Isnin, 24 September 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Mencari lagi batu nesan Aceh <b>di Negeri Sembilan</b> - Catatan Si <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:02 AM PDT

Tengah malam tadi masuklah tarikh 16 September 2012 yang merupakan ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke 49. Sempena ini biar saya berkongsi satu cerita yang merupakan aktiviti kami sekeluarga semasa cuti sempena hari kemerdekaan negara yang ke 55 dua minggu lalu.
Adapun hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Maka jadilah ia hari cuti bekerja bersambung sehingga ke hari Ahad. Pada awalnya kami mahu berehat sahaja di rumah 3 hari itu. Tetapi kami menerima jemputan untuk berhari raya di rumah kawan-kawan selepas solat Jumaat di satu kawasan berdekatan Shah Alam kemudian di Meru, Klang.
Memandangkan laluan ke tempat-tempat ini boleh diteruskan sampai ke kampung isteri di Tanjung Sepat kami pun menyambung perjalanan ke situ. Dalam perjalanan kami mengambil peluang untuk beraya di rumah beberapa orang adik-beradik isteri. Alang-alang dah sampai ke Tanjung Sepat saya fikir apa salahnya perjalanan dibuat sampai ke Negeri Sembilan kemudian. Boleh disambung satu misi yang tertunda dari pertengahan bulan puasa...
Semasa cuti Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2012 kami ada kembali ke kampung ibu saya di Muar untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan singgah di Rembau untuk satu misi yang sudah difikirkan seminggu dua sebelum itu. Lihat artikel Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan. Cuma ketika itu kami kesuntukan masa lalu tidak sempat mencari beberapa lagi tempat yang dirancang. Maka pagi Sabtu 1 September selepas bermalam di rumah arwah bapa kepada isteri kami pun meninggalkan Tanjung Sepat untuk  menyambung misi. 
Di atas adalah gambar dalam sebuah kedai komputer di pekan situ. Apa yang berlaku adalah saya baru menyedari telah tertinggal SD Memory Card yang biasa dipakai dalam kamera digital. Nasib baik di Tanjung Sepat ada kedai menjual pada harga berpatutan. Dapatlah dibeli kad 16 GB pada harga sekitar RM38. Sedangkan kad serupa dijual sesetengah tempat sehingga lebih seratus ringgit sekeping, sebuah kedai kamera berdekatan pula menjual SD Card 4 GB pada harga RM37...
Kami singgah dahulu melihat persekitaran pantai Bagan Lalang.

Kalau tak salah ingatan kali terakhir kami singgah adalah satu atau dua tahun lalu. Nampaknya sebuah pusat peranginan besar yang dahulu dalam binaan sudah siap, pusat peranginan yang memiliki rumah/bilik penginapan atas air yang membentuk rupa pokok palma kalau dilihat dari atas. Anda boleh semak gambar satelit melalui program Google Earth...

Dari situ kami ke pekan Sepang yang terletak bersebelahan sempadan Negeri Sembilan. Seberang sahaja jambatan di hadapan kami pun keluar dari Selangor masuk ke NS.

Jalan itu boleh membawa ke Port Dickson melalui Lukut. Di Lukut kami membelok kiri (PD ke kanan) untuk mengambil jalan ke Rantau seterusnya ke pekan Linggi. Sejurus sebelum sampai pekan ada simpang masuk ke masjid lama.

Di belakangnya terdapat makam seorang ulamak yang dikatakan bertaraf wali.

Beliau adalah Sheikh Jamaluddin, bapa kepada seorang lagi ulamak bertaraf wali tetapi lebih dikenali ramai iaitu almarhum Sheikh Said Linggi yang makamnya terletak di Ampangan, Seremban.

Saya pun sudah lama tidak singgah ke sini, mungkin 2-3 tahun lama. Dahulu laluan ke makam cuma jalan tanah, kini sudah cantik berbatu bata.


Kami cuba lagi singgah di rumah seorang penggiat adat tradisi lama Melayu bernama Zainal Al-Johan. Tetapi seperti dua persinggahan sebelum ini, sekali lagi beliau tiada di rumah.


Letaknya di hadapan balai raya Kampung Legong Hulu.

Berpandukan lokasi tempat-tempat yang pernah dilihat dalam Google Earth kemudian bertanyakan warga tempatan kami sampai ke tanah perkuburan Padang Lekuk.

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah makam berbatu nesan Aceh yang pernah dinyatakan di dalam sebuah blogspot sebagai makam seorang pembesar Rembau bernama Datuk Laut Dalam. Tetapi penduduk rumah  bersebelahan dan isterinya memberitahu makam Datuk Laut Dalam terletak di Jalan Tiga Nenek yang kami sudah lalui ketika mencari Kampung Padang Lekuk tadi. Yang ini katanya makam Tok Tua. Dan beliau adalah seorang wanita bangsawan sangat cantik dari Aceh. Lihat Makam (Tomb of) Tok Tua, Kampung Padang Lekuk, Rembau.

Makam seterusnya yang mahu dijejaki terletak di Kampung Kota Lama. Kami tersilap menduga lokasi apabila mengambil jalan menghala ke Gadong dan Tanah Datar.


Puas dapat mencari dua makam berbatu nesan Aceh kami pun mengorak langkah pulang. Singgah dahulu di Rembau, tengok-tengok ada pasar malam di hadapan masjid jamek. Kami juga singgah di masjid. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) An-Nur, Rembau. Selepas itu keluar beraya lagi di beberapa buah rumah menghala ke Lembah Klangm sempat bermalam di sekitar Nilai. Cukuplah ini untuk hari Malaysia... :]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads