Sabtu, 8 Oktober 2011

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


JURUJUAL MATI TERSEPIT DALAM KEMALANGAN <b>DI</b> KM 19 <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2011 05:12 PM PDT

No of View :212

Gambar Hiasan

REMBAU: Seorang jurujual kereta maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas dan motosikal di Kilometer 19, Jalan Seremban-Tampin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, B Manivanan, 32, dari Taman Sri Serdang, Selangor, yang memandu seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala serta badan.

Difahamkan, penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Melaka ke Jelebu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 Pemandu bas, Low Kam Sang, 55, berkata ketika itu dia sedang memandu bas dari Tampin menghala ke Seremban dengan membawa 25 penumpang terkejut apabila sebuah kereta datang dari arah bertentangan merempuh bahagian depan bas.

Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan bas yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan selepas perlanggaran itu, menyebabkan semua penumpang di dalam bas panik dan menjerit ketakutan.

"Sudah 30 tahun saya memandu bas dan ini kali pertama saya terbabit dalam kemalangan, malah kejadian kali ini membuatkan saya terkejut dan tidak menyangka akan berdepan dengan keadaan seperti ini," katanya.

 Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dipandu mangsa hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas itu.

"Pada masa sama, penunggang motosikal yang mengekori dari belakang bas turut terbabit dalam kemalangan dan mengalami kecederaan. Bagaimanapun punca kejadian sebenar masih disiasat," katanya.

 Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads