Sabtu, 4 Februari 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


GERAKAN TIMUR: Perhimpunan Sejuta Ummat <b>Di Paroi</b> Esok <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2012 07:59 AM PST

Apo kono Jang.. ekau monung ajo..
Orang ke Paroi.. ekau di mano.. 
Selamatkan Akidah Umat Islam!!! 
Siapa yang mengharamkan ahli mereka ke perhimpunan ini???  Anda tahu jawapannya... 
Jadi, apakah akidah mereka sebenarnya???
Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia Zoom » Shabery minta siasat insiden gaduh <b>di Paroi</b>

Posted: 25 Jan 2012 03:08 PM PST

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat insiden pergaduhan membabitkan pasukan Felda United dengan Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu lepas.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan insiden berkenaan, Ahmad Shabery berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam liga bola sepak tempatan.

"Kita mesti memikirkan tindakan terbaik bagi memastikan insiden tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara, semalam.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas insiden tersebut yang menyebabkan pengadil perlawanan Azman Jamaludin terpaksa melayangkan tiga kad merah masing-masing kepada seorang pemain tuan rumah, S. Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Mohd Hardi Jaafar kerana terlibat dalam pergaduhan. Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan tuan rumah 1-0 menerusi jaringan tunggal penyerangnya Shahurain Abu Samah pada minit ke-53.

Ahmad Shabery berkata, insiden tersebut tidak akan berlaku sekiranya pemain dan pengurusan kedua-dua pasukan bersikap profesional dan tidak mengikut emosi ketika berada di dalam stadium.

"Namun bagi saya, yang lebih penting ialah penyokong pasukan juga harus bersikap profesional dengan tidak terlibat dalam perkara tersebut kerana sedikit sebanyak akan merosakkan semangat kesukanan," katanya.

Mengulas mengenai pusat simulasi tersebut, Ahmad Shabery berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 belia berumur 15-40 tahun akan dilatih setiap tahun bagi memastikan mereka mempunyai tahap kemahiran yang bersesuaian.

"Pusat ini juga bukan dikhaskan untuk para belia tetapi juga untuk badan-badan beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya.

Katanya, pusat berkenaan yang kini berada dalam proses akhir pengubahsuaian dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari ini bersempena sambutan ulangtahun ke-40 Rela.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Artikel Pendek Isu Pergaduhan <b>di Paroi</b> ~ SUKAN SKY

Posted: 21 Jan 2012 11:12 PM PST

Insiden panas yang berlaku dalam perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Felda United tidak seharusnya berlaku dalam kancah bola sepak tempatan buat masa kini. Bola sepak tempatan baru sahaja berada di kaki kegemilangan dan mungkin bakal menjadi satu liga yang mendapat perhatian seluruh dunia satu masa nanti.


Namun insiden semalam jelas mencemarkan imej bola sepak Malaysia di mata peminat bola sepak tempatan. Menurut Hardi Jaafar sendiri, semasa tamat perlwanan, dia bersalam dengan semua pemain Negeri Sembilan. Namun apabila Hardi Jaafar menghulur tangan untuk bersalam dengan Owona, pemain import Negeri Sembilan itu meludah ke arahnya. Hal ini telah membangkitkan kemarahan Hardi Jaafar sendiri.


Berkaitan pergaduhan dengan penyokong pula adalah dimulakan oleh penyokong Negeri Sembilan. Dalam video yang diupload ke Youtube boleh dilihat penyokong Negeri Sembilan membuat provokasi melampau dengan membaling botol ke arah penjaga gol Felda United. Jadi pemain-pemain Felda United terpaksa bertindak di atas sikap kurang ajar penyokong Negeri Sembilan itu.

Diharapakan agar FAM dapat mengambil tindakan tegas di atas insiden yang berlaku ini. Liga Malaysia telah diangkat menjadi liga profesional. Seharusnya minda pemain dan peyokong juga harus profesional dalam hal ini. Namun sekiranya mentaliti pemain dan penyokong masih boleh diibaratkan sebagai tidak bertamadun, tidak ada guna liga ini diangkat sebagai liga profesional.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads