Juadah Malaysia » Blog Archive » Ijan Burger Station <b>di Paroi</b> <b>...</b> Posted: 26 Sep 2011 12:32 AM PDT Hujung minggu semalam, kawan saya si Siti ajak jalan-jalan berhari raya ke rumah Kak Anum di Senawang, Negeri Sembilan. Saya okey aje bab jalan-jalan ni cuma yang tak bestnya kereta kesayangan ku dah rasa tak selesa untuk memandu sejauh itu dari rumah saya di Damansara. Macam2 bunyi yg keluar masa memendu ke seremban (maklum la kereta dah lama, dlm hati ada niat nak bodek mr suami gantikan yang baru nih Sebenarnya sejak mendirikan rumahtangga, saya dah jarang memandu jauh2 lebih 60km. Al-maklum bila dah ada suami kalu berjalan mesti dengan kereta dia. Tapi kali ni saya berjalan2 tanpa suami ikut sama. Jadi sayalah yang memandu sambil ditemani siti Sesampai di Senawang, kami dijamu dengan Nasi impit sambal daging bersama Teh Tarik special hasil air tangan Kak Anum. Berselera saya dan Siti makan sebab perut kami pun berkeroncong masa tu Kira-kira 2 jam lepak2, makan2 + sembang2 di rumah Kak Anum, kami pun beransur untuk pulang. On the way nak keluar dari taman perumahan kak anum, saya dengan tergedik-gediknya mengajak siti ke sebuah gerai yang dikatakan agak popular di area Seremban. Tempat ni pun siti yang rekemen mengatakan BURGER nya sedap. Tapi menurut Abg Sahar (suami Kak Anum) kata burger tu biasa2 aje Jadi untuk memastikan adakah benar makanan yang dimaksudkan itu sedap, maka saya ajak siti tapau makanan di situ. (Wah… macam tak kenyang-kenyang kan! walhal baru melantak nasi impit kejap tadi ! mmm..nasib badan. ) Nak tahu restoran mana yang beriya-iya sangat kami nak singgah tu ? Jom saya kongsikan di sini dan biarlah gambar-gambar di bawah yang berbicara :- Inilah gerai yang saya maksudkan – Ijan Burger Station. Saya pasti orang-orang yang biasa ke Seremban, Negeri Sembilan pasti tahu tentang ke 'famous'an burger di sini. Macam-macam jenis burger ada dijual. Dari burger-burger biasa, tripple burger, kentang goreng, burger oblong dan roti john sedia untuk dinikmati. black pepper sauce juga telah diperkenalkan dengan tambahan 50c jika berminat. Tapak restoran bersebelahan dengan Restoran Syed Maju (kedai mamak). Ia beralamat di Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Masa saya pegi tu punya la ramai orang menunggu untuk membeli burger samada makan di situ ataupun beli bungkus. Wow… jarang saya tengok gerai yg hanya menjual BURGER tapi pelanggan2nya kena menunggu siap ada kerusi khas gituw Untuk makluman anda, restoran ni pernah mendapat slot untuk rancangan Warung Kita saluran Astro Prima suatu masa lalu. Sebenarnya saya nak diet kolestrol tapi bila dah datang sini, segala matlamat diet itu musnah setelah melihat kepelbagaian jenis burger yang lazat terdapat di sini. Bau semerbak burger yang sedang dimasak juga telah menggamit selera kami. Rugi kalu tak beli burger Ijan, maklumlah kami ni datang dari jauh. Tambahan bila melihat ramai orang yang sanggup menunggu giliran untuk menikmati Burger Ijan membuatkan kami juga tak mahu melepaskan peluang Inilah 'burger special' yang saya tapau untuk di bawa balik ke rumah. Masa kat kedai tadi nampak burger ni sungguh menyelerakan. Tetapi bila dah dibungkus dan terperap lama dalam kereta (krn perjalanan kami dari seremban ke Damansara), membuatkan burger ni hampir lunyai dan lembek. Pada saya keistimewaan burger ni terletak pada sos dan mayonis nya yang manis. Selain itu saya lihat, peniaga ni tak kedekut dalam meletakkan bahan2 seperti sayuran salad, timun, bawang dan tomato termasuk mayonis dan juga sos cili. Jadi itulah faktor yang membuatkan Burger Ijan sangat istimewa di mata pelanggannya, selain harganya yang berpatutan. InsyaAllah jika ada urusan ke Seremban lagi, saya nak cuba makan Burger Ijan digerai itu tanpa dibungkus pula. Mungkin lebih sedap ! Kalau anda nak tahu lokasi gerai ni dengan lebih tepat, cuba belek-belek peta yang saya ambil dari sini Untuk maklumat lebih lanjut, kawan-kawan boleh layari juga laman ini : http://IjansBurger.blogspot.com Makan-Makan di Malaysia, Negeri Sembilan Food Directory, Western Food | | | Trackback | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan