05 di port dickson - Google Blog Search |
Kompleks Baitul Hilal <b>Di Port Dickson</b> Siap November Posted: 06 Sep 2011 02:26 AM PDT SEREMBAN – Kompleks Baitul Hilal yang menempatkan Balai Cerapan dan Hotel Wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang sedang dibina di Teluk Kemang, Port Dickson dekat sini dijangka siap November ini, kata Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin. Kompleks itu dibina menerusi kerjasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Mains. Beliau berkata, hotel setinggi empat tingkat itu yang mempunyai 90 bilik bertaraf tiga bintang serta tiga apartmen akan diuruskan oleh Klana Resort Seremban iaitu anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI). Balai Cerapan Baitul Hilal akan beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun ini, kata beliau. "Baitul Hilal akan diurus oleh Mains dengan kerjasama Universiti Malaya dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan," katanya. Baitul Hilal ini merupakan pusat terbaik astronomi yang akan mempunyai peralatan dianggap tercanggih di negara ini, malah di Asia, untuk kajian astronomi oleh para saintis, pakar dan penyelidik dari dalam dan luar negara. Kamal Amran berkata projek Baitul Hilal di kawasan seluas 1.21 hektar itu melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta – RM18 juta dari JAWHAR manakala selebihnya dari sumber am Mains. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan