Isnin, 28 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Kehadiran Anwar <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 06:15 PM PDT

PORT DICKSON : Kehadiran Anwar ke Lukut PD pada malam 22/3/12, memintas awal Najib yg akan turut menghadiri makan tengahari di dataran bersebelahan kompleks kerajaan daerah. Di fahamkan daerah PD telah mula dibanjiri dengan poster dan Bena Najib & Rosmah.

Hampir sebatang tiang letrik pun tidak ada yg ketinggalan dengan tergantungnya banting2 Najib & Rosmah..Manakala 2 ke 3 lokasi menyambut Najib telah hampir seminggu awal didirikan khemah-khemah gergasi. Kos khemah sahaja mungkin mencecah jutaan ringgit tidak termasuk kos makan, bas, pentas dan yg lain-lain.

Barisan bendera UMNO BN telah mula menutup pemandangan Port Dikcson. Hebat sungguh BN dalam membelanjakan dana secara berhemah....Arahan kepada setiap agensi termasuk pendidik-pendidik....khabarnya dikerah hadir. Tuntutan duit-duit upah kehadiran kepada belia-belia dan sewa-sewa pengusha bas telah mula berjalan. Najib mula curiga dgn rakyat....dah kasi BR1M dan makan pun....undi masih PR. Cuma yg takut dengan ungutan sahaja masih lagi bersama UMNO BN.

PR telah memintas awal dengan program ceramah pimpinan PR negeri bersama DS Anwar di dataran Lukut.

Kesempatan ini lah kehadiran rakyat tanpa duit dan makan mau pun sogokan....telah memenuhi dataran Lukut untuk bersama-sama berkongsi maklumat agar kiranya PR menawan Negeri Sembilan dapat merasa nikmat pentadbiran seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah & Kelantan.
" Merakyatkan Ekonomi"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

"Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Pilah</b> Esok | MyNewsHub

Posted: 13 May 2012 08:49 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan yang bermula dari jam 8 malam hingga 2 pagi itu membabitkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengguna yang memerlukan bantuan pada hari berkenaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982, katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


SOKONG PAKATAN RAKYAT: Dr Aziz Bari <b>di Tampin</b> 9 Jun

Posted: 28 May 2012 03:11 AM PDT

Sabtu, 9 Jun, Jam 9 Malam, Dr Abd Aziz Bari akan menyampaikan ucapan  di dataran rumah Abu Sepian, Batu 1 1/4, Jalan Tampin, Repah, NS
Anjuran Pas Tampin/MTD Repah

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Mayat warga asing ditemui dengan kesan tikaman <b>di Mambau</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 12:40 AM PST

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Taman Angsamas, Mambau dekat sini, hari ini.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


PKG <b>KUALA KLAWANG</b>: PROGRAM KHIDMAT BANTU ICT <b>DI</b> SMR <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 07:45 PM PDT

Tarikh : 2 Mei 2012
Masa : 08.00 pagi - 05.00 petang
Tempat : SMR Agama Kuala Klawang
Peserta :
1. En Rosle bin Yahaya - PTP 1 PKG Kuala Klawang
2. Pn Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar - JTK PKG Kuala Klawang
3. En. Mohamad Faizal bn Mohamed Zabidi - JTK SMV Kuala Klawang
4. En. Yusop bin Ahmad - JTK SK Undang Jelebu
5. En. Mohd Syukri bin Anua - JTK SK Kuala Klawang
6. En. Afindi bin Nasir - JTK SK Datuk Undang Abdullah
7. Pn Sri Sabariah bt Samsi - JTK SMR Agama Kuala Klawang

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


LUV OF MY LIFE: Aktiviti Malam <b>Di Port Dickson</b>

Posted: 21 May 2012 09:25 PM PDT

Meh sambung citer pasal riding to Port Dickson....
kalau mai PD mmg tak bohsanlaaa macam2
Antara aktiviti malam yg wajib dilawati
tapi ni malam minggu jer ada rasanya
mmg bess kalau rasa tak nak dinner 
 kat sini mcm2 jenis makanan ada
yelah takkan nak balik tido dgn perut yg kenyang kot
harusla pi tempat lainkan 
tunggu next entry aku pi lepak mana pulak yer..
Psst: Dok posing2 atas moto ni risau gak...kang kalu tergolek tak pasal2...udahler moto ni besau!!
tunggu next entry aku pi lepak mana lak yer...

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Homemade sweet treats....: Hantaran utk majlis <b>di Rembau</b>

Posted: 26 Mar 2012 03:38 AM PDT




Pink and gold, odd combination but very sweet. Thank you Izs.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Maktab Rendah Sains Mara <b>Serting</b> Terkini 2012

Posted: 11 May 2012 12:12 AM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 13 Mei 2012

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

MRSM Serting kini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan seperti berikut:

1. Guru Kima (DC41)

2. Guru Kaunseling (DC41)

Permohonan melalui http://www.jobsmalaysia.gov.my

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

ads