05 di rasah - Google Blog Search |
37 surau Parlimen <b>Rasah</b> terima sumbangan Baitulmal - N9Kini Posted: 20 Jul 2013 06:12 AM PDT SEREMBAN , 20 Julai – Sebanyak 37 buah surau di kawasan Parlimen Rasah hari ini menerima sumbangan kewangan berjumlah RM18,500 daripada Baitulmal Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Masjid Jamek Datuk Bandar Ahmad, Rasah di sini. Bantuan RM500 untuk setiap surau yang ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu disampaikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Mohammed Najeeb Abdullah kepada pengerusi dan wakil surau berkenaan. Turut hadir Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin. Mohammed Najeeb berkata sumbangan itu bertujuan membantu surau berkenaan terutama dalam program yang dijalankan pada bulan Ramadan ini. "Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban, supaya mereka dapat melaksanakan program di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini. Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu Kamal Amran berkata ini adalah julung kali pihaknya memberikan sumbangan kepada surau di mana sebelum ini hanya masjid di negeri ini sahaja yang menerima sumbangan itu. Katanya sumbangan kewangan ini bertujuan menampung perbelanjaan setiap aktiviti yang dijalankan oleh surau berkenaan. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |