Khamis, 7 Februari 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


KHOBAR ORANG NOGORI: 969 bekas tentera <b>di Kuala Pilah</b> terima <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 04:49 PM PST

Hasan Malek menyampaikan SVTB1M kepada bekas anggota tentera di Kuala Pilah, baru-baru ini. 

KUALA PILAH 4 Feb. - Sebanyak 969 bekas tentera tidak berpencen di daerah Kuala Pilah hari ini menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 setiap orang.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti di sini.
Seorang penerima, Mohd. Zalan Amran, 61, mengucapkan syukur atas pemberian kerajaan terhadap bekas tentera yang berjuang mempertahankan tanah air satu masa dulu.
Beliau berkata, sumbangan tersebut menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib dan kebajikan rakyat termasuk pesara tentera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads