Ahad, 9 Jun 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


aunieZ: Team building <b>di Port Dickson</b>

Posted: 17 May 2013 08:24 PM PDT

First time berteam building bersama team Database! Team building kali ni diadakan di Teluk Kemang Port Dickson. Kat company ni, team building tu bukan aktiviti yang serius sangat macam team building yang biasa buat tu, team building kitorang biasanya aktiviti untuk merapatkan silaturahim antara colleagues dan merehatkan minda selepas penat bekerja.
Dalam pukul 8am kami bergerak ke Port Dickson melalui highway PLUS, kemudian exit Port Dickson dan ikut je signboard Port Dickson. Kemudian kami belok ke kiri untuk ke Teluk Kemang dalam 2km selepas tol. Dalam pukul 9am dah sampai di Teluk Kemang. Cari port, kami letak barang2 di satu pondok. Aktiviti pertama adalah breakfast ! Breakfast kuey teow dan telur mata ditaja oleh kak Siti. Terima kasih kak Siti! Pagi tu juga, aku rajin gila bangun pukul 5am nak masak jemput2 udang. Sedap juga rasanya sebab Kak Siti puji sedap :p tapi bagi aku, still tak jadi macam mak punya L
Kemudian , aktiviti diteruskan dengan sukaneka. First game , main isi air dalam botol. Patutnya semua aktiviti buat tepi pantai, kat pasir. Tapi disebabkan air pasang, pasir pun tinggal secoet je jadi kami buat kat dataran. Aktiviti isi air dalam botol, team leader tunggu kat atas dataran, team member pergi amik air dekat pantai. Second game : guessing game atau ditukar nama 'my face your answer'. Game yang ketiga : passing balloon ke belakang, game keempat : seret tutup botol guna kaki dan game kelima : perang belon air! Haha yang perang belon air tu, pasukan yang menang baling ke pasukan yang kalah.
Selalunya la kalau main sukaneka ni, team yang menang adalah team yang banyak cheating. Team yang kalah main terlalu jujur. Yang bestnya , team yang menang dapat hamper sumbangan manager. Woot woot!
Lepas habis semua game, dah tak tahu nak buat apa..so ada yang ajak main banana boat. Yehh da lama mengidamkan untuk menaiki bot pisang ini. Apa lagi, terus daku tak melepaskan peluang. Minimum orang boleh naik banana boat + boat bawa jalan2 adalah 7 orang. Banana boat tu maksimum naik 7 orang. Nak naik kena bayar RM20 sorang. Masa naik tu, aku tak tahu pun yang kitorang akan diterbalikkan tapi semua dah pakai life jacket la. Masa first time diterbalikkan, buat penumpang tu pusing 90 darjah dan slow dan kemudian kitorang diterbalikkan. Aku still pegang banana boat tu tapi tetap terjatuh juga haha. Dan sebab tak sedia, tertelan air laut yang masin tu.
Kali kedua, dah aware da time dia nak terbalikkan. Tips naik banana boat : masa dia nak terbalikkan, jangan pegang banana boat tu kalau tak kau akan tercampak paling hujung. Sebab kawan aku tercampak paling hujung. Aku ingat aku yang paling jauh tercampak haha. Yang naik banana boat tu, half of us tak reti berenang.
Kali ketiga dicampakkan pun dalam keadaan tak sedia. Kat tengah laut! Aku ingat kan dia akan campak kat tepi2 laut, tempat yang kita boleh jejak kaki. Ada sorang tu, dia tak sedia pun kena campak, dia cuak sangat kena campak tengah laut. Kasihan dia. Dan jangan panic bila dalam air. Bila kau panic, nanti lagi bahaya.
Makanan tengahari pula adalah KFC dan mihun goreng yang ditempah oleh aku. Nasib baik semua orang kata sedap. Dalam pukul 1pm kami pun pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads