Khamis, 1 November 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Digelar 'Nyonya kutip kotak' | n9kini.net

Posted: 29 Oct 2012 06:21 PM PDT

SEREMBAN – "Saya tiada wang. Saya lebih sanggup bergelap dan berpanas di rumah kerana mahu berjimat," kata Lee Nyiek Kiaw, 76, yang hidup serba kekurangan selepas mengambil keputusan tinggal sendirian kerana tidak mahu menyusahkan anaknya.

Malah, ketika kunjungan Sinar Harian ke rumahnya di Mambau, dekat sini bersama Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Masyarakat Negeri Sembilan (PKKMNS), Nyiek Kiaw memberitahu, itu kali pertama kipas di rumahnya dibuka sejak empat tahun menetap di situ.

Menurutnya, bagi menampung kehidupannya dia akan mencari dan mengutip barang terpakai yang boleh dijual untuk mendapatkan wang.

"Saya akan keluar rumah seawal jam 4 pagi bagi mencari barang terpakai seperti kotak, tin dan botol di sekitar kawasan perumahan saya.

"Biasanya jam 7 pagi saya akan pulang ke rumah untuk bersarapan dan dua jam kemudian saya akan keluar semula bagi meneruskan kerja mencari barang terpakai," katanya.

Nyiek Kiaw yang dikenali sebagai 'nyonya kutip kotak' berkata, dia tidak ada pilihan lain kerana dalam usianya semakin tua tiada sesiapa yang sanggup menerimanya bekerja.

"Penduduk di kawasan ini pun tahu kerja saya dan mereka sangat baik apabila memberi barang terpakai kepada saya untuk dijual.

"Biasanya saya akan menjual sekaligus kepada peraih dengan bayaran sebanyak RM40 hingga RM50 sebulan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika terdesak dia terpaksa menjual barang yang dikumpul kepada peraih lain yang bayarannya jauh lebih rendah.

Lebih malang lagi, katanya, pernah hasil kutipan barang terpakai yang dikumpulnya di belakang rumah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Dulu saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan, tapi sejak menghidap sakit jantung dan perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) saya tidak kuat lagi," katanya.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Ikan bakar <b>di Port Dickson</b> - Ema Blog

Posted: 28 Oct 2012 06:30 PM PDT

Dah banyak kali sampai ke Port Dickson. Tapi inilah kali pertama datang PD dapat merasa ikan bakar. Itupun tanya staff hotel thistle kat mana ada kedai ikan bakar yang sedap kat area situ. so staff tu suggestkan kami di sini.
Restoran Seri Ikan Bakar Mesra & Seafood. kedainya sebelah dengan klinik mesra, mesra supermarket dan hotel mesra..tak tahulah anak beranak keluarga mesra ke apakan..tepi jalan..kalau dari KL nak ke Pantai Teluk Kemang sebelah kiri.
Seminggu kami ema kat sana..tiga kali ema datang dinner di restoran ini.
Sini, makan lauk dengan nasi lemak atau nasi putih tau..nasi lemak dia memang best...bungkusannya pun comel..harga RM 1 sebungkus...
So, lepas letih dan kelaparan mandi kolam, petangnya kami keluar cari makanan ringan..bila nak ke bandar PD akan selalu nampak ramai orang yang singgah di gerai tepi jalan ni...so, kami pun ikut sekalilah singgah..nak tengok apa yang speselnya kat sini..
Kat sini ada jual goreng pisang, cucur, keropok lekor, laksa, bihun sup, rojak buah..sesuai untuk mengalas perut sebelum melantak dinner di restoran seri mesra.

 Satu lagi tempat makan untuk tengahari adalah kedai asam pedas..kedainya depan-depan dengan Pantai Teluk Kemang.

Tak cuba tak tahukan..

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Aunty Aini&#39;s Garden Cafe, <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b> - Azzamoro

Posted: 08 Oct 2012 09:57 AM PDT

Minggu ni minggu ke dua kat tempat baru. Still rindu lagi kat tempat lama, especially dengan kawan kawan. Eee..rasa macam lama tak gelak ketawa, tukar tukar cerita, gossip2.. hehe
We went to Aunty Aini's Garden Cafe on my last day at IRIS. Ni kire farewell treat untuk aku la from the girls (ehh women? haha) from my department. Jauh gak perjalanan dari Bukit Jalil ke Nilai. Tapi biasa lah hari Jumaat kan. Lunch hour jadik 3 jam. Sampai ke Nilai kaki melangkah hehe.
Kawan aku cakap tempat ni memang glamer sampai well known & international chef pun pernah datang.
Near to Bandar Nilai. Aku pun tak tau aa nak describe the location. Tapi ade gps & Maps Iphone kan. Maka senang la nak carik. Ambiance pun nice. Ala-ala kampung gitu. Makan bersila. If taknak bersila ade je tempat yang guna kerusi meja.
Menu hari ini. Lupekan diet. Makan lah sepuasnya. Siap bertambah-tambah.
Ikan merah masak asam pedas
Telur itik masak lemak (first time makan. nod bad)
Daging salai masak lemak cili padi
Dessert - Tapai ice cream First time makan tapai dengan ice cream. Yummeh.
Thanks friends for this farewell treat. Akan ingat sampai bila-bila. eeee... rindunye kat korang. wuwuwuwuww (start emosi dah)

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


tip pancing ikan jejulung <b>di</b> kelong pozi <b>lukut</b> - aku suka memancing

Posted: 28 Oct 2012 08:57 PM PDT

Sebenarnya aku rasa malu nak tulis sesuatu yang agak remeh ni, tetapi memandang ramai yang masih kurang tahu tentang spisis ikan ini. Ikan jejulung ialah rupa seakan todak dan ramai yang beranggapan ikan jejulung ini ikan todak. Bagi aku rupa jejulung memang seakan rupa todak cuma yang membezakan ialah mulut jejulung panjang dibahagian bawah dan tiada gigi yang tajam seperti todak. Lagi pun jejulung memang enak digoreng berbanding rasa ikan todak yang tawar. 
setahu aku yang pernah lihat jejulung terdapat 2 jenis iaitu jejulung biasa dan jejulung mulut itik. Jejulung mulut itik merupakan umpan yang baik kalau hendak memancing siakap di kawasan lukut dan bagan lalang.
Jejulung mulut itik agak susah didapati berbanding jejulung biasa yang bergerak dalam lawanan yang besar mungkin beribu2 ekor. Tetapi di kelong Pozi tak pernah la aku tengok sampai ribuan ekor. 
Kalau anda berminat memancing jejulung boleh la mencuba tip yang saya tulis ni. Ikan jejulung seperti todak bergerak di permukaan air. Jadi jika mahu memancing jejulung perlulah anda menggunakan pelampung. Manakala perambut tak perlu panjang dalam lingkungan sejengkal hingga 2 jengkal sudah memadai. Mata yang halus saja yang perlu digunakan seperti mata udang galah memandangkan jejulung mempunyai mulut yang kecil sahaja. Kalau malas buat perambut, guna sahaja mata apolo saiz 4,5 atau 6. Aku selalu menggunakan perambut apolo sahaja kerana cepat dan efisyen. 
Umpan yang aku selalu guna dikelong pozi ialah udang yang dipotong kecil. Ada juga pemancing yang menggunakan umpan pumpun. Sebenarnya, mana2 pun boleh tetapi jika mahu lebih tangkapa gunalah umpan udang.
Di lain tempat, jejulung sentiasa ada tetapi di kelong Pozi, jejulung aktif makan semasa air mula bergerak pasang dan arus bergerak perlahan. Cuba lontar perambut bersama umpan sejauh yang boleh kerana jejulung yang besar2 berlegar agak jauh dari kelong. 
Ikan jejulung yang ditangkap boleh dibuat lauk atau pun dipotong2 menjadi kecil lalu dicangkuk pada mata kail untuk dijadikan umpan. Aku selalu menggunakan umpan jejulung apabila tiada umpan atau kehabisan umpan. Aku berharap semoga serba sedikit tip yang aku tulis ini membantu anda memaning ikan jejulung. Selamat mencuba.


05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Masalah air <b>di Kuala Pilah</b> berlarutan sejak <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 02:50 AM PDT

4 Ogos 2012
KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
"Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
"Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
"Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
"Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
"Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
"Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
"Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari," katanya.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


MB memeriahkan Rumah Terbuka ADUN <b>Serting</b> dan ADUN - N9 Kini

Posted: 26 Aug 2012 05:19 AM PDT

JEMPOL, 26 Ogos – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar hadir di Majlis Rumah Terbuka DUN Serting yang dianjurkan oleh Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli, petang tadi.

Beliau tiba pada pukul 2:30 petang dan disambut oleh Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli dan barisan ahli jawatankuasa UMNO, MCA, MIC, Gerakan DUN Kawasan Serting.

Majlis Rumah Terbuka ADUN Serting, YB Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli di adakan di Dewan Kompleks Rakan Muda, Serting Jempol bermula pukul 11:00 pagi sehingga jam 3:00 petang.

Turut hadir, Dato' Khalid Yunus, Bekas Ahli Parlimen Jempol, Dato' Mohd Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato' Zainal Abidin, ADUN Kawasan Lui, Dato' Hj Zainab Nasir, ADUN Kawasan Gemas juga Dato' Hasim Rusdi, ADUN Kawasan Labu, Dato' Mohamad Razi Hj Kail, ADUN Kawasan Juasseh dan Dato' Ismail Lasim, ADUN Kawasan Senaling.

Di kawasan DUN Kawasan Pertang, krew bertugas n9kini.com pula melaporkan, Rumah terbuka Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pertang, Dato' Razak Bin Mansor meriah dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Mansor, hari ini.

Walaupun majlis rumah tebuka ini bermula 3 petang, tapi penduduk mula memenuhi ruang khemah jam 2 petang lagi. Selain penduduk sekeliling, rakan- rakan beliau juga hadir sama menyerikan lagi majlis.

Menteri Besar Negeri Sembilan hadir pada pukul 4 petang sempat beramah mesra bersama-sama penduduk-penduduk sebelum menjamu selera. Selepas itu, beliau meluangkan masa bergambar dengan hadirin yang ada.

Hadir sama menyerikan suasana, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Mat Ali Bin Hassan dan isteri dan Menteri Komunikasi, Penerangan Dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim serta ahli-ahli komponen Barisan Nasional.

Hadirin dihidang dengan makanan tradisional dan moden seperti lemang, rendang, sate, meehoon, mee, dan kuey tiew. Majlis bermula 3 petang hingga 5 petang.

Lokasi Jempol : Dudi Aziz

Lokasi Simpang Pertang : Siti

ads