Isnin, 15 Ogos 2011

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


UMNO Online - Pemuda <b>Teluk Kemang</b> Bergerak Dekati Pengundi <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2010 06:06 PM PDT

Kategori Berita Lain

Pemuda Teluk Kemang Bergerak Dekati Pengundi- Faizal Ramli

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

TELOK KEMANG 14 Sep – Bila pilihan raya umum tidak penting, tetapi Pemuda UMNO bahagian Telok Kemang telah menggerakkan jentera bagi memastikan jentera Pemuda sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Persediaan ini juga penting bagi memastikan jentera pemuda sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi yang ada selain merampas kembali kerusi yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Telok kemang, Mohd Faizal Hj Ramli

"Pada peringkat Pemuda UMNO, kita telah mengambil senarai nama pengundi-pengundi yang terkini, yang mana kita akan senarai pendek pengundi-pengundi muda, di bawah 40 tahun. Dalam perkara ini, pada hari ini kita perlu fokus yang mana kita fokus pada pengundi-pengundi muda, lelaki Melayu," ujarnya kepada UMNO-online.

Dalam masa yang sama, kita juga akan mendaftarkan mereka sebagai pengundi kerana masih ada di kalangan ahli pemuda masih belum berdaftar sebagai pengundi yang mana ada ahli kita yang sudah sampai usia 21 tahun, belum mendaftar kerana ada yang terlupa," ujarnya yang juga merupakan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Pemuda UMNO juga akan mengumpulkan data seperti alamat, nombor telefon dan email bagi memudahkan Pemuda menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada pengundi-pengundi muda ini.

"Kita juga akan menggunakan Unit Media Baru, melalui internet, melalui blog, facebook kerana golongan muda hari ini lebih menumpukan, lebih berminat mendapatkan maklumat sumber-sumber berikut.

Kita tak nafikan, orang muda pada hari ini kurang berminat secara langsung terlibat dalam parti. Mereka lebih berminat mendapat maklumat dalam internet. Akhirnya, kebanyakan orang muda tidak mahu datang kalau kita buat ceramah, kita panggil untuk mesyuarat sebab mereka tak minat,".

Tambahnya, di dalam usaha Pemuda Telok Kemang memahami kehendak mereka, Pemuda akan bermesra, berkawan dan bercampur-gaul dengan mereka, barulah kita boleh memahami aspirasi dan kehendak golongan muda ini, barulah boleh menarik mereka ke dalam UMNO dengan kehendak dan jiwa mereka.

Dalam perkembangan yang sama, Pemuda BN akan digerakkan bersama bagi merampas kembali kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang dalam PRU yang lalu.

"Hubungan antara parti kompenan yang ada di Parlimen Telok Kemang akan kita rapatkan semula, kita akan bekerjasama dan buat program bersama" ujarnya lagi -MediaUMNO

Berita Bertarikh 14 September 2010 Pada 9:06 AM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads