Isnin, 24 September 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Reka bentuk bangunan <b>di</b> Rembau punyai <b>nilai</b> warisan tinggi <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 12:41 PM PDT

REMBAU 17 Sept. - Kajian terhadap reka bentuk bangunan di daerah ini amat penting berdasarkan nilai warisan yang tinggi dimilikinya.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, reka bentuk rumah, masjid dan bangunan tradisi itu adalah unik kerana ia mempunyai kaitan dengan sejarah Rembau.

Katanya, usaha yang dibuat kira-kira 300 pelajar Politeknik Port Dickson terhadap reka bentuk bangunan di daerah berkenaan selama seminggu adalah amat dialu-alukan.


"Saya menyokong usaha ini supaya warisan sejarah terutamanya yang berkaitan dengan reka bentuk bangunan di daerah Rembau dapat direkodkan secara rasmi.

"Barangkali ia boleh dibukukan supaya rekod ini dapat dibaca dan dihayati generasi akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kajian Sejarah Warisan Negeri Sembilan Parlimen Rembau anjuran Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar, dekat Astana Raja, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota, Datuk Dr. Awaludin Said; Pengarah Politeknik Port Dickson, Mejar (K) Mohd. Kharir Mohd. Ibrahim dan Pengarah LMNS, Drs. Shamsuddin Ahmad.

Pada masa sama, Khairy turut mengalu-alukan penubuhan Pusat Kecemerlangan Seni Bina Minangkabau di Negeri Sembilan (Kawans) oleh Politeknik Port Dickson pada 29 November tahun lalu.

Objektif utama Kawans, katanya, adalah untuk merekodkan dengan teratur warisan Minang dalam bentuk lukisan, model butiran binaan dan persembahan multimedia sehingga menjadi pusat rujukan yang berupaya memberi khidmat nasihat kepada arkitek, muzium dan peminat bangunan lama.

"Dengan itu, adalah diharapkan Kawans akan menyimpan segala data dan sejarah adat dan suku Minang di negara ini melalui teknologi arkitek sampai bila-bila," katanya.

Sumber: Utusan

IKLAN TEKS: Ingin membeli produk insurans Etiqa Takaful? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads