Jumaat, 19 Oktober 2012

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Life is colorful: Sesi Perah Minda <b>di</b> Lexis, <b>Port Dickson</b> Part II

Posted: 12 Oct 2012 04:56 PM PDT

Pada sebelah petang esoknya, saya dan Mr. Hubby ambil kesempatan untuk mengambil angin di sekitar hotel. Chalet-chalet atas air sungguh cantik pemandangannya.

Pemandangan Selat Melaka juga sangat cantik.


Sesekali rambut ditiup hembusan bayu. Wah, menarik sungguh berjalan-jalan di Water Chalet ni.

Oleh kerana jadual yang padat, kami cuma makan di hotel sahaja. Jadi makanannya pun biasa-biasa sahaja.





Pinggan saya pun biasa-biasa je.


Dan ini pula sarapan pagi keesokan harinya.

Akhir kata, Lexis PD memang sangat cantik dan sesuai sebagai destinasi untuk bercuti dan berehat terutamanya untuk honeymooners.

Adios. Semoga bertemu lagi di masa hadapan...

Life is colorful: Sesi Perah Minda <b>di</b> Lexis, <b>Port Dickson</b>.. Part I

Posted: 12 Oct 2012 04:14 PM PDT

Jumaat lepas tiba-tiba dapat panggilan daripada Pengurusan Sumber Manusia KPKK, katanya saya kena pergi bengkel Khamis hingga Sabtu ini. Bukan bengkel kereta  tapi Bengkel Penggubalan Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan di Hotel Lexis, Port Dickson.

Pagi Rabu pun masih belum dapat surat. Lewat tengah hari baru surat kursus menjelma atas meja. Dan kebetulan pula, Mr. Hubby juga akan menghadiri kursus yang sama walaupun diberi tanggungjawab yang berbeza. Jadi saya pun buat panggilan ke urusetia untuk memastikan roomate saya adalah Mr. Hubby hahaha..
Seperti biasalah, kalau kursus bermula sebelah petang, saya tak boleh nak bertolak awal pagi. Banyak kerja yang kena diselesaikan dulu di pejabat. Kira-kira jam 3.30 petang barulah memulakan perjalanan ke Lexis, Port Dickson dari Angkasapuri. Ini first time ke hotel ni.  
Jam 5 petang, kami tiba di Lexis, Port Dickson. Cantik pemandangan di sekitar hotel ni. Ada bangunan bilik hotel (tower) dan ada pilihan untuk water chalet. Untuk peserta kursus, kami diberi bilik di tower building.
Bilik Premium Tower Seaview sangat cantik. Dari beranda/jendela bilik boleh menikmati pemandangan Selat Melaka. Beranda juga sangat private dan sesuai untuk menenangkan fikiran.
 
Rekabentuk dalaman bilik juga sangat menarik. Tub mandi dan shower diasingkan daripada bilik tidur. Tub mandi juga bersaiz besar.

 
Melangkah masuk ke ruang beradu, terdapat 2 katil dalam bilik ini. Sebuah katil bersaiz king di tengah ruang dan sebuah lagi bersaiz queen di sisi jendela sebelah kanan. Bilik ini boleh memuatkan seramai 4 orang. Rekabentuk dalaman adalah berinspirasikan seni Bali.

 
Memang cantik sungguh bilik di Lexis ni dan saya percaya bilik di Water Chalet pastinya 2 atau 3 kali lebih cantik daripada bilik di Tower Building. Tiba-tiba rasa bertuah pula sebab dapat menginap di Hotel 4 bintang ni.
 
Kursus bermula sebelah malam. Hmmm... memang kena perah minda untuk memastikan sukatan peperiksaan ada penambahbaikan. Almaklum revisi sebelum ni adalah 18 tahun yang lalu. Tentu ada banyak perkara yang perlu dilihat seperti teknologi baru dan media baru.
 
Selama 3 hari 2 malam di Lexis, kami tak cari makan di sekitar kawasan. Cuma makan di Coffee house hotel je. Sebabnya, jadual kursus yang padat. Nanti saya postkan gambar-gambar makanan yang tak seberapa dalam Part II ye.

To be continue...

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Gangguan air <b>di Kuala Pilah</b>, Rembau, Selasa ini | n9kini.net

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

Penduduk di sekitar Kuala Pilah dan Rembau bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan Loji Rawatan Air (LRA) di kawasan berkenaan Selasa ini.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kerja penyelenggaraan dan mencuci membabitkan LRA Bukit, LRA Kuala Pilah dan LRA Pedas Lama, Rembau.

"Sehubungan itu, pihak Sains akan menjalankan penutupan sementara bekalan air yang akan mengakibatkan gangguan bekalan di sekitar kawasan terbabit seperti di Kuala Pilah bermula 10 pagi 16 Oktober sehingga 10 pagi keesokan harinya.

"Bagi kawasan sekitar Rembau pula, gangguan bekalan dijangkakan bermula 8 pagi Selasa sehingga 8 pagi keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kerja penyelengaraan tersebut bertujuan menjamin mutu dan kualiti bekalan air berada pada tahap yang baik untuk disalurkan kepada pengguna.

"Bekalan air akan disambung semula secara berperingkat selepas waktu yang ditetapkan dan diharapkan pengguna dapat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh tersebut.

"Bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan bekalan air lebih lama ekoran pemulihan sepenuhnya di lokasi terbabit yang akan mengambil masa," ujarnya.

Tambah Azlan, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk menyalurkan sumber bekalan air alternatif kepada penduduk terbabit sepanjang pelaksanaan kerja tersebut.

"Sains ingin memohon maaf atas kesulitan itu dan para pelanggan yang memerlukan bantuan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982," ujarnya.

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


HANANBAKERY GENAP 1 TAHUN <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 17 Oct 2012 06:08 AM PDT

ALHAMDULILAH' percubaan di Tmn Ampangan genap Hanan Bakery berOperasi setahun' walaupun menceburi bidang ni dah lama' tp impian adanya kedai sendiri dh pun tercapai' teringin nak buka walk in shop plak' mungkin kena fikirkan kelainan sedikit' memandangkan bekerja sendiri tanpa pembantu amat la meletihkan biarkan kepuasan itu ada' Genap tahun pertama Hanan Bakery' sy bercadang membuat PROMOSI untuk semua yg telah banyak menyokong' di wall FB 'Hayati' sy dah war-warkan' cuma nak update di blog ni pulak untuk sesiapa yg suka berblog ye'.. ~PROMOSI KELAS MASAKKAN SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA ~ @KELAS ANIKA MUFFIN - 5 jenis ( RM100 ) @KELAS LAPIS CHEEZY/TUTTY FRUITY - Dessert ( RM100 ) @KELAS PIZZA HOMEMADE - (Frozen) RM100 @KELAS FROZEN FOOD - 5 jenis produk ( RM120 ) @KELAS PELBAGAI JENIS BUNGA HIASAN KEK - 25 jenis (RM100) ~Promosi Kelas ini akan bermula dr Nov/Dec sempena ulang tahun pertama' ~ Promosi ini jugak tertakluk kepada beberapa syarat - Minimum peserta 4 Org - Kelas promosi ini juga dijalankan secara hands-On 100% - Resepi, tip dan teknik di sediakan - Terbuka kepada semua yg dah terro @ baru nak mencuba ( insyallah boleh buat ) - Kelas ini bukan tuk kanak-kanak ye' ~Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 012 343 8896 ( Mood nak jawab cll dah OK )!!!~

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Gambaran Sebenar <b>Di</b> National Feedlot Corporation (NFC) <b>Gemas</b> <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2011 10:59 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KAWAL SELIA.. Salah seorang pekerja National Feedlot Corporation (NFC) sedang melakukan pemeriksaan di pusat penyembelihan yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan bagi memastikan mutu dan kualiti daging ...

ads