Khamis, 4 Oktober 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: BERMAAF MAAFAN <b>DI</b> HARI RAYA

Posted: 06 Sep 2012 05:45 PM PDT


Didalam artikel dimana satu 'Ustaz' tu tulis ada menyebut, lebih kurang 'amalan bermaaf maafan di hari raya tidak berapa sesuai kerana setiap kali kita mamohon maaf maka akan terbayang la akan kesalahan kita di masa lalu, di takuti akan membawa kesedihan dan rintihan hingga mengalirkan air mata, dengan itu ia akan merosakan kan Hari Raya itu yang sepatutnya disambut dengan riang gembira'.

   Memang betul la apa yang 'Ustaz' tu cakap, pasal kita nak bermaaf maafan pulak, hari lain tak boleh maaf ke, orang suruh ber 'Gumbira', bersuka ria, 'enjoy', happy hour, tiba tiba kena buat 'confession' pulak. Ye lah, kalau kita nak mohon maaf dengan satu orang, kita kena buat pengakuan akan kesalahan kita, baru la orang tu boleh maafkan, kalau dia nak maafkan la, kalau di tak maaf kan macam na, hah! melalak la jawab nya, dosa kena bawak ke akhirat.

   Aku tak ambik 'pot' sangat bende ni, alah bukan susah sangat, bukan kerja berat sangat nak mintak maaf, "mintak maaf zahir batin dan selamat hari raya" apa susah. Lepas sembahyang  raya, anak bini aku pun mula bersalaman ngan aku, selain mintak maaf, mintak duit raya sekali, 'no hal' setel satu babak. Lepas tu aku 'lead' mintak maaf dengan mak aku, siap 'ang pow' sekali, lepas tu abang ipar ngan kakak, abang dan seterus nya anak sedara dan lain lain, habis cerita, semua riang gembira.

   Lewat petang Hari Raya kedua aku sudah ada kat rumah mertua aku, tiba tiba semua sudah sedia dengan pakaian raya yang ber 'thema', bermakna acara rutin Hari Raya keluarga ni akan bermula, ini adat budaya kat sini, aku kena ikut. Aku anak beranak tak ikut 'thema', pakaian raya aku dan anak aku tak sempat basuh, pakai je la apa yang ada.

   Setelah bergambar sakan, ber'posing' kesana sini, kami pun membuat bulatan untuk upacara tahunan, ritual yang memang 'original' dari keluarga ini, bukan dari ikutan mana 'mahzab' atau fahaman. Upacara ini adalah upacara ber 'maaf maafan' antara satu sama lain bermula dari yang paling senior atau yang paling 'dominan' didalam rumah itu kepada yang paling junior. Dalam ritual ini kami akan bersalam salaman dan berpeluk pelukan, memohon ampun dan maaf dari seorang keseorang.

   Dalam rintihan dan pelukan kemesraan itu akan terpancul lah bibit perasaan yang begitu membuai  yang sukar digambar kan dengan kata dan nosta, sentuhan berbisa yang meruntun kan emosi menjatuh luruhkan jiwa yang tadinya kental  bak tiang seri, tiba tiba menjadi sayu dan pilu bak hening malam tiada penghuni dianjung sepi. Satu detik yang begitu menyentuh tanpa dipaksa dan terpaksa membawa melayang keawang awangan meneroka jauh alam hayalan. Satu perasaan yang begitu mendalam jauh kelubuk hati yang hampir mati terus terjun kelaut dalam menyelam perasaan.

   Acara ini begitu beremosi  'it's take you deep' hingga mampu mengalir dan menitiskan air mata jatuh  kebumi  tanpa kita merasa terseksa atau merasa diri kita dalam dilema penderitaan jiwa, tidak! tidak sama sekali . Dengan tidak semena dan tak disedari air mata aku pun turut mengalir lesu, aku cuba menahan dan mengalih pandangan, tiada apa yang mampu membataskan perasaan selain air mata terus berlinangan namun ku tahan jua.  Aku tahan tak nak nampak  'over'.

   Sebenarnya bukan air mata kesedihan yang membasahi lantai sepi, tetapi ini adalah air mata kegembiraan, kegembiraan yang tak mampu digambar dengan kata bicara hanya air mata sebagai ganti curahan jiwa. Curahan perasaan yang penuh ke seni an menjadi abstrak lukisan alam, lakaran keindahan jiwa yang bertahun gersang disiram sinar yang gemerlapan. Kegembiraan apabila kita masih lagi bersama, masih lagi satu keluarga, masih lagi mampu bergurau senda bersama, masih lagi meneruskan kehidupan ini bersama sebagai satu ikatan saudara. Suka duka dalam kehidupan ini kita masih lagi harungi bersama, tiada sangsi atau iri hanya hati yang suci murni meniti hari, berbudi dan bakti demi kelangsungan hari menanti pagi sebelum dijemput sepi dalam menuju abadi.

   Ini lah dia keindahan hari lebaran, bukan pesta hiburan atau acara makan makan yang semestinya akan mengembira kan kita atau berpeleseran di kelab kelab malam yang mampu memberi kan kepuasan, tetapi keakraban hubungan kekeluarga an itu yang menjadikan kita kita ceria sepanjang masa. Tali silaturahim yang berpanjangan antara kita saudara se Islam, itu lah yang menjadi benteng kedukaan yang mampu bersinar walau dalam kehidupan yang penuh kesengsaraan. Itu lah kegembiraan yang sebenar benarnya yang kita cari, kegembiraan yang memang ada disekeliling kita tanpa perlu kemana mana.

Sekian, ikhlas dari 'Juasseh Cafe'.

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Pendaftaran Pengundi Baru <b>di</b> Taman <b>Rasah</b> Jaya sempena Majlis

Posted: 19 Sep 2012 03:56 PM PDT

2030hrs--18 September 2012, Sempena Majlis sambutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan ke 55,Rukun Tetangga kawasan perumahan Rasah Jaya fasa 1 telah mengadakan Majlis Mesra Bersama pemimpin di gelanggang Bola keranjang Taman Rasah Jaya Fasa 1 Seremban.Antara tetamu hormat yang hadir ke majlis ini adalah Dato Senator Najeeb Bin Abdullah, Dato Dr Yeow Chai Thiam,Dato Rajagopalu dan beberapa ahli Barisan Nasional.

Penasihat Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia ( KelabPR1M) dan juga merangkap Ahli Parti Progresif Penduduk NSDK ,Dr Harris Abdullah bersama En Balasandar dan En Lingam telah mendaftar pengundi pengundi baru untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di majlis tersebut. Pendaftaran dan Semakan Pengundi SPR telah diselaraskan dan ditanggung oleh Dr Harris. Mereka telah berjaya mendaftar lebih dari 50 pengundi baru di kawasan tersebut sahaja. Bukan itu sahaja,orang ramai juga mengambil kesempatan ini untuk semak kawasan pengundi secara online.






05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Hotel <b>Di Bahau</b>, Negeri Sembilan | Tales of life

Posted: 26 Jun 2012 09:04 PM PDT

Nak share.. Bebaru ni, takdelah baru sangat. Adik no.3 da selamat di ijabkabulkan Bulan March hari tu di Bahau, Negeri Sembilan. Rumah Perempuan di Felda Serting Hilir, N9. March? Did I say March? Ya hampunn, bulan mac punya cerita baru nak masukkan kat entry?
Maafkan mak, nakk.. Mak busyy. Kalah boss busynyer. Boss pun tak sebizi daku. Wahah. Yelaa, da boss kejenyer menyuruh je,kan. Kulilaa buat semua. Now da free. Bolehlaa bertenet. Tak free pun, ada je keje. Ada 4 folder masih pending. Tak tau biler nak buat. Nak tulis blog ada masa plak.
Eh.. where was I? Back to cerita hotel di Bahau.
Susahnya nak cari hotel nak memuatkan 20 keluarga manusia. Yang setiap keluarga mempunya anak-anak dan cucu-cucu. Untuk pergi menikahkan adikku yang ke-3 ni. Nak cari hotel selesa pun susah.
And.. Bulan December lepas. Makku booking hampir 20 biliks. Pergh. Letak plural S supaya nampak banyak kat biliksss tu. Ahaks.
Tak amek plak gamba bilik, sebab teruja. Wah, lawa and selesanya Hotel ni. What do you expect? Kat kawasan yang agak kecil macam ni, masih boleh untuk selesa macam ni. Best.
Kalau nak booking, ini nombornya. Mana taukan ada urusan kat sana. Atau nak cuti-cuti Malaysia melawat pokok kelapa sawit ke. Nak tunjuk kat anak.. Nihlaa pokok kelapa sawit. Hehehe. Rates pun berpatutan. 


Kiara Inn, Bahau, Negeri Sembilan
Add: Lot 121-B, Pusat Perniagaan Kiara, Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: 06-4548333

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Detik-Detik Kejayaan-SMK <b>Mambau</b> Melakar Sejarah

Posted: 02 Oct 2012 03:11 AM PDT


SAHIBBA- SMK MAMBAU TERUS MELAKAR SEJARAH
Dalam apa-apa jua  pertandingan, latihan yang berterusan amat diperlukan sehingga terpaksa mengorbankan banyak waktu dan tenaga.  Saya selaku guru yang telah diberikan kursus dalam  permainan Sahibba dan penghakiman telah diminta menghadiri diri dalam mesyuarat  bagi Zon Tengah di Kuala Lumpur. Nama saya telah dihantar ke PPD untuk dicalonkan bagi mengikuti kursus berkenaan. Saya sememangnya suka sesuatu yang baru dan mencabar.
Kursus selama 2 hari 1 malam ini cukup menyenangkan  dan menyeronokkan apatah lagi diadakan dalam keadaan yang begitu santai. Sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan stres di dalam kelas. Kursus banyak dikendalikan oleh Encik Azhar Salleh yang merupakan guru yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan  Sahibba edisi Bahasa Melayu ini. Menurut Encik Azhar, program ini telah dilaksanakan pada tahun lepas namun atas sebab-sebab beberapa kekangan, pertandingan peringkat kebangsaan tidak dapat dijalankan malah ada negeri yang tidak mengadakan pertandingan di peringkat negeri termasuklah negeri beradat ini!
 Beliau juga telah dilantik oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengendalikan bengkel dan simulasi permainan ini. Nama  beliau seperti biasa saya dengar dan benarlah telahan saya bahawa beliau merupakan seorang penulis jemputan untuk majalah Dewan Pelajar. Beliau juga ialah seorang Munsyi Dewan yang dilantik secara rasmi oleh DBP.
Terus terang saya katakan, sepanjang kursus, kami amat teruja dan bersemangat. Aktiviti banyak diisi dengan aktiviti permainan dan penghakiman. Pada mulanya agak kelam-kabut kerana masing-masing masih baru dengan permainan ini namun akhirnya segala masalah dapat diatasi secara perbincangan bersama dengan Encik Azhar. Saya amat beruntung kerana dalam kumpulan kami ada guru yang sudah berkursus pada tahun lepas. Maka, segala masalah dirujuk terus dengan cikgu berkenaan.
Saya juga telah memberi 5 set permainan Sahibba dengan menggunakan duit saku sendiri. Harganya RM150.00 telah dijual oleh Syarikat Permainan Malaysia (SPM) Khabarnya permainan Sahibba edisi sekolah ini tidak dijual di pasaran terbuka. Saya nekad membelinya memandangkan sebaik-baik sahaja pulang berkursus, saya akan membuat pemilihan peserta di peringkat sekolah . Hal ini perlu dilakukan kerana sejak awal-awal lagi saya sudah menetapkan matlamat tinggi agar peserta dari SMK Mambau ini akan menyerlah  ke peringkat kebangsaan. Itulah hasrat saya sejak awal sebelum berkursus lagi. SMK Mambau bakal menggegar setelah sekolah kami muncul juara dalam Pertandingan Perbahasan Peringkat Seremban 2 malah berjaya menumbangkan SMK Puteri di peringkat akhir.  Seperti tidak percaya, malah itulah hakikatnya.
Sebaik-baik sahaja pulang dari berkursus, pada hari yang berikutnya pemilihan peserta dilakukan. Saya menyerahkan tugas ini kepada Puan Noor  Azila bagi memaklumkan kepada murid khususnya murid-murid tingkatan 2. Rasanya rugi pemilihan dibuat dalam kalangan tingkatan 3 yang pasti terlalu sibuk untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tumpuan mereka tentu akan tersasar lagipun sekiranya pemilihan dibuat dalam kalangan tingkatan 2, peserta berkenaan masih boleh terlibat pada tahun berikutnya namun hal ini bergantung pada persetujuan mereka juga.
Alhamdulillah, seramai 12 orang peserta akhirnya telah menjalankan sesi pemilihan yang memakan masa hampir 2 minggu. Akhirnya saya dan Puan Noor Azila  telah memutuskan untuk memilih tiga peserta terbaik iaitu Muhammad Afiq Mirza bin Razak, Nor Iskandar bin Kassim dan  Mohd Alif Najmi . Ketiga-tiga orang pelajar ini dari kelas 2 Gemilang  Markah ketiga-tiga peserta ini telah dicatat di atas borang yang kami sediakan setiap kali latihan diadakan. Perkataan yang dibentuk juga kami pantau dalam membuat pemilihan di peringkat akhir.
 Apabila pertandingan di peringkat daerah semakin hampir justeru sesi latihan bermula pada awal pagi lagi iaitu pada pukul 7.20 pagi sehingga pukul 8.20 pagi dan kadangkala berlanjutan pada pukul 9.00 pagi. Kesungguhan mereka amat saya puji. Mereka bertiga begitu gigih menjalani latihan saban hari sehingga pertandingan bermula. 
             Latihan juga diadakan pada setiap hari Rabu bermula pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang setiap masa kokurikulum. Pada cuti penggal pada bulan Mac juga diadakan sesi latihan selama empat hari. Latihan pada hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Dalam masa yang sama, latihan kawad untuk skuad Pengakap juga diadakan pada hari dan waktu yang sama. Amat mencabar kerana saya perlu menguruskan kedua-dua pertandingan tersebut.  Mengapa empat hari sahaja? Untuk makluman, hari Jumaat hingga hari Isnin saya berada di luar kawasan. Saya berkembara secara solo di Medan, Indonesia.  Saya perlu bercuti juga.
 Sehari sebelum pertandingan, pihak Pengetua memberi kebenaran kepada peserta supaya sesi latihan bermula seawal pukul 7.30 dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Sokongan para guru dan pihak pengurusan juga menjadi pemangkin kejayaan kami.
Usaha yang tidak mengenal putus asa ini akhirnya membuahkan hasil. Dalam pertandingan peringkat daerah bagi Seremban 2 yang diadakan pada 25 April 2012 di SMK Cempaka, Nilai, dua peserta dari SMK Mambau terus membuktikan bahawa mereka telah melakar sejarah baru. Muhammad Afiq Mirza dan Nor Iskandar Kassim telah bersaing sesama sendiri di peringkat akhir. Dua orang peserta lain yang bersaing dari SMK Bukit Mewah dan SMK Puteri. Akhirnya keputusan diperoleh, Muhammad Afiq Mirza muncul juara manakala Nor Iskandar Kassim berjaya memperoleh tempat keempat. Hal ini bermakna dua orang peserta sekolah kami berjaya ke peringkat negeri.
Saya menyampaikan berita gembra ini kepada Puan Noor Azila yang juga telah banyak meluangkan masa dan tenaga untuk melatih peserta ini. Beliau juga kadangkala telah bersama-sama  mereka semasa sesi latihan dijalankan. Tanpa usaha beliau, pasti kejayaan ini tidak dapat dicapai. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Noor Azila yang sanggup hadir pada hari Sabtu bersama dengan anak-anaknya semata-mata untuk bersama dengan peserta Sahibba ini. 
Latihan semakin giat dijalankan memandangkan kedua-dua layak ke peringkat negeri. Setiap hari saya tanamkan dengan kata-kata semangat agar mereka menempatkan diri ke peringkat kebangsaan. Jangan  memandang ke belakang, teruskan berlari sehingga ke garisan penamat. Itulah kata semangat yang sering saya dendangkan ke telinga mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Muhd Alif Najmi walaupun tidak terpilih namun tetap memberikan saingan semasa sesi latihan dijalankan.
Tiba-tiba saya telah menerima surat  pelantikan sebagai hakim Sahibba di peringkat negeri. Saya meneliti nama-nama dalam senarai yang dilampirkan. Rupa-rupanya semua guru yang telah berkursus di Kuala Lumpur tempoh hari telah dilantik sebagai hakim. Pelik,  saya langsung tidak terlibat sebagai hakim di peringkat daerah dan tiba-tiba nama saya tersenarai sebagai hakim pula.
Sehari sebelum pertandingan, kami dipanggil untuk bermesyuarat di SMK Lui Barat, lokasi berlangsungnya pertandingan Sahibba tersebut.  Dalam mesyuarat ini, taklimat sekali lagi diadakan dan beberapa penambahbaikan dari segi penghakiman turut dilakukan. Hal ini dapat mengelakkan beberapa kekeliruan yang timbul semasa pertandingan di peringkat daerah dahulu.
Sebagai pertandingan yang baru diperkenalkan sudah tentu terdapat beberapa ketidaksamaan  dan kekeliruan dari segi penghakiman telah berjaya diselesaikan. Saya sendiri juga telah mendapat beberapa penjenihan dari segi penghakiman dan permainan. Simulasi pertandingan turut diadakan pada hari tersebut bagi memastikan pertandingan esok berjalan dengan lancar.
Selaku hakim seboleh-bolehnya saya perlu bersikap berkecuali.  Muhammad Afiq Mirza gagal ke peringkat akhir dan hanya berjaya ke peringkat separuh akhir. Saya dimaklumkan bahawa Nor Iskandar telah berjaya ke peringkat akhir. Tetapi ketika senarai nama peserta dibacakan oleh pengacara majlis, nama Nor Iskandar tercicir daripada senarai. Sebelum itu saya telah diberikan ucapan tahniah kerana peserta dari sekolah saya mara ke peringkat akhir. Saya tergamam, saya ketika itu sedang mengadili pertandingan akhir peringkat sekolah rendah terus hilang tumpuan. Mujur ketika itu saya hanya bertindak sebagai hakim kedua. Saya ditugaskan merujuk perkataan yang dibina oleh peserta sekiranya ada peserta yang mencabar perkataan tersebut. Saya mendapat panggilan telefon daripada Puan Noor Azila untuk membuat bantahan. Saya menoleh ke arahnya dan saya melihat kelibat Nor Iskandar yang kegelisahan. Rona wajahnya tercerna perasaan kurang berpuas hati. Saya meminta seorang rakan menggantikan tempat saya buat seketika lalu ke belakang ruang peserta. Pada mulanya saya agak keberatan untuk berjumpa pihak urusetia namun setelah didesak oleh Puan Noor Azila saya terus ke meja urusetia. Ternyata kesilapan telah berlaku, pengacara tersilap memanggil nama peserta ke peringkat akhir. Lalu, pertandingan yang telah berlangsung selama hampir 30 minit terpaksa dibatalkan.
            Alhamdulillah, Nor Iskandar berjaya muncul sebagai pemenang tempat kedua di peringkat negeri.  Saya mendapat khabarnya, peserta yang mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan telah berjaya muncul naib johan.
Nor Iskandar (atas) dan Muhammad Afiq Mirza (bawah)semasa beraksi di peringkat negeri

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


<b>TELUK KEMANG</b>, 20 JULAI 2012 – MUFTI Negeri Sembilan, Datuk <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 05:02 PM PDT

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Perdana Menteri <b>Di Paroi</b> Lautan Manusia <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 06:19 PM PDT

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


My Life My World: GATHERING <b>DI</b> MELAKA

Posted: 03 Oct 2012 02:30 PM PDT

Baru berpeluang nak update post pasal Gathering di Melaka Sabtu lepas. Aku ambik cuti Sabtu tu, sebab  patutnye aku bekerja. Nasib baik cuti banyak lagi, dah dekat akhir-akhir tahun ni memang patut pun untuk di abiskan. Huhuhuhu ... Aku tersangat excited nak jumpa kawan-kawan lama. Last sekali jumpa masa berbuka puasa bulan Ogos baru-baru ni. Tapi itu pun tak dapat lama-lama, tak puas rasanya. Ramai juga tak dapat hadir masa majlis berbuka kat Intekma tu. So kali ni sekali lagi ada peluang untuk berjumpa, itu yang teruja sangat. Balik jer kerja hari Jumaat tu, sarung Apron terus ler ke dapur nak mem'baking'. Nasib baik kek cekelat dah buat awal lagi. Tak lah sibuk sangat, tinggal nak buat Red Velvet Cup Cake jer. Dan akhirnyer siap pada pukul 12.00 malam. Entah hapa-hapa rupa cupcake aku. Sebab malas punya pasal aku celup dalam butir-butir berkaler jer. Hehehe...
Kali ni perjalanan ke Melaka semua anak-anak aku tak ikut. Kak Long nak study for SPM, Hilman ada Dinner Pengawas pukul 4 petang, yang sah-sah tak sempat nak balik semula. Aran pulak kena demam campak, jadinyer kena berpantang duk umah jer. Nasib baik aku ada 'back-up' baik punyer. Mak aku memang pantang di ajak, pergilah mana pun sudi jer nak temankan. Kengkadang keta aku jer tak cukup space nak bawak, ni yang bercita-cita nak beli bas ni. Huhuhuhu... 

Mak Tok tanya nak bertolak pukul berapa, aku cakap "Pukul 9 mok". Hehehehe ... pukul 9 aku tu dah jadik pukul 10 pagi. Mana tak nyer, aku kena lah sediakan bekalan untuk anak-anak yang nak ditinggalkan kat rumah. Nanti kelaparan pulak anak-anak burung semua. Manja-manja anak aku nih. Walhal ada jer makanan sejuk beku kat Freezer tu. Lastly keluar rumah pukul 9.30 pagi. Mak aku kata, "Aku dah agak dah, kalau pukul 9 kau tu mahu pukul 10" hehehehe ... sayanggggg mak tok, faham bebeno perangai anak dia yang sentiasa sibuk ni kan (alasan tak leh pakai, sibuk lah sangattttttt).
Kami kena singgah, erk ...kena ker . Hehehehe ... tak lah, singgah dengan rela hati di Mantin. Sebab nak jemput BFF aku, Rozilin @ Ucu yang duk dan kerja kat sana. Rozilin ni officer Maybank dan rumah dia betul-betul sepelaung jer dari pekan Mantin. Ucu bawak anak-anak dia, Alia yang kebetulan bercuti seminggu dari A-Level kat Lembah Beringin dan Amar yang petah berkata-kata macam mak dia. Tersesat jugaklah masa memula tu. Salah masuk jalan sampai Bangi pulak. Patut masuk belah Kajang ke Bukit Kajang dan masuk Highway LEKAS. Sampai kat rumah Ucu dah dekat pukul 11 masa tu. 
Masuk balik ke PLUS Highway ikut Nilai. Perjalanan agak tersekat-sekat di antara Nilai dan Seremban, Port Dickson dan Senawang. But sumpah tak terasa, dah tu asyik pot pet pot pet jer dengan Ucu dan mak, aku tahu-tahu dah sampai Air Keroh dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1 gitu. Aku lupa pulak kat mana rumah Miza ... tempat perjumpaan kami. Nasib baik ada Angah yang sanggup tunggu tepi jalan lepas Tesco Cheng ... Sowi ler Ngah, aku salah masuk lorong, dah tu nak buat U-Turn banyak lak kereta. Bukan Angah jer ada tunggu aku, Along pun ada sebab dia pun tak tahu rumah Miza kat mana. Hehehehehe ... setia korang tunggu Acik kan ;) Sayangggggg korang.

Sebeno-benonyer acara makan-makan ni pun disekalikan dengan Resepsi Miza yang telah di ijabkabulkan beberapa bulan yang lalu. Punya lah lama, baru sempat kita orang nak meraikan beramai-ramai. Tapi biasalah, ramai klik duk KL nak pergi Melaka bukan dekat. Maka adalah muka-muka kat bawah ni jer yang sempat berkumpul di hari yang indah ini. Tapi  kalau nak tunggu semua kita free ... memang tak ada lah akan terjadi kejadian yang di ingini ni. Miza ni lecturer di UiTM Melaka ... cepat-cepat ler pindah KL Miza, senang kita nak bergather-gather lepas ni kan.


Dari kiri Fujie, Miza, Aku, Ucu, Angah, Zia, Along, Shikin dan anak bujangnya. Yang teruna ganteng tu pulak dari kiri Hasnol, Mahyuddin, Tajul dan Sham. Seronok bila dah jumpa kawan-kawan ni. Kami semua sebaya. Biasalah bila dah jumpa rakan sebaya, terasa macam bebudak balik, macam zaman kat ITM semula. Agak-agaknyer anak-anak tengok perangai mak bapak pun tercengang. Buruk nyer lah perangai ... dengan suara bercakap bervolume maksimum masing-masing, dengan hilai ketawa yang kalau pontianak dengar pun pengsan. Hahahahahha ... hilang dah control ayu dan jelita masing-masing tu. 
Inilah antara BFF aku, kawan sehidup semati ... Insya ALLAH. Ni pun tak cukup ni, ada lagi ... sebab Baa dan Yong tak dapat nak datang. Dari kiri Zia (awet muda selalu), Acik, Along, Ucu dan Angah. Perasan tak nama panggilan kita orang sesama sendiri. Sebab kita orang ni dah macam adik beradik, mak kau mak aku, rumah kau rumah aku ... dah tak ada rahsia langsung antara kami, malah kita orang lagi rapat dari adik beradik sendiri kut. Hehehehe ... Along sebab dia anak sulung, gitu gak lah dengan Angah dan Acik ikut ranking keluarga kami dan Ucu sebab dia termuda antara kami begitu jugak dengan Zia yang termuda. Nama Ucu dah direbut dahulu oleh Rozilin. Teringat masa duk kat ITM Dungun, bila siang bilik Acik, Along, Angah dan Yong adalah 4 orang, tapi bila malam bilik yang 4 orang tu dah jadik 8 orang kengkadang, sebab bilik kita lah yang jadik pot semua orang berkumpul. Macam nak pecah kecoh dan riuhnyer. Memori terindah kami. Kalau boleh diulangi lagi ...
Geng ni jugaklah yang 'matchmaking' kan jodoh untuk adik bongsu kami Zia, dengan Tajul. Tajul classmate Acik dan Angah. Zia pulak housemate kami dan classmate Along. Tak sangka matchmaking kami menjadi dan berkekalan jodoh nyer hingga ke hari ni, hingga kehujung nyawa hendaknya jodoh kalian. Amin. Kita orang sayang korang berdua sebab korang lah simbol persahabatan kita. Sob sob sob .... sebaklah pulak.

