Ahad, 28 Oktober 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Pelajar cemerlang Sekolah Menengah Vokasional <b>Juasseh</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 05:19 AM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun

22 Oktober 2012
Dua maut sementara dua yang lain cedera parah, selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan tiga motorsikal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi di kilometer 7, Jalan Kuala Pilah, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Dua yang mati di tempat kejadian ialah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Vokasional Juasseh Kuala Pilah Muhd Ibnor Qayyum Abu Hanafiah 16 tahun.

Seorang lagi adalah kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, JPPH  cawangan Seremban, Asnizaharin Assas, 29 tahun.

Dua lagi yang cedera dihantar ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Pilah.

Pegawai penyiasat trafik polis Kuala Pilah Inspektor Abdul Hanif Abd Ghani berkata pelajar yang maut sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Tanjung Jati Kuala Pilah ke sekolah.

Manakala mangsa yang satu lagi dari arah bertentangan ke Seremban untuk ke tempat kerja.

Sementara itu,  bilik mayat Hospital Kuala Pilah dipenuhi keluarga kedua-dua mangsa bagi menantikan proses bedah siasat.

Al-Fatihah:

Sumber:
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Dua_Maut_Dua_Parah_Nahas_Babit_3_Motorsikal.html

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


AidilAdha <b>di Seremban</b> - Premium Beautiful

Posted: 24 Oct 2012 08:23 PM PDT

Assalamualaikum!

AidilAdha ni Ida and Family akan sambut di Seremban since MIL tak balik kampung...so kitaorg decided to sambut di Seremban + buat korban di sana....

So, kawan-kawan yang berdekatan, jemput lah datang ke rumah ye :).  We all buat korban on 2nd day raya...join surau kat situ.  Kawasan perumahan SIL's ni surau dia mmg sangat active and abg ipar one of AJK kat situ...seronok tengok every time pegi je ada je activity dorang...selalu jugak penceramah datang...Sham Kamikaze pun pernah datang...eh..

So, raya kali ni will be different sikit la...raya kat bandar...heheehe..mesti tak ramai orang sbb semua orang balik raya kampung kan..but can't wait for korban...tapi, Ida mungkin takkan pegi ke surau masa activity korban kot...sbb Ida tak boleh tengok.. Ingat masa Akikah anak sulung, dorang sembelih Kambing sebelah rumah, and kambing menangis kan mcm manusia...terus tak boleh makan lepas tu...sama jugak masa akikah anak ke dua, sembelih lembu...awal2 tu dorang dah bawak lembu tu ke rumah kiranya dah tengok lembu tu awal2, pas tu pikir lembu tu kena sembelih...tak boleh makan jugak...so adalah lebih baik Ida duduk rumah buat apa yang patut kan...lepas tu boleh makan singgang daging...hehehe..

Lastly, Ida nak ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha pada readers semua...Maaf Zahir dan Batin.  Drive carefully masa balik kampung dan balik ke bandar semula.  Bagi yang parents ada di Mekah, doakan keselamatan dan kesihatan mereka...

bye!


05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Seniman Ini Melukis Wajah Terkenal <b>Di Jempol</b> - coba-liat

Posted: 11 Oct 2012 02:11 AM PDT



MILAN – Ada banyak gambar orang-orang terkenal, tapi anda mungkin tidak bisa menggambarnya di jari anda sendiri. Tentunya hal tersebut membutuhkan ketrampilan tinggi.
 
Seorang seminal asal Italia menciptakan serangkaian foto-foto menakjubkan dengan menggunakan jari jempolnya sebagai kanvas. Di jempol itu digunakan untuk melukiskan wajah tokoh-tokoh terkenal. Demikian diberitakan The Sun.
 
Seniman yang memiliki nama samaran Dito Von Tease, telah menciptakan gambar banyak tokoh-tokoh besar maupun selebriti dari Mr T untuk Dr Spock dan Shrek. Karyanya ini di lukis di jari jempolnya.
 
Namun, beberapa foto tersebut perlu ditambahkan proses rekayasa melalui software Photosop. Tetapi perubahan kecil itu tidak merubah karya seni yang dibuat oleh seniman Italia tersebut.
 
Tampak wajah seperti mantan pemimpin Libya Moammar Khadafi, hingga mantan pendiri Apple Steve Jobs, terpampang rapi di jempol tersebut.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Peniaga Bantah Penambakan Pantai <b>Teluk Kemang</b> - Dialog Rakyat

Posted: 26 Oct 2012 03:21 AM PDT


SHAH ALAM: Hampir 100 orang terdiri daripada peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Wisma Negeri di Seremban, Negeri Sembilan bagi membantah isu penambakan pantai Teluk Kemang yang menjejaskan pendapatan mereka.

Himpunan yang turut disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan itu berpunca daripada ketidak puasan hati peniaga yang mendakwa ditindas pemimpin Umno-BN termasuklah Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson.

Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11 pagi itu turut menyaksikan penyerahan memorandum kepada pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah Seketariat SAMM Negeri Sembilan, Azizi Aziz berkata, penambakan pantai itu bukan hanya menggugat periuk nasi peniaga, malah turut merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai Teluk Kemang yang menjadi tumpuan pelancong.

"Penambakan pantai atas alasan 'pantai sempit' adalah tidak relevan. Ia akan menjurus kepada kerosakan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf sebagai pantai yang selesa dan selamat.

"Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman pantai dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.

"Akhirnya pantai tersebut dihindari pengunjung. Kita khuatiri pantai Teluk Kemang akan menerima nasib sama," katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, katanya, SAMM akan mengadakan satu sidang media khas dan mengatur pertemuan semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri kabinet di parlimen minggu depan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam demonstrasi sama, para peniaga turut membantah perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi sehingga menimbulkan tanda tanya serta menolak pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor.

Selain itu, peniaga turut memohon supaya gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti baru, memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya serta diberikan pampasan setimpal sekiranya projek penambakan ini diteruskan.


05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Gambar Perdana Menteri <b>Di Paroi</b> Lautan Manusia Yang - 1 malaysia

Posted: 29 Sep 2012 06:19 PM PDT

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


TAMAN DESARIA 71800 <b>NILAI NEGERI SEMBILAN</b> - SEMAKIN <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 03:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]'Sementara itu, Setiausaha Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh, berkata kebanjiran pendatang tanpa izin di kawasan sekitar Kawasan Perindustrian Nilai ...

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Pecah Berita! Lawan Rais Yatim <b>Di</b> Parlimen <b>Jelebu</b> PRU13 ini <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 02:28 AM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama. 
ahli parlimen jelebu dato sri doktor rais yatim yang juga menteri kebudayaan telah 
di namakan sebagai calon hampir menang untuk mengisi kerusi parlimen bagi 
parlimen jelebu dari hasil risikan tim era pasca yang kini telah berada dalam kem 
wisma putra dan kem putrajaya, 

lawan kepada rais yatim di jelebu nanti adalah pertemuan 1 lawan 1 dengan 
sifu abu nawas iaitu tim tukar tuib iaitu hishamudin Rais yang juga anak kepada Rais yatim, 
yang juga ahli parlimen yang menyewa salah 1 daripada kedai di parlimen untuk membuat 
perniagaan memblog setiap hari. 

pertemuan buku dengan ruas ini samalah seperti hanya mutu mengenal maniam, 
rais yatim adalah menteri yang di dakwa telah merogol amah yang bekerja di rumahnya 
sebagai amah dan amah ini di katakan telah membina rumah berharga rm 100 ribu 
di banjarnegara indonesia, 

berbalik kepada calon boleh menang bagi umno pada pilihanraya umum ke 13 ini, 
lawan kepada rais yatim di dapati lebih berpengaruh besar dan bakal menelanjangkan 
sekali lagi rais yatim di kawasan parlimen jelebu, kerana umum tahu sebagai anak, 
tukar tiub tahu rahsia rahsia besar abahnya. hishamudin rais akan mewakili 
parti bulan dan bintang yang mesra kepada pakatan rakyat.



by @tiewnama - projek pendedahan 1 per 1 untuk anak muda tahu. kahkahkahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


UNEEDTRUST: Roadshow <b>di Serting</b>, Jempol

Posted: 28 Oct 2012 12:48 AM PDT

Awal bulan ini (5-7hb Okt) saya, Zainuddin, Rushda dan Mohd Iqbal telah bertandang ke Serting Jempol N.Sembilan. Perjalanan yang jauh bermula dgn langkah pertama, seawal 7pagi kami bertolak ke Jempol dari Shah Alam.  Walaupun agak jauh sikit tetapi kami seronok pergi bertemu pelanggan di sana.

Kali ini kami menyertai Program Kesihatan 10,000 langkah yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kuala Pilah. Alhamdulillah telah berjaya menarik minat beberapa orang pelabur mendengar penerangan kami.  Tahun depan kami bercadang untuk melebarkan lagi sayap ke pantai timur pulak.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


INGATKAN UMNO SAHAJA YANG BERMASALAH <b>DI NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 09:53 PM PDT

Kita ingatkan hanya UMNO sahaja yang mempunyai masalah dalaman di Negeri Sembilan..
rupa-rupanya MIC pun dilanda masalah dalaman jugak...
kalau macam ni lah keadaannya macam mana le BN boleh kata mereka yakin dalam mempertahankan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti..??

Kalau tiada masalah dalaman pun belum tentu lagi BN akan berjaya
mempertahankan Negeri Sembilan, inikan pula dengan masalah dalaman yang sedang melanda UMNO dan MIC..

Sebelum ini,bekas Adun UMNO, Datuk Mohamd Rais Zainuddin  mengugut bahawa UMNO Negeri Sembilan tidak akan mengundi Mohamad Hassan sekiranya Menteri Besar itu bertanding pada PRU 13 nanti, [UMNO NEGERI SEMBILAN UGUT TIDAK MENGUNDI]

Dalam PRU ke 12 yang lalu (2008) BN memenangi 21 kerusi dan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi dari keseluruhan 36 kerusi Dun..

Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah tidak dibenar masuk pejabat MIC atas arahan Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.

Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.

"Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.

"Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.

"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.

"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.

"Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.

Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.

BN yakin menang..?
kah..kah..kah 

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Masalah air <b>di Kuala Pilah</b> berlarutan sejak <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 02:50 AM PDT

4 Ogos 2012
KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
"Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
"Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
"Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
"Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
"Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
"Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
"Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari," katanya.

ads