Isnin, 24 September 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Kepada siapakah tembakan pistol ADUN <b>di</b> N.Sembilan - Kerengga

Posted: 17 Sep 2012 03:10 AM PDT

Ianya mengingatkan kita kepada apa yang berlaku di Gemencheh pada ketika kehangatan Pilihanraya Umum 1982 yang melibatkan Speaker DUN Negeri Sembilan dan Menteri Kabinet juga dari Negeri Sembilan
Polis siasat ADUN lepaskan tembakan
17 September 2012 - Seremban: Polis sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8 malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.
Semalam, Pengerusi DAP negeri ini, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu.
SEREMBAN 16 Sept. - Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam.
Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Air <b>di Kuala Pilah</b> bermasalah sudah lebih 2 tahun | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2012 08:00 PM PDT

Masalah keperluan asas utama iaiatu bekalan air bersih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga kini sejak diswastakan dan dikendalikan oleh SAIN, tidak dapat didiselesaikan. Saya tidak duduk di sana tapi sering pulang ke sana dan mendengar keluhan rakyat terutama sewaktu mendengar ceramah pihak pembangkang. Rakyat setempat berasa kecewa kerana bukan sahaja tiada tindakan di ambil malah mereka akan blacklist kepada oanrg yang membuat aduan. Sebagai sebuah pekan besar yang menempatkan Bandar Diraja Seri Menanti, perkara ini sepatutnya tidak wujud dan kita sudahpun hidupdi alaf baru bukan di zaman 70an lg.

SAINS ingin membekalkan air ke selangor tapi kawasan utama di negeri sembilan seperti di sini mempunyai masalah bekalan air. ini menjejaskan kualiti kehidupan, dan kesihatan penduduk setempat. bayangkan, pengusaha restoran tdk dpt mencuci pinggan setiap masa etc.

bukan ini sahaja penduduk negeri sembilan sering mengalami gangguan tenaga elektrik terutama di kawasan terachi, bermula dari seremban ke atas, apakah puncanya?

apakah sebabnya kebajikan rakyat di ambil ringan oleh majlis daerah seperti kemudahan jalan raya yg tdk diselenggara, dan jln yg teruk dr terachi hingga ke bahau. bahu2 jalan yg sgt kotor dan tdk dijaga kebersihan, tiada landskap, seumpama majlis daerah di negeri sembilan terutapa kuala pilah dan jempol sudah tidur jika dibandingkan dengan melaka.

saya juga hairan kenapa di pekan kecil seperti di batu kikir tidak diperkenalkan sistem mengutip sampah, kerana tiada lg lubang yg boleh digaliutk membuang sampah di kawasan rumah kampung, kelihatan juga kehidupan yg seumpama daif kerana kekotoran yg tdk diambil peduli, longkang2 di bahu jalan yg sumbat, penuh sampah, lumut, rumput dan sebagainya.

mereka juga tdk mempunyai kemudahan unifi atau jalur lebar. pendek cerita tiafa pembangunan sebenar yg merangkumi aspek keperluan asas rakyat yg didokong oleh ahli parlimen setempat, atau wakil rakyat malah majlis daerah atau pembangunan negeri atau agensi pelancongan negeri bagi menaik taraf kualuti kehidupan, sosio ekonomi, mahupun mempercantikkan negeri ini. adakah kerana kedudukannya, sedangkan ia merupakan laluan utama. bagaimana nk tarik pelabur ke tempat ini jika tiada org yg mampu membuka mata atau mencelikkan minda.

dengan harapan melalui pendedahan ini, exco2, dan ahli parlimen dpt buka mata bukan tah berpegang pd status semata2.

By: karteena

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


Kes samun, pecah rumah berleluasa <b>di Lenggeng</b>?

Posted: 24 Sep 2012 12:54 AM PDT


Ada pengunjung blog saya meninggalkan komen yang amat risau keselamatan dia sekeluarga di mana kes samun dan pecah rumah semakin berleluasa di Lenggeng, N.Sembilan. Mungkin pihak berkaitan dapat menyiasat komen tersebut. Saya sebelum ini juga ada mendapat perkhabaran serupa, bahkan diberitakan Masjid Kg Daching yang baru mendapat peruntukan Menteri Besar N.Sembilan sebanyak RM20,000 katanya untuk tukar sistem PA baru telah dicuri sistem PA tersebut tidak lama selepas itu. Jika benar , kita harapkan pihak polis dapat mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut.
Komen pengunjung tersebut seperti di bawah ini :
sy dr kg sesapan batu minangkabau beranang sebelah dari kg daching mengalami mslh yg serupa pd bln puasa yg lalu.pencuri cuba masuk ke rumah pd waktu sahur.kebetulan suami belum tidor lg.
dia sempat ikot jejak pencuri keliling rumah cubaan utk umpil tingkap.
kebetulan bapa saya hj zamzuri merangkap ketua kg dan imam kg serta amil meninggal dunia sebelum bulan puasa.mungkin perompak berkenaan sudah tahu mengenai kematian ayah sy.
alhamdulilah perompak tu tak sempat masuk ke dlm rumah sbb polis beranang smp.perompak tu tinggalkan kayu panjang dan sebatang test pen tersangkut pd frame tingkap.sehingg kini tiada tangkapan dibuat.
ape yg merisaukan sy ialah baru2 nih kejadian merompak sgt berleluasa di kawasan beranang hingga ke lenggeng.kali ni perompak dlm bentuk berkumpulan 8 org ramainya.
dgr cerita ade mngsa dibunuh dan dirogol.keadaan ni buat sy sekeluarga ssh nak tido lena.suami pula keje kilang.kalau dia shift mlm tinggallah sy, mak sy serta anak2 dan juga atok dirumah.
minta sgt jasa baik pihak berwajib bertindak sesuatu sebelum nyawa org kg melayang lagi..

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


D&#39;Shire&#39;s Eden: Rutin Harian Kami <b>Di Tampin</b>,.

Posted: 18 Sep 2012 02:38 AM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,.
Esh apa citer nih?. Rutin harian pun nak bagi orang baca ker?. Tak takut orang boring?.
Tak lah,. Mummy tak kisah pong kalo sahabat yang baca ni nak boring. Nak buat macamana,. dah gatai nak cakap jugak..
Tapi cerita ni tak heavy sangat.. Just nak kongsi cerita, and more to cerita anak-anak sajer. Kalo ada citer pasal mummy pun, dah konpem sahabat blogger ni dapat maklumat & info,. sebab dan musabab naper blog mummy ni jarang ber update..
6.00pm everyday,. Mummy baru pergi amik Cheche & Meimei masa ni. Sebenarnya, mummy  balik kerja jam 5.00 petang. Kadang2 disebabkan tuntutan kerja menyebabkan mummy akan berada di pejabat sehingga jam 6 petang.. Kadang2 jugak, kerja dah habis, tapi mummy nak jugak gi amik 2 beradik tu jam 6 petang. Alasan, kalo mummy gi amik awal, cheche tak akan siap kerja sekolah dia, dan terpaksa bawa balik kerumah.. bila buat kat rumah tu, paham-paham lah.. Mulut dia bercerita lebih banyak bergerak daripada tangan, and finally, dia buat alasan ngantuk dan nangis nak tido.. Meimei pulak, hmm, si gadis 'easy come, easy go'.. ...'Ada aku kisah?'.. 'happy go lucky'.. 'Tak ada istilah masalah dalam idup aku'....
Itu adalah ciri2 yang sememangnya si Tengah tunjukkan. So, tak ada la mummy nak beri penekanan sangat pada dia, lagipun, di sekolah, konsep bermain lebih banyak daripada belajar pada kids berusia 3 tahun.. Cikgu pun cakap, tak payah tekan sangat, she's only 3 years old..

Ini adalah sebahagian daripada rutin mereka pada waktu malam.
Bermula dengan maghrib, hinggalah masuk ke alam mimpi,.Kehidupan kami hanyalah di atas katil tu (Kecuali makan le)
Patah balik pada cerita 6.00pm tadi...
Sudahnya, pi pulak amik adik dalam kul 6.20 petang.. Alhamdulillah, dapat pengasuh yang sangat2 baik. Sama juga macam pengasuh Cheche dan Meimei dulu (mood rindukan kak fiza ler plak).. Kak fiza=Pengasuh Cheche & Meimei...
Kak su (Pengasuh Adik) sangat2 memahami tuntutan kerja mummy.. Mariam dulu tak sama dengan Mariam sekarang.. Jadi, tak ada istilah balik awal dari kerja untuk mummy sekarang.. Whatever time, whatever date, selagi mummy mampu, mummy akan bekerja(dah tersasar dah)
Nak citernyer tadi, baby Sitter adik sangat bagus dan bertolak ansur dengan mummy,. Dan mummy pulak, paham2 ler, dah orang tolong tu, jangan le berlebey-lebey pulak.. Jangan ler kedekut,. Hati dan jiwa BB sitter pun kena beli jugak, baru ler dia laaaagi tak kisah ngan adik n mummy..
Sampai rumah, uruskan kakak berdua nak mandi-makan.. Pas maghrib, baru ler kedua-duanya mengaji ngan mummy. Cheche dah habis Iqra' satu.. Dah boleh alih ke Iqra' 2.. Si Meimei pulak dok iqra satu tak ganjak-ganjak.. Poning den.
Lepas mengaji, mummy (dengan penuh gigih berperang mata), ajar pulak depa membaca. Subjek Bahasa Melayu, kira mummy expert le.. Matematik?...Bolehla..Mandarin?..Hancus..Hancus..Cheche Pulak yang ajar mummy :(..

Sesudah ajar mereka mengaji dan membaca, mummy pun mulalah belayau. Masa ni, tak payah ler tunjuk apapun kat mummy, mummy dah kira tak nampak jalan. Tidur melambai-lambai..Tak sampai kul 9mlm (Kadang-kadang kol 9.30mlm) mummy dah belayar. Memang tabiat dah, mata tak boleh nak bukak. Itulah punca kepada blog jarang di update..
Tapi mummy bangun gak kul 4.00pagi,. Tapi masa ni, hanya persiapan sekolah dan kerja yang mummy buat. Mengemas, sediakan sarapan dan kalo sempat, bukalah laptop,. kalo tak, tunggu jer lah

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Reka bentuk bangunan <b>di</b> Rembau punyai <b>nilai</b> warisan tinggi <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 12:41 PM PDT

REMBAU 17 Sept. - Kajian terhadap reka bentuk bangunan di daerah ini amat penting berdasarkan nilai warisan yang tinggi dimilikinya.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, reka bentuk rumah, masjid dan bangunan tradisi itu adalah unik kerana ia mempunyai kaitan dengan sejarah Rembau.

Katanya, usaha yang dibuat kira-kira 300 pelajar Politeknik Port Dickson terhadap reka bentuk bangunan di daerah berkenaan selama seminggu adalah amat dialu-alukan.


"Saya menyokong usaha ini supaya warisan sejarah terutamanya yang berkaitan dengan reka bentuk bangunan di daerah Rembau dapat direkodkan secara rasmi.

"Barangkali ia boleh dibukukan supaya rekod ini dapat dibaca dan dihayati generasi akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kajian Sejarah Warisan Negeri Sembilan Parlimen Rembau anjuran Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar, dekat Astana Raja, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota, Datuk Dr. Awaludin Said; Pengarah Politeknik Port Dickson, Mejar (K) Mohd. Kharir Mohd. Ibrahim dan Pengarah LMNS, Drs. Shamsuddin Ahmad.

Pada masa sama, Khairy turut mengalu-alukan penubuhan Pusat Kecemerlangan Seni Bina Minangkabau di Negeri Sembilan (Kawans) oleh Politeknik Port Dickson pada 29 November tahun lalu.

Objektif utama Kawans, katanya, adalah untuk merekodkan dengan teratur warisan Minang dalam bentuk lukisan, model butiran binaan dan persembahan multimedia sehingga menjadi pusat rujukan yang berupaya memberi khidmat nasihat kepada arkitek, muzium dan peminat bangunan lama.

"Dengan itu, adalah diharapkan Kawans akan menyimpan segala data dan sejarah adat dan suku Minang di negara ini melalui teknologi arkitek sampai bila-bila," katanya.

Sumber: Utusan

IKLAN TEKS: Ingin membeli produk insurans Etiqa Takaful? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Mencari lagi batu nesan Aceh <b>di Negeri Sembilan</b> - Catatan Si <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:02 AM PDT

Tengah malam tadi masuklah tarikh 16 September 2012 yang merupakan ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke 49. Sempena ini biar saya berkongsi satu cerita yang merupakan aktiviti kami sekeluarga semasa cuti sempena hari kemerdekaan negara yang ke 55 dua minggu lalu.
Adapun hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Maka jadilah ia hari cuti bekerja bersambung sehingga ke hari Ahad. Pada awalnya kami mahu berehat sahaja di rumah 3 hari itu. Tetapi kami menerima jemputan untuk berhari raya di rumah kawan-kawan selepas solat Jumaat di satu kawasan berdekatan Shah Alam kemudian di Meru, Klang.
Memandangkan laluan ke tempat-tempat ini boleh diteruskan sampai ke kampung isteri di Tanjung Sepat kami pun menyambung perjalanan ke situ. Dalam perjalanan kami mengambil peluang untuk beraya di rumah beberapa orang adik-beradik isteri. Alang-alang dah sampai ke Tanjung Sepat saya fikir apa salahnya perjalanan dibuat sampai ke Negeri Sembilan kemudian. Boleh disambung satu misi yang tertunda dari pertengahan bulan puasa...
Semasa cuti Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2012 kami ada kembali ke kampung ibu saya di Muar untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan singgah di Rembau untuk satu misi yang sudah difikirkan seminggu dua sebelum itu. Lihat artikel Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan. Cuma ketika itu kami kesuntukan masa lalu tidak sempat mencari beberapa lagi tempat yang dirancang. Maka pagi Sabtu 1 September selepas bermalam di rumah arwah bapa kepada isteri kami pun meninggalkan Tanjung Sepat untuk  menyambung misi. 
Di atas adalah gambar dalam sebuah kedai komputer di pekan situ. Apa yang berlaku adalah saya baru menyedari telah tertinggal SD Memory Card yang biasa dipakai dalam kamera digital. Nasib baik di Tanjung Sepat ada kedai menjual pada harga berpatutan. Dapatlah dibeli kad 16 GB pada harga sekitar RM38. Sedangkan kad serupa dijual sesetengah tempat sehingga lebih seratus ringgit sekeping, sebuah kedai kamera berdekatan pula menjual SD Card 4 GB pada harga RM37...
Kami singgah dahulu melihat persekitaran pantai Bagan Lalang.

Kalau tak salah ingatan kali terakhir kami singgah adalah satu atau dua tahun lalu. Nampaknya sebuah pusat peranginan besar yang dahulu dalam binaan sudah siap, pusat peranginan yang memiliki rumah/bilik penginapan atas air yang membentuk rupa pokok palma kalau dilihat dari atas. Anda boleh semak gambar satelit melalui program Google Earth...

Dari situ kami ke pekan Sepang yang terletak bersebelahan sempadan Negeri Sembilan. Seberang sahaja jambatan di hadapan kami pun keluar dari Selangor masuk ke NS.

Jalan itu boleh membawa ke Port Dickson melalui Lukut. Di Lukut kami membelok kiri (PD ke kanan) untuk mengambil jalan ke Rantau seterusnya ke pekan Linggi. Sejurus sebelum sampai pekan ada simpang masuk ke masjid lama.

Di belakangnya terdapat makam seorang ulamak yang dikatakan bertaraf wali.

Beliau adalah Sheikh Jamaluddin, bapa kepada seorang lagi ulamak bertaraf wali tetapi lebih dikenali ramai iaitu almarhum Sheikh Said Linggi yang makamnya terletak di Ampangan, Seremban.

Saya pun sudah lama tidak singgah ke sini, mungkin 2-3 tahun lama. Dahulu laluan ke makam cuma jalan tanah, kini sudah cantik berbatu bata.


Kami cuba lagi singgah di rumah seorang penggiat adat tradisi lama Melayu bernama Zainal Al-Johan. Tetapi seperti dua persinggahan sebelum ini, sekali lagi beliau tiada di rumah.


Letaknya di hadapan balai raya Kampung Legong Hulu.

Berpandukan lokasi tempat-tempat yang pernah dilihat dalam Google Earth kemudian bertanyakan warga tempatan kami sampai ke tanah perkuburan Padang Lekuk.

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah makam berbatu nesan Aceh yang pernah dinyatakan di dalam sebuah blogspot sebagai makam seorang pembesar Rembau bernama Datuk Laut Dalam. Tetapi penduduk rumah  bersebelahan dan isterinya memberitahu makam Datuk Laut Dalam terletak di Jalan Tiga Nenek yang kami sudah lalui ketika mencari Kampung Padang Lekuk tadi. Yang ini katanya makam Tok Tua. Dan beliau adalah seorang wanita bangsawan sangat cantik dari Aceh. Lihat Makam (Tomb of) Tok Tua, Kampung Padang Lekuk, Rembau.

Makam seterusnya yang mahu dijejaki terletak di Kampung Kota Lama. Kami tersilap menduga lokasi apabila mengambil jalan menghala ke Gadong dan Tanah Datar.


Puas dapat mencari dua makam berbatu nesan Aceh kami pun mengorak langkah pulang. Singgah dahulu di Rembau, tengok-tengok ada pasar malam di hadapan masjid jamek. Kami juga singgah di masjid. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) An-Nur, Rembau. Selepas itu keluar beraya lagi di beberapa buah rumah menghala ke Lembah Klangm sempat bermalam di sekitar Nilai. Cukuplah ini untuk hari Malaysia... :]

ads