Sabtu, 11 Jun 2011

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


DUNIA ITU: 3 maut kemalangan babit 9 kenderaan <b>di</b> Jalan Mahsan-<b>Bahau</b>

Posted: 10 May 2011 06:23 AM PDT

BAHAU — Tiga lelaki terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga lori, tiga kereta dan tiga motosikal di simpang tiga berhampiran lampu isyarat Jalan Bahau-Mahsan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Mohd. Sabri Muhamad berkata, mereka yang mati di tempat kejadian ialah pemandu treler Abdul Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Amat, 45, kedua-duanya dari Labis, Johor, serta penunggang motosikal, seorang pelajar Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noorazman, 20, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd. Sabri berkata, dalam kejadian pada 11.20 pagi tadi, sebuah treler yang sarat dengan muatan kayu getah tiba-tiba merempuh dua buah lori kosong, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat itu kerana lampu merah.

Katanya akibat rempuhan itu, Abdul Halim dan Nordin yang tersepit dalam treler yang dinaiki mereka mati di tempat kejadian manakala Muhammad Izwan terperosok di bawah treler itu.

"Kemalangan itu dipercayai berpunca apabila pemandu treler berkenaan yang menurun jalan bukit di situ tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh semua kenderaan itu yang sedang berhenti di lampu isyarat tersebut," kata Mohd. Sabri.

Katanya, lima orang yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Mereka terdiri Mohd Afiq Ghazali, 21, Muhd Faiz Mohd Nasaruddin, 26, dan Mohd Haidir Nordin, 20, kesemuanya dari Kolej Komuniti Jempol, serta Ariffin Ahmad, 50, dan Loh Kim Hoon, 34. — Bernama

10 Mei 2011

Ucapan terakhir anak


JEMPOL: "Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya," kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.

Rosni berkata, Allahyarham yang juga pelajar Kolej Komuniti Jempol menyampaikan ucapan Hari Ibu sehari lebih awal iaitu pada Sabtu lalu ketika menghubunginya melalui telefon.

TRAGEDI...kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau, semalam.


"I love you, I miss you (saya cinta dan saya rindu pada ibu). Itu antara kata-katanya ketika menelefon saya," kata ibu kepada enam anak itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, di sini, semalam.

Selain Muhammad Izwan, dua lagi yang terbunuh dalam kemalangan pada jam 11.20 pagi di Jalan Mahsan-Bahau itu ialah pemandu treler yang sarat dengan kayu getah, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45.

Kejadian berlaku apabila treler dipandu Abd Halim yang dalam perjalanan menuju Bahau gagal dikawal ketika menuruni bukit lalu melanggar sembilan kenderaan lain iaitu dua lori, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara.

CEDERA...seorang mangsa dibawah treler.

REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan.

BANTU...orang ramai membantu mangsa di tempat kejadian.

TUTUP...mangsa yang maut.

PARAH...mangsa yang parah dibawa ke Hospital Jempul.

MUHD FAIZ...cedera


myMetro
11 Mei 2011

Tiga maut treler terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Abd. Halim yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau, Jempol semalam.


JEMPOL - Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sepuluh buah kenderaan di Kilometer 1 Jalan Mahsan-Bahau di sini semalam.

Kenderaan yang terlibat ialah sebuah treler 21 tan, Proton Iswara, dua buah lori, Perodua Kembara, dua buah motosikal, Proton Wira, Proton Waja dan Toyota Avanza.

Kejadian pukul 11.20 pagi itu mengakibatkan pemandu treler, Abd. Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Ahmad, 45, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam treler. Turut maut ialah pelajar Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noor Azman, 20, yang menunggang sebuah motosikal Yamaha Lagenda. Mayatnya terperosok di bawah perut treler.

Mereka yang cedera pula ialah Mohd. Afiq Ghazali, 21; Mohd. Faiz Mohd. Nasarudin, 26; Mohd. Haidir Nordin, 20; Loh Kim Hoon, 34, dan Mohd. Ariffin Amat, 50.

Kosmo
11 Mei 2011

Sempat ucap Selamat Hari Ibu

Abd Halim Omar (kiri) dan Muhammad Izwan Noorazman.


Pelajar kolej antara tiga maut dalam nahas 10 kenderaan di Bahau

BAHAU: Seorang pelajar Kolej Komuniti Jempol yang maut bersama dua orang lain dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di simpang tiga Jalan Mahsan-Bahau di sini, semalam, sempat menelefon ibunya Sabtu lalu, untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi semalam, Muhammad Izwan Noorazaman, 20; pemandu sebuah treler, Abd Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Amat, 45, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Muhammad Izwan yang menunggang motosikal, terperosok di bawah treler, manakala pemandu dan kelindannya tersepit di tempat duduk masing-masing.

Lima mangsa yang parah pula adalah tiga pelajar kolej sama yang menunggang dan membonceng motosikal, iaitu Mohd Afiq Ghazali, 21; Muhd Faiz Muhammad Nasaruddin, 26, dan Mohd Haidir Nordin, 20. Dua lagi adalah penunggang motosikal, Loh Kim Hoon dan pemandu kereta, Ariffin Ahmad.

Ibu Muhammad Izwan, Rosni Abdul Samad, 50, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur, berkata anaknya yang kini di tahun akhir Sijil Kejuruteraan Elektrik sempat menelefon mengucapkan Selamat Hari Ibu, tengah malam Sabtu lalu.

"Dia ucapkan Selamat Hari Ibu, I love you (saya sayang ibu) dan I miss you (saya rindu ibu). Dia anak pertama memberi ucapan itu tahun ini dan lebih menyedihkan, itu kali terakhir saya bercakap dengannya," katanya yang tiba di Hospital Jempol dekat sini bersama bapa mangsa, Noorazman Ahmad, 53.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Mohammad, berkata siasatan awal mendapati treler dipercayai membawa muatan kayu getah yang menuruni bukit, hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

"Treler itu merempuh dua lori tanpa muatan, empat kereta dan tiga motosikal sebelum berhenti di tengah jalan. Akibat rempuhan itu, pemandu dan kelindan yang tersepit serta seorang penunggang motosikal yang terperosok di bawah treler, mati di tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini, semalam.

Rakan Muhammad Izwan, Nor Faizal Mayusran, 20, yang kebetulan berada di kedai motosikal berhampiran tempat kejadian mendakwa treler terbabit melanggar beberapa kenderaan sebelum merempuh sekumpulan rakannya yang dalam perjalanan ke Bahau untuk membeli rojak.

"Saya tergamam kerana empat penunggang dan pembonceng motosikal itu rakan saya. Saya melihat Muhammad Izwan bersama motosikalnya terperosok di bawah treler dalam keadaan berlumuran darah, badannya menggigil sebelum terdiam dan berhenti bergerak," katanya.

Berita Harian
11 Mei 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Info Gallery: 3 Maut Treler Terbabas <b>di Jempol</b>

Posted: 10 May 2011 10:30 PM PDT

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Abd. Halim yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau, Jempol semalam.

JEMPOL - Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sepuluh buah kenderaan di Kilometer 1 Jalan Mahsan-Bahau di sini semalam.

Kenderaan yang terlibat ialah sebuah treler 21 tan, Proton Iswara, dua buah lori, Perodua Kembara, dua buah motosikal, Proton Wira, Proton Waja dan Toyota Avanza.

Kejadian pukul 11.20 pagi itu mengakibatkan pemandu treler, Abd. Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Ahmad, 45, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam treler. Turut maut ialah pelajar Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noor Azman, 20, yang menunggang sebuah motosikal Yamaha Lagenda. Mayatnya terperosok di bawah perut treler.

Mereka yang cedera pula ialah Mohd. Afiq Ghazali, 21; Mohd. Faiz Mohd. Nasarudin, 26; Mohd. Haidir Nordin, 20; Loh Kim Hoon, 34, dan Mohd. Ariffin Amat, 50..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: 20 tahun rakyat <b>di Mantin</b>, N.Sembilan hidu <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 07:45 AM PDT

ZAKRI ALI RANGKUTI: 20 tahun rakyat di Mantin, N.Sembilan hidu sampah - oleh : amkns

20 tahun rakyat di Mantin, N.Sembilan hidu sampah - oleh : amkns

Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK 
 

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya. 
Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini. 


Artikel penuh di
http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html  
BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH? 

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan. 

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran. Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku. 


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Majlis Letak Batu Asas Landasan Pesawat <b>di Rembau</b> - Anak Muda <b>...</b>

Posted: 24 May 2011 07:13 AM PDT

Apakah projek Landasan Pesawat Kecil di Rembau ini sekadar omongan kosong, gula-gula kempen politik? Apakah begitu rendah sekali pemikiran orang Rembau diperlaku semacam angan-angan Mat Jenin. Apa sudah jadi dengan projek Hospital Rembau yang sejak tahun 2008 lagi, yang masih ada hanya Batu Asas.

Ya, bukan main hebat Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau pada tahun 2008, bukan main banyak khemah dipasang, tapi dah lebih 3 tahun, tinggal batu asas saja seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Ceramah Perdana KEADILAN bersama Anwar <b>di Port Dickson</b>, 10 Jun ini <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 03:52 AM PDT

KEADILAN Negeri Sembilan menganjurkan Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu 4, Port Dickson pada hari Jumaat, 10 Jun ini.

Speaker utama yang akan menyampaikan ceramah ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad.

Selain itu, bekas pimpinan mahasiswa yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nazree Yunus akan turut menyampaikan peneranga berhubung isu tempatan dan negara.

Program dijadualkan bermula jam 9 malam. Penduduk di sekitar Port Dickson, Seremban dan daerah sekitar dijemput hadir beramai-ramai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15054

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laloque d&#39;Loqlaq...: Berkelah <b>Di Port Dickson</b>

Posted: 01 May 2011 08:42 PM PDT

Lama tak gi mandi laut. Sejak kami dinasihatkan utk tidak membawa Annisa bermalam di laut masa Nisa umur 4 bulan dulu sehingga dia berumur 4 tahun. Pantang katanya! Ada sekeluarga bunian amat2 berkenan untuk menjadikan Nisa anak angkat diorg.


Mlm td tiba2 dapat idea utk berkelah di Port Dickson. Terus gi Giant beli bahan utk masak nasik lemak sebagai bekal. Lagipun bukan nak gi bermalam pun kan. Gi berkelah sambil bersarapan pagi gitu.

Kul 6 pagi bini aku dah bangun masak nasik lemak. Nasik lemak beliau terbaekkk wok... Sedap hingga jilat tupperware!!

Kul 7.30 pagi dah gerak. Skang ni kitorg tengah bermandi manda. Tapi sempat update lg.. Haha


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads