Selasa, 11 Februari 2014

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search

14 premis makanan di Tampin dan Gemencheh diarah tutup ...

Posted: 04 Nov 2013 07:16 AM PST

SEREMBAN: Jabatan Ke-sihatan Negeri Sembilan mengarahkan 14 premis makanan di sekitar Tampin dan Gemencheh ditutup sementara kerana didapati kotor.

Pengarah Kesihatan Ne-geri Datuk Dr Zailan Adnan berkata perintah penutupan itu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berikutan operasi premis makanan bersih peringkat Negeri Sembilan di situ Rabu lepas.

"Sebanyak 47 premis makanan diperiksa pada operasi bersepadu itu yang melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Da-erah Tampin serta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata setakat Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 4,706 premis makanan di negeri ini telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 153 premis berkenaan telah diperintah-kan tutup.

Katanya, mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search

My Rainbow...: Makan di Port Dickson : Naan Cheese Mannusalwa

Posted: 05 Feb 2014 08:12 PM PST

Assalamualaikum.....

Jarang2 kita bercerita tentang tempat2 makan di Port Dickson kan. Pertamanya, sebab kita jarang nak berlama-lamaan di PD. Keduanya, kalau kat PD, dah tentu lah makan kat rumah, atau sekadar beli lauk sikit2 atau lepak2 kedai tomyam malam2. Kalau ada pun kedai, semuanya biasa2 jer. Nothing to share. Tak ada yang beyond expectation.

Tetapi.....

Baru2 ni, ada satu kedai mamak baru di PD yang dah mula mendapat perhatian kami. Baru jer mula beroperasi beberapa bulan yang lepas.

Sebelah kanan yang signage hijau tu ialah pusat tuisyen Adam.
Lokasi restoran ni, berhadapan dengan stesyen minyak Shell di Batu 5, Port Dickson. Dekat2 dengan hospital daerah. Senang cerita, kalau nak pergi Telok Kemang, kena lalu roundabout kan? Sekitar2 roundabout tu jer lah....

Restoran ni adalah anak syarikat Restoran Haji Tapah. Siapa pernah dengar? Dulu, masa kita study, kita dengan kawan2...dan kemudian dengan tunang (hubby ler..) selalu lepak di Haji Tapah dekat Ong Tai Kim Gombak tu. Rupa2nya, Mannusalwa ni adalah cawangannya, anak syarikatnya. Yang bestnya, owner Mannusalwa ni rupa2nya pernah serve kitorang masa kitorang bercintan cintun dulu..... Dia lepak borak2 dengan kami, kata macam pernah nampak...story punya story...maka sampailah ke zaman 14-15 tahun lepas. Dan dia pula masa tu masih belasan tahun dan masih belajar menguruskan perniagaan dengan bapa dia...sehinggalah sekarang, dia dah berjaya ada restorannya sendiri. Hahahahha...

Oh, ownernya ni, permastautin tetap Malaysia. India mari...jenis yang macam hindustan tu. Yang tu selatan ke utara ekk? Lepas tu, kahwin dengan perempuan Melayu...beranak pinak semua kat sini lah.... Siaplah adik beradik dia pun ada yang kahwin India Muslim Malaysia, ada yang kahwin Melayu juga.... dan semua pun ada restoran sendiri juga. Kaya betul lahhhh....

Apa yang istimewanya kedai nie...?

Masa minggu ke-2 dia baru di buka, kita dengan hubby cuba lunch di sini. Nasi beriyani dan lauk pauknya. Something different. Karinya tak pekat melekat macam kebanyakan mamak, tapi lebih ringan sedikit rempah2nya. Nasi beriyani pun tak kuning atau cekelat macam biasa. Tapi colourful..macam nasi hujan panas pula. Tapi bila makan, memang terasa beriyaninya... Tapi, nope, nasi beriyaninya tak outstanding sangat. Sedap2 biasa jer... Mommy punya nasi beriyani lagiii sedap... heheehehhe.

Then, kami datang malam pula... First time datang, kami suka. Suasana mesra...lapang, dan paling penting, bersih. Kerusi, meja lantai semua berkilat. Ke, sebab baru ke..tak tau lah kan....

Bila datang malam, kami order roti naan. Adam sangat suka dengan naan. Paling feveret ialah naan cheese. So, kami order sorang sekeping. Lepas dari malam tu, boleh kata selalu sangat lah kami repeat kat situ semata2 sebab nak makan naan cheese nya... Berhantu okehh...

Kat atas ni, contoh naan cheese. Cheesenya kat dalam ler...mana nampak. Cheese kat naan restoran ni, tak ada leleh punya. Cheesenya sedang2 elok ada rasa cheese. Tapi entah kenapa, cheese dalam naan ni macam menambahkan perisa pada naan dan juga melembutkan naan ni. Perisanya tak strong....tapi kita akan rasa nak makan lagi dan lagi sebab nak determine rasa yang ada. Sort of food trap. Trap kita untuk makan lebih..hahahahaha.

Bila borak2 dengan ownernya, cerita pasal kesedapan naan dia...owner dia mengaku naan dia memang sedap. Dia memang cari tukang masak naan nie. Tukang masak naan ni ialah orang Pakistan. Pernah kerja dengan bapak dia dulu...lepas tu balik negeri. Datang semula, kerja kat kedai lain di Jalan TAR, tapi owner Mannusalwa berjaya jejak dia dan offer baeeeekkkk punya, bawak datang PD.

Kadang2, kami tak dinner kat rumah dan makan nasi. Kami purposely datang sini untuk dinner roti naan cheese ni. Bila dinner, kenalah ada tandoorinya sekali.
Nampak tak kuah kari tu? Kuah tu adalah kari dhal campur kacang kuda. Aduhai, the right amount of spices, the softly cooked of chick peas in lentil curry..wallah! Oh, bear in mind. This curry is a little bit spicy and fiery. Which is sangat disukai ramai di PD tu. Maklumlah, orang nogori semuo eh nak podeh. Tapi, no worries, kalau tak nak pedas, minta jer lah kuah dhal yang biasa.

Chicken tandoori...kalau kami makan 3 beranak, selalunya ambil dua jer ayam tandoori. Oh, Adam kan ke makan portion orang dewasa kan... Anyway, 2 tandoori pun selalu bertolak2 untuk nak dihabiskan. Ayamnya memang garing..crunchy tapi isinya lembut dan moist. Boleh terasa rempah perapnya sampai ke isi ayam. Tak lah sampai overspiced, tapi just nice. And paling best, boleh rasa kemanisan daging ayam tu menandakan mereka menggunakan ayam segar. Kuah tu adalah special mixture antara mint (pudina) dan rempah2 lain. Kita belum dapat detect lagi apa bendanya, tapi tak lah menyengat dan masam macam pure mint sauce tu kan.

Adam pula, dia sangat suka dengan kuah tosei yang sambal tu. Kuah cicah tosei kan ada 2 jenis sambal selain dhal kan? Ada yang putih (kelapa) dan satu lagi yang merah. Adam suka yang merah tu. So, makan naan ni, dia memang minta sambal merah tu....

Ha, macam dalam gambar tosei yang kat atas ni, ini tosei Restoran Aliff di Kuantan. Adam suka yang tengah2 tu. Kadang2 merah pekat, kadang2 dia macam oren2 sikit...

Bila makan sorang sekeping naan ni, dengan tandoori yang di kongsi, dah cukup mengenyangkan untuk dinner kami.

Mula2 ayah yang inform pasal kedai nie masa dia baru2 dibuka. Tapi ayah tak pernah try naan dia lagi. Sekali, bila kami bawa balik naan ni....ayah rasa sedap. Dah, dia pun suka. Everytime ambik Adam balik dari tuition, atau hantar Adam tuition, kadang2 ayah lepak sini dulu...hehehehehe

Tapi, harus di ingat. Naan nie, pukul 5.00 petang ke atas jer tau.

Kalau agak2 nak lepak2....pekena naan cheese kat PD...bolehlah singgah kedai nie yer...

Kalau ada lagi tempat2 best di PD untuk makan, kita akan kongsikan yer.. Insya Allah.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search

Parkir Di Tempat OKU: YB Kuala Pilah Minta Maaf - MyNewsHub.My ...

Posted: 06 Feb 2014 08:53 PM PST

TAHNIAH diucapkan kepada YB Kuala Pilah, Dato' Norhayati Omar yang tidak melatah apabila dikecam selepas gambar kenderaannya diletakkan di parkir OKU dikongsikan di media sosial.

Fullscreen capture 272014 125126 PM

Sebaliknya, Dato' Norhayati segera bertindak meminta maaf secara terbuka walaupun kesalahan itu bukan dilakukan olehnya.

Fullscreen capture 272014 123429 PM

Di laman Facebook , Dato' Norhayati turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak yang berkongsikan perkara tersebut sebelum meminta maaf bagi pihak pemandu beliau.

Difahamkan, Dato' Norhayati tidak ada bersama pemandunya ketika kesalahan itu dilakukan.

Benar ini mungkin hal kecil saja tapi berapa ramai yang sanggup yang sanggup meminta maaf secara terbuka seperti YB ini? - REM RAMZI

Sumber: Facebook Dato' Norhayati Omar

Parkir Di Tempat OKU: YB Kuala Pilah Minta Maafhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/1507899_642857332444835_1253310429_n.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/1507899_642857332444835_1253310429_n-150x150.jpgAuthor MNH myHangatTerkini,

TAHNIAH diucapkan kepada YB Kuala Pilah, Dato' Norhayati Omar yang tidak melatah apabila dikecam selepas gambar kenderaannya diletakkan di parkir OKU dikongsikan di media sosial.     Sebaliknya, Dato' Norhayati segera bertindak meminta maaf secara terbuka walaupun kesalahan itu bukan dilakukan olehnya.     Di laman Facebook , Dato' Norhayati turut mengucapkan terima kasih di...

TAHNIAH diucapkan kepada YB Kuala Pilah, Dato' Norhayati Omar yang tidak melatah apabila dikecam selepas gambar kenderaannya diletakkan di parkir OKU dikongsikan di media sosial.      Sebaliknya, Dato' Norhayati segera bertindak meminta maaf secara terbuka walaupun kesalahan itu bukan dilakukan olehnya.

Di laman Facebook , Dato' Norhayati turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak yang berkongsikan perkara tersebut sebelum meminta maaf bagi pihak pemandu beliau. Difahamkan, Dato' Norhayati tidak ada bersama pemandunya ketika kesalahan itu dilakukan. Benar ini mungkin hal kecil saja tapi berapa ramai yang sanggup yang sanggup meminta maaf secara terbuka seperti YB ini? - REM RAMZI Sumber: Facebook Dato' Norhayati Omar

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search

Halimah Saran PBT Lain Contohi Negeri Sembilan - MyNewsHub ...

Posted: 19 Jan 2014 02:57 AM PST

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara disaran mencontohi tindakan kerajaan Negeri Sembilan yang mengecualikan bayaran lesen perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata langkah mengurangkan bebanan kewangan golongan itun bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksana oleh PBT.

"Penjaja dan peniaga kecil ini bukan berniaga sepanjang tahun, mereka tidak perlukan bangunan kedai, mereka berniaga secara kecil bagi beberapa jam sahaja.

"Kalau PBT di Negeri Sembilan dapat laksanakan, maka itu bukan perkara mustahil kepada kerajaan tempatan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Anti-Litter' Kenderaan di sini hari ini.

Halimah mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam agar negeri lain mencontohi tindakan PBT di Negeri Sembilan, yang mengecualikan penjaja dan peniaga kecil daripada membayar lesen perniagaan selama tiga tahun, mulai tahun ini. – BERNAMA

Halimah Saran PBT Lain Contohi Negeri Sembilanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Halimah-Mohd-Sadique.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Halimah-Mohd-Sadique-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara disaran mencontohi tindakan kerajaan Negeri Sembilan yang mengecualikan bayaran lesen perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata langkah mengurangkan bebanan kewangan golongan itun bukan sesuatu yang mustahil untuk...

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara disaran mencontohi tindakan kerajaan Negeri Sembilan yang mengecualikan bayaran lesen perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata langkah mengurangkan bebanan kewangan golongan itun bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksana oleh PBT.

"Penjaja dan peniaga kecil ini bukan berniaga sepanjang tahun, mereka tidak perlukan bangunan kedai, mereka berniaga secara kecil bagi beberapa jam sahaja.

"Kalau PBT di Negeri Sembilan dapat laksanakan, maka itu bukan perkara mustahil kepada kerajaan tempatan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Anti-Litter' Kenderaan di sini hari ini.

Halimah mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam agar negeri lain mencontohi tindakan PBT di Negeri Sembilan, yang mengecualikan penjaja dan peniaga kecil daripada membayar lesen perniagaan selama tiga tahun, mulai tahun ini. - BERNAMA