Jumaat, 16 September 2011

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Tiga rumah kedai sederet terbakar <b>di Mambau</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:57 PM PDT


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran membabitkan tiga buah kedai menjual barang logam dan cat di Pekan Mambau, Seremban, awal pagi tadi. Kebakaran yang bermula jam 5 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas. - Foto Owee Ah Chun
Sep 14, 2011 12:10 pm
SEREMBAN: Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau, dekat sini, pagi tadi, yang melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, kata Pegawai Operasi Bomba Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee. 

Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah kedai di mana dua daripadanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi hangus 70 peratus.

Menurutnya, tujuh buah jentera bomba termasuk dua lori tangki air dari Seremban, Seremban 2, Senawang dan Teluk Kemang dengan 40 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada kira-kira jam 7.25 pagi. Bomba menghadapi kesukaran dalam memadamkan api berikutan tekanan air rendah, katanya ketika dihubungi BERNAMA. 

Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat, katanya. - BERNAMA




sumber : berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads