Sabtu, 19 Januari 2013

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


RM3.7 juta bina dewan orang ramai <b>di Sikamat</b> - khobar orang nogori

Posted: 17 Jan 2013 05:26 PM PST

SEREMBAN 17 Jan. - Sebuah dewan orang ramai yang mampu memuatkan sehingga 1,000 orang mula dibina sebagai kemudahan kepada penduduk di Sikamat dekat sini.
Pembinaan dewan bernilai RM3.7 juta itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
Majlis pecah tanah pembinaan dewan itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Mohamad berkata, pembinaan dewan itu dibuat berdasarkan keperluan yang amat mendesak mengikut kepadatan penduduk di kawasan Sikamat.
Sehingga kini, jelasnya, beberapa kemudahan telah didirikan di sekitar kawasan itu seperti balai polis baru dan klinik kesihatan.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menjaga kesejahteraan rakyat serta mendengar segala suara rakyat. Dewan orang ramai ini adalah salah satu janji ditepati daripada kerajaan BN kepada rakyat," katanya.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


aku anak <b>jempol</b>: Peserta HKR #KL112 Bertemu Jodoh <b>Di</b> Stadium <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 09:08 AM PST


Macam2 ragam dan feel peserto HKR#KL112 nih..yang cubo2 mati pon ado...yang bawak anak pon ado..yang kata dtg kena bayauuu pon ado.tapi mamat ni menarik sikit...mungkin teringin nak berumahtanggo tapi duit tak cukup ker aper??...dtg semata mintak perhatian supaya hantaran kahwin diturunkan...wakakakakaka, takkanlah bab kahwin pon berkiro...nak ambik anak orang tuh bhai...bukan anak beruk...sekarang beruk pon ado regho tau...tak boleh main mintak2 jo..kenduri bergolek sapo nak settle...?? rompah ratus sapo nak boli??mak andam laie??Togak Balai?? Kugiran?? macam2 lah kehondak ea??...kih kih kih
Aku tak tahu apo motif mamat ni..Cumo aku nak mintak mamat ni tolong kiralah sikit, nak anak org kenalah berduit...nikah kat siam pon kawan aku koba keno bayau gak...bukan free...sebagai sokongan aku pado mamat ni supaya tak lah dia raso terbiar..terima lah lagu ku ini untukmu...wakakakakakaka

Aku Kenal Dia...Aku Jatuh Cinta...wakakakakaka


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


kebersihan kedai makan <b>di</b> sekitar <b>Teluk Kemang</b> <b>...</b> - kisah kehidupan

Posted: 10 Jan 2013 08:36 AM PST

24/12/2012

Kebersihan  kedai makan di sekitar  Teluk Kemang, Pantai Peranginan Port Dicksons, N. Sembilan.

Hari pertama

Kami sekeluarga sebenarnya dalam perjalan menuju ke sebuah pusat peranginan di kaki bukit Rechardo, Tanjung Tuan, Port Dickson bagi tujuan bercuti hujung tahun.

Sebelum sampai resort itu kami  sekeluarga singgah untuk mengisi perut, makan tengahari di sekitar jam 1.30ptg, di satu kedai makan bersebelahan Petronas (bukan gerai yang baru dibina 5-6 tahun lepas), kedai  ini mempunyai berbagai jenis kaunter menjual makanan seperti nasi campur, berbagai jenis nasi ayam, berjenis minuman dan di waktu malam menjual masakan tom yam dan ikan bakar.

Di sebelah kedai makanan ini ada sebuah kedai menjual pakaian terbakai 'bundle' dan dipercayai kedai bundle terbesar di daerah ini. Manakala di hadapan kedai makanan ini, terdapat beberapa gerai seperti  gerai menjual goreng pisang dan juga nasi ayam.
Bagi anda yang sudah biasa dengan tempat ini sudah pasti boleh agak kedai makanan  manakah yang penulis maksudkan ini. Kalau tidak silap nama kedai ialah "Kedai Saujana" (jual nasi ayam, nasi lauk kampung, nasi gunting, sup)
Apa yang penulis ingin sentuh ialah tentang kebersihan tandas di kedai makan ini.
Penulis bertanya kepada tauke kedai (pemilik Melayu) di mana tandas, lalu diberitahu bahawa tandas telah lama rosak kecuali boleh digunakan untuk membuang air kecil sahaja.
Begitulah cetusan hati penulis bila mendapati mangkuk jamban jenis cangkung itu telah tersumbat dan mendapati najis berukuran sebesar lengan kanak kanak melingkar banyak dalam mangkuk jamban, berukuran sangat besar, mungkin dek kerana terendam dalam air yang tersumbat itu.

Amat memual dan meloyakan situasi seperti ini.

Ya Tuhan, kembang tengkuk dan tekak penulis.Hajat hendak buang air kecil terbantut  kerana melihat najis yang berkembangan itu.
Penulis segera kembali ke meja makan dengan hasrat untuk mengajak keluarga keluar dari kedai makan itu.
Apa yang penulis perhatikan di kedai makan itu ialah:
1. Cantik dan menarik di bahagian hadapan tapi sangat kotor tandas dan ruang menyediakan makanan dan air.
2. Sikap peniaga yang hanya penting keuntungan namun tidak berminat mencantikan bahagian belakang, tandas dan kebersihan.
3.   Tiada gred tahap kebersihan dari Majlis Daerah Port Dickson
4.  Kedai makanan yang sangat kotor ini masih  beroperasi.
5. Sikap tidak perihatin peniaga seperti ini, boleh mencalarkan imej pusat peranginan ini.

6.   Kedai seperti ini harus disita oleh pihak PBT.

25/12/2012-Hari kedua

Penulis, my wife dan ibu mertuaku keluar dari resort jam 9.30 pagi, berhajat untuk bersarapan pagi, membeli sarapan pagi untuk bebudak yang tinggal di resort dan membeli stok makanan untuk  2-3 hari semasa bercuti di resort ini.

Ada sedikit perubahan di sekitar PD, terutama banyak kedai makan seperti cendawan tumbuh lepas hujan.

Kami singgah di sebuah kedai makan 'Pak e'. Menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak, kuih muih, mee/mehoon goreng, roti canai dan minuman panas. Dimaklumkan oleh pekedai itu, di sebelah malam terdapat jualan seperti satay, tom yam dan  menu ala carte.

Terdapat ramai pelanggan, menyebabkan nasi lemak habis dan dimasak untuk kali kedua, semua jenis mee dan kuih muih juga turut habis.

Penulis terpaksa menunggu nasi lemak masak. Sambil menyambil makan roti canai dan memesan minuman.

gambar?....penulis share link dari blogger lain. Klik sini

Keseluruhan, penulis boleh beri rating 3 star untuk kedai ini, termasuk tahap kebersihan.

Selepas itu penulis membeli barang keperluan di "Pasaraya Family Store".

Jam 11.30 kami bertolak pulang dan singgah di kedai menjual Nasi Kukus Ayam Panggang  "Cowboy Place".Kedai ini sepatutnya boleh improve lagi dengan atasi asap ayam panggang bertiup kearah pelanggan dalam kedai mahupun yang menunggu bungkus.

Rating 2.5 star. Harga seekor ayam panggang ialah RM16



malam 9.00pm

Penulis telah diminta oleh ahli keluarga untuk menyediakan masakan makan malam. Seperti sudah bersedia dengan permintaan kaum keluarga, penulis menerima permintaan tersebut.

Dengan dibantu oleh isteri dan anak anak, menu pilihan sudah tentu lah  kacang pool pak mad siap dan sedia untuk dimakan. Licin, dan penulis puas hati kerana menu tersebut menepati citarasa mereka.

Lepas makan, bebudak start buka cybercafe tiarap, lihat gambar, dok leka main online game counter strike.




Sementara tu, kat tv3 sedang bersiaran cerita 'hantu kak Limah balik rumah' Awie tengah nyanyi lagu 'cinta kristal versi HKLBR'.

26/12/2012-hari ketiga

9.00 pagi
Sarapan pagi homemade, jadi tiada masalah tentang kebersihan makanan. sehingga kini, tiada ahli keluarga yang dapat cirit birit mahuoun keracunan makanan.Anak anak dan anak anak buah ada yang sudah bersiap untuk sarapan dan ada juga yang masih enak dibuai mimpi, zzzzzz.....


10.00 pagi

Bebudak menunggu masa mendapat kebenaran turun ke kolam renang.

5.00ptg
Bergambar dalam kolam renang.

10.00mlm

Pemandangan waktu malam dari jendela di resort.

9.00 am hari ke empat

28/12/2012

bye bye resort.....



under water photos taken with "Olympus Tough", by idealpicture, Muhd Syazwan

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Biaqpila™: Pesta Seks <b>Di Port Dickson</b> Kementerian Pelancongan <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:35 PM PST


PESTA SEKS DI PORT DICKSON : KEMENTERIAN PELANCONGAN NAFI ANJUR

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia.

"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut.

"Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut.

Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya.

Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras.

Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras.KLPOS

cananglannie

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Mohamad Taufek Abd Ghani: Jom Bantu Surau Sekolah <b>di Jelebu</b>

Posted: 16 Jan 2013 07:40 PM PST

PERKHIDMATAN PINJAMAN KEWANGAN ISLAM

Sila hubungi agen dari Institusi Kewangan Islam yang berdaftar Sdr Wan 012-977 0092. Juga disediakan khidmat memperbaharui cukai jalan, takaful kenderaan serta takaful hayat. Untuk projek ekonomi dan kebajikan PAS DUN Kota, N.Sembilan

INGIN PERBAHARUI CUKAI JALAN, TAKAFUL HAYAT?

Sila hubungi Perunding Takaful (Kenderaan/Hayat) Sdr Adnan 011-1511 0092 (Seremban). Turut disediakan Khidmat Pinjaman Kewangan Islam pada kadar yang berpatutan. Sebahagian keuntungan akan disalurkan ke Tabung Baik Pulih Kelas KAFA Taman Alamanda, Senawang

Pusat Khidmat Masyarakat Paroi

No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Peta Pejabat Khidmat DUN Paroi di SINI

Waktu pejabat :
Isnin - Khamis : 8 pagi - 5 petang
Jumaat : 8 pagi - 12 tengahari ; 2 petang - 5 petang
Sabtu : 8 pagi - 12 tengahari . Ahad : Tutup
Tel : 019-2171942 , 019-6506540

Sumbangan Pusat Khidmat Paroi melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


thepartykru: Elmo Girl Party <b>di</b> Tampin, <b>Negeri Sembilan</b> (candy <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 12:53 AM PST

Theme : Elmo Girl 2nd Birthday Party
Service : Candy Buffet & Choc Fountain
Location : Tampin, Negeri Sembilan
Ordered by : Miss Shishe for her lovely daughter
Additional item : Elmo Balloons + balloons




























sms/call 0129061272 for details.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


PRU13N9: Lagi masalah rakyat selesai <b>di Serting</b>..

Posted: 14 Oct 2012 03:53 AM PDT

Mohamad Sulaiman (tiga dari kanan) berbual-bual dengan Mohamed Yahya (tiga dari kiri) dan jiran-jiran Mohamed ketika melawat keadaan jalan yang telah dibaiki di hadapan rumah warga emas itu di Felda Serting Hilir Kompleks, baru-baru ini.
Seorang penduduk Felda Serting Hilir Kompleks dekat sini gembira apabila masalah jalan masuk ke rumahnya yang dihadapi sejak lapan tahun lalu selesai baru-baru ini.
Laluan sejauh 150 meter dari jalan utama yang dahulunya adalah tanah merah telah diganti dengan jalan batu jenis kasaran.
Mohamed Yahya, 68, berkata, sebelum ini dia terpaksa mengharungi lumpur ketika hujan dan debu ketika panas untuk masuk ke kawasan rumahnya.
Katanya, masalah sejak sekian lama itu selesai dalam masa dua minggu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Samsulkahar Mohd. Deli menziarahinya baru-baru ini.
"Datuk Samsulkahar amat terkejut apabila melihat keadaan di sini. Jadi beliau segera membawa masalah itu kepada Pejabat Daerah Jempol yang mengambil tindakan dalam tempoh dua minggu.
"Saya amat bersyukur dan lega kerana dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Zon Dua Felda Serting Hilir 1, Mohamad Sulaiman yang mewakili Samsulkahar memberitahu, laluan tanah merah itu telah diletakkan batu kasaran.
"Laluan yang dibaiki adalah sepanjang 150 meter iaitu dari laluan utama ke rumah Mohamed. Ia melibatkan kos sebanyak RM4,500.
"Selepas ini kita akan cari tempat-tempat lain yang menghadapi masalah jalan seperti ini. Kita mahu mereka menjalani kehidupan dengan selesa," jelasnya.
Sumber : Utusan Malaysia (Wilayah Selatan)
Apa lagi pakatan pembangkang nak cakap kerajaan negeri tidak membela rakyat?? Berpuluh kali wakil rakyat mengatakan agar memberitahu apa sahaja masalah yang melanda. Bantuan kilat akan segera tiba.
Tidak timbul soal wakil rakyat Barisan Nasional meminggirkan rakyat. Gejala yang di bawa oleh pakatan pembangkang melaga-lagakan dan mengelirukan pandangan rakyat kepada kerajaan negeri ternyata satu sifat yang menganiaya rakyat.
Terima kasih ADUN Serting yang menyegerakan tindakan membantu rakyat. Semoga dengan khidmat dan bantuan tersebut memberi pulangan berganda pada pilihanraya umum ke-13 yang hampir pasti tiba.

ads