05 di bahau - Google Blog Search |
Laporan Perhimpunan Demonstrasi <b>di</b> Masjid <b>Ampangan</b>, Seremban Posted: 01 Jul 2011 01:53 AM PDT Usai solat Jumaat pada 1 Julai 2011 satu demonstrasi bantahan Imam 1 Masjid Ampangan di pecat, telah disertai oleh ahli Qariah Masjid Jamek Ampangan. Turut hadir pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan antaranya ADUN Sikamat, ADUN Ampangan, TPJ PAS N.S Abd Rahman Ramli, Ketua AMK N.Sembilan Nazri Yunus. Wakil Pemuda PAS Rembau Ustaz Nazri Esa memberi sedikit ucapan membantah campur tangan politik dalam institusi masjid. Seorang ahli Qariah Masjid Ampangan merasa kecewa dan kesal dengan tindakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kerana telah memecat Imam 1 Masjid Jamek Ampangan, beliau berkata "Kalau setakat khutbah baca teks sendiri apa masalahnya? Masjid-masjid yang baca khutbah sampai orang mengantuk dan tak dengar kenapa tak bagi amaran? Orang nak khutbah yang ada penghayatan, bukan nak yang mengantuk, menurut beliau lagi "Takkan sebab Facebook pun nak pecat-pecat. Tak profesional langsung kalu macam tu. Apa masalahnya dengan FB tu? PM kito pun ada FB, itu hak peribadi masing-masing la". Antara kata-katanya lagi "kalau tak kembalikan balik jawatan imam tu, kami raso kecewa dan hilang kepercayaan dengan Pejabat Agama. Kami tak teragak-agak untuk menghadap Rajo kalau diteruskan pemecatan itu" kata ahli Qaryah. |
You are subscribed to email updates from di ampangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan