Rabu, 3 April 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 11:23 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - UMNO <b>Rasah</b> Laung Keyakinan Tsunami Politik <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2011 03:00 AM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Rasah Laung Keyakinan Tsunami Politik Sudah Berakhir

Oleh : Azlina Rosdy.

RASAH, 19 JAN – UMNO Bahagian Rasah telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang dengan mensasarkan merampaskan semula kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi berkata gerak kerja telah diatur dan jentera parti telah pun menjayakan pelbagai program di peringkat akar umbi.

"UMNO harus bekerja keras untuk memastikan matlamat tercapai. Masa semakin menghimpit. Rakyat perlu disedarkan bahawa hanya BN yang mampu membela nasib mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menjelaskan, mengikut rekod 2009, keahlian berdaftar selepas pemutihan berjumlah lebih kurang 9500 orang.

"Jumlah ini semakin bertambah tahun lalu dan ini menambah keyakinan bahawa masyarakat sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

"Saya yakin, gelombang tsunami 2008 telah berakhir. Usaha Keras UMNO telah mendatangkan hasil," jelasnya lagi.

Beliau menerangkan,di Parlimen Rasah, seramai 1292 orang telah dikenalpasti masih belum mendaftar dan gerak kerja telah disusun bagi menawan mereka ini untuk menjadi ahli UMNO.

"Malangnya, kebanyakan yang belum berdaftar ini adalah dari kalangan golongan pemuda. Oleh itu, kita telah berusaha keras untuk mendekati mereka. Kita telah pun mula menjelajah ke 59 cawangan dan membuka kaunter pendaftaran di kawasan strategik," terang beliau.

Ketika di minta megulas janji 100 hari pembangkang, beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh kerana ianya semata-mata untuk meraih sokongan.

"Mereka sanggup membuat tawaran kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman mentabir kerajaan di peringkat pusat. Mereka hanya akan membuat negara muflis," katanya.

Baginya, pembangkang hanya pandai menabur janji sedangkan banyak lagi janji pilihanraya umum lalu tidak ditunaikan.

"Usah cerita janji 100 hari.  Pembangkang harus sedar sudah terlalu banyak janji yang mereka tabur. Tunaikan dahulu janji lama," ujarnya. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 19 January 2011 7:00 PM

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Pemuda PAS Seremban saran calon &#39;neutral <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2013 04:20 PM PDT

Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk menang. 

 SEREMBAN: Masalah dalaman PAS Seremban kini mencapai satu lagi perkembangan baru apabila Pemuda PAS Seremban dalam satu resolusi yang dikeluarkan menerusi laman web milik mereka pemudaseremban.com bersetuju bahawa calon 'neutral' merupakan calon yang paling layak mewakili DUN Lenggeng.

Resolusi ini selaras dengan saranan ILHAM Centre dalam Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat di N09 DUN Lenggeng yang dibuat oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk memenangi DUN Lenggeng.

Pemuda PAS Seremban berhujah bahawa PAS telah tiga kali meletakkan calon yang sama semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dan ternyata calon PAS hanya mampu meraih tidak lebih dari 35% undi dari jumlah pengundi keseluruhan.

"Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan dan kerusi Parlimen Seremban gah dikongsi rakan Pakatan Rakyat yang lain tetapi sebaliknya DUN Lenggeng tertinggal dari arus tsunami rakyat 2008.

"Tatkala wakil rakyat UMNO dipalit isu rasuah, kajian ILHAM Centre jelas mendapati calon PAS masih gagal menawan hati pengundi.

"Faktor calon tempatan juga tidak boleh lagi menjadi isu kerana koresponden bersetuju untuk memilih bakal wakil rakyat mereka yang mampu untuk turun padang dengan segera dan prihatin dengan masalah rakyat. Tidak ada gunanya menjadi calon anak tempatan tetapi tidak dikenali masyarakat setempat.

"Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban (DPPKS) prihatin dengan nasib pengundi Lenggeng.

DPPKS tampil mengemukakan calon 'neutral' yang difikirkan layak mewakili PAS di DUN Lenggeng. Semoga Lenggeng dapat ditawan, menjadi DUN ke enam ditawan dalam Parlimen Seremban pada PRU ke-13 nanti! Takbir!

Resolusi Pemuda PAS Seremban ini sebenarnya dimaklumkan oleh salah seorang Ahli Pemuda PAS Seremban melalui kiriman email kepada FMT.

Masalah PAS Seremban 

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berpendapat perbalahan dan masalah PAS Seremban ini dirumitkan apabila Zulkefly Mohammad Omar mengekalkan pejabat MTD DUN Lenggeng di Ulu Beranang.

 

Sedangkan Pejabat MTD DUN Lenggeng yang sah kelolaan PAS Kawasan Seremban di Taman Panchor Jaya dibawah kepimpinan Yang DiPertua PAS Kawasan Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan juga mendapat pengiktirafan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan.

"MTD Lenggeng di Ulu Beranang pada asalnya adalah MTD yang sah (sebelum PAS Kawasan Seremban dipulihkan dari pergantungan oleh PAS Pusat) dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

"Namun sesudah kawasan itu dipulihkan oleh PAS Pusat pada tahun 2010, jawatankuasa baru PAS Kawasan Seremban memilih untuk membuka Pejabat MTD DUN Lenggeng di Taman Panchor Jaya (sebuah kawasan di pinggir bandar Seremban) dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

"Apa yang dikesali oleh penyokong PAS adalah tindakan mengekalkan MTD DUN Lenggeng lama oleh kumpulan penyokong Zulkefly, sedangkan pengiktirafannya sebagai MTD sudah pun terbatal apabila kepimpinan PAS Kawasan Seremban yang sah memilih tempat baharu.

"Keadaan sebegini merumitkan ahli dan penyokong PAS khususnya di DUN Lenggeng kerana kedua-dua kumpulan saling berlumba menunjukan kekuatan.Tindakan ini sebenarnya memudahkan UMNO untuk mengekalkan kerusi yang disandang.

"Mungkin agak mengejutkan Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) PAS Pekan Lenggeng yang dibuka PAS Kawasan Seremban di Lenggeng hanya berjarak 150 meter sahaja dengan UPU PAS Pekan Lenggeng yang dibuka penyokong Zulkefly. Walhal kedua-dua ini adalah bilik gerakan PAS.

Semakin bercelaru

"Mungkin kegilaan kedua-dua pihak untuk menjadi calon pilihanraya membuatkan keadaan semakin bercelaru.

"PAS Kawasan Seremban telah pun menghantar tiga nama calon ke PAS Pusat iaitu MK Ibrahim Abdul Rahman, Ghazali Mohd Shom dan Anuar Maarop.

"Pemuda PAS Kawasan Seremban sebagai kumpulan pendesak utama juga menghantar nama calon sendiri yang difikirkan diterima kedua-dua penyokong atas kapasiti calon 'neutral' sekiranya kedua-dua pihak berbalah tidak mahu beralah," kata Ahmad.

Ahmad dalam email tersebut turut mendedahkan nama calon 'neutral' telah dihantar sendiri Dewan Pemuda PAS Seremban ke Pejabat Agung PAS pada 26 Januari lepas dalam mencari jalan tengah.

"Namun sehingga kini bayangan nama calon masih samar-samar lagi. Jentera kedua-dua pihak hanyalah berkubu di kubang sendiri sedangkan gendang Pilihan Raya Umum hampir sampai ke kemuncak.

"Mungkin agak lucu sekiranya parti BERJASA lebih terkedepan dalam bab penerangan berbanding PAS di Seremban.

"Disini pentingnya percaturan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani dalam menghadapi situasi perbalahan yang serius yang telah berlanjutan lebih 10 tahun ini.

"Sebagai ketua adalah kuasa beliau untuk mencari jalan tengah dalam menyelesaikan kemelut yang melanda. Ada suara sumbang mengatakan Mohd Taufek tidak akan mampu kerana Zulkefly mempunyai pengaruh yang lebih kuat dari Mohd Taufek di Pejabat Agung PAS.

"Dakwaan ini mungkin berasas kerana Zulkefly adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat lantikan muktamar lepas.

"Dengan kemelut yang tidak tahu bila hujung ceritanya ini, PAS sepatutnya lebih realistik menggugurkan Lenggeng sebagai DUN berpotensi menang jika kedua-dua pihak masih inginkan MK Ibrahim dan Zulkefly sebagai calon.

"Tindakan Pemuda PAS Seremban yang dipimpin ketuanya Zulkarnain Zaki dan Timbalan Ketua, Abu Zarim Abdul Rahman dalam mencari jalan tengah dengan mengemukan resolusi calon 'neutral' adalah langkah terbaik dalam mengakhiri perang saudara ini," ujar Ahmad mengakhiri email.

Keputusan muktamad 

Sementara itu Mohd Taufek dalam maklum balas kepada FMT berhubung isu yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS Seremban berkata bahawa keputusan muktamad berhubung calon yang akan bertanding di DUN Lenggeng akan diputuskan oleh PAS Pusat.

"Justeru itu sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon, semua pihak harus menghormati keputusan PAS Pusat.

"Saya menasihatkan semua pihak tumpu untuk kalahkan Umno dan Barisan Nasional. Sesiapa sahaja yang gagal mematuhi arahan bermakna mereka mahukan Umno menang.

"Masalah di PAS Seremban adalah masalah lama yang telah diselesaikan oleh PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat," kata Mohd Taufek.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Presiden ISMA lawat bilik gerakan jentera PRU13 <b>di Seremban</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 08:54 PM PST

lawatan

SEREMBAN, 5 Mac – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan kerja ke bilik-bilik gerakan di sekitar Seremban bagi meninjau gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh jentera yang terlibat di dalam PRU13.

Lawatan ini turut disertai oleh Encik Abdul Rahman Mat Dali, Naib Presiden II ISMA.

Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua ISMA Seremban, Tuan Haji Omar b. Kassim mengenai gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai majoriti penduduk Melayu.

Ustaz Abdullah Zaik dan para petugas jentera juga sempat berbincang mengenai pendekatan dan kaedah-kaedah yang dilihat berkesan bagi meluaskan agenda ISMA khususnya untuk golongan Melayu Islam di kawasan-kawasan yang terlibat.

Beliau kemudian telah meluangkan masa untuk melawat bilik-bilik gerakan yang digunakan oleh jentera PRU13 di sekitar Ampangan dan Sikamat.

Seperti diumumkan sebelum ini, ISMA akan menghantar calonnya bertanding atas tiket parti BERJASA untuk kerusi Parlimen Seremban.

Penduduk Melayu merupakan golongan majoriti di kawasan ini, namun parti-parti yang bertanding sebelum ini meletakkan calon-calon dari kalangan bukan Islam.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim <b>di</b> Semenyih & <b>Rembau</b> 16 Mac <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 07:45 PM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya sempena program siri Jelajah Merdeka Rakyat di DUN Semenyih (Selangor) & Parlimen Rembau (Negeri Sembilan) pada 16 Mac ini.

Anwar Sabak BernamCeramah di Semenyih itu akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Semenyih, Hulu Langat bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Antara barisan penceramah malam itu yang akan bersama Anwar terdiri daripada Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamruddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari dan T Chandra Mohan.

Manakala ceramah seterusnya di Rembau akan diadakan di Markaz KEADILAN Kg Pedas Tengah, Rembau, Negeri Sembilan jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Penceramah yang akan turut serta dengan Ketua Pembangkang itu terdiri daripada Mantan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Pengrusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufik Abdul Ghani.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47280

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


penerokaan kali ke 3 <b>di</b> kelong mamud <b>lukut</b> - aku suka memancing

Posted: 25 Mar 2013 09:29 AM PDT

Ini trip kali ke - 3 aku ke kelong Mamud. Dalam trip yang ke 2 lepas, aku dapat menaikan 2 ekor senangin. Dalam trip yang ke -3 ini, aku bercadang hendak menduga kawasan karang yang ada di pinggir kelong Mamud. selain itu, aku juga mahu menambah sedikit sebanyak pengetahuan di Kelong Mamud melalui pemancing2 lain. Untuk tripiini, aku juga mengajak Rizal yang selalu memancing di Kelong Pozi. 
Kali ini aku memilih memancing pada waktu air mula menyorong besar dan arus masih perlahan. kalau diperhatikan, semasa air masih mula menyorong, air laut memang jernih sehinggaakan kita dapat melihat anak2 ikan yang berenang dalam air. Kekadang, kita juga dapat tengok bapak2 baracuda yang meronda sekeliling kelong seperti samseng jalanan. Walaupun arus perlahan, aku masih senang mendapatkan umpan tamban hidup. Kesimpulannya, memang mudah untuk mendapatkan umpan tamban hidup di Kelong Mamud. Apa yang penting, kita perlu bawa apolo yang sesuai bersama kolam takungan umpan supaya umpan hidup lama dan aktif.
Kali ini aku mencuba lubuk kawasan karang di mana mata kail selalu sangkut. Selain itu, aku juga masih mencuba teknik fly selain menggunakan teknik bottom. Percubaan bottom aku di kawasan karang berjaya menaikan seekor kerapu bersaiz 1.5 kg semasa air menyorong pasang. Percubaan aku yang lain gagal kerana perambut sangkut pada karang. Sesekali ada juga sentapan di kawasan karang tetapi semuanya sangkut. 
Manakala Rizal yang banyak menggunakan teknik Fly hanya dapat menaikan seekor todak bersaiz 2 kg. Selain itu, beliau juga menaikan beberapa ekor todak bersaiz lengan. Mungkin faktor air yang jernih, membuatkan todak nampak umpan yang berenang dalam laut. Ada sekali, salah satu joran Rizal yang menggunakn teknik fly di tepi tukun mendapat sentapan yang agak kasar. Walaubagaimanapun, perlawanan yang baru bermula berpihak kepada ikan apabila berjaya melarikan diri dalam tukun.
salah satu group yang baru naik lewat petang(yang aku kenali 2 minggu sebelum) juga menggunakan teknik fly telah berjaya menaikan seekor baracuda bersaiz 2.5 kg. Ada juga pemancing2 lain yang dapat menaikan beberapa ekor talang menggunakan teknik apolo sahaja. Oleh kerana tiada ragutan sang ikan pada waktu malam, aku dan Rizal banyak menghabiskan masa layan apolo ikan terbeliak mata.
Untuk trip ini aku peroleh la sedikit pasal lubuk2 yang ada di kelong Mamud berdasarkan pencarian sendiri dan juga perkongsian maklumat dari pemancing lain. Apa2 pun aku akan datang ke sini lagi untuk menambah lagi koleksi lubuk2 di kelong Mamud.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 03:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DIELA CREATIVE: Muzium Kota <b>Lukut</b>

Posted: 12 Feb 2013 03:27 AM PST

           Assalamualaikum wrh wbr.....

         Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ada di antara teman-teman yang sudah kembali pulang dari bercuti sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, apa pun jua saya ucapkan selamat bercuti kepada anda semua. hari ini saya berkesempatan pergi melawat muzium peninggalan sejarah Kota Lukut yang terletak berdekatan dengan Port Dickson. Saja bawa anak-anak jalan-jalan ke sana, biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah Kota Lukut.
         Muzium Lukut ditubuhkan untuk mempamerkan dan menyebarkan maklumat mengenai sejarah Lukut bermula dari awal kurun ke 19 sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada pada tahun 1880. Bangunan Muzium Kota Lukut yang terletak di sebelah Timur dan di bahagian belakang kota Lukut siap dibina pada tahun 1997. Reka bentuk dan ciri-ciri utama bangunan dipercayai mengikut rupa bentuk istana Raja Jumaat bin Raja Jaafar, pemerintahan Lukut (1847-1845) yg bercirikan senibina Bugis.





Inilah Muzium Kota Lukut. Muzium ini terdapat empat galeri utama iatu:
Galeri A -memaparkan tentang sejarah Kota Lukut yg pernah 
                 mencapai zaman kegemilangannya bermula dari 
                 kurun ke 19 di bawah pemerin beberapa pembesar.
Galeri B -memaparkan tentang sejarah kedatangan adat 
                 perpatih, sistem pemerintahan Negeri sembilan dan
                 kebudayaannya.
Galeri C -memaparkan mengenai perkembangan teknologi 
                 pembuatan masyarakat tradisional dari aspek seni 
                 cipta dan seni halus dalam peralatan untuk kegunaan
                 harian.
Galeri D -memaparkan mengenai kebudayaan masyarakat
                 Malaysia melalui kepelbagaian kebudayaan termasuklah
                 seni budaya, pakaian, permaina tradisional, alat muzik 
                 dan sebagainya.



Ini adalah lesung kaki digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan beras yang digunakan oleh orang-orang dulu.

Ini adalah alat permainan tradisional orang-orang Melayu iaitu gasing dan congkak.

 Ini pula sebahagian alat-alat muzik yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada masa itu.




di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


BN Yakin Kekal <b>Di Negeri Sembilan</b> | Detik Perubahan

Posted: 28 Mar 2013 12:13 AM PDT

imageSEREMBAN –  Semalam, hari terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan kembali semula untuk memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, bahkan dengan majoriti lebih besar.

Mohamad berkata, beliau yakin BN akan mampu mencapai majoriti dua pertiga berdasarkan graf sokongan pengundi yang dilihat lebih stabil serta memihak kepada BN kini, berbanding sebelum ini kelihatan turun naik.

"Dalam politik apa-apa boleh terjadi. Sekarang ini kita sedang mendaki dan berusaha untuk menambah supaya majoriti dua pertiga akan dapat dicapai.

"Kita bukan nak riak atau sombong, tetapi kini kita sudah lepasi garisan untuk menang. Keyakinan saya tinggi iaitu lebih 50 peratus berikutan sentimen kebelakangan ini yang memihak kepada BN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mahu terlalu selesa dengan situasi sekarang,  sebaliknya bersama-sama barisan pimpinan BN lain untuk terus meyakinkan rakyat agar memberi kepercayaan kepada BN terus mentadbir Negeri Sembilan.

"Itu sebabnya kita mahu berusaha dengan lebih kuat lagi bagi menyakinkan rakyat bahawa mereka perlu memilih semula kerajaan BN supaya kita dapat meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang dibuat termasuk menyambung perancangan membangunkan negeri dan sejahterakan rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata, biarpun Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini dan ditadbir kerajaan sementara, tetapi kesejahteraan rakyat tetap diberi keutamaan pemimpin masyarakat di setiap kawasan.

"Walaupun wakil rakyat tidak ada lagi, namun begitu mereka boleh terus menguruskan pusat khidmat Dun. Tetapi bukan menggunakan kapasiti sebagai wakil rakyat, sebaliknya kapasiti sebagai pemimpin kawasan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sementara kini hanya akan menguruskan urusan seharian, bukan lagi membincangkan serta memutuskan projek besar, manakala mesyuarat Exco Kerajaan Negeri tetap akan berjalan seperti biasa. – Sinar Harian

ads