Sabtu, 4 Februari 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Mr SiSO | PHOTOBLOG: Berhari raya <b>di Juasseh</b>, kuala Pilah

Posted: 05 Sep 2011 05:30 AM PDT

 Tahun nie kami sekeluarga menyambut kehadiran aidilfitri di kampung halaman my wife ( dah mmg tahun nie giliran dia nak buat mcm mana hahaha). suasana seperti biasa meriah dengan persiapan raya, juadah di pagi raya yang wajib ada seperti lemang, redang ayam and daging dan lain-lain lagi. Seperti biasa di pagi raya kami akan bersolat aidilfitri di masjid juasseh yang tahun nie di imankan oleh Iman Muda Fattah anak tempatan bak kata iman masjid bersebut.
selepas selesai sembahyang, seperti biasa bermaaf-maafan sesama keluarga diiringi sessi bergambar kenangan.

Tiap-tiap kali raya pasti ada satu tempat yang wajib dilawati. Yaitu pusara Bonda My Wife.Semoga Arwah dirahmati dan tergolong dalam golongan orang yang beriman...amin..

Photog,
Syed Idrus

Full content generated by Get Full RSS.

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Dato Tuan Ibrahim <b>di Lenggeng</b> 27 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 06:21 AM PST


CERAMAH PERDANA

Tarikh : 27 Jan 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat

Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat

Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Full content generated by Get Full RSS.

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


Mangsa banjir Kg. Baru <b>Sikamat</b> diminta beri kerjasama | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:11 AM PST

SIKAMAT : 3 Feb. – Kejadian banjir yang berlaku semalam bukanlah 100 peratus datangnya dari masalah infrastruktur tetapi berlakunya banjir adalah disebabkan oleh hujan yang turun terlampau lebat di kawasan ini.

Keadaan anak longkang juga tidak diuruskan dengan baik dan apabila air hujan turun dengan lebatnya, saluran atau longkang yang sedia ada tidak dapat menampung air hujan dan ini mengakibatkan banjir.

Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan selepas membuat lawatan ke kawasan banjir di Kampung Baru Sikamat, dekat sini, hari ini.

Beliau amat memahami keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini yang telah mengalami banjir sejak 20 tahun yang lalu.

"Kita akan cuba meminta sedikit belanjawan dari Kerajaan Pusat untuk pastikan sungai dapat diselenggara dengan baik dan pembinaan jambatan baru akan dibina.

Namun, diharap kepimpinan di kawasan ini boleh meyakinkan penduduk supaya mereka boleh berkorban untuk merobohkan bangunan-bangunan tambahan yang berada berdekatan sungai dan diharap juga semua pihak memberikan kerjasama,"jelas beliau.

Sementara itu, Ketua Kampung Kg. Baru Sikamat, En. Wong Phui Kan berkata, terdapat 18 buah rumah yang terlibat dengan banjir yang berlaku semalam dan di jangkakan air telah naik ke paras tiga kaki.

Beliau amat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana sudi melawat kawasan yang telah mengalami banjir  semalam.

"Saya akan bermesyuarat dan berbincang bersama penduduk di sini mengenai cadangan yang diberikan oleh Menteri Besar dan diharap semua penduduk dapat memberikan bekerjasama untuk memperbaiki sungai ini," kata beliau.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Full content generated by Get Full RSS.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Juangkan Keadilan Rakyat: KISAH <b>DI TAMPIN</b> HARI INI...

Posted: 18 Jan 2012 07:05 AM PST

BERAS DAH MULA BERJALAN DI DAERAH TAMPIN.....

Siang tadi masa aku kerja aku ada nampak kenderaan 4x4 yang di ikat bendera dacing.Aku ingatkan dah bubar parlimen..hahahah....tapi mangkuk2 tu bawak beras..hahahah..mungkin nak bagi kat org2 miskin gaknya...hahahaha...Mangkuk2 tu kumpul duit 5tahun nak beli beras nak bagi kat org2 miskin daerah Tampin.....hahahahaha...Sebab tahun2 sebelum ni takda lak aku nampak beras k,susu k,gula k bejalan merata tempat...hahahahaha... .Janji jangan duit RASUAH SAZIMAN korang pakai beli beras dah la....hahahahahah...duit untung petronas dia tak pe..hahahaha....kenapa Saziman tak bagi org2 miskin isi minyak free kat petronas dia...hahahaha.....

Full content generated by Get Full RSS.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Percutian Singkat Ke <b>Teluk Kemang</b> « Percutian « Aku Zaid

Posted: 27 Jan 2012 04:51 AM PST

Published in Uncategorized

Semalam adalah percutian singkat aku bersama keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau nak diikutkan ini adalah percutian ke 1000 kali kot ke PD ntah la rasanya dah tak terkira pergi PD ni sebab sejak dari kecik lagi kalau tak ke PD memang tak sah tiap-tiap tahun. Biasalah kalau duduk kat KL dan nak merasa mandi pantai rasanya kat PD nilah tempat paling dekat untuk beriadah bersama keluarga tercintakan?..

Keputusan nak mandi manda kat PD ni dibuat sebulat suara dengan ahli keluarga Othman yang lain. Disebabkan ada beberapa ahli keluarga aku yang dah dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dari kerajaan tempoh hari jadi diorang pun dengan bangganya nak habiskan duit tu bersama keluarga. Baguslah habiskan dengan keluarga dari habis buat benda tak elok kan hehe.. Aku pulak tak layak untuk terima duit BR1M ni jadi aku nak keluar duit pun aku sendiri tak berduit. Nasib baiklah aku ada voucher minyak RM300 yang belum digunakan lagi jadi aku sumbangkan duit minyak je lah tu pun dah kira ok juga kan..

Bergerak dari rumah seawal jam 5 pagi dengan melalui jalan lama dari Kajang-Semenyih-Nilai-Seremban-Port Dickson-Teluk Kemang. So kat situ dah jimat duit tol cuma bila sampai kat tol Mambau kena bayar RM3.20 untuk sampai terus ke PD. Saja je pergi awal sebab cadang nak mandi manda kat PD pastu dalam tengah hari nak pergi jenjalan Melaka pulak. Sampai kat PD dalam pukul 7 pagi masa tu orang tak ramai lagi biasalah hari bekerja mana ada orang mandi laut. Tapi tak juga sekarang ni kan musim cuti sekolah tepat je jam 8 pagi punyalah berduyun masyarakat datang sini. Nasib baiklah kita orang terawal datang so boleh duduk kat pondok wakaf yang disediakan. Kalau nak duduk kat khemah kena bayar mahal pulak. Bukan nak santai lama pun kat sini..

Pandangan pertama tahun 2012 bila aku sampai ke Portdickson ni amatlah mengecewakan. Sampah sarap seperti bekas minuman, sisa makanan tidak dibersihkan. Siapa nak dipersalahkan kat sini?.. ok pertama sekali aku nak salahkan para pelancong tak kiralah dalam dan luar negara yang berkunjung disini. Bukankah kita seharusnya menjaga alam sekitar kita dengan membuang sampah dalam tong sampah? kenapa sampai nak biarkan sisa makanan dan sampah sarap dibuang merata tempat?.. kedua aku nak salahkan pihak pengurusan pantai Teluk Kemang ni. Mana perginya pekerja sapu sampah? kenapa mereka pun bercuti ke sempena Tahun Baru Cina? kalau ia pun bercuti kenapa tak ada orang nak overtime tolong kemaskan sampah?.. selain tu dari pandangan aku kawasan pantai di Teluk Kemang ni kekurangan tong sampah. Mungkin sebab tu para pelancong buntu nak buang sampah jadi mereka tinggalkan sahaja sampah yang telah dibuat bersepah merata tempat.

Tandas! – Ermmm susah nak cakap aku rasakan inilah pertama kali aku masuk tandas terkotor di dunia. Aku pernah pergi Hong Kong, China, Macau, New Zealand, Phuket dan Thailand tak pernah aku tengok tandas terkotor macam di Teluk Kemang PD. Sorry to say lah bayaran RM1.00 untuk mandi memang tak berbaloi kalau service dan kebersihan tandas tidak dititikberatkan. Dahlah nak mandi tak ada bilik, nak tukar baju kena tukar dalam jamban. WTF! funny kan? mandi beramai-ramai dalam satu tempat. Habis aku terpandang aurat-aurat orang lain haha..

Harap lepas ni pihak bertanggungjawab boleh mengambil tindakkan sewajarnya untuk menjaga persisiran pantai Teluk Kemang. Apalah yang akan disampaikan pelancong luar ke negara mereka nanti bila tengok Malaysia antara kawasan pelancongan yang terkotor di dunia. Orang ramai pun perlu mengambil berat terhadap alam sekitar kita jadi janganlah buang sampah merata tempat ye.

Ok sambung balik cerita percutian singkat ni, tepat jam 9 pagi aku dan ahli keluarga aku berkubang dalam pantai. Memang bestlah sebab dah lama tak mandi laut. Tapi aku mandi sekejap je sebab pagi-pagi air laut tak berapa sejuk tapi bila dah naik atas darat mulalah badan menggelatuk sejuk tak hengat. Aku pun tiba-tiba rasa tak berapa sihat lepas je mandi badan aku mula sakit-sakit. Tak taulah apa pasal. Jadi dalam kul 11 pagi cam tu ingat nak singgah Melaka. Terus cancel nak pergi Melaka sebab badan aku tiba-tiba sakit dan pening kepala.

Bila dah sakit-sakit cam ni terus tak ada mood nak pergi berjalankan. Sampai je rumah dalam kul 1 petang aku terus rehat dan baring kat rumah. Tapi kepala aku tetap sakit tak hengat. Rasa macam kritikal la pulak jadi ambil keputusan untuk pergi klinik berdekatan rumah. Bila pergi klinik doktor check tengok darah tinggi aku naik mendadak BP 160/100. Adoiiaaaii tinggi gile tuh sampai doktor sound dan marah sebab aku liat nak pergi klinik kerajaan untuk buat full checkup. Yelah doktor saya akan pergi nanti cuma masa je tak ada sekarang ni. Insyaallah lah minggu depan aku cuti panjang aku nak pergi klinik kerajaan untuk buat checkup.

So itulah ceritanya percutian singkat kau kat PD semalam. Tak apalah voucher minyak ada banyak lagi nanti kita pergi jenjalan lagi ye wahai keluarga Othman. :-)

Dalam duk bersantai di pondok wakaf tu tiba-tiba jatuh 2 ekor anak burung yang baru keluar dari sarangnya. Mungkin anak burung ni baru nak belajar terbang kot so terbabas dan jatuh atas barang kami. Aku nak bawa balik 2 ekor anak burung ni tapi mak aku tak bagi sebab melihat burung ni masih kecil dan pastinya ibu burung ni tercari-cari anaknya untuk disuapkan makanan. Comelnya kan.. tapi tuan yang baju hitam tu lagi comel.. :)

 

Saja try test tengok video yang aku buat guna iMovie dari iMac ..

Full content generated by Get Full RSS.

Santai <b>Di Teluk Kemang</b> | Portal Berita iKDN

Posted: 30 Jan 2012 06:05 AM PST

Oleh : CCSC Ampang

Port Dickson, 20 Januari : Bertujuan meningkatkan kecergasan jasmani residen selain memberikan peluang untuk menikmati alam semulajadi dan menenangkan fikiran, Cure and Care Service Centre (CCSC) Ampang telah menganjurkan program Santai Bersama Residen di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan baru-baru ini. Melibatkan 25 orang peserta terdiri daripada kakitangan CCSC Ampang, Pembimbing Rakan Sebaya dan residen CCSC Ampang, program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi taklimat oleh En .Ridzuan pegawai CCSC kepada para peserta. Sejurus selepas taklimat berkenaan, program tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka residen bersama para pegawai yang terlibat. Melalui maklumbalas yang diperolehi berkenaan pengajuran program tersebut, residen yang terlibat menyatakan bahawa secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk kembali kepada masyarakat selain memotivasikan diri untuk menjalani kehidupan sihat dan normal tanpa cengkaman dadah. 

, , , Full content generated by Get Full RSS.

Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Sembilan <b>di Teluk Kemang</b> <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2011 11:35 AM PDT

TELUK KEMANG: 01 Nov – Sambutan hari Deepavali peringkat negeri 2011 telah disambut  di dataran kompleks pentadbiran  Teluk Kemang Port Dickson malam tadi. Cuaca yang tidak mengizinkan dengan hujan lebat yang telah turun dari petang  tidak menghalang penduduk di Port Dickson yang  berbilang kaum dan agama turut  meraikan perayaan Deepavali bersama rakan rakan mereka yang  beragama  Hindu.

Inilah semangat perpaduan yang telah lama kita amalkan dalam kepimpinan kerajaan BN dan diterap kembali oleh Perdana Menteri dalam konsep 1 Malaysia. Kerajaan Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan majlis perayaan Deepavali ini dan jika tahun dahulu ianya di adakan di Senawang, tahun ini kerajaan  Negeri Sembilan telah memilih Port Dickson sebagai "platform"  bagi mengeratkan perpaduan dan silatulrahim antara kaum dalam majlis perayaan Deepavali ini.

Menurut Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan , Menteri Besar Negeri Sembilan, walaupun ada orang yang berkata tujuan kerajaan mengadakan sambutan Deepavali ini di Port Dickson adalah kerana mempunyai agenda politik. Beliau tidak menafikan  dan mengakui bahawa sememangnya ianya diadakan  untuk memberikan semangat kepada sahabat sahabat yang berada di Port Dickson untuk membangkitkan semangat kawan kawan agar bangun untuk menawan kembali Parlimen Port Dickson dalam PRU 13 yang akan datang. BN akan pasti menawan kembali Parlimen dan DUN Port Dickson yang ditawan oleh pembangkang pada PRU yang lalu.

Rakyat di Port Dickson sudah mula sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu  dengan janji janji manis oleh pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji janji  sahaja tetapi tidak melaksanakannya. Mereka juga sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar kerana  mengundi  Pakatan Rakyat.

Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan merayu kepada semua agar sama sama  dapat meneruskan agenda perpaduan, sama sama teruskan akan impian dan kerja kuat yang kita terima dari generasi yang pertama yang menuntut kemerdekaan  dahulu.

Beliau menyeru agar rakyat membalas jasa pemimpin kita yang telah  berjuang menuntut kemerdekaan negara kita dahulu. Kita juga perlu  menghormati perjuangan dan jasa  mereka itu tetapi  bukan dengan membina tugu atau menghantar bunga di pusara sahaja.

Kita perlu lah bekerja keras untuk mengisi erti kemerdekaan  serta memastikan bahawa negara  ini akan lebih selamat untuk anak-anak kita dan generasi akan datang. Kita pastikan bahawa negara  akan menjadi lebih maju  untuk meneruskan erti kemerdekaan yang telah mereka perolehi untuk kita.

Turut hadir pada majlis  berkenaan ialah  YM Raja Datin  Salbiah, isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan dan Speaker Dewan Undangan Negeri – YB Dato' Razak Mansor, Ahli Exco Kerajaan Negeri merangkap pengerusi bersama jawatankuasa sambutan hari Deepavali peringkat negeri 2011- YB Dato' VS Mogan dan juga Pengerusi parti parti komponen BN dan Pegawai Daerah Port Dickson .

Oleh : Ismail Othman/ N9kini.com

Foto : Ismail Othman

Full content generated by Get Full RSS.

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


ABU SOFEYA: KURSUS UMRAH TERBUKA <b>DI MANTIN</b>

Posted: 15 Jan 2012 12:07 AM PST

Masjid Qariyah Kg. Gebok Mantin

Alhamdulillah seramai 14 orang jemaah dari Masjid Qariyah Kg Gebok Mantin akan turut serta mengerjakan Umrah pada 3 - 13 April 2012.

Justeru satu kursus 'Umrah siri pertama'  akan diadakan di Masjid ini seperti butiran berikut :

Tarikh : 22.1.2012
Masa  : 9.00 - 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Solat Masjid. 

Kursus ini juga terbuka kepada semua muslimin dan muslimat  yang berminat untuk mengetahui selok belok mengerjakan Umrah.

Ayuh..., jangan ketinggalan. Kita berjumpa di sana.

Full content generated by Get Full RSS.

3 maut kereta bertembung <b>di Mantin</b>-Beranang |

Posted: 24 Jan 2012 03:09 AM PST

[unable to retrieve full-text content]NILAI: Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Mantin-Beranang di sini, hari ini.

3 Maut Kemalangan <b>di Mantin</b> - Branang | My Blog Santai

Posted: 24 Jan 2012 06:15 PM PST

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Satu kemalangan maut melibatkan dua buah kereta berlaku di lebuhraya Mantin – Branang. Kemalangan ini mengakibatkan 3 maut kerana mengalami kecedaraan parah di badan dan kepala. 

Pasti mereka pulang menyambut tahun baru cina bersama keluarga. Paling sedih, 2 daripada  mangsa yang maut adalah warga emas, Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57. Kereta Toyota Vios yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta proton saga dari arah bertentangan. Pemandu Saga, Tee Chan Hen, 23 yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor turut maut selepas tersepit di celah-celah kenderaan.

Bagaimanapun pemandu Toyata Vios,anak kepada Lim dan Chong 30 dan isteri 40 serta seorang anak saudara perempuan berusia 3 tahun dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'affar (HTJ).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.

Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada.

"Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.

Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Saga yang dipandu oleh Tee Chan Hen hilang kawalan dan mula memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.

Sehingga hari ini siasatan terus dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan ini.

** 3 Maut Kemalangan di Mantin – Branang semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Once a Sdarian...: Sehari <b>di Kuala Klawang</b>

Posted: 30 Nov 2011 04:29 AM PST

Program dinamakan Lawatan ke Jelebu. Yang mengatur program ialah Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Negeri Sembilan di mana saya menjadi ahli. Setelah beberapa kali menolak pelawaan menyertai apa-apa program persatuan saya menerimanya kali ini walau pun lawatan ialah ke daerah di mana saya dibesarkan. Kurang tepat sebenarnya kerana jika diteliti dari pos-pos saya sebelum ini, saya tidak dibesarkan sepenuhnya di Jelebu.

Nama program juga kurang tepat kerana kami hanya melawat bandar pentadbiran daerah Jelebu. Sebelum penubuhan daerah Jempol, daerah Jelebu adalah unik dari daerah-daerah lain di Negeri Sembilan kerana bandar pentadbirannya mempunyai nama yang berbeza dari nama daerah. Nama bandar itu ialah Kuala Klawang. Lebih unik lagi kerana nama Kuala Klawang ialah nama rasmi sedangkan orang Jelebu memanggilnya Klawang sahaja. Oleh itu saya namakan pos saya kali ini 'Sehari di Kuala Klawang'.

Sebenarnya bandar Kuala Klawang tidak pernah berada dalam hati saya. Semasa saya remaja saya cuma singgah di bandar ini sementara menunggu pertukaran bas untuk balik kampung dan sebaliknya. Saya tidak pernah berada di bandar ini lebih dari enam jam. Saya pernah tidur semalam di Hospital Jelebu kerana patah tangan semasa saya di sekolah rendah sebelum dipindahkan ke Hospital Seremban. Tetapi Hospital Jelebu tidak terletak di bandar Kuala Klawang sebenarnya, tetapi di satu pekan kecil bernama Petaling dua kilometer dari bandar Kuala Klawang arah ke pekan Titi. Itulah satu lagi keunikan daerah Jelebu. Kepada mereka yang masih kurang faham saya selalu sebut "Saya orang Jelebu tetapi saya bukan orang Kuala Klawang".

Pada Hari Selasa 29 November 2011 saya berada di bandar Kuala Klawang selama tujuh jam. Gambar-gambar berikut menceritakan segala-galanya.
Kami menaik bas ini, cuma penumpang bukan 'Super Boyz' tetapi 'Senior Citizenz'. Semasa datang ke Kuala Klawang pemandunya memandu laju. Kami balik dalam hujan gerimis. Semasa menurun Bukit Tangga bas dipandu perlahan.  Saya terasa seperti kepal terbang mahu mendarat. Syabas kepada pemandu kerana mementingkan keselamatan penumpang.

Jurucakap rombongan memberi taklimat dalam bas.
Lawatan pertama kami ialah ke Muzium Adat. Muzium ini menghimpunkan bahan adat semua kaum di Malaysia. Oleh itu konsep 1 Malaysia telah diamalkan di muzium ini sebelum ia dihebohkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. 
Kami memasuki perkarangan muzium.
Taklimat dari pegawai muzium. 
Mendengar taklimat mengenai muzium
Yang lain mendengar taklimat. Kerusi kosong tu kerusi saya.



Ini pula kerusi Yang Di Pertuan Agong pertama dulu, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan. Ia bukan replika.
Ini lambang Persekutuan Tanah Melayu di kerusi, dengan bintang sebelas dan harimau Malaya terjelir lidah.
Pandangan bandar Kuala Klawang dari muzium. Walau pun cuti sekolah kenderaan tidak banyak seperti di bandar-bandar lain.
Satu lagi pandangan bandar Kuala Klawang. Kebetulan ada helikopter turun di padang, satu kejadian yang jarang-jarang berlaku di sini.
Lawatan kami seterusnya ialah ke Balai Undang Luak Jelebu. Inilah kediaman rasmi Yang Teramat Mulia. Ini pertama kali saya ke sini walau pun pernah pergi ke kediaman Undang Sungai Ujong dan Rembau.
 Kami menunggu di astaka ini. 
Saya sama menunggu. Bukan selalu dapat duduk makan bersama dengan seorang pembesar negeri seperti Dato' Undang Luak.
Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Hj. Musa Wahab berangkat ke astaka.
Yang Teramat Mulia berdiri hormat.
Yang Teramat Mulia duduk. Saya perhatikan YTM prihatin kepada kamera. YTM akan mengalihkan muka kepada jurukamera yang ingin mengambil gambar YTM.
Yang Teramat Mulia memberi amanat sebelum jamuan makan tengah hari. YTM memberi isyarat 'sila duduk' apabila kami sama-sama mula berdiri. 
Selepas makan YTM bergaul dengan kami pesara.
YTM bergambar dengan kami.
Lagi bergambar dengan kami.
Selepas solat Zuhur lawatan seterusnya untuk bertemu dengan pesara kerajaan dari daerah Jelebu. Tempatnya Bangunan PERKIM, Kg. Bandar Tinggi, dua kilometer dari bandar Kuala Klawang arah ke Kuala Pilah. Kami menerima taklimat dari Yayasan Pesara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan bank RHB.
Tuan rumah pesara kerajaan Jelebu dan tetamu. Jamuan disubsidi oleh Yayasan Pesara.
Ini Sungai Teriang di belakang Bangunan PERKIM. Ia mengalir ke bandar Teriang, Pahang dan seterusnya ke Laut Cina Selatan melalui Sungai Pahang.
Sekianlah satu lawatan yang tidak dapat saya lupakan. 
Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan BN Mengganas <b>di Kuala Klawang</b>! : pistol nakal

Posted: 20 Jan 2012 05:24 AM PST

Hari ini bertempat di Kampung Dulang, Kuala Klawang telah berlangsung satu majlis anjuran kerajaan Barisan Nasional. Majlis Sentuhan Jalinan Pemimpin Dan Rakyat ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim; Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan merangkap ahli parlimen Jelebu.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM500.00) bagi Parlimen Jelebu (Dun Klawang) oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Majlis bermula pada jam 2 petang selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Dulang bersama Yang Berhormat.
Selain menyampaikan BR1M, beberapa sumbangan lain turut disampaikan kepada mereka yang memerlukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sendiri...
Full content generated by Get Full RSS.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


GERAKAN TIMUR: Perhimpunan Sejuta Ummat <b>Di Paroi</b> Esok <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2012 07:59 AM PST

Apo kono Jang.. ekau monung ajo..
Orang ke Paroi.. ekau di mano.. 
Selamatkan Akidah Umat Islam!!! 
Siapa yang mengharamkan ahli mereka ke perhimpunan ini???  Anda tahu jawapannya... 
Jadi, apakah akidah mereka sebenarnya???
Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia Zoom » Shabery minta siasat insiden gaduh <b>di Paroi</b>

Posted: 25 Jan 2012 03:08 PM PST

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat insiden pergaduhan membabitkan pasukan Felda United dengan Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu lepas.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan insiden berkenaan, Ahmad Shabery berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam liga bola sepak tempatan.

"Kita mesti memikirkan tindakan terbaik bagi memastikan insiden tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara, semalam.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas insiden tersebut yang menyebabkan pengadil perlawanan Azman Jamaludin terpaksa melayangkan tiga kad merah masing-masing kepada seorang pemain tuan rumah, S. Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Mohd Hardi Jaafar kerana terlibat dalam pergaduhan. Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan tuan rumah 1-0 menerusi jaringan tunggal penyerangnya Shahurain Abu Samah pada minit ke-53.

Ahmad Shabery berkata, insiden tersebut tidak akan berlaku sekiranya pemain dan pengurusan kedua-dua pasukan bersikap profesional dan tidak mengikut emosi ketika berada di dalam stadium.

"Namun bagi saya, yang lebih penting ialah penyokong pasukan juga harus bersikap profesional dengan tidak terlibat dalam perkara tersebut kerana sedikit sebanyak akan merosakkan semangat kesukanan," katanya.

Mengulas mengenai pusat simulasi tersebut, Ahmad Shabery berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 belia berumur 15-40 tahun akan dilatih setiap tahun bagi memastikan mereka mempunyai tahap kemahiran yang bersesuaian.

"Pusat ini juga bukan dikhaskan untuk para belia tetapi juga untuk badan-badan beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya.

Katanya, pusat berkenaan yang kini berada dalam proses akhir pengubahsuaian dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari ini bersempena sambutan ulangtahun ke-40 Rela.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Artikel Pendek Isu Pergaduhan <b>di Paroi</b> ~ SUKAN SKY

Posted: 21 Jan 2012 11:12 PM PST

Insiden panas yang berlaku dalam perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Felda United tidak seharusnya berlaku dalam kancah bola sepak tempatan buat masa kini. Bola sepak tempatan baru sahaja berada di kaki kegemilangan dan mungkin bakal menjadi satu liga yang mendapat perhatian seluruh dunia satu masa nanti.


Namun insiden semalam jelas mencemarkan imej bola sepak Malaysia di mata peminat bola sepak tempatan. Menurut Hardi Jaafar sendiri, semasa tamat perlwanan, dia bersalam dengan semua pemain Negeri Sembilan. Namun apabila Hardi Jaafar menghulur tangan untuk bersalam dengan Owona, pemain import Negeri Sembilan itu meludah ke arahnya. Hal ini telah membangkitkan kemarahan Hardi Jaafar sendiri.


Berkaitan pergaduhan dengan penyokong pula adalah dimulakan oleh penyokong Negeri Sembilan. Dalam video yang diupload ke Youtube boleh dilihat penyokong Negeri Sembilan membuat provokasi melampau dengan membaling botol ke arah penjaga gol Felda United. Jadi pemain-pemain Felda United terpaksa bertindak di atas sikap kurang ajar penyokong Negeri Sembilan itu.

Diharapakan agar FAM dapat mengambil tindakan tegas di atas insiden yang berlaku ini. Liga Malaysia telah diangkat menjadi liga profesional. Seharusnya minda pemain dan peyokong juga harus profesional dalam hal ini. Namun sekiranya mentaliti pemain dan penyokong masih boleh diibaratkan sebagai tidak bertamadun, tidak ada guna liga ini diangkat sebagai liga profesional.
Full content generated by Get Full RSS.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


PANAS !! - CERAMAH CHEGU BARD <b>DI JELEBU</b> MALAM INI

Posted: 25 Jan 2012 12:17 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS
JIKA baru-baru ini aku dijemput untuk berceramah di atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit) PKR Pahang di Jenderak, Pahang, kali ini tugas aku agak berbeza sedikit.  Paling menyeronokkan, aku ditugaskan di kampung aku sendiri iaitu di Kampung Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.
Malam nanti (Selasa - 24 Jan 12), aku ditugaskan sebagai Pengerusi Program Ceramah Umum di Kg Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.  Penceramah malam nanti adalah Us Abdul Rahman Ramli (P/Jaya PAS II N. Sembilan), Pn Aiman Athirah Aljundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat) dan tokoh hebat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM iaitu Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.
Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.
Full content generated by Get Full RSS.

Mohamad Taufek Abd Ghani: Ceramah PRU13 24 Jan 2012 <b>di Jelebu</b>

Posted: 19 Jan 2012 06:49 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 24 Januari 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan (dari K.Pilah menghala ke Karak, sempadan dengan Simpang Pelangai, Bentong, Pahang)
Penceramah : Chegu Bard, Aiman Athirah, Wfauzdin NS dan pimpinan PAS N9

Semua dijemput hadir

Full content generated by Get Full RSS.

Ceramah PRU13 24 Jan 2012 <b>di Jelebu</b> - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 06:48 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 24 Januari 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan (dari K.Pilah menghala ke Karak, sempadan dengan Simpang Pelangai, Bentong, Pahang)
Penceramah : Chegu Bard, Aiman Athirah, Wfauzdin NS dan pimpinan PAS N9

Semua dijemput hadir

Full content generated by Get Full RSS.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Tawaran Menaja Sistem PA untuk Surau <b>di Rembau</b> - Tranung Kite

Posted: 29 Jan 2012 12:00 AM PST

Oleh: rozmal

"Surau Taman Chembong Utama di Rembau memohon sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sistem pembesar suara (PA System) yang amat diperlukan untuk aktiviti harian, majlis ilmu serta ceramah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun CIMB Rembau atas nama SURAU TAMAN CHEMBONG UTAMA , No Akaun 0501-0002587-20-5

Semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, insyaAllah.

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang serta sudi memanjangkan (forward) hajat saudara kita dari Taman Chembong Utama.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Surau di 014-2268837

"Full content generated by Get Full RSS.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


KPJ BULAN FEBRUARI <b>DI KUALA PILAH</b> - PEJABAT OPERASI <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 12:04 AM PST

ads