05 di senawang - Google Blog Search |
RM3.7 juta bina dewan orang ramai <b>di Sikamat</b> - khobar orang nogori Posted: 17 Jan 2013 05:26 PM PST SEREMBAN 17 Jan. - Sebuah dewan orang ramai yang mampu memuatkan sehingga 1,000 orang mula dibina sebagai kemudahan kepada penduduk di Sikamat dekat sini. Pembinaan dewan bernilai RM3.7 juta itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Majlis pecah tanah pembinaan dewan itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam. Dalam ucapannya pada majlis itu, Mohamad berkata, pembinaan dewan itu dibuat berdasarkan keperluan yang amat mendesak mengikut kepadatan penduduk di kawasan Sikamat. Sehingga kini, jelasnya, beberapa kemudahan telah didirikan di sekitar kawasan itu seperti balai polis baru dan klinik kesihatan. "Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menjaga kesejahteraan rakyat serta mendengar segala suara rakyat. Dewan orang ramai ini adalah salah satu janji ditepati daripada kerajaan BN kepada rakyat," katanya. |
You are subscribed to email updates from di sikamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan