam hutan rimba macam ni pun ada rumah yang cantik. Boss kami sangat old timer suka sangat dengan hutan rimba ni. Walaupun rumah dia nun kat Kota Damansara tu besar ya rabbi tapi beliau memang sangat berjiwa green green grass. First and foremost kawasan rest house ni memang da' kampung habis. Cool atmosphere.Tengokla sangat luas kawasan rumah ni. Cakap je apa yang takde. Ayam, itik, ikan, lembu, angsa segala jenis binatang la semua ada dipelihara di sini. Semuanya siap dengan kandang or sangkar dan ada penjaga yang menjaga binatang-binatang ini. Semuanya dalam keadaan bersih. Masa ni jugaklah berpeluang mengenali jenis-jenis pokok. Saya memang mempunyai kebebalan sikit part mengenali jenis-jenis pokok ni. Baru tahu. Ni pokok nenas. Laa comelnya lepastu senang je nak petik buah kalau dah masak. Ingat pokok nenas macam manalah. *Hihi kesian ko akma pokok nenas pun tatau. Mukeww bebudak excited bila datang kampungww, Ada tu macam "wah bestnya macam nak tinggal sini terus je." Eleww baru line telephone dah tinggal berapa bar jeww dah bising, baru nampak cacing dah menjerit. Konon lah kau. Haha. Ni leww muka-muka yang paling awal sampai. Semuanya tetiba diserang symptom yang pelik-pelik. Muka ngadeeeee jewww tewwww. Ramai lageww yang joinww sebenarnyeww tapi tak sampai lagewww. (Perlu ke masalahnya nak tambah huruf 'w' pada huruf konsonan haa? Yeah yeah yeah!) Rumah penginapan dengan bilik aircond memang dah sedia ada tapi mengada nak duduk dalam khemah. Terkinja-kinja nak merasa tidur dalam khemah eleh sekali datang harimau sesat ngap kau baru tau. FFFUHHHHHH. Tengah sibuk-sibuk menghayati keindahan alam sekitar yang sangat lain dari yang lain tetiba dah malam. Apelagi BBQ time. Yeay! Saya ni kan adventurous jadi saya telah cuba melakukan semua aktiviti kat sini. Macam good-good je kau berlakon tengah tolong masak kan. DANGGGGG! Macam-macam aktiviti malam kat sini. YAng wajib mestilah makan. Rancak giller semuanya berborak during the BBQ time. Macam-macam benda masuk dalam perut. Memang best. Tapi yang paling best adalah ini. Eh baru belajar makan benda ni. Selalu tak payah bakar, makan je. Tapi bila dah tau macam mana rasa marsmellow bila dimakan lepas dibakar, fuh tak terus tak boleh tidur malam. Makan masa keadaannya yang panas dan cair memang sangat best. Hey hey awas nanti kena percikan bunga api. Bunga api tebaboo pun ada. Memang happening habis. Adat menumpang rumah orang haruslah ada nilai berbudi bahasa yang tinggi Lepas habis ber'BQ' ramai tetamu yang balik tapi kami geng-geng si poyo(sss) HAHAHA bermalam di sini sambil membantu mengemas apa yang patut.Wah wah blog akma81 ni mengajar nilai-nilai murni gitu. Awwww. Bestnye. Eh ada lagi. Tunggu entry yang seterusnya ye ;) Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p |
You are subscribed to email updates from di linggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan