Selasa, 2 April 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Umum tarikh p&#39;raya <b>di</b> N <b>Sembilan</b> ikut perlembagaan – Pakatan <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 01:28 AM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

SEREMBAN 28 Mac: Peguam Negara atau penasihat undang-undang negeri diminta menjelaskan tentang tarikh bagi pilihan raya Negeri Sembilan, berdasarkan peruntukan perlembagaan.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Dato Kamarul Baharin Abbas berkata, ini kerana tarikh pilihan raya di negeri itu perlu diadakan sebelum 18 Jun 2013.

Katanya, berdasarkan perkara 55 (1 ) dan (4) perlembagaan persekutuan,  ia menyebut pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir.

Kamarul BaharinIa juga dijelaskan dalam Jadual Kelapan [Perkara 71] – Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri di bawah seksyen 9. (1) Raja hendaklah memanggil Dewan Undangan dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

Menurut Kamarul, berdasarkan perkara itu, tarikh akhir DUN Negeri Sembilan bersidang ialah pada 18 Disember 2012, yang bermakna  persidangan DUN penggal berikutnya mesti diadakan sebelum 18 Jun 2013.

"Ia bermaksud pilihan raya di Negeri Sembilan perlu diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan atau minggu ke 3 bulan Mei 2013,"

"Jadi kita minta peguam atau penasihat undang-undang negeri untuk memberi penjelasan mengenai peruntukan perlembagaan ini, supaya tidak melanggar peruntukan," ujarnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Jalan Tuanku Antah, Seremban tengahari tadi.

Turut hadir Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Sementara itu, Loke Siew Fook berkata, berdasarkan proses pilihan raya yang tertera dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), suruhanjaya itu sepatutnya mengeluarkan writ bagi memaklumkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.

"Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.

"Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan," ujarnya memetik proses berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia berbeza dengan pengumuman suruhanjaya itu sejak awal yang memutuskan pilihan raya umum akan dijalankan serentak di semua negeri.

"Sedangkan tidak ada peruntukan dalam perlembagaan menyebut perkara ini. Kita tak tahu bila tarikh pilihan raya umum. (Perdana Menteri) Najib belum dapat ilham bilakah ia akan adakan.

"Dalam konteks pilihan raya negeri, ia tidak terikat dengan parlimen. Tak kira parlimen bubar atau tidak bubar, DUN mesti mengadakan pilihan raya segera. SPR perlu buat proses ini secepat mungkin," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Taufek menggesa penjawat awam agar tidak menyertai mana-mana program kerajaan yang bersifat politik, selepas pembentukan kerajaan sementara.

Katanya, SPR perlu mengeluarkan garis panduan jelas berhubung perkara itu agar ia tidak menjejaskan proses ketelusan pilihanraya di negeri itu.

(Berita penuh menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48528

warisanwizurai: PERANAN KERAJAAN SEMENTARA SETELAH <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2013 08:26 AM PDT

Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat hari ini, Rabu, 27 Mac 2013.  Untuk tempoh sehingga 60 hari yang akan datang, Negeri Sembilan bakal diperintah secara kerajaan sementara ataupun caretaker government. Tamatlah sudah tempoh 5 tahun Barisan Nasional memerintah di negeri beradat ini. Puas hati atau tidak  perkhidmatan yang diberikan sepanjang tempoh memerintah, biarlah rakyat yang menentukan. Undi menjadi saksi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang tidak kunjung-kunjung tiba ini.Dewan undangan Negeri Sembilan mengangkat sumpah pada 27 Mac 2008, maka, kerajaan negeri terbubarlah dengan  secara automatik pada hari ini, Rabu, 27 Mac 2013 dan mulai hari Khamis, 28 Mac 2013, kerajaan Negeri Sembilan diperintah secara kerajaan sementara. Tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013.
Keadaan sekarang agak begitu asing sekali.Asing disini bermaksud inilah pertama kalinya sejak Malaysia merdeka Dun terbubar secara automatik berikutan tarikh pilihanraya tidak dapat ditetapkan oleh kerajaan memerintah. Sana sini orang bercakap mengenai siapa yang akan perintah Negeri Sembilan dalam kerajaan sementara ini. Ok rilek..berdasarkan apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini, kerajaan sementara ini yang akan mengambil alih sementara menunggu pilihanraya. Boleh jadi dan layak untuk kerajaan yang sedia ada sebelum DUN bubar yakni Barisan Nasional yang akan jadi caretaker government dengan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Apa itu kerajaan sementara? Ok..kerajaan sementara dalam konsep Malaysia adalah satu bentuk kerajaan yang memiliki kuasa untuk memerintah secara sementara dan tempoh pemerintahan itu amat pendek. Sebagai contoh berdasarkan situasi sekarang, kerajaan Sementara di Negeri Sembilan akan memerintah selama 60 hari sahaja memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013. 
JADI APA PERANAN KERAJAAN SEMENTARA? ok WW tak nak komen dari sudut perundangan kerana berdasarkan pengalaman dan amalan, yang ikut perundangan orang tak cenderung nak ikut. orang lebih suka ikut sistem amalan berkurun lamanya ni. Ok jadi inilah peranan kerajaan sementara berdasarkan rasional dan konsep amalan yang telah diamalkan.
1. TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN BESAR ATAU DASAR NEGARA
2. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MELIBATKAN PENJAWAT AWAM DALAM KEMPEN 
     PILIHANRAYA - Yakni membantu parti memerintah
3.  ADUN ATAU WAKIL RAKYAT PARTI PEMERINTAH TERDAHULU
     ( di Negeri Sembilan BN)   HARUS DIHENTIKAN BAYARAN ELAUN DAN GAJI 
     MEREKA-  memandangkan mandat sudah habis.
4.  SEBARANG PERLANTIKAN JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN HENDAKLAH
5.  KONTRAK-KONTRAK BESAR  TIDAK BOLEH DITANDATANGANI SAMA SEKALI
haa..tu antara peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerajaan sementara.Tapi berdasarkan amalan, semua main langgar je kan...

pas ns tunduk lagi dengan tangan anwar <b>di negeri</b> <b>...</b> - My Home Soil

Posted: 28 Mar 2013 05:51 AM PDT


PAS Negeri Sembilan sekali lagi terpaksa akur dengan tangan-tangan Anwar di Negeri Sembilan walaupun proksi anwar di Negeri Sembilan iaitu KAMARUL BAHARIN sebenarnya sudah tiada tempat pada rakyat Negeri Sembilan! Kamarul Baharin merupