Jumaat, 15 Jun 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


PRU13N9: Pasar Malam <b>Ampangan</b>

Posted: 07 Jun 2012 11:28 PM PDT




                               Hah ...sini ada banyak jenis buah buahan dan sayur sayuran  yang dijual.
                                                               aksesories wanita





05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


SAMBUTAN HEBAT PENDUDUK <b>BAHAU DI</b> <b>...</b> - WFauzdin Blogspot

Posted: 01 Jun 2012 12:20 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
HEBAT sekali sambutan rakyat di Bahau, Negeri Sembilan sewaktu kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri, Bahau malam tadi sempena perasmian Bilik Gerakan KEADILAN Dun Jeram Padang.  Dun Jeram Padang kini diwakili oleh Wakil Rakyat dari MIC, maka tidak hairanlah malam tadi kehadiran kaum India di luar jangkaan samasekali.
Boleh saya katakan, majoriti yang hadir malam tadi adalah dari kaum India, keduanya Melayu.  Kaum Cina juga turut hadir kerana Wakil Rakyat Bahau adalah dari DAP.  Kehadiran DS Anwar membuatkan Umno di Taman Bahau terpaksa mengadakan Tahlil dan jamuan pada malam tadi.  Mungkin juga seperti kata seorang rakan saya Umno Taman Bahau malam tadi mengadakan `Talkin' untuk Umno.
DS Anwar mula berucap lebih kurang jam 09.00 malam dan berhenti sejam kemudiannya kerana beliau akan ke program ceramah di Sikamat, Seremban pula.  Meskipun publisiti kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri ini agak kurang, namun kehadiran yang dianggarkan tidak kurang dari dua ribu orang sudah cukup untuk membuktikan Dun Jeram Padang bakal menjadi milik PR.
Rata-rata yang hadir ternyata berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Ketua Umum KEADILAN itu.  Isu-isu yang disentuh di antaranya adalah isu PTPTPN, isu fitnah ke atas beliau dan pimpinan PR, isu rasuah dan berbagai lagi isu semasa.  
Saya dapat memerhatikan beberapa wajah penyokong kuat Umno kawasan tersebut turut hadir.   Saya tabik Umno kawasan tersebut kerana mengamalkan demokrasi bersih tanpa provokasi atau gangguan sepertimana di beberapa tempat lain.  
Dun Jeram Padang bakal memberikan satu lagi kerusi buat PR di dalam PRU akan datang bagi membantu PR merampas Negeri Sembilan dari tangan Umno/Bn, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


KHIDMAT MERU: CERAMAH UMUM <b>DI LENGGENG</b>

Posted: 01 Apr 2012 05:24 AM PDT



Turut memberikan ceramah ialah Ahli Parlimen Seremban, YB John Fernandes.


YB John banyak menyentuh isu-isu national sedangkan YB Dr Rani mengupas isu politik semasa di Negeri Selangor.


Walaupun kawasan itu majoritinya adalah orang Melayu, namun ramai juga pendengar dari kaum India dan Cina yang tampil untuk mendengar ceramah tersebut.



05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


lovely: <b>Teluk Kemang</b> 8,9,10 Jun 2012

Posted: 11 Jun 2012 08:49 PM PDT

Salam semua...
aarrggghh... penatnya badan ni. walaupun penat tapi  hati manyak suka lor..
sebab dapat bercuti dengan family... (singa membawa keluarga bahagia.. T_________T )
walaupun percutian ni bukanlah sampai ke luar negara nun.. jauh di sana...
tp tetap seronok.. sebab dapat berkumpul dengan adik -beradik.. (apa yg penting kerja sama).
percutian ni mengambil masa selama 3 hari 2 mlm di TM Resort Teluk Kemang.
nak tahu aktiviti kami???  jom.. tengok kat bawah..
 ni masa malam pertama kami. acara BBQ di tepi pantai.
agak lama jugaklah nak hidupkan api kat arang tu..
sebab masa tu angin kuat sangat..dan hujan renyai-renyai..
 masa ni agak seram jugak bila ku dengar desiran ombak kat tepi pantai tu..
dah la gelap. bunyik ombak kuat pulak tu.. dahla sekarang ni.. tengah musim air pasang kan.. takut pulak aku..
 api yg segan-segan nak menyala.. hihi..
kata en. suami..dia tersalah beli arang katanya.. kata si Abg man pulak.. pasir ni.. basah ni...
hemm... entah ler labu.. teman pun tak tahu ler mane yg betul...
tapi yg teman tahu.. merokok itu.. membahayakan kesihatan.. macam gambar kat kotak rokok tu.tak caya.. cuba tengok kotak rokok tu..hehehehee.

oh yer.. walaupun.. api segan-segan nak hidup.. namun.. berkat kesabaran 4 jejaka tampan (uuweekk)
tu.. dapat jugak kami makan ayam, kambing, hot dog, dll yg di BBQ kan oleh mereka.hihi..
ayam ngan kambing tu sedap ler.. TQ nyah ngan abg...

Sarapan pagi kami pada hari ke-2.
di gerai Kak An Family Corner KM 12 Jln Pantai Telok Kemang.
gerai ni kalau korang nak tahu kat mana.. senang aja..
korang tengok ada tanah perkuburan islam kat sebelah kiri jalan.. dan gerai kak An ni kat sebelah kanan jln dia. 
ok ni dia tanah perkuburan yg aku cakap tadi..
kalau nak tahu lagi senag... korang tengok kat sebelah kedai Kak An ni ada..kedai makan  K DE' K korang nak tahu tak apa maksud K DE' K ni? maksud dia
( Kedai Depan Kubur). ni yg abang ipar aku cakap la.. aku tak tahu lah maksud sebenar dia apa..
kata abg ipar aku kedai ni.. memang tempat dia lepak masa zaman study dulu..ok ni antara menu yg kami oder masa sarapan pagi tu..
nasi lemak sambal udang..
perhhh... memang terbaik...
mak aku yg tak kuat makan pun boleh habis sepinggan nasi lemak ni..roti canai....
emm.. kuah dia cair sikit.. tp ok lah..
kak ita aku cakap.. nasi lemak ni.. terbaik...
memang pun.. sambal kerang dia  sedap sangat..Abang ipar aku yang mulut bising.. tapi best.. hihi.. so bro lepas ni kita gi pulau pulak yer!!!my Abang Man.. muka baru bangun tidur.. stay cool bro..
muka puas hati dapat buat BBQ malam tadi.. walaupun dalam hujan ribut ... hihii..masa nak balik tu aku tapau lagi kuih  keria tu. sedap giler kot kuih tu..
dalam dia penuh dengan isi ubi keledik.. tak macam yg selalu aku beli kat sini.. tepung je lebih..Alhamdulillah... sarapan pagi kami hari tu.. di sponser oleh my abg ipar (khai)..
Hidup YB!!!!!...hahhaha... muka YB terlupa pulak aku nak ambil..
tapi itu tak jadi masalah..
muka YB takda.. muka Pn Sri dan anak YB ada... hidup YB!!!balik dari sarapan.. kami semua terjun kolam...
yah.. debuusshh!!!!!..
fuh... memang best Resort TM ni..
kau bukak aja sliding door terus.. lari tekedek-kedek masuk dalam kolam..
ha... lantak pi lah  hangpa nak berendam 5-6 jam dalam tu..
untuk pengetahuan korang, resort ni memang  dekat sangat dengan tepi pantai..
nampak tak khemah yg banyak-banyak tu.. tu dah tepi pantai la tu..
agak-agak nak mandi air masin laut dulu.. korang bolehla.. lari-lari anak ke pantai tu..
lepastu bila dah agak-agak rasa nak mandi air tawar kolam pulak korang bolehla.. lari berganti-ganti pulak masuk ke kolam..
kalau petang-petang... perut rasa lapo bolehla keluar pagar tu.. dan pergi beli goreng pisang panas.. kat gerai tu..
ada satu petang tu.. aku tengah syok berendam dalam kolam.. sekali mak aku lalu... sambil bawak goreng pisng panas..
perhh... terbaiklah... aku siap makan goreng pisang panas lagi kat tepi kolam tu...
mak memang tau.. dia tau jer anak dia tengah kebulur... hihiii...ni masa pagi hari ke dua tu.. saja je aku bawak budak mata sepet ni.. jalan-jalan kat tepi pantai..
si nabilah belum bangun lagi masa ni.ombak kuat sangat masa ni.. seriyau..aku...kanak-kanak yg gumbira dapat souvenir dari mak long isteri YB adun batu muda.. hihiii..
tq mak long!!!.hidup mak long!!!


 kak gee dengan mak mertuanya...
tengok bonet kereta kak gee penuh weiii..
dah macam orang nak pindah rumah...
(cakap orang aku pun sama..)
YB Khai.. dari Kelana Jaya .. 
YB Azman..dari Batu Muda.
YB Syaiful dari Jinjang..
dan YB Fauzi dari Putrajaya.
seterusnya kami berangkat pulang...
setibanya tiba di batang benar kami singgah sekejap di kedai makan ni..
 Ayam Kampung Batang Bonar
terletak berhampiran dengan KTM Batang Benar.
emm...dia dekat-dekat dengan nilai..
aku pun tak tahulah nak ngabonyer macam mana..
kat sini ada jual ayam kampung salai, itik salai, keli salai, daging salai,
masak lomak cili padi pun ado...
tapi yg paling penting memang sedap..
 ni en hubby yg oder ayam kampung sebelah ok!!!
teringat-ingat sampai sekarang.. huhuu..
ikan ape ntah.. masak lomak cili padi.. + peria
 ulam dan sambal belacan.
lepas tu kita berangkat pula ke destinasi yg seterusnya..
sampai di nilai tiga.. shoping sikit..
lepastu semua balik ke rumah masing-masing...
maka tamatlah acara percutian ni..
hujung tahun.. kita bercuti lagi kalau ada duit ok... hihii..
dengar cerita ke belah utara pulak kata nya..

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


KAUNTER ADUAN BERGERAK PASAR MALAM <b>KUALA KLAWANG</b>

Posted: 14 Jun 2012 05:48 PM PDT






LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) DI PASAR MALAM KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN
Biro Pengaduan Awam Melaka / Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) pada 13 Jun 2012 (Rabu) bertempat di tapak Pasar Malam Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. 
        Pembukaan kaunter ini telah menarik orang ramai untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan berkenaan fungsi BPA kepada rakyat. Tujuan program ini diadakan untuk mendekatkan lagi pihak BPA dengan orang awam. Selain daripada itu dapat menyumbang dan menyokong kepada matlamat merealisasikan slogan 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan'. 
        Seramai lebih kurang 25 orang telah mengunjungi kaunter BPA Melaka / Negeri Sembilan dan aduan yang diterima sebanyak 13 aduan yang meliputi aduan dan bukan aduan.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 <b>di Rembau</b>

Posted: 10 Jun 2012 07:00 PM PDT

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


…RONGGANG RONGGENG <b>DI PORT DICKSON</b>… « TRU3 L0V3R

Posted: 10 Jun 2012 11:32 PM PDT

Tarikh:: 26hb May 2012

Masa:: Pagi – Tengahari – Petang – Malam

Tempat:: Sentul —> PD —> Bangi —> Taman Jaya

Pagi-pagi buta dah bangun sediakan bihun goreng dengan ayam goreng celup tepung untuk dijamukan kepada kengkawan masa nak berpiknik di PD nanti. Dah lama merancang akhirnya jadik jugak pergi berlima, walau macam macam halangan pada mulanya.

Dalam kul 10am gitu budin dah sampai kat umah aku, amek segala barang barang makanan… well aku ni spesel case la kiranya kena datang hadap amek kat umah. kihkihkih. perjalanan memakan masa hampir 2 jam. kebas montot mak nokss… huhu. sesampai je kami terus check in bilik. we olls menginap kat bujet hotel je… tak salah nama dia Suria Hotel (rm 78 kalau tak salah). tido pon semalam je sebab  esoknya ada perancangan lain pulak… so amek jelah hotel murah2 kan setakat semalam je pon. tapi hotel dia mang tak boleh blah la. hanya letak katil semata mata pastu bilik air dan meja solek… pastu dah tak ada ruang nak solat. so kalau nak solat terpaksa lah g cari masjid atau surau. nasib la semalam aja. kalau tak mau kena rasukan ablasa masing masing…

*ini lah bilik kami yang tunggang langgang*

afta letak beg kami terus keluar mencari pantai. tempat menginap adalah sangat jauh dengan pantai sebab dah dekat dengan bandar. so terpaksa naik keta. katanya pantai tu dekat batu 8 area teluk kemang. bolehla tahan. not bad. cuma masa tu dah tengahari sangat so tak ada gilanya engkau nak bermandi manda sunburnkan diri kat pantai tu tengah panas terik. nanti tak jadi tanned jadik hitam terus, sempat makan makan n amek gambo jelah…

*bihun yang sudah tidak berapa nak sedap sebab berkuap ni dalam perjalanan*

*pantai batu 8 teluk kemang*

*dari lensa abam wafi… kelabu la lensa kamu abam kata 16 megapix*

*abam wafi, dahlina, budin n effa comel*

*kelabu lagik…adess*

habis je sesi men-tanned-gelap-kan kulit… kami terus je pecut ke muzium tentera darat. memang dah tak ada keje. berjiwa patriotik sungguh sensorang kan?? malas nak cita banyak. kita layan gambo jelah ya?

*mendaftar nama di hadapan pintu masuk*

*kemudian anda akan di"guide" oleh penyambut tamu yang entah datangnya dari mana… harharhar*

sebenarnya banyak lagi gambo tapi aku seriyes malas nak haplod masuk dalam ni. ada gambo masuk dalam terowong, dengan kete kebal, kete api semua2 lah tapi ni pon dah 11 kiraannya… ni pon banyak lagi yang nak dimasukkan… so cukuplah sikit sikit ye dok? lepas aja melawat muzium tentera derat… erh? darat… kami teruskan perjalanan ke sebuah pulau yang tak berapa nak pulau sangatla… jeti je memanjang… kawan aku kata nama pulau tu pulau burung…ada ramai jugak yang amek gambo kawen kat situ. masa kami pergi pon rasanya ada empat ke lima pasangan pengantin yang sedang bergambo… *ouhh saya jeles, harap maklum* rasa macam aku nak pergi join sama jadik tukang sibuk… agagagaga…. 

*haaaa apa yang korang buat tu panggil JAKIM kang… agagaga*

 *dah engkau kenapa budin? menurun???*

*chantekkan? pemandangan waktu senja lagi chantek. tapi aku tak leh nak turut serta berjalan2 sebab kasut adalah tumit 4 inci adakah engkau gila nak buat modelling disitu? nak buang kasut malas dan cahaya matahari menyakitkan mata, jadi tak dapat nak buat sesi gedik di batu bata….errr? batu bata??*

dah hampir maghrib baru reti nak balik sensorang ni… balik ke hotel mandi manda lepas tu terus keluar untuk makan malam pulak… makan malam dah tak amek gambo, dah tak terdaya nak amek gambo… then jenjalan kejap di pantai cahaya sebelum ribut petir melanda. gila punya ribut malam tu. kesian pada mereka mereka yang berkhemah di tepi pantai tu…. kami pon sampai je terus tukar baju dan masuk tido. tak de nak sembang sembang dah masing masing letih and nak simpan tenaga untuk meneruskan perjalanan pada esok hari.

pening jugaklah nak fikir camne nak solat… sampai cik effa kena solat atas katil nasib tak tersembam, dah aku katakan buatlah pape pon jangan isau aku buat buat tak nampak je… gila lawak memikirkan cara nak solat. gelak tak habis habis dengan beliau…. 

notatangan:: and the journey will continued after this~

Aku Susah Untuk Menyukai Namun Mudah Untuk Membenci, Aku Mudah Jatuh Cinta Tapi Yang Penting Aku Setia Sampai Syurga~

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


CERAMAH UMUM MALAM INI <b>DI JELEBU</b> <b>...</b> - WFauzdin Blogspot

Posted: 08 Jun 2012 12:13 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
JELEBU dikatakan terlalu kuat Umno nya sehinggakan kalau di Jelebu sesiapa yang sebut pasal Pembangkang, mereka akan dicop sebagai ejen penjajah sama seperti Jepun.  Dikatakan juga di Jelebu, masyarakat di sana terutamanya orang-orang Melayu di kampong, mereka amat fobia dengan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun, maka itu bagi mereka kalau Pembangkang memerintah maka terpaksalah orang-orang Melayu kembali makan ubi kayu.  Betulkah?
Jika di zaman 70-80an mungkin ada benarnya.  Saki baki yang masih berada di bawah tempurung masih wujud di Jelebu.  Justeru itu, amat bahaya bagi Umno untuk me`moden'kan Jelebu walaupun MP Jelebu ini tokoh lama di dalam Umno.  MP Jelebu, Rais Yatim adalah Menteri Komunikasi, sewajarnya Jelebu adalah Daerah yang paling canggih komunikasinya.  Malang sekali, Jelebu amat ketinggalan samada kemudahan internet mahu pun pengangkutan awam. 
Sebab apa?  Sebabnya kalau rakyat Jelebu di`moden'kan, maka akan lahirlah bijak pandai di Jelebu.  Jika sudah ramai bijak pandai di Jelebu yang tahu akses maklumat melalui internet misalnya, adakah masih ada peluang untuk pemimpin Umno untuk memperbodohkan mereka?  
Berkat kesungguhan pimpinan PR khususnya di Jelebu kini menampakkan hasil.  Jelebu tidak lagi menjadi kubu kuat Umno/Bn.  Tumpuan kini adalah di beberapa kampung Melayu yang agak ketinggalan dari segi maklumat semasa.  Justeru itu, PR kini giat menjalankan program penerangan dari semasa ke semasa.  
Malam ini (Sabtu - 09 Jun 2012), satu program Ceramah Umum akan diadakan di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.  Penceramah malam ini adalah YB Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP), YB Cha Kee Chin (Adun Kepayang), Us Zulkifli Omar (AJK PAS Pusat), Us Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu) dan saya sendiri.  
Kampung ini adalah kampung arwah nenek saya dan saya berasal di Kampung Jerang, Jelebu iaitu jiran kampung ini dan menetap di Simpang Durian ini juga.  Maka, saya berharap saya boleh membantu perjuangan pimpinan PR di Jelebu ini semampu saya.  Malam ini saya dijemput untuk berada di pentas ceramah.
Bagi anak-anak Jelebu dan anak jati kampung di sini, anda dijemput bersama kami untuk melakukan perubahan dan membantu masyarakat kampung kita agar mereka tidak ketinggalan seperti di banyak tempat yang telah mula melakukan perubahan.  Lakukan perubahan di Negeri Sembilan demi rakyat.  Ayuh, kita hadir beramai-ramai malam ini.  Jumpa di sana, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

AR RISALAH الــرســالـة: CERAMAH UMUM MALAM INI <b>DI JELEBU</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 04:21 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
JELEBU dikatakan terlalu kuat Umno nya sehinggakan kalau di Jelebu sesiapa yang sebut pasal Pembangkang, mereka akan dicop sebagai ejen penjajah sama seperti Jepun.  Dikatakan juga di Jelebu, masyarakat di sana terutamanya orang-orang Melayu di kampong, mereka amat fobia dengan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun, maka itu bagi mereka kalau Pembangkang memerintah maka terpaksalah orang-orang Melayu kembali makan ubi kayu.  Betulkah?
Jika di zaman 70-80an mungkin ada benarnya.  Saki baki yang masih berada di bawah tempurung masih wujud di Jelebu.  Justeru itu, amat bahaya bagi Umno untuk me`moden'kan Jelebu walaupun MP Jelebu ini tokoh lama di dalam Umno.  MP Jelebu, Rais Yatim adalah Menteri Komunikasi, sewajarnya Jelebu adalah Daerah yang paling canggih komunikasinya.  Malang sekali, Jelebu amat ketinggalan samada kemudahan internet mahu pun pengangkutan awam. 
Sebab apa?  Sebabnya kalau rakyat Jelebu di`moden'kan, maka akan lahirlah bijak pandai di Jelebu.  Jika sudah ramai bijak pandai di Jelebu yang tahu akses maklumat melalui internet misalnya, adakah masih ada peluang untuk pemimpin Umno untuk memperbodohkan mereka?  
Berkat kesungguhan pimpinan PR khususnya di Jelebu kini menampakkan hasil.  Jelebu tidak lagi menjadi kubu kuat Umno/Bn.  Tumpuan kini adalah di beberapa kampung Melayu yang agak ketinggalan dari segi maklumat semasa.  Justeru itu, PR kini giat menjalankan program penerangan dari semasa ke semasa.  
Malam ini (Sabtu - 09 Jun 2012), satu program Ceramah Umum akan diadakan di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.  Penceramah malam ini adalah YB Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP), YB Cha Kee Chin (Adun Kepayang), Us Zulkifli Omar (AJK PAS Pusat), Us Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu) dan saya sendiri.  
Kampung ini adalah kampung arwah nenek saya dan saya berasal di Kampung Jerang, Jelebu iaitu jiran kampung ini dan menetap di Simpang Durian ini juga.  Maka, saya berharap saya boleh membantu perjuangan pimpinan PR di Jelebu ini semampu saya.  Malam ini saya dijemput untuk berada di pentas ceramah.
Bagi anak-anak Jelebu dan anak jati kampung di sini, anda dijemput bersama kami untuk melakukan perubahan dan membantu masyarakat kampung kita agar mereka tidak ketinggalan seperti di banyak tempat yang telah mula melakukan perubahan.  Lakukan perubahan di Negeri Sembilan demi rakyat.  Ayuh, kita hadir beramai-ramai malam ini.  Jumpa di sana, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Petanda Besar BN Bakal Kalah <b>Di Negeri Sembilan</b> | Addin |

Posted: 12 Jun 2012 08:08 AM PDT

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13."Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. "Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.


"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. "Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata Mohd Fauzi Othman.

'Orang Isa tidak suka Mohamad'


Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. "Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. "Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13. 

ads