Ahad, 9 Jun 2013

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


DUN <b>Sikamat</b> : Tolak PR dan terjemahkan dengan mengundi BN <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 12:02 AM PDT

LEO_4745

Sikamat, 30 Apr - Dato' Hj Mohamad Hj Hasan dalam lawatanya  ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Sikamat dan Penyerahan Bantuan JKM menasihati pengundi  supaya berhati-hati  dan tidak terpengaruh dengan pembangkang.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar yang hadir bagi membantu dan melengkapkan kempen di kawasan DUN Sikamat turut menyeru pengundi di sini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dato' Seri Mohd Najib perlu diberi peluang oleh rakyat dengan cara menterjemahkannya melalui undi.

Sementara Wan Salwati Hj Abdullah, calon BN DUN N13 Sikamat merayu kepada pengundi agar memberi peluang untuknya berbakti dengan masyarakat.

Dengan membawa motto 'dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat', beliau tidak kisah bekerja umpama 'kuli' asalkan rakyat di kawasan ini dapat dibantu dan disejahterakan.

Dato' Dr' Yeow Chai Thiam pula menyeru agar semangat perpaduan yang telah dipupuk sejak lama, walaupun berbangsa Cina, namun beliau mewakili parti BN.

Katanya, jika tidak suka padanya dan kagum dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib, maka berilah undi kepada BN nanti. Jika menang parlimen Seremban maka, rakyat turut memberi mandat sekali lagi kepada PM untuk meneruskan usaha transformasinya.

Pengundi yang mahu dikenali sebagai along pula bersetuju dengan saranan Menteri Besar supaya  jari telunjuk tangan kiri di jaga sebelum PRU dan jangan tertipu dengan pembangkang  kerana dipercayai mereka  akan menggunakan helah memujuk untuk mencalit jari lebih awal adalah betul.

Tambahnya lagi, selama  5 tahun DUN Sikamat di bawah ADUN PKR langsung tidak membawa hasrat rakyat.

Gambar berpeluk tubuh dalam  poster poster mereke seolah olah calon pembangkang menunjukkan bahawa mereka tidak berhasrat membantu rakyat malah seolah-olah mahu menjadi bos rakyat.

Turut hadir, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


DUN <b>Sikamat</b> : Tolak PR dan terjemahkan dengan mengundi BN <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 12:02 AM PDT

LEO_4745

Sikamat, 30 Apr - Dato' Hj Mohamad Hj Hasan dalam lawatanya  ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Sikamat dan Penyerahan Bantuan JKM menasihati pengundi  supaya berhati-hati  dan tidak terpengaruh dengan pembangkang.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar yang hadir bagi membantu dan melengkapkan kempen di kawasan DUN Sikamat turut menyeru pengundi di sini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dato' Seri Mohd Najib perlu diberi peluang oleh rakyat dengan cara menterjemahkannya melalui undi.

Sementara Wan Salwati Hj Abdullah, calon BN DUN N13 Sikamat merayu kepada pengundi agar memberi peluang untuknya berbakti dengan masyarakat.

Dengan membawa motto 'dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat', beliau tidak kisah bekerja umpama 'kuli' asalkan rakyat di kawasan ini dapat dibantu dan disejahterakan.

Dato' Dr' Yeow Chai Thiam pula menyeru agar semangat perpaduan yang telah dipupuk sejak lama, walaupun berbangsa Cina, namun beliau mewakili parti BN.

Katanya, jika tidak suka padanya dan kagum dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib, maka berilah undi kepada BN nanti. Jika menang parlimen Seremban maka, rakyat turut memberi mandat sekali lagi kepada PM untuk meneruskan usaha transformasinya.

Pengundi yang mahu dikenali sebagai along pula bersetuju dengan saranan Menteri Besar supaya  jari telunjuk tangan kiri di jaga sebelum PRU dan jangan tertipu dengan pembangkang  kerana dipercayai mereka  akan menggunakan helah memujuk untuk mencalit jari lebih awal adalah betul.

Tambahnya lagi, selama  5 tahun DUN Sikamat di bawah ADUN PKR langsung tidak membawa hasrat rakyat.

Gambar berpeluk tubuh dalam  poster poster mereke seolah olah calon pembangkang menunjukkan bahawa mereka tidak berhasrat membantu rakyat malah seolah-olah mahu menjadi bos rakyat.

Turut hadir, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


PANAS! Mengapa Isa Samad Diletak Lawan Aishah <b>Di Jempol</b>?

Posted: 16 Apr 2013 06:32 AM PDT


Satu-satunya kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) selain dari gugurnya Rais Yatim di parlimen Jelebu adalah, nama pengerusi Felda pun turut tersenarai.

Nama Isa Samad langsung tidak tercapai dek akal kita yang waras kerana BEKAS penyandang kerusi DUN Bagan Pinang ini bukannya asing lagi dalam politik negara.

Selain pernah menjadi menteri besar, Isa juga pernah dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan setelah ditendang dari kerusi DUN pada 1995 semasa zaman BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad berkuasa dahulu.

Tetapi nama Isa mula tercalar apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang (baca: rasuah) dalam perebutan jawatan Naib Presiden parti reput itu.

Sejak itu namanya mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Tetapi yang menjadi persoalan utama, tidak adakah pemimpin Umno tempatan yang 'bersih' dan cukup dihormati pengundi tempatan mewakili Umno menentang calon Pakatan Rakyat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin?

Alsaan Isa kononnya peneroka Felda yang berada di kawasan parlimen itu akan mengundinya bagi menjamin kemenangan BN rupanya penuh dengan tipu muslihat.

Walaupun Jempol agak tidak asing dengan nama Isa, mengapa setelah nama BEKAS penyandang, Lilah Yassin diturunkan di DUN, timbalannya Mohd Salim Mohd Shariff tidak diangkat menggantikannya?

Sudahlah Lilah 'diturun pangkat', nasib ahli jawatankuasa Umno bahagian juga semakin tidak pasti setelah nama Isa diletak sebagai calon mereka yang memang diketahui penuh dengan skandal rasuah dan krisis wabak Japanese Enciphilitis (JE) di Bukit Pelanduk dulu.

Krisis perebutan kuasa dalam Umno bahagian pasti akan lebih sengit dengan hadirnya Isa di bahagian itu kerana bukan setakat membawa nama tetapi juga saham Felda dan wang di tangannya.

Pada hemat saya, perlantikan Isa sebenarnya kebih kepada satu penghinaan terhadap pengundi Jempol daripada penghormatan kerana rekod kesalahannya sudah terbukti buruk selain ia juga ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya.

Ia mirip apa yang terjadi kepada kerusi parlimen Shah Alam apabila Zulkifli Noordin diangkat menjadi calon BN walaupun ramai lagi tokoh Umno setempat yang boleh diketengahkan untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad.

Umum sudah mengetahui kisah yang terjadi ke atas Najib Altantuya di Port Dickson apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) menyerbu sebuah bilik mewah di sebuah hotel terkenal di pantai peranginan itu ketika Isa menjadi menteri besar pada 1993.

Perlantikannya menjadi calon DUN Bagan Pinang dan menang menguatkan lagi khabar bahawa Najib Altantuya memang 'terhutang budi' kepada Isa dan namanya terus dinaikkan menjadi pengerusi Felda setelah Yusof Noor berundur.

Dan hari ini, 'hutang budi' Najib Altantuya dibalas satu persatu mengharapakan agar Isa tidak akan mengugutnya lagi selepas ini.

Pun begitu, perlantikannya juga dikatakan untuk menghalang populariti Aishah yang sudah mula mendapat tempat di hati pengundi selain pengundi wanita juga menghormatinya sebagai seorang ilmuwan semasa Aishah berjaya menggengam ijazah sains politik dari universiti di New Zealand dulu.

Isa ditugaskan di parlimen untuk menyekat kemaraan Aishah selain menyelamatkan kedudukan BEKAS menteri besar, Mohamad Hasan yang dicalonkan di DUN Rantau tanpa digugat lagi.

Persoalannya, bolehkah Isa ditahan dari terus 'naik' hingga kembali dilantik menjadi menteri semula?

Apakah pengundi Jempol mula 'tersilau' dengan nama Aishah atau dihina dengan hadirnya perasuah tegar seperti Isa di kawasan mereka?

JALAN PULANG

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2013 11:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 11:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 11:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2013 11:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nota pendek: Kebun orang cina <b>di Mantin</b>

Posted: 04 Jan 2013 12:20 AM PST


Baru-baru ini, iaitu sekitar bulan November 2012, ketika memandu di sebuah kampong di pedalaman Mantin, Negeri Sembilan, saya melihat beberapa kebun dan dusun buah-buahan yang cantik dan subur. Cantik kerana rumput dan daun-daun kering dibersihkan. Subur kerana daun-daunnya tidak kuning bahkan hijau dan berbuah.
Hati saya syak ini semua bukan milik orang Melayu kerana kebun dan dusun mereka biasanya semak. Jadi semak kerana mereka tidak tahu bahawa kebun boleh menjana duit. Mereka juga tiada kudrat mengerjakannya kerana orang-orang muda mereka lebih minat kerja sebagai guru di sekolah dan production operator di kilang. Tidak salah kerja makan gaji, tetapi kebun hendaklah diurus sehingga ia mampu menjana hasil yang lumayan.
Rasa hati saya itu tepat apabila disahkan oleh penduduk kampong berkenaan dan kampong bersebelahan. Kebun-kebun tersebut asalnya milik orang Melayu, tetapi telah berpindah tangan akibat pinjaman duit yang tidak terbayar. Sebahagiannya, pada mulanya dipajak berpuluh-puluh tahun, tetapi terpajak terus menerus!
Orang-orang cina menanam durian, nangka dan buah naga. Maka kelihatan mereka menjual hasil tanaman itu di tepi jalan di Mantin. Bahkan Mantin menjadi pengeluar nangka madu terbesar di negara ini.

SK KAMPONG DACHING LENGGENG: Amukan <b>di</b> Padang SK <b>Mantin</b>

Posted: 03 Feb 2013 02:03 PM PST

Mantin, 2 Feb : Pasukan bola sepak SK Kg Daching mencatat keputusan di luar dugaan pada pagi sabtu dengan kemenangan bergaya. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung lebih awal telah tertangguh telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Pasukan SKKD dilihat mendominasi permainan dengan beberapa percubaan yang tersasar dan berjaya dibaca penjaga gol SK Mantin. Namun kelekaan pertahanan SKKD akhirnya dihukum melalui satu serangan balas SK Mantin untuk lawan menjaringkan gol pertama melalui serangan pertama mereka. Ketua pasukan SKKD Azim, menyemarakan semula saingan dengan menjaringkan gol penyamaan 5 minit selepas gol awal lawan itu. Separuh masa tamat SKKD 1 - 1 SK Mantin. Aksi di separuh masa ke 2 diteruskan lagi dengan SKKD yang mendapat suntikan semangat dari jurulatih En Arifin b. Hj Ismail mula mengorak langkah melancarkan serangan ke dalam kotak penalti SK Mantin. Haziq Aiman membuktikan beliau masih penyerang utama SKDD melalui jaringan cantik hasil kelam kabut di hadapan gol lawan. Giliran Aiman Ghazali menambah derita SK Mantin pada minit ker 40 untuk gol ketiga. Haziq Aiman menambah hatrik pada minit ke 45 dan 48 untuk SKKD di depan dengan 5 - 1. SKKD terus bernafsu memburu jaringan melalui pemain tengah Fairuz menambah gol ke enam dan pemian gantian yang merupakan pemain bawah 10 tahun Daching 9 FC, Ariff menamatkan pesta gol SKKD dengan jaringan ke 7. Keputusan penuh SK Kg Daching 7 - 1 SK Mantin. Ketika diminta mengulas tentang perlawanan persahabatan pada hari ini, Cikgu Firdaus menyatakan beliau berpuas hati dengan peningkatan permainan beberapa pemain dan beliau juga mengingatkan bahawa ini baru permulaan dan sasaran sebenar adalah kejohanan MSSD Seremban 1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Melaporkan @Cikgu Duan Nadi Sukan Daching 901

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2013 11:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2013 11:52 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

gambar kereta ferrari terbakar <b>di mantin</b>, negeri sembilan

Posted: 17 Mar 2012 04:47 AM PDT

Perghh…..apa la perasaan tuan empunya Ferrari nie yea. Sebak, hiba, sayu, patah hati? Kalau hondacup cabuk sendiri terbakar pun dah nak nangis nie kan pula kereta yang bernilai jutaan ringgit. Begini lah nasib sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin dekat Seremban, petang tadi.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Apa yang abgteror leh nasihatkan agar tuan kereta banyak-banyak bersabar yea. Kalau kebakaran berpunca dari kesilapan elektronik comfirm dapat claim balik sebijik Ferrari tu.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
GAMBAR KERETA FERRARI TERBAKAR DI MANTIN, NEGERI SEMBILAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating

3 Maut Kemalangan <b>di Mantin</b> – Branang

Posted: 24 Jan 2012 06:15 PM PST

Miliki MyQalam hari ini juga

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Satu kemalangan maut melibatkan dua buah kereta berlaku di lebuhraya Mantin – Branang. Kemalangan ini mengakibatkan 3 maut kerana mengalami kecedaraan parah di badan dan kepala. 

Pasti mereka pulang menyambut tahun baru cina bersama keluarga. Paling sedih, 2 daripada  mangsa yang maut adalah warga emas, Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57. Kereta Toyota Vios yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta proton saga dari arah bertentangan. Pemandu Saga, Tee Chan Hen, 23 yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor turut maut selepas tersepit di celah-celah kenderaan.

Bagaimanapun pemandu Toyata Vios,anak kepada Lim dan Chong 30 dan isteri 40 serta seorang anak saudara perempuan berusia 3 tahun dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'affar (HTJ).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.

Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada.

"Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.

Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Saga yang dipandu oleh Tee Chan Hen hilang kawalan dan mula memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.

Sehingga hari ini siasatan terus dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan ini.

** 3 Maut Kemalangan di Mantin – Branang semalam.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Ahli PAS dan UMNO <b>di Rembau</b> tunjuk jalan <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 04:28 PM PDT

Rembau 15 Mei 2013 – Satu berita yang agak mengejutkan semasa perjumpaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau malam tadi. Seorang Ketua UPU di sebuah kampung di DUN Kota mengatakan kampung mereka tengah panas sekarang ini. Semua yang hadir terkejut, ingatkan apa yang panas, ada ugutan terhadap ahli PAS ke dan sebagainya.
Diberitahu kampung mereka sedang panas kerana masjid kariah di tempat mereka Imam 1 yang ahli UMNO, Bilal pun ahli UMNO malahan semua AJK yang ahli UMNO ingin meletakkan jawatan. Mereka ingin melantik Imam, Bilal dan AJK dari ahli PAS. Apa puncanya kenapa Imam, Bilal dan AJK bertindak demikian tidaklah ditanya lebih lanjut.
Apa yang diketahui ahli PAS dan pemuda PAS di kampung tersebut telah lama memakmurkan masjid di kampung tersebut dengan solat jemaah walaupun mereka tahu Imam, Bilal dan AJK masjid tersebut adalah ahli UMNO, kerana pada mereka solat jemaah di masjid dan memakmurkan masjid Allah adalah merupakan tanggungjawab seorang Islam tidak kira apa parti mereka.
Diharapkan semua ahli PAS, terutamanya para pemuda PAS di Negeri Sembilan sentiasa mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri kuliah ilmu hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Kepada bekas Timbalan Presiden yang berasal dari DUN Kota, Rembau yang sentiasa menghebohkan mengenai perpaduan PAS dan UMNO dan juga ahli ISMA dengan slogan ISMA iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" belajar-belajar dari ahli PAS dan UMNO dari DUN Kota ini yang tidak tinggi ilmu agama mereka , tidak banyak berseminar dan beretorik, tetapi faham apa maksud sebenar perpaduan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Perpaduan PAS dan UMNO bermula dengan solat jemaah, bermula di masjid, bermula dalam kuliah ilmu, bukannya bermula di Utusan Malaysia dan TV3.
Masjid kariah mana di DUN Kota yang berlaku berita mengejut ini? Kita ada 24 masjid kariah di DUN Kota, bolehlah SB, pemimpin UMNO turun dari masjid ke masjid selepas ini, bukan untuk menyiasat, tapi untuk memakmurkan masjid-masjid di DUN Kota ini., terutama Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk" (Q.S. Ali Imron ayat 103)
-surah al-Imran ayat 54; ALLAH berfirman dalam al-Quran "Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang"

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


aunieZ: Team building <b>di Port Dickson</b>

Posted: 17 May 2013 08:24 PM PDT

First time berteam building bersama team Database! Team building kali ni diadakan di Teluk Kemang Port Dickson. Kat company ni, team building tu bukan aktiviti yang serius sangat macam team building yang biasa buat tu, team building kitorang biasanya aktiviti untuk merapatkan silaturahim antara colleagues dan merehatkan minda selepas penat bekerja.
Dalam pukul 8am kami bergerak ke Port Dickson melalui highway PLUS, kemudian exit Port Dickson dan ikut je signboard Port Dickson. Kemudian kami belok ke kiri untuk ke Teluk Kemang dalam 2km selepas tol. Dalam pukul 9am dah sampai di Teluk Kemang. Cari port, kami letak barang2 di satu pondok. Aktiviti pertama adalah breakfast ! Breakfast kuey teow dan telur mata ditaja oleh kak Siti. Terima kasih kak Siti! Pagi tu juga, aku rajin gila bangun pukul 5am nak masak jemput2 udang. Sedap juga rasanya sebab Kak Siti puji sedap :p tapi bagi aku, still tak jadi macam mak punya L
Kemudian , aktiviti diteruskan dengan sukaneka. First game , main isi air dalam botol. Patutnya semua aktiviti buat tepi pantai, kat pasir. Tapi disebabkan air pasang, pasir pun tinggal secoet je jadi kami buat kat dataran. Aktiviti isi air dalam botol, team leader tunggu kat atas dataran, team member pergi amik air dekat pantai. Second game : guessing game atau ditukar nama 'my face your answer'. Game yang ketiga : passing balloon ke belakang, game keempat : seret tutup botol guna kaki dan game kelima : perang belon air! Haha yang perang belon air tu, pasukan yang menang baling ke pasukan yang kalah.
Selalunya la kalau main sukaneka ni, team yang menang adalah team yang banyak cheating. Team yang kalah main terlalu jujur. Yang bestnya , team yang menang dapat hamper sumbangan manager. Woot woot!
Lepas habis semua game, dah tak tahu nak buat apa..so ada yang ajak main banana boat. Yehh da lama mengidamkan untuk menaiki bot pisang ini. Apa lagi, terus daku tak melepaskan peluang. Minimum orang boleh naik banana boat + boat bawa jalan2 adalah 7 orang. Banana boat tu maksimum naik 7 orang. Nak naik kena bayar RM20 sorang. Masa naik tu, aku tak tahu pun yang kitorang akan diterbalikkan tapi semua dah pakai life jacket la. Masa first time diterbalikkan, buat penumpang tu pusing 90 darjah dan slow dan kemudian kitorang diterbalikkan. Aku still pegang banana boat tu tapi tetap terjatuh juga haha. Dan sebab tak sedia, tertelan air laut yang masin tu.
Kali kedua, dah aware da time dia nak terbalikkan. Tips naik banana boat : masa dia nak terbalikkan, jangan pegang banana boat tu kalau tak kau akan tercampak paling hujung. Sebab kawan aku tercampak paling hujung. Aku ingat aku yang paling jauh tercampak haha. Yang naik banana boat tu, half of us tak reti berenang.
Kali ketiga dicampakkan pun dalam keadaan tak sedia. Kat tengah laut! Aku ingat kan dia akan campak kat tepi2 laut, tempat yang kita boleh jejak kaki. Ada sorang tu, dia tak sedia pun kena campak, dia cuak sangat kena campak tengah laut. Kasihan dia. Dan jangan panic bila dalam air. Bila kau panic, nanti lagi bahaya.
Makanan tengahari pula adalah KFC dan mihun goreng yang ditempah oleh aku. Nasib baik semua orang kata sedap. Dalam pukul 1pm kami pun pulang.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 03:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jan 2013 03:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PRU13N9: Lagi masalah rakyat selesai <b>di Serting</b>..

Posted: 14 Oct 2012 03:53 AM PDT

Mohamad Sulaiman (tiga dari kanan) berbual-bual dengan Mohamed Yahya (tiga dari kiri) dan jiran-jiran Mohamed ketika melawat keadaan jalan yang telah dibaiki di hadapan rumah warga emas itu di Felda Serting Hilir Kompleks, baru-baru ini.
Seorang penduduk Felda Serting Hilir Kompleks dekat sini gembira apabila masalah jalan masuk ke rumahnya yang dihadapi sejak lapan tahun lalu selesai baru-baru ini.
Laluan sejauh 150 meter dari jalan utama yang dahulunya adalah tanah merah telah diganti dengan jalan batu jenis kasaran.
Mohamed Yahya, 68, berkata, sebelum ini dia terpaksa mengharungi lumpur ketika hujan dan debu ketika panas untuk masuk ke kawasan rumahnya.
Katanya, masalah sejak sekian lama itu selesai dalam masa dua minggu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Samsulkahar Mohd. Deli menziarahinya baru-baru ini.
"Datuk Samsulkahar amat terkejut apabila melihat keadaan di sini. Jadi beliau segera membawa masalah itu kepada Pejabat Daerah Jempol yang mengambil tindakan dalam tempoh dua minggu.
"Saya amat bersyukur dan lega kerana dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Zon Dua Felda Serting Hilir 1, Mohamad Sulaiman yang mewakili Samsulkahar memberitahu, laluan tanah merah itu telah diletakkan batu kasaran.
"Laluan yang dibaiki adalah sepanjang 150 meter iaitu dari laluan utama ke rumah Mohamed. Ia melibatkan kos sebanyak RM4,500.
"Selepas ini kita akan cari tempat-tempat lain yang menghadapi masalah jalan seperti ini. Kita mahu mereka menjalani kehidupan dengan selesa," jelasnya.
Sumber : Utusan Malaysia (Wilayah Selatan)
Apa lagi pakatan pembangkang nak cakap kerajaan negeri tidak membela rakyat?? Berpuluh kali wakil rakyat mengatakan agar memberitahu apa sahaja masalah yang melanda. Bantuan kilat akan segera tiba.
Tidak timbul soal wakil rakyat Barisan Nasional meminggirkan rakyat. Gejala yang di bawa oleh pakatan pembangkang melaga-lagakan dan mengelirukan pandangan rakyat kepada kerajaan negeri ternyata satu sifat yang menganiaya rakyat.
Terima kasih ADUN Serting yang menyegerakan tindakan membantu rakyat. Semoga dengan khidmat dan bantuan tersebut memberi pulangan berganda pada pilihanraya umum ke-13 yang hampir pasti tiba.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2013 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lawatan panik Najib ke Felda <b>Serting</b>, Raja Alias malam ini | Free <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2010 02:44 AM PDT

Najib Razak Oleh Zefry Dahalan

BANDAR BARU SERTING: Perdana Menteri Najib Tun Razak seolah-olah mempunyai sesuatu misi – beliau akan melawat para peneroka di Felda Serting dan Felda Raja Alias malam ini dan menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bandar ini.

Menurut Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh, lawatan beliau nampak panik untuk meredakan kemarahan di kalangan peneroka yang memfailkan saman terhadap pengurusan Felda pada 9 Ogos lalu.

"Saya mendapat tahu daripada para peneroka bahawa Najib akan menyerahkan sekeping cek contoh kepada wakil mereka sebagai bonus Hari Raya.  Sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai masa untuk mendengar rintihan para peneroka.  Secara tiba-tiba beliau menunjukkan sikap seolah-olah mengambil berat tentang nasib mereka.

"Tapi kami, para peneroka Felda, bukannya bodoh untuk terperangkap dengan lakonan seperti ini.  Kami tidak akan menarik balik saman tersebut," tambah Karip, yang mengetuai 766 peneroka memfailkan saman itu.

Beliau mewakili para peneroka dari Felda Serting Hilir Kompleks 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 dari Air Hitam, Jempol dan juga dari Felda Raja Alias 1, 2, 3 dan 4 dari Serting, Jempol.

Karip berkata beliau menjangka Najib akan meluahkan kata-kata manis dalam ucapannya untuk memujuk para peneroka tetapi menambah, beliau tidak akan berjaya terutama dengan berita terbaru dari Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengarah Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka dari Felda Kemahang 3 di Kelantan.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Kempen benci Melayu DAP tersebar <b>di Negeri Sembilan</b> | The <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 08:30 AM PDT

PRU-13: Siew Fook hina Perdana Menteri

SEREMBAN 25 April - Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak di hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai dengan mengeluarkan perkataan biadap, "dia (Najib) ingat, Malaysia ini bapak dia punya".

Dengan tidak ada lagi hormat kepada pemimpin negara itu, Siew Fook benar-benar melepaskan dendam kesumatnya kepada Najib dengan membuat perbandingan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Najib.

"Antara dua pilihan siapa yang kita mahu sebagai perdana menteri? Najib orang senang, dia punya bapa Perdana Menteri sekarang dia Perdana Penteri. Dia ingat ini Malaysia bapak dia bagi punya?.

"Kita mahu beritahu betul bapa dia bekas Perdana Menteri tapi bukan bapak dia punya. Ini 28 juta rakyat di Malaysia, milik rakyat, bukan bapak dia punya,'' katanya.

Malah tanpa ada selindung lagi, Siew Fook menghina pula, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat sebagai `lembu' kerana terlibat dalam skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) biarpun kes berkenaan telah diselesaikan.

"Kalau kita pilih BN mereka akan berkuasa siapa pemimpin dalam BN... Ini betul lembu ini (Shahrizat). Ini menteri lembu mahu sapu semua.

"Ooo...dia sapu itu duit lembu dengan suami dia punya, syarikat sudah kena saman dan kena tuduh di mahkamah lagi mahu marah orang,'' katanya.

Ucapan kurang ajar pemimpin DAP negeri ini yang berhasrat menawan Negeri Sembilan dan berbangga dengan sokongan kaum Cina dalam kempennya itu menghina pula Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai `katak celaka' kerana bersifat rasis dan perkauman tetapi disokong oleh Barisan Nasional.

"Ini saya mahu cakap sikit, ini celaka Ibrahim `katak'. Ini macam punya orang sifat perkauman, tetapi dia ini disokong oleh Barisan Nasional kita mesti menolak orang seperti ini,'' ujar Siew Fook.

Ini bukan kali pertama Siew Fook menghina pemimpin BN dan perbuatan beliau malam tadi adalah kemuncak sikap kurang ajarnya.

Dalam ucapan yang sama itu juga, Siew Fook telah menggambarkan dirinya sebagai `hero' kerana membuat keputusan bertanding di kerusi Parlimen Seremban pda Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam bertindak melarikan diri ke Parlimen Rasah.

Dengan ego, Siew Fook berkata, keputusannya untuk bertanding di Parlimen Seremban itu adalah untuk meneruskan cengkaman DAP di situ, sekali gus menjadikan ia simpanan tetap pakatan pembangkang ke Putrajaya selepas PRU-13. - Utusan Malaysia

P/S Nak kritik PM atau sesiapa adalah hak demokrasi. Tapi ada caranya. Tak perlu cara kasar dan biadap melainkan untuk mencetuskan rasa benci dan bukan cuba meyakinkan pengundi Cina cara rasional. 

Nampaknya bukan saja di Johor, tapi merebak satu negara. Inilah yang berlaku sebelum Mei 13 1969. Nanti bila dia menang besar, lagi mereka tunjuk lagak besar kepala 

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Lembu Fidlot <b>Gemas</b>, Malaysia (Feedlot) RM250 Juta | Berita Semasa

Posted: 13 Oct 2011 04:55 PM PDT

Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan "mereka-mereka" yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan "pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan" sehingga begitu mudah :

  • Mendapat anugerah projek-projek mega diberikan secara terus kepada mereka
  • Atas nama kuasa & pengaruh juga, mampu beli berjuta unit saham. Ehem…
  • Rakyat kebanyakan punyalah ramai yang bercita-cita tinggi hendak jadi usahawan bagi memulakan perniagaan, tetapi bantuan perniagaan termasuklah bantuan kewangan punyalah sukar untuk dipertimbangkan. Tetapi……
Tetapi….ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat. (sumber : Malaysiakini)

Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun. Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :
  • Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
  • Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
  • Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
  • Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
  • Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
  • Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
  • Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Jikalau anda perhatikan gambar di atas, pastikan anda akan mengesan siapakah menteri yang dimaksudkan ini. Ya…..gambar di atas merupakan anak kepada menteri tersebut. Kalau sebelum ini, Malaysia amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India. Sehinggalah projek fidlot peringkat nasional/kebangsaan yang berimpak tinggi ini adalah sebahagian daripada yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 telah diperkenalkan :
  • Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu (fidlot) secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas.
  • Projek usahasama di antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibina di Gemas
  • Di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di keluasan tanah 2000 hektar
  •  Menjadi pembekal daging lembu segar dalam negara serta mampu menjadi pengeksport utama daging segar
Kalau anda teragak nak makan "daging' yang sedap dan lembut"; boleh pergi ke Solaris – Restoran Meatworks di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Ia turut dimilki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Di bawah ini merupakan sebahagian gambar atas lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin ke Pusat Fidlot Nasional Gemas. (Gambar : N9kini.com)

Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut sebentar tadi?

Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat "manfaatnya". Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?


ads