Macam dah nak ambik gambar Kelas of  the Year 2012
Semua murid murid tua. Semua dah bulat-bulat.
Zia dan Shekin jer yang kekal slim :)
Freestyle kata nyer ... 
Hasnol tukang baca doa selamat dan di aminkan kami semua
Geng ibu ibu berkumpul dan bergossip
Mak Tok tengah berselera habiskan satay, bertemankan Along ..
Along kau makan ulam jer ker, nasik tak nampak langsung.

Ucu and Family, baiknyer Alia suapkan adik dia.
Dah lah pandai, bakal ke UK tahun depan rajin lak tu
Nasib baik ler Acik tak ada anak lelaki baya kau Alia ... hehehehe

Seronok sungguh bila dah berjumpa. Lupa diri, lupa masa dan lupa jugak nak balik. Hehehehe ... macam sayang jer nak tinggalkan korang. Keluar dari rumah Miza dah pukul 5 petang. Then Acik, Acu dan Along  sambung berborak pulak dirumah Angah di Kerubung. Solat asar dan maghrib. Alang alang dah sampai Melaka kan semua tempat nak singgah. Kat rumah Angah makan lagi, dia sempat beli jagung manis masa on the way nak balik rumah dia. Maka kami dijamu dengan jagung rebus dan cokodok jagung pulak oleh Angah. Keluar dari rumah Angah dah pukul 8 malam masa tu. Nasib baik lah Melaka - KL tak berapa jauh. Along pulak bermalam di rumah atuk dia kat Alor Gajah. Sedar tak sedar, kawan rapat aku ramai orang Melaka rupanyer. Orang Melaka, walaupun cakap dan kata-kata dia orang kasar tapi dia orang sangat baik hati, ambil berat dan ramah orangnyer. Sementelah aku pun memang kasar sahaja kalau berborak dengan kawan kawan rapat aku nih. Hahahaha.... Aku sayang korang semua ... semoga ukhwah kita sampai ke hujung nyawa hendaknya. AMIN
nota kaki: Along dan Angah ... korang lah manusia pertama yang mengajar aku menggunakan perkataan 'AKU' dan 'KAU' bila bercakap. Yang sebelum tu aku hanya pandai berbahasa 'Saya' dan 'Awak' sahaja. Sampai korang denda aku  bila terlepas cakap 'saya'. Hukhukhuk ... korang jahat tapi aku sayang korang sangat-sangat. Muah muah muah ...

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


40 Ahli Umno <b>Serting</b> Llir <b>Di</b> Jempol Sertai PAS ~ IdaMan

Posted: 19 Jun 2012 05:03 AM PDT

JEMPOL: Umno Cawangan Kampung Serting Ilir di Jempol, semakin tempang apabila seramai 40 ahli Umno cawangan tersebut mengucapkan "selamat tinggal" kepada Umno di dalam satu majlis ceramah khas yang diadakan di Batu 36 1/2, Kampung Serting Ilir, berhampiran Jalan Bahau.

Di dalam majlis yang diketuai Faizal Wahab itu, seramai 40 bekas ahli Umno itu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Abdul Rahman Ramli.

Justeru, sebuah cawangan PAS di Kampung Serting Ilir ditubuhkan dan diketuai oleh Faizal sendiri.

"Malam ini adalah malam bersejarah buat PAS Jempol apabila buat kali pertama kita berjaya memecahkan kubu kuat Umno 40 ahli Umno Serting Ilir sertai PASdi Kampung Serting Ilir yang mempunyai lebih 1,500 pengundi berdaftar.

"Malah inilah kali pertama sebuah ceramah anjuran PAS atau Pakatan Rakyat diadakan. Saya yakin ini petanda bahawa pengaruh Umno di Jempol akan ditamatkan oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," kata Abdul Rahman di hadapan lebih 300 hadirin.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah ialah Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Azraie Omar; Ketua Penerangan, Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Jempol, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa dan Naib Yang Dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli.


http://pas.org.my

ads