Khamis, 16 Mei 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


al-Ithaar &#39;ala al-Nafs, kenangan itu <b>di Jempol</b> - Kembara Mencari <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 08:24 AM PDT


"Datang dari mana, boleh pakcik tahu?" sapa lelaki tua itu kepada kami berdua.

Saya dan rakan sedang khusyuk menikmati pemandangan di tepi jalan. Hamparan sawah padi yang terbentang sungguh mengasyikkan menyebabkan saya meminta rakan yang memandu berhenti di tepi jalan. Tidak sedar bila pakcik itu datang dari belakang.

"Dari Kuantan," saya menjawab sambil menyuakan tangan untuk bersalam. Cheong juga sama.

"Oo...ada hal apa datang ke Jempol pagi-pagi ni?" soalnya lagi sambil tersenyum mesra.

"Sebenarnya kami ke Seremban dua hari lepas, ada kerja di sana. Hari ini dah nak balik ke Kuantan, sengaja bertolak awal pagi cadangnya nak mengambil gambar di sepanjang perjalanan." saya menerangkan. Pakcik itu mengangguk-angguk.

"Suka betul saya tengok sawah padi kat sini, tu yang berhenti sekejap, maklumlah kat tempat saya tak ada sawah," saya menambah lagi. Memang di tempat saya tiada sawah padi. Kadang-kadang rasa cemburu juga dengan rakan-rakan yang bercerita keseronokan berkejaran petak sawah di kampung mereka.

Saya memang sukakan sawah padi. Seingat saya dari zaman sekolah rendah saya menyimpan impian untuk turun petak sawah. Bahkan ia menjadi impian yang terpendam sehingga hari ini. Bukan saya tidak pernah melihat sawah padi di depan mata setiap kali saya bermusafir ke pelusuk negara dalam program-program kebajikan, tetapi sekadar dari atas kenderaan. Hati kecil saya selalu berkata tiap kali melalui kawasan sawah padi, "bila agaknya dapat berlari di atas permatang sawah, berkelah di pondok tepi sawah sambil menyaksikan panorama petang atau pun menghalau burung-burung yang datang memakan padi". Pasti menyeronokkan!

"Kamu dah sarapan pagi?" Soal pakcik tadi kepada kami.

"Err… belum lagi" saya menjawab.

"Memang cadang nak singgah sarapan dalam perjalanan nanti," sampuk rakan saya di sebelah. Saya mengangguk mengiyakan.

"Kalau begitu singgahlah dulu di kedai pakcik. Tak jauh mana seberang jalan tu aje." Pakcik yang dikenali dengan panggilan pakcik Ramli mengajak kami.

Kami berdua berpandangan mencari keputusan. Akhirnya tanpa sebarang kata saya dan Cheong bersetuju untuk bersarapan di kedai pakcik Ramli.

Saya dan Cheong mengikut pakcik Ramli ke kedainya. Beliau menceritakan sesuatu kepada kami, saya cuba untuk menangkap butir-butir perkataannya yang sedikit bercampur dengan loghat Negeri Sembilan.

Setibanya saya dan Cheong di kedai pakcik Ramli, kami dihidangkan dengan nasi lemak sambal kerang beralaskan daun pisang bersama daging bakar yang masih panas. Aroma wangi dari nasi lemak yang terhidang membuka selera saya. Manakala dua biji telur separuh masak melengkapkan hidangan pagi. Kopi susu panas, menyegarkan mata serta menghilangkan kesejukan tubuh badan kami di pagi yang mendung berkabus itu.

Ahh...berat pula sarapan pagi ini.

Sambil menikmati sarapan kami berbual-bual, pelbagai soalan lagi ditanya dan kami menjawab dengan keramahan.

Selesai makan, saya dan Cheong bertanyakan harga untuk membayar.

"Tak apa… tak perlu bayar," kata pakcik Ramli.

Saya terkejut. Cheong juga begitu.

"Eh, jangan begitu, pakcik kan berniaga," rasa bersalah pula, segan pun ada.

"Tak apalah bukannya selalu, entah bila pula masanya kamu dapat singgah di kedai pakcik ni. Mungkin sekali ini sahaja," pakcik Ramli bersuara perlahan. "Jangan lupa doakan pakcik dan keluarga sentiasa di dalam kebaikan."

Sebelum bertolak pulang kami dibekalkan pula sedikit buah tangan berupa buah-buahan dari kebun pakcik Ramli. Walaupun berkali-kali kami cuba menolaknya, tetapi bersungguh pakcik Ramli mahu kami menerimanya.

Bagaikan terasa kehangatan ukhuwwah ketika saya memeluk pakcik Ramli sebelum berangkat meneruskan perjalanan pulang. "Semoga Allah SWT memberikan rahmat kebaikan kepada pakcik Ramli sekeluarga."

Itulah doa yang dipanjatkan

Ukhuwwah yang terjalin erat di Jempol
al-Ithaar `ala al-Nafs

Sesungguhnya Islam mengajar kepada kita bahawa setinggi-tinggi nilai ukhuwwah adalah pada seseorang itu mengutamakan saudaranya melebihi keutamaan dirinya sendiri (al-ithaar 'ala al-nafs). Manakala serendah-rendah nilai yang masih boleh dikategorikan sebagai ukhuwwah adalah pada salaamatus-sadr iaitu berlapang dada.

Firman Allah SWT:

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkeinginan terhadap apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya". (al-Hasyr: 9)

Diceritakan dalam satu riwayat:

Ada salah seorang sahabat yang kedatangan seorang tamu, kemudian sahabat tersebut bertanya kepada isterinya: "Apakah kamu memiliki sesuatu untuk menjamu tamu". Isterinya pun menjawab: "Tidak ada, hanya makanan yang cukup untuk anak-anak kita". Lalu sahabat tersebut berkata: "Sibukkanlah anak-anak kita dengan sesuatu (ajak main), kalau mereka ingin makan malam, ajak mereka tidur. Dan apabila tamu kita masuk (ke ruang makan), maka padamkanlah lampu. Dan tunjukkan kepadanya bahwa kita sedang makan bersamanya. Mereka duduk bersama, tamu tersebut makan, sedangkan mereka tidur dalam keadaan menahan lapar.

Tatkala pagi, pergilah mereka berdua (sahabat dan isterinya) menuju Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Rasulullah saw memberitakan (pujian Allah SWT terhadap mereka berdua), "Sungguh Allah merasa kagum dengan perbuatan kalian berdua terhadap tamu kalian). Maka Allah SWT menurunkan ayat 9 surah al-Hasyr)" (HR Bukhari dan Muslim)

Di dalam satu riwayat lain yang dinukilkan, dari Abdullah bin Mush'ab Az Zubaidi dan Hubaib bin Abi Tsabit, keduanya menceritakan, "Telah syahid pada perang Yarmuk al-Harits bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amr. Mereka ketika itu akan diberi minum, sedangkan mereka dalam keadaan tenat, namun semuanya saling menolak. Ketika salah satu dari mereka akan diberi minum dia berkata, "Berikan dahulu kepada si fulan", demikian seterusnya sehingga semuanya meninggal dan mereka belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat lain, perawi menceritakan: "Ikrimah meminta air minum, kemudian ia melihat Suhail sedang memandangnya, maka Ikrimah berkata, "Berikan air itu kepadanya." Dan ketika itu Suhail juga melihat al-Harits sedang melihatnya, maka iapun berkata, "Berikan air itu kepadanya (al Harits)". Namun belum sampai air itu kepada al Harits, ternyata ketiganya telah meninggal tanpa sempat merasakan air tersebut (sedikitpun). (HR Ibnu Sa'ad dalam ath Thabaqat dan Ibnu Abdil Barr dalam at Tamhid, namun Ibnu Sa'ad menyebutkan Iyas bin Abi Rabi'ah sebagai ganti Suhail bin Amr)

Inilah tauladan yang terpuji iaitu keteguhan ikatan persaudaraan di antara orang-orang yang beriman. Lihatlah, pengorbanan mereka walaupun diri mereka sendiri di dalam kesukaran, namun mereka tetap mengutamakan kepentingan dan keselesaan saudara-saudara mereka. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri, kerana terlalu mendalam rasa kasih dan cinta sesama mereka berteraskan keimanan kepada Allah SWT.

Inilah nilai ukhuwwah dalam Islam sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw:

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari)

Sesungguhnya saya juga telah merasai percikan nilai ukhuwwah yang benar-benar dipuji oleh agama kita, al-ithaar 'ala al-nafs iaitu mengutamakan saudaranya melebihi keutamaan dirinya sendiri.

Alhamdulillah...

Sabahdaily: Mampukah Aishah tumbangkan Isa <b>di Jempol</b>?

Posted: 04 May 2013 09:27 AM PDT

Difahamkan asalnya nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak ada dalam senarai tiga nama yang dicalonkan untuk kerusi Parlimen Jempol bagi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Umno Bahagian Jempol tidak menghantar nama beliau kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan untuk seterusnya diajukan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukanlah sesuatu yang pelik kerana Isa bukan orang Umno Jempol pun walaupun beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jempol selama sepenggal (2004-2008).

Sebaliknya Isa merupakan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang sejak zaman beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sebelum parlimen bubar sekalipun Isa sudah dianggap tidak akan bertanding lagi sebarang kerusi sama ada kerusi Parlimen atau mempertahankan DUN (Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang. Ini kerana beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai Pengerusi Felda.

PAS pula sejak tahun lalu lagi sudah memperkenalkan Ketua Pemuda PAS Jempol, Ustaz Mohd Fairus Mohd Isa sebagai calon kerusi Parlimen Jempol.

Bagaimanapun 10 hari sebelum hari penamaan calon, PAS membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyanyi popular, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah 'Janji Manismu' sebagai calonnya di Parlimen Jempol.

Ramai yang menjangka penyandang Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin akan diberi kepercayaan untuk mempertahankan Jempol bagi kali kedua.

Tanpa disangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kejutan dengan menamakan Isa yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sebagai calon BN untuk Parlimen Jempol.

Senario ini difahamkan berlaku kerana Najib sudah menekan butang panik dalam usahanya agar satu lagi kerusi Parlimen di Negeri Sembilan tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Persoalannya apakah percaturan PAS menurunkan Aishah akan membuahkan hasil atau Isa sekali lagi akan kembali ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen Jempol?

Isa ada kelebihan

Aishah apabila ditanya FMT, berkata beliau diterima baik oleh pengundi Jempol. Majoriti pengundi Parlimen Jempol merupakan pengundi Felda yang secara tradisinya penyokong kuat BN. Maka tidak hairanlah Aishah juga mengalami dua atau tiga insiden yang beliau dimarahi oleh penyokong BN.

Isa pula bukanlah nama asing kepada pengundi Jempol. Apatah lagi Isa merupakan Pengerusi Felda, satu jawatan yang sudah pasti memberi kelebihan yang lebih ketara kepada beliau.

Daripada tinjauan FMT, sukar untuk Aishah menumbangkan Isa. Aishah berpeluang membuat kejutan di Parlimen Jempol sekiranya lawan beliau ialah penyandang Parlimen Jempol, Lilah Yasin atau muka baru. Namun Isa merupakan lawan yang agak kuat untuk Aishah.

Aishah mungkin mempunyai potensi yang lebih besar sekiranya PAS membuat keputusan untuk menurunkan beliau di Parlimen Jempol awal tahun lalu.

Ini semestinya memberi peluang kepada Aishah untuk lebih mengenali pengundi Parlimen Jempol dan mengenalpasti masalah tempatan yang membelenggu pengundi Parlimen Jempol.

Namun Aishah berpeluang untuk mengurangkan majoriti kemenangan Isa nanti berdasarkan beliau mampu mendapat undi daripada pengundi wanita yang mungkin juga sebahagian daripada peminat beliau.

Parlimen Jempol mempunyai 65,213 jumlah pengundi. Pengundi Melayu 60.62 peratus, Cina 25.32 peratus, India 13.07 peratus dan Lain-lain 0.99 peratus.

Masalah dalaman Umno

Sedia maklum BN atau lebih tepat Umno menghadapi masalah dalaman di DUN Palong ekoran keputusan pucuk pimpinan Umno mencalon Lilah di DUN Palong.

Isunya kerusi DUN Palong yang diwakili oleh Umno, calonnya secara tradisi adalah daripada peneroka Felda.

Sejak DUN Palong diwujudkan pada tahun 1986, sudah tiga calon Umno-BN mewakili DUN Palong, iaitu Baharudin Hassan (1986 dan 1990), Kamaruddin Mohd Din (1995 dan 1999) dan Aziz Shamsuddin (2004 dan 2008).

Kesemua mereka merupakan warga peneroka Felda Palong dan setiap seorang pernah berkhidmat selama dua penggal.

Bagaimanapun Najib membuat satu kejutan apabila menamakan Lilah yang bukan orang Felda Palong tetapi berasal dari Batu Kikir.

Ini mengundang rasa tidak puas kepimpinan Umno DUN Palong dan FMT pernah melaporkan pada 18 April lalu di mana lebih 200 ahli Umno Felda Palong mengadakan bantahan terbuka menolak pencalonan Lilah.

Keadaan ini merupakan satu kelebihan kepada calon PKR DUN Palong, Rebin Birham. Ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa dengan mengambil kira protes terbuka terhadap Lilah, Rebin mampu mencipta kejutan pada hari mengundi esok.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


PR lancar Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>di Senawang</b> 3 Nov <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 08:37 PM PDT

[unable to retrieve full-text content](Oleh Aisha Geoffrey). KUALA LUMPUR 17 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini, disusuli program jelajah ke seluruh negara.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Bercuti <b>Di Port Dickson</b> at Love You Miss You

Posted: 29 Apr 2013 12:44 AM PDT

us

6ea9ad24af3711e2859c22000a9f0a20_7

53e70942af5411e2974222000a1fbdac_7

1ba4bff4af1b11e293ab22000a9f1919_7

7fe5b2ccaf2311e2b17a22000a1fa432_7

05b5562aae5511e2868a22000a9f18a6_7

82df14c6af5211e298b222000aa80313_7

Walaupun Port Dickson jer tapi kami memang happy sangat, kalah bercuti kat obersea youuu.

Esp time bercuti mama masak semasa kami di Resort, makan ikan fresh dari laut.. Awesome :)

Semua pun enjoy…

Syukur Alhamdulillah, dikurnikan Keluarga dan teman-teman yang disenangi dan tersayang. Insyallah ada rezeki ada jodoh Kita bercuti lagi…

4hari 3 malam rasa macam sekejap jer. Insyallah lepas semuanya settle esp wedding Jiejie, kami plan nak gie jauh sikit. Insyallah Insyallah…

Owh, btw Kin bercuti di Resort office Kin. Chantek, selesa, serba serbi complete dan yang paling syiok sangatlah murahhhhhhhh…..

Alhamdulillah, ini pun sebahagian dari rezeki :):)

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Walkabout <b>di</b> Pekan <b>Lukut</b> oleh Saudara Ravi calon N33 Port Dickson

Posted: 27 Apr 2013 07:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...

Ubah kerusi DAP <b>Lukut</b> kepada BN - Utusan Online

Posted: 02 May 2013 12:03 PM PDT

Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.

"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.

"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.

Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.

"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.

Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.

"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.

Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.

"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.

ads