Jumaat, 16 September 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Hoi SPR... macamana ni , rupa-rupanya <b>di</b> Malaysia <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 02:19 AM PDT

Pengundi pos suami isteri 'sama jantina'

6 September 2011

KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.
'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.
Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.
"Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja.
Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera.
"Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat.
"Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan.
"Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya.
Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput.
Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi.
"Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke.
Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010.
"Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


My Life & Love: Raya Ketiga <b>Di Seremban</b> Pulak

Posted: 01 Sep 2011 10:39 PM PDT

Raya ketiga kami di Seremban.
It's 3rd Syawal. Perfect.
and they are... jeng jeng jeng.....
Every year crew makin bertambah dan bertambah. Tahun depan tak tau la bertambah ke tak.
Gedix tak?? Awwww. The Power Puff Girls.

Hitam itu memang menawan sebab boleh nampak kurus. MAcam nak buat tema kaler untuk tiap-tiap tahun pulak rasanya.

Papa, mama. NAyli & Zara.

Semua jubah hitam di taja oleh mak masa pergi umrah bulan lima tahun ni. Mekacih mak loveeeee u. Idea untuk gaya mutu keunggulan photoshoot raya adalah 100% dari Cik Pia. Tema kaler hitam pulak dipilih oleh Ir. Ikhram. Completed. Yeay!!!

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Beberapa Kawasan <b>Di Seremban</b> Mengalami Gangguan Air Esok & Rabu

Posted: 04 Sep 2011 09:03 PM PDT

Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam mulai pukul 9 malam esok (6 September).

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, penutupan sementara bekalan air itu dilaksanakan bagi kerja sambungan "tee" di Kampung Kondok.

Kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air itu ialah Kampung Kondok, Kampung Jerangkang, seluruh kawasan Jimah, Felda LBJ, Felda Sendayan, Eka Matahari, Kampung Pulau, Taman Gadong Jaya 1, Taman Gadong Jaya 2 dan Kampung Jijan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azlan berkata bekalan air dijangka pulih pada pukul 6 pagi Rabu (7 Sept).

"Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

- Bernama

Related posts:

  1. Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa Berlepas Menunaikan Haji Rabu Ini
  2. Pelancaran Celcom iPhone 4 Esok
  3. Cuaca Diramal Baik Menjelang AidilFitri
  4. Banjir Di Kedah: 18 Keluarga Dipindahkan
  5. GPS Ke Seremban

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Tiga rumah kedai sederet terbakar <b>di Mambau</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:57 PM PDT


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran membabitkan tiga buah kedai menjual barang logam dan cat di Pekan Mambau, Seremban, awal pagi tadi. Kebakaran yang bermula jam 5 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas. - Foto Owee Ah Chun
Sep 14, 2011 12:10 pm
SEREMBAN: Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau, dekat sini, pagi tadi, yang melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, kata Pegawai Operasi Bomba Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee. 

Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah kedai di mana dua daripadanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi hangus 70 peratus.

Menurutnya, tujuh buah jentera bomba termasuk dua lori tangki air dari Seremban, Seremban 2, Senawang dan Teluk Kemang dengan 40 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada kira-kira jam 7.25 pagi. Bomba menghadapi kesukaran dalam memadamkan api berikutan tekanan air rendah, katanya ketika dihubungi BERNAMA. 

Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat, katanya. - BERNAMA




sumber : berita harian

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


MAJLIS KHATAM A-QURAN <b>DI</b> SK UNDANG <b>JELEBU</b>

Posted: 22 Aug 2011 12:03 AM PDT

MASA : 08.30 PAGI - 12.00 TGH
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM SK UNDANG JELEBU & PKG KUALA KLAWANG

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


JJCM Bersama Serina Redzuan <b>di</b>~Ayam Golek Dara,<b>Nilai</b>,<b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 06:47 AM PDT

 Golek kiri golek kanan 
Nak separuh boleh,seekor boleh.Nak semua?Meletup kang perut!
Hah meh sini nak cerita lokasi JJCM bersama Serina.Dia dan krew JJCM datang sini pada tahun lepas,hari yang sama diorang pergi Ice Room Nilai.Tempat ni memang femes nak2 lagi masa bulan Ramadan,terbayang-bayang Ayam Golek Dara tiap kali cari idea,nak berbuka beli apa.
Diorang datang pada 23/2/2010
Apa yang ada di sini hinggakan JJCM pun singgah?
Sudah tentulah Ayam Golek Dara yang sedap sekali.Terasa perapan bawang2,halia,serai,madu dan lain2 lagilah
Kuah cecah yang membangkitkan selera
Semua pelanggan cukup suka makan ayam dengan nasi lemak.
Suka sambal ikan bilis ni sedap,banyak bawang dan hish sukalah!
Di sini ada juga Sate Negeri,tapi hari ni kitorang nak layan ayam je nyummm....nyum.....
Taraaaa......inilah kedainya!
Terletak di tepi jalan Nilai-Seremban.Selalu penduduk di Nilai/Salak Tinggi nak pergi Seremban/Seremban 2,suka ikut jalan lama.Mesti akan lalu kedai ni.
Brother ni sibuk betul hari ni.Pelanggan datang tanpa henti.Ada juga yang tempah sedari awal untuk majlis kenduri sebanyak 25 ekor.Tu takpe lagi,kite baca kat satu board tempat catit 'booking',ada yang dari KL order 120 ekor untuk kenduri tahlil.
Ramai yang balik kerja terus singgah makan di sini.Meja hujung tu betul2 1 Malaysia,bos diorang cina,staff dia melayu dan india pun ada.Meja banyak,tempat makan luas,parking ada kat dalam tapi terhad.Ada yang suka parking kat luar kalau setakat nak 'take away'.
Ni beratur bagi yang nak 'take away'.Bagi yang nak makan kat sini,korang tunggu je nanti pekerja datang ambil order.

Ni peta di business card yang kite ambil.Kot sesat korang tanya jelah penduduk area sini.Tak pun telefon jelah no yang tertera di;
Klik untuk tumbesaran sihat
Kedai ini beroperasi dari pukul 5.30 petang sebaik sahaja ayam berjaya digolekkan dengan jayanya.Pada bulan Ramadan pula,ia dibuka seawal 4.30 petang.Apalagi jom support produk tempatan dan berbuka puasa dengan AYAM GOLEK DARA~Nilai.Jumpa lagi di lain entri.Assalammualaikum.......

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Jendela9 MB Berbuka Puasa <b>di</b> Masjid Kariah (F) <b>Serting</b> Hilir <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2011 09:49 AM PDT

  • Pendekar Bugis pergi ke Daik
    Sampai ke Daik hari dah petang
    Dalam hidup hati mesti baik
    Sampai mati di kenang orang
 
  • Makan sirih berpinang tidak
    Pinang ada di bawah tangga
    Hidangan ini mengenyang tidak
    Cukuplah tanda budi bahasa

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Laporan Perhimpunan Demonstrasi <b>di</b> Masjid <b>Ampangan</b>, Seremban

Posted: 01 Jul 2011 01:53 AM PDT

Usai solat Jumaat pada 1 Julai 2011 satu demonstrasi bantahan Imam 1 Masjid Ampangan di pecat, telah disertai oleh ahli Qariah Masjid Jamek Ampangan.

Turut hadir pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan antaranya ADUN Sikamat, ADUN Ampangan, TPJ PAS N.S Abd Rahman Ramli, Ketua AMK N.Sembilan Nazri Yunus.

Wakil Pemuda PAS Rembau Ustaz Nazri Esa memberi sedikit ucapan membantah campur tangan politik dalam institusi masjid.

Seorang ahli Qariah Masjid Ampangan merasa kecewa dan kesal dengan tindakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kerana telah memecat Imam 1 Masjid Jamek Ampangan, beliau berkata "Kalau setakat khutbah baca teks sendiri apa masalahnya? Masjid-masjid yang baca khutbah sampai orang mengantuk dan tak dengar kenapa tak bagi amaran? Orang nak khutbah yang ada penghayatan, bukan nak yang mengantuk, menurut beliau lagi "Takkan sebab Facebook pun nak pecat-pecat. Tak profesional langsung kalu macam tu. Apa masalahnya dengan FB tu? PM kito pun ada FB, itu hak peribadi masing-masing la".

Antara kata-katanya lagi "kalau tak kembalikan balik jawatan imam tu, kami raso kecewa dan hilang kepercayaan dengan Pejabat Agama. Kami tak teragak-agak untuk menghadap Rajo kalau diteruskan pemecatan itu" kata ahli Qaryah.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Prosedur bayaran kaunter <b>Gemas</b>

Posted: 08 Aug 2011 10:46 PM PDT

Prosedur bayaran kaunter Gemas
Aduan Rakyat Online – 8 Ogos 2011

Perkara yang ingin di ajukan adalah, masa penutupan perkhidmatan bayaran kompaun tempat letak kereta majlis daerah tampin di kaunter bayaran pejabat daerah dan tanah kecil wilayah gemas.

Untuk makluman,saya telah dikompaun di tempat letak kereta pasaraya giant tampin pada pukul 2.15 petang,petak 45 bertarikh 8.8.2011. Saya mengaku telah melakukan kesilapan memandangkan saya tidak mengetahui prosedur di tempat letak kereta berkenaan.

memandangkan saya mempunyai urusan rasmi di gemas,saya mengambil keputusan untuk membuat pembayaran di daerah gemas dan juga atas saranan saudara saya yang secara kebetulan mengetahui prosedure di jabatan daerah gemas.

Yang menjadi kemusykilan saya adalah,selaku penjawat awam saya juga mengetahui masa pembayaran dimana-mana jabatan kerajaan boleh dikatakan sama.

Selain itu diresit kompaun juga tertera pembayaran boleh dibuat di pejabat wilayah kecil daerah gemas bermula jam 8.00 pagi hingga 1 petang,manakala pukul 2 sehingga 4.30 petang.

akan tetapi setibanya saya di pejabat berkenaan saya dimaklumkan oleh petugas berkaitan:lelaki melayu dan india, kaunter sudah ditutup sedangkan baru pukul 3.15 petang.

terlalu awal bg organisasi kerajaan untuk menutup kutipan hasilnya.adakah kesilapan mencetak di resit ataupun kesilapan saya yang tidak mengetahui prosedur organisasi berkenaan.

Aduan telah dilakukan serta merta ke pejabat daerah tampin melalui telefon 064411601.

jawapan disana amat mengecewakan seolah-olah mempertikaikan kesahihan aduan saya dan meminta saya pergi semula ke kauter daerah gemas untuk melakukan pembayaran.

walaupun begitu kerana kesuntukan masa untuk pulang segera ke seremban,saya tidak dapat berbuat sedemikian.ketika kejadian seorang lelaki melayu dan india,manakala petugas wanita bertudung mengira hasil.

Disini saya bukan ingin mencari kesilapan sesiapa,tetapi dengan terjadinya kejadian sebegini,kekesalan wujud dihati saya.diharapkan penjelasan yang sebenarnya dpat diberikan supaya tidak akan wujud permasalahn yang sama kemudian hari yang akan menjejaskan prestasi atau pandangan masyarakat terhadap penjawat awam.sekian terima kasih.

penjawat awam kesal @ seremban.
By: mohd khusairi
http://www.aduanrakyat.com.my/prosedur-bayaran-kaunter-gemas

ads