05 di senawang - Google Blog Search |
DUN <b>Sikamat</b> : Tolak PR dan terjemahkan dengan mengundi BN <b>...</b> Posted: 30 Apr 2013 12:02 AM PDT Sikamat, 30 Apr - Dato' Hj Mohamad Hj Hasan dalam lawatanya ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Sikamat dan Penyerahan Bantuan JKM menasihati pengundi supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pembangkang. Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar yang hadir bagi membantu dan melengkapkan kempen di kawasan DUN Sikamat turut menyeru pengundi di sini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Dato' Seri Mohd Najib perlu diberi peluang oleh rakyat dengan cara menterjemahkannya melalui undi. Sementara Wan Salwati Hj Abdullah, calon BN DUN N13 Sikamat merayu kepada pengundi agar memberi peluang untuknya berbakti dengan masyarakat. Dengan membawa motto 'dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat', beliau tidak kisah bekerja umpama 'kuli' asalkan rakyat di kawasan ini dapat dibantu dan disejahterakan. Dato' Dr' Yeow Chai Thiam pula menyeru agar semangat perpaduan yang telah dipupuk sejak lama, walaupun berbangsa Cina, namun beliau mewakili parti BN. Katanya, jika tidak suka padanya dan kagum dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib, maka berilah undi kepada BN nanti. Jika menang parlimen Seremban maka, rakyat turut memberi mandat sekali lagi kepada PM untuk meneruskan usaha transformasinya. Pengundi yang mahu dikenali sebagai along pula bersetuju dengan saranan Menteri Besar supaya jari telunjuk tangan kiri di jaga sebelum PRU dan jangan tertipu dengan pembangkang kerana dipercayai mereka akan menggunakan helah memujuk untuk mencalit jari lebih awal adalah betul. Tambahnya lagi, selama 5 tahun DUN Sikamat di bawah ADUN PKR langsung tidak membawa hasrat rakyat. Gambar berpeluk tubuh dalam poster poster mereke seolah olah calon pembangkang menunjukkan bahawa mereka tidak berhasrat membantu rakyat malah seolah-olah mahu menjadi bos rakyat. Turut hadir, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin. |
You are subscribed to email updates from di sikamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan