di negeri sembilan - Google Blog Search |
INGATKAN UMNO SAHAJA YANG BERMASALAH <b>DI NEGERI</b> <b>...</b> Posted: 06 Oct 2012 09:53 PM PDT Kita ingatkan hanya UMNO sahaja yang mempunyai masalah dalaman di Negeri Sembilan.. rupa-rupanya MIC pun dilanda masalah dalaman jugak... kalau macam ni lah keadaannya macam mana le BN boleh kata mereka yakin dalam mempertahankan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti..?? Kalau tiada masalah dalaman pun belum tentu lagi BN akan berjaya mempertahankan Negeri Sembilan, inikan pula dengan masalah dalaman yang sedang melanda UMNO dan MIC.. Sebelum ini,bekas Adun UMNO, Datuk Mohamd Rais Zainuddin mengugut bahawa UMNO Negeri Sembilan tidak akan mengundi Mohamad Hassan sekiranya Menteri Besar itu bertanding pada PRU 13 nanti, [UMNO NEGERI SEMBILAN UGUT TIDAK MENGUNDI] Dalam PRU ke 12 yang lalu (2008) BN memenangi 21 kerusi dan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi dari keseluruhan 36 kerusi Dun.. Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat. "Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu. "Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini. "Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya. Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan. Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut. "Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya. "Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya. Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar. BN yakin menang..? |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan