05 di port dickson - Google Blog Search |
Dr Shafie Abu Bakar: Puisi Dibengkelkan <b>Di Port Dickson</b> Terpilih <b>...</b> Posted: 16 Aug 2013 04:49 PM PDT BBB, 09 Syawal 1434 = 16 Ogos 2013 (Jumaat): Daripada 5 buah puisi yang dibengkelkan di Port Dickson (10 – 23 November 2013) dua buah daripadanya Penulis hantarkan kepada Penyelenggara bagi menerbitkan antologi `Puisi Siswa` UKM - saudara Zainuddin Ayip. Puisi yang dibengkel dan dihantar ialah: 1) Hutan-Hutan Batu 2) Hidup Yang Diburu Tiga buah puisi yang lain turut sama dihantar Penulis dan diterbitkan di dalam `Puisi Siswa` berkenaan ialah: a) Di Suatu Persimpangan b) Jalanan Hidup c) Pencari Untuk menerbitkan sebagai buku termasuk mengandungi Sebenarnya selepas puisi `Hidup Yang Diburu` dibengkelkan, Penulis pernah merubahnya dengan agak banyak, menurut antara cadangan dalam bengkel – termasuk membuang lambang-lambang matematik, bahkan judulnya menjadi sebagaimana berikut: Detik ini segala bertukar ganti Telah remuk dalam getaran sendiri Segalanya tiada tetap pada paksi. Darjah sasarannya harus lebih ke depan Tetapi sebagaimana dikatakan, Penulis tidak semestinya patuh dengan kritikan yang dihasilkan di dalam bengkel. Penulis menghantar kepada penerbitan (Puisi Siswa) persis sebagaimana gubahan asal – sebelum dibengkelkan. Di bawah diperturunkan teks puisi yang memenangi Hadiah Karya Sastera Detik ini segala bertukar ganti Telah remuk dalam getaran sendiri Segalanya tiada tetap pada paksi. Darjah sasarannya harus lebih ke depan Hidup lebih dari itu. Kolej Pertama UKM, (Puisi Siswa, 1976) (Pasir Biru, Antologi Sajak Dan Drama Hadiah Karya Sastera 1976, DBP, 1979: 42). Dalam Laporan /Ulasan Panel Hadiah Karya Sastera 1976 menyatakan: Sepanjang tahun 1976 sebanyak 2,023 buah sajak, berbanding dengan 1,730 dalam tahun 1975, telah diterbitkan di dalam buku, majalah dan suratkhabar di tanahair. Selama setahun ini juga ada 20 kumpulan telah dikeluarkan oleh beberapa penerbit dan orang perseorangan, tetapi kumpulan dalam bentuk stensilan sudah pun berkurangan jika dibandingkan dengan dua atau tiga tahun sebelumnya. Pertambahan bilangan sajak yang dihasilkan itu memperlihatkan keghairahan menulis puisi yang lebih besar di kalangan anak muda kita. Kalau dalam tahun 1975 ada 505 orang penulis sajak, dalam tahun 1976 pula bilangan ini meningkat kepada 628 orang. Meskipun begitu pertambahan ini tidaklah melahirkan satu perkembangan baru dalam dunia puisi kerana apa yang nampaknya berlaku ialah semacam kestabilan dari segi bentuk dan nilai. Memanglah dalam tradisi seni kita tidak dapat selalu melihat perubahan-perubahan atau pembaruan-pembaruan yang cepat dan besar, apa lagi penulis-penulis yang menambah bilangan tahun 1976 ini adalah terdiri dari anak-anak muda yang kebanyakannya baru mencuba-cubakan diri mereka dalam dunia kesusasteraan. (Tidak ada hadiah dikeluarkan bagi 20 kumpulan puisi, PANEL hanya memberi pujian bagi tiga buah kumpulan puisi, iaitu Kaktus-Kaktus oleh Kemala, Balada Cinta Seberang Benua oleh Firdaus Abdullah dan Nyanyian Malam oleh Siti Zainon Ismail). Dari 200 sajak yang dibawa ke dalam perbincangan terakhir 21 buah sajak yang ditulis oleh 13 penulis telah diputuskan untuk diberi hadiah. Sajak dan penyair yang terpilih itu ialah: 1. Senja Di Pedalaman, Mastika, Februari 1976 - A. Latiff Mohidin 2. Pasir Biru, Berita Minggu, 23.5.1976 - A. Latiff Mohidin 3. Songsang, Utusan Zaman, 21.11. 1976 - A. Latiff Mohidin 4. Papantanda Kota, Dewan Sastera, September 1976 – T. Alias Taib 5. Setinggan, Utusan Zaman, 29.8.1976 – T. Alias Taib 6. Giliran, Dewan Masyarakat, November 1976 – Rahman Shaari 7. Hamparan Kuning, Mingguan Timur, 6.6.1976 – Rahman Shaari 8. Bila Tiba Waktunya, Masakini, 1976 – Jaafa Hs 9. Perjalanan Dua 10. Satu Kebetulan, Mastika, Februari 1976 – Zurinah Hassan 11. Salam Perempuan Dari Penjara, Bila Kita Berbicara, 1976 – Zurinah Hassan 12. Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama, Bila Kita Berbicara, 1976 – Zurinah Hassan 13. Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos, Kaktus-Kaktus, 1976 – Kemala 14. Bahawa Cinta Itu Kasihku, Kaktus-Kaktus, 1976 – Kemala 15. Masih Ada, Dewan Sastera, Disember 1976 – Dharmawijaya 16. Menghadapi Perjalanan Seorang Teman, Dewan Masyarakat, Mei 1976 – Jihaty Abadi 17. Hidup Yang Diburu, Puisi Siswa, 1976 – Shafie Abu Bakar 18. 19. Ballada Latiff Kepada Tuhan, Dewan Sastera, September 1976 – Mansur Ahmad Saman 20. Tanpa Melakukan Kesalahan, Suara Merdeka, 12.12.1976 – Ma`arof Saad 21. Nyanyi Daun-Daun, Dewan Sastera, November 1976 – Cheng Poh Hock. Mengulas mengenai puisi `Hidup Yang Diburu` kata panel: Shafie Abu Bakar dengan sajaknya`Hidup Yang Diburu` dengan ringkas menyatakan bahawa hidup ini tidak dapat diduga dan diperhitungkan secara tepat seperti menghisab sesuatu. Kehidupan adalah lebih dari ketetapan itu, lebih rumit dan kompleks. Dengan menyedari akan hakikat itu penulis lalu mengajak kita memikirkan secara lebih jauh dan kemas dari apa yang kita lihat dan lakukan hari ini. Ini adalah sikap dan ajakan yang positif bagi menghadapi hidup yang tak tetap pada paksinya. Itulah formula yang diberikan oleh penyair kalau kita mau hidup dengan lebih sempurna dan memperbaiki kekinian kita. Inilah bezanya antara perhitungan hidup dengan perhitungan logik. Penggunaan simbol + - x -:- dalam puisinya adalah mempunyai fungsi yang sesuai dengan ide yang dibicarakan. Jadi simbol-simbol itu tidak ternampak sebagai hiasan saja, malahan ia membantu memperkuatkan ide puisinya. |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan