05 di lukut - Google Blog Search |
penerokaan kali ke 3 <b>di</b> kelong mamud <b>lukut</b> - aku suka memancing Posted: 25 Mar 2013 09:29 AM PDT Ini trip kali ke - 3 aku ke kelong Mamud. Dalam trip yang ke 2 lepas, aku dapat menaikan 2 ekor senangin. Dalam trip yang ke -3 ini, aku bercadang hendak menduga kawasan karang yang ada di pinggir kelong Mamud. selain itu, aku juga mahu menambah sedikit sebanyak pengetahuan di Kelong Mamud melalui pemancing2 lain. Untuk tripiini, aku juga mengajak Rizal yang selalu memancing di Kelong Pozi. Kali ini aku memilih memancing pada waktu air mula menyorong besar dan arus masih perlahan. kalau diperhatikan, semasa air masih mula menyorong, air laut memang jernih sehinggaakan kita dapat melihat anak2 ikan yang berenang dalam air. Kekadang, kita juga dapat tengok bapak2 baracuda yang meronda sekeliling kelong seperti samseng jalanan. Walaupun arus perlahan, aku masih senang mendapatkan umpan tamban hidup. Kesimpulannya, memang mudah untuk mendapatkan umpan tamban hidup di Kelong Mamud. Apa yang penting, kita perlu bawa apolo yang sesuai bersama kolam takungan umpan supaya umpan hidup lama dan aktif. Kali ini aku mencuba lubuk kawasan karang di mana mata kail selalu sangkut. Selain itu, aku juga masih mencuba teknik fly selain menggunakan teknik bottom. Percubaan bottom aku di kawasan karang berjaya menaikan seekor kerapu bersaiz 1.5 kg semasa air menyorong pasang. Percubaan aku yang lain gagal kerana perambut sangkut pada karang. Sesekali ada juga sentapan di kawasan karang tetapi semuanya sangkut. Manakala Rizal yang banyak menggunakan teknik Fly hanya dapat menaikan seekor todak bersaiz 2 kg. Selain itu, beliau juga menaikan beberapa ekor todak bersaiz lengan. Mungkin faktor air yang jernih, membuatkan todak nampak umpan yang berenang dalam laut. Ada sekali, salah satu joran Rizal yang menggunakn teknik fly di tepi tukun mendapat sentapan yang agak kasar. Walaubagaimanapun, perlawanan yang baru bermula berpihak kepada ikan apabila berjaya melarikan diri dalam tukun. salah satu group yang baru naik lewat petang(yang aku kenali 2 minggu sebelum) juga menggunakan teknik fly telah berjaya menaikan seekor baracuda bersaiz 2.5 kg. Ada juga pemancing2 lain yang dapat menaikan beberapa ekor talang menggunakan teknik apolo sahaja. Oleh kerana tiada ragutan sang ikan pada waktu malam, aku dan Rizal banyak menghabiskan masa layan apolo ikan terbeliak mata. Untuk trip ini aku peroleh la sedikit pasal lubuk2 yang ada di kelong Mamud berdasarkan pencarian sendiri dan juga perkongsian maklumat dari pemancing lain. Apa2 pun aku akan datang ke sini lagi untuk menambah lagi koleksi lubuk2 di kelong Mamud. | |
BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search Posted: 18 Feb 2013 03:13 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di lukut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan