Jumaat, 9 September 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Roketkini.com >> Pengundi pos suami isteri 'sama jantina'

Posted: 06 Sep 2011 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.

'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.

Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.

"Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja.

Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera.

"Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat.

"Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan.

"Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya.

Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput.

Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi.

"Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke.

Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010.

"Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya.

Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan pengundi pos ini dapat diketengahkan lagi. – Roketkini.com

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


My Special Memories...: <b>Teluk Kemang</b>,Port Dickson...

Posted: 22 Jul 2011 09:36 PM PDT

Mode : Jalan2 amik angin laut,sambil berphotogedik...



Kalau ke Port Dickson,rasanya macam wajib je jejakkan kaki ke Teluk Kemang...
Sbb di sinilah pusat penjaja dan bermacam-macam lagi activity...
Selain ada penjaja makanan...ada jugak yang jual toys kanak2,baju2 yang berlogokan PD,makanan laut dan bermacam2 lagilah di sini...
Pendekkata this is where you can get everything...
Jadi haruslah singgah ke sini kalau ke PD...


Okaylah..since ramai yang dah biasa pun gi Teluk Kemang ni...
Mama just nak share sikit picas2 yang sempat di captured during our persinggahan ke sini...
Serius cam sejuk je mata memandang lautan yang nan membiru tu...
Di samping deruan angin laut yang menghempus dan menghempas lembut ke pipi...
Tenang jiwa dan raga seketika menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt ini...
Bersyukur masih diberi kesempatan untuk menghargai dan menikmati keindahan alam ini...


Dah...dah...x mo cakap banyaklah...
Since dah sampai tepi pantai ni...
Haruslah 2-2 camera bekerja keras mengcapture setiap detil photogedik kami sekeluarga...
Sekali-sekala dapat pemandangan berlatar belakangkan lautan yang membiru...
Wajiblah kenangan ini diabadikan dengan sebaiknya...
Since bila dah balik KL nanti..mana lagi leh cari keindahan seperti ini...


Alah...x yah cakap banyaklah...layan jelah koleksi gambar2 yang mama rajin nak edit dan tepek watermark...
Layannnnnn....
Sang bayu tengahari plak masa tu beriup kencang...
Huaaa...saya rindu orang laut saya...

Stylo habis anakku...mama dia plak sempoi nak mampus cam org x mampu je...
Bak kata org opis mama...selekeh je mas ni...muahaha...

Layan photoshoot tepi pantai...

Mama Rizqullah x leh join korum...
Kalau x mesti kami bergambar ber-4...

Dan di Teluk Kemang ni jugak ada jual benda2 nih...
Benda2 yang menarik perhatian Rizqullah...
Tengah jenjalan tu..tetiba ada seorang wanita vogue tegur mama...
Mak aiii...terkejut and terus teringat yg mama kena call dia...
Sorry sangat yana,really terlupa pasal date kita...
Sibuk melayan my siblings and Rizqullah...
Luckily kami bertemu di Teluk Kemang nih...
Dan bila dah jumpa mestilah bergambar buat kenangan...
Eh!!!kizkiz pun ada sekali??
Dah sama besar dah 2-2...
Rizqullah serius je muka sbb kena tahan tuk bergambar kejap...
Borak2 kejap dan sempat jugaklah kami bergosip kejap...
Haaaaa...gosip apa??gosip bila suami mau balik lahhh...

Okay....kizkiz and mummy dia dah nak balik...
Kita salam dulu...tanda sahabat antara kita...
Moga kita bertemu lagi...

Ewaaahh...cium dahi anak dara orang ni anak mama yer...
Cium dahi masa kecik2 ni tak per yer...
Dah besar mama pengsan plak kalau Rizqullah buat camni...
Bukan mama je kot...mummy kizkiz pun pengsan sama2 ngan mama...


Okay...pas singgah kat Teluk Kemang,there is another one place yang mama dan Rizqullah berhenti...kami drop by sini just untuk bergambar...at first kami pergi tempat biasa photoshoot kami sekeluarga...tapiiiiiiiiiiiiiiiii entah kenapa hari tu,pantai dia sangat-sangatlah kotorrrrrrrrrr....geli tengok keadaan pantai tu..dan jugak,kalau amik gambar...mmg x cantik..huhuhu...kesian alam sekitar,dicemari dengan kekotoran yang tidak sepatutnya...


Dah,cukup dulu entry tuk kali ni...till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah buat semua...


Have a nice and beautiful day!!

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Syazana Md Osman: Sambutan Aidilfitri 2011 <b>di Kuala Klawang</b>

Posted: 09 Sep 2011 01:42 AM PDT

Antara koleksi gambar2 kenangan pada hari raya tahun ni (2011).
Buat santapan kalian semua...

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Merai 1 Syawal 2011M/1432H <b>di</b> Pulai Impian « Ini Keluargaku

Posted: 30 Aug 2011 09:52 PM PDT

Semua adik beradik saya duduk didepan kecuali saya (dibelakang hijau bersongkok) dan Kak Yang (didalam rumah).

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallah Minna wa Minkum. Kullu Aam wa Antum bi Khair. Pagi tadi Baba, Mama sekeluarga telah bersiap awal dan membawa Atok untuk solat Raya di Masjid Paroi Jaya, Seremban, NS. Paroi Jaya dipilih sebab ia dianggap taman perubahan (kampung) asal bagi Baba kerana dibesarkan disitu sejak kecil (1977) iaitu sejak darjah enam hingga Baba balik ke Malaysia dari Mesir (1998) dan mula menyewa rumah sendiri.

Ini keluarga saya. Kesemua 12 orang anak ada di Seremban. Dua orang yang tertua, Uswah dan Khairah beraya di Mesir.

Sebelum Solat Raya bermula, Baba sempat menghabiskan bungkusan makanan derma untuk orang miskin, kepada beberapa orang peminta sedekah yang duduk dipintu pagar Masjid Paroi Jaya. Kebetulan ada 6 bungkus yang masih berbaki dibelakang but kereta.

Sumbangan orang ramai semasa Ramadan dapat diserahkan kepada yang meminta sebelum Solat Raya.

Sebaiknya masyarakat menunjukkan simpati secara amali dan praktikal, kepada golongan yang  yang tidak bernasib baik dan meminta-minta.

Alhamdulillah ramai masyarakat yang turun solat di Paroi Jaya termasuk kaum wanita. Ini menunjukkan kesedaran Islam semakin baik. Cuma Baba rasa jika terus ditanam kesedaran bahawa Solat Raya ini perlu dihadiri oleh semua orang, termasuk wanita-wanita yang haid dan kanak-kanak, lebih ramai akan hadir dan akan melimpah ke seluruh halaman Masjid. Ini adalah kerana Taman Paroi Jaya adalah salah sebuah taman yang terbesar di Seremban. InsyaAllah, Baba akan gunakan sebaik kesempatah Hadith Thulathak (Kuliah Selasa) Baba di Masjid berkenaan nanti untuk menyemai kefahaman dan kesedaran tersebut.

1 Syawal 2011M/1432H di Masjid Paroi Jaya, Seremban. Disini tempat Hadith Thulathak (Kuliah Selasa) saya setiap minggu.

Jemaah solat Hari Raya lelaki di dalam Dewan Solat Utama, Masjid Paroi Jaya.

Jemaah di luar Dewan Utama.

Jemaah di halaman Masjid Paroi Jaya (kawasan tambahan).

Jemaah wanita di dewan solat utama wanita Masjid Paroi Jaya.

Jemaah wanita di luar dewan utama solat.

Jemaah wanita melimpah hingga ke serambi masjid.

Selepas Solat Raya, tanpa berlengah masa, Baba, Mama dan anak-anak terus berkejar balik ke rumah untuk buat persiapa Raya terutama rumah Atok Uwan kerana pastinya adik beradik Baba akan datang beraya ke sana, seperti yang berlaku setiap tahun. Baba sentiasa berdoa dan berharap agar adik beradik Baba bersama keluarga masing-masing sentiasa dapat berkumpul dan menguatkan Silaturrahim sesama kami tidak lain tidak bukan supaya kami dapat melaksanakan perintah Allah swt supaya manjaga hubungan Silaturrahim ini, kedua supaya dengan kami berkumpul bersama-sama beramai-ramai, dapat menggembirakan hati Atok dan Uwan dan yang ketiga supaya dapat kiranya semasa bertemu itu sedikit sebanyak Dakwah Islam akan sampai kepada mereka, jika tidak melalui tazkirah dan nasihat (yang agak sukar dikesempatan sebegitu), maka melalui pergaulan dan contoh teladan yang kita sekeluarga tunjukkan.

Sebaik tiba di rumah selepas Solat Raya, semua berkumpul untuk menikmati saparan bersama. Kelihatan Abah dan Mak turut serta bersama. Syukur alhamdulillah. MOga Allah swt kurniakan kesihatan dan ketaqwaan yang berpanjangan.

Suasana di pagi Raya di rumah Atok dan uwan di Pulai Impian.

Syukur alhamdulillah, semua adik beradik Baba dapat hadir berkunjung ke rumah Atok Uwan yang lebih syukur lagi kami semua berkumpul dalam masa yang sama semuanya. Ini taufiq dari Allah swt. Dengan ini semua yang Baba harapkan diatas dapat dilaksanakan, alhamdulillah. Tambahan dari itu, sessi foto dapat dijalankan dengan jayanya. Moga Allah swt menambah keberkatan dari usaha-usaha kita yang ikhlas.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Updated News » Blog Archive » Unhealthy air in <b>Nilai</b>

Posted: 08 Sep 2011 10:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: The Nilai area in Negeri Sembilan continues to register unhealty air quality, with an air pollutant index (API) reading of 105 at 5.30pm (101 at 11am) Friday, the Department of Environment said.

Thirty-five other areas, mostly on the west coast of the peninsula recorded air quality that is close to unhealthy.

The areas are: Bukit Rambai, Malacca 94 (98 at 11am), Seremban 85 (84, Balok Baru in Kuantan 87 (85), SK Jalan Pagoh 80 (74), Banting 90 (86), Kuala Selangor 85 (80) Port Klang 91 (88), Petaling Jaya 95 (94), Batu Muda 91 (88), Cheras 91 (87), Shah Alam 95 (93) and Putrajaya 88 (84).

An API reading of between 0 and 50 is considered good, 51-100 (moderate), 101-200 (unhealthy), 201-300 (very unhealthy) and 301 and above (hazardous).

The department said in a statement Thursday that it expected the haze to persist in the next few days and advised the public not to carry out open burning.

Related Stories:
DOE to meet Indonesian counterparts in Thailand
Avoid hazy areas, people told
Air quality and visibility worsen in most parts of country
Hazy days ahead

Tahap Kualiti Udara <b>Di Nilai</b> Merosot - Suara Bawah Tanah [Dot] Com

Posted: 08 Sep 2011 11:20 PM PDT

Kualiti udara di Nilai merosot daripada sederhana kepada tidak sihat setakat tengah hari Jumaat, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ mencatat 101.

Laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada laman webnya menyatakan bagi tempoh sama, 35 kawasan di seluruh negara masih mencatatkan IPU sederhana dan 15 kawasan berkualiti udara baik.

Pada awal pagi tadi, JAS melaporkan, lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan dengan 98, Bukit Rambai, Melaka (96); Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor yang masing-masing mencatat 87, dan Port Dickson, Negeri Sembilan (86).

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301.

JAS menerusi satu kenyataan semalam menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Sementara itu dalam laporan awalnya, JAS merekodkan 36 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala 15 lagi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik pada jam 7 pagi tadi.

Related posts:

  1. Kualiti Udara Lembah Klang Teruk | Kurangkan Aktiviti Luar
  2. Malaysia Berjaga-jaga Terhadap Influenza A (H5N1)
  3. Sabah Bebas Dari Ancaman Radiasi
  4. Jenazah Noramfaizul Selamat Tiba di TUDM
  5. PM Najib Di Radio One FM

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Kompleks Baitul Hilal <b>Di Port Dickson</b> Siap November

Posted: 06 Sep 2011 02:26 AM PDT

SEREMBAN – Kompleks Baitul Hilal yang menempatkan Balai Cerapan dan Hotel Wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang sedang dibina di Teluk Kemang, Port Dickson dekat sini dijangka siap November ini, kata Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin.

Kompleks itu dibina menerusi kerjasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Mains.

Beliau berkata, hotel setinggi empat tingkat itu yang mempunyai 90 bilik bertaraf tiga bintang serta tiga apartmen akan diuruskan oleh Klana Resort Seremban iaitu anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI).

Balai Cerapan Baitul Hilal akan beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun ini, kata beliau.

"Baitul Hilal akan diurus oleh Mains dengan kerjasama Universiti Malaya dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan," katanya.

Baitul Hilal ini merupakan pusat terbaik astronomi yang akan mempunyai peralatan dianggap tercanggih di negara ini, malah di Asia, untuk kajian astronomi oleh para saintis, pakar dan penyelidik dari dalam dan luar negara.

Kamal Amran berkata projek Baitul Hilal di kawasan seluas 1.21 hektar itu melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta – RM18 juta dari JAWHAR manakala selebihnya dari sumber am Mains. – BERNAMA

ads