Jumaat, 15 Jun 2012

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


lovely: <b>Teluk Kemang</b> 8,9,10 Jun 2012

Posted: 11 Jun 2012 08:49 PM PDT

Salam semua...
aarrggghh... penatnya badan ni. walaupun penat tapi  hati manyak suka lor..
sebab dapat bercuti dengan family... (singa membawa keluarga bahagia.. T_________T )
walaupun percutian ni bukanlah sampai ke luar negara nun.. jauh di sana...
tp tetap seronok.. sebab dapat berkumpul dengan adik -beradik.. (apa yg penting kerja sama).
percutian ni mengambil masa selama 3 hari 2 mlm di TM Resort Teluk Kemang.
nak tahu aktiviti kami???  jom.. tengok kat bawah..
 ni masa malam pertama kami. acara BBQ di tepi pantai.
agak lama jugaklah nak hidupkan api kat arang tu..
sebab masa tu angin kuat sangat..dan hujan renyai-renyai..
 masa ni agak seram jugak bila ku dengar desiran ombak kat tepi pantai tu..
dah la gelap. bunyik ombak kuat pulak tu.. dahla sekarang ni.. tengah musim air pasang kan.. takut pulak aku..
 api yg segan-segan nak menyala.. hihi..
kata en. suami..dia tersalah beli arang katanya.. kata si Abg man pulak.. pasir ni.. basah ni...
hemm... entah ler labu.. teman pun tak tahu ler mane yg betul...
tapi yg teman tahu.. merokok itu.. membahayakan kesihatan.. macam gambar kat kotak rokok tu.tak caya.. cuba tengok kotak rokok tu..hehehehee.

oh yer.. walaupun.. api segan-segan nak hidup.. namun.. berkat kesabaran 4 jejaka tampan (uuweekk)
tu.. dapat jugak kami makan ayam, kambing, hot dog, dll yg di BBQ kan oleh mereka.hihi..
ayam ngan kambing tu sedap ler.. TQ nyah ngan abg...

Sarapan pagi kami pada hari ke-2.
di gerai Kak An Family Corner KM 12 Jln Pantai Telok Kemang.
gerai ni kalau korang nak tahu kat mana.. senang aja..
korang tengok ada tanah perkuburan islam kat sebelah kiri jalan.. dan gerai kak An ni kat sebelah kanan jln dia. 
ok ni dia tanah perkuburan yg aku cakap tadi..
kalau nak tahu lagi senag... korang tengok kat sebelah kedai Kak An ni ada..kedai makan  K DE' K korang nak tahu tak apa maksud K DE' K ni? maksud dia
( Kedai Depan Kubur). ni yg abang ipar aku cakap la.. aku tak tahu lah maksud sebenar dia apa..
kata abg ipar aku kedai ni.. memang tempat dia lepak masa zaman study dulu..ok ni antara menu yg kami oder masa sarapan pagi tu..
nasi lemak sambal udang..
perhhh... memang terbaik...
mak aku yg tak kuat makan pun boleh habis sepinggan nasi lemak ni..roti canai....
emm.. kuah dia cair sikit.. tp ok lah..
kak ita aku cakap.. nasi lemak ni.. terbaik...
memang pun.. sambal kerang dia  sedap sangat..Abang ipar aku yang mulut bising.. tapi best.. hihi.. so bro lepas ni kita gi pulau pulak yer!!!my Abang Man.. muka baru bangun tidur.. stay cool bro..
muka puas hati dapat buat BBQ malam tadi.. walaupun dalam hujan ribut ... hihii..masa nak balik tu aku tapau lagi kuih  keria tu. sedap giler kot kuih tu..
dalam dia penuh dengan isi ubi keledik.. tak macam yg selalu aku beli kat sini.. tepung je lebih..Alhamdulillah... sarapan pagi kami hari tu.. di sponser oleh my abg ipar (khai)..
Hidup YB!!!!!...hahhaha... muka YB terlupa pulak aku nak ambil..
tapi itu tak jadi masalah..
muka YB takda.. muka Pn Sri dan anak YB ada... hidup YB!!!balik dari sarapan.. kami semua terjun kolam...
yah.. debuusshh!!!!!..
fuh... memang best Resort TM ni..
kau bukak aja sliding door terus.. lari tekedek-kedek masuk dalam kolam..
ha... lantak pi lah  hangpa nak berendam 5-6 jam dalam tu..
untuk pengetahuan korang, resort ni memang  dekat sangat dengan tepi pantai..
nampak tak khemah yg banyak-banyak tu.. tu dah tepi pantai la tu..
agak-agak nak mandi air masin laut dulu.. korang bolehla.. lari-lari anak ke pantai tu..
lepastu bila dah agak-agak rasa nak mandi air tawar kolam pulak korang bolehla.. lari berganti-ganti pulak masuk ke kolam..
kalau petang-petang... perut rasa lapo bolehla keluar pagar tu.. dan pergi beli goreng pisang panas.. kat gerai tu..
ada satu petang tu.. aku tengah syok berendam dalam kolam.. sekali mak aku lalu... sambil bawak goreng pisng panas..
perhh... terbaiklah... aku siap makan goreng pisang panas lagi kat tepi kolam tu...
mak memang tau.. dia tau jer anak dia tengah kebulur... hihiii...ni masa pagi hari ke dua tu.. saja je aku bawak budak mata sepet ni.. jalan-jalan kat tepi pantai..
si nabilah belum bangun lagi masa ni.ombak kuat sangat masa ni.. seriyau..aku...kanak-kanak yg gumbira dapat souvenir dari mak long isteri YB adun batu muda.. hihiii..
tq mak long!!!.hidup mak long!!!


 kak gee dengan mak mertuanya...
tengok bonet kereta kak gee penuh weiii..
dah macam orang nak pindah rumah...
(cakap orang aku pun sama..)
YB Khai.. dari Kelana Jaya .. 
YB Azman..dari Batu Muda.
YB Syaiful dari Jinjang..
dan YB Fauzi dari Putrajaya.
seterusnya kami berangkat pulang...
setibanya tiba di batang benar kami singgah sekejap di kedai makan ni..
 Ayam Kampung Batang Bonar
terletak berhampiran dengan KTM Batang Benar.
emm...dia dekat-dekat dengan nilai..
aku pun tak tahulah nak ngabonyer macam mana..
kat sini ada jual ayam kampung salai, itik salai, keli salai, daging salai,
masak lomak cili padi pun ado...
tapi yg paling penting memang sedap..
 ni en hubby yg oder ayam kampung sebelah ok!!!
teringat-ingat sampai sekarang.. huhuu..
ikan ape ntah.. masak lomak cili padi.. + peria
 ulam dan sambal belacan.
lepas tu kita berangkat pula ke destinasi yg seterusnya..
sampai di nilai tiga.. shoping sikit..
lepastu semua balik ke rumah masing-masing...
maka tamatlah acara percutian ni..
hujung tahun.. kita bercuti lagi kalau ada duit ok... hihii..
dengar cerita ke belah utara pulak kata nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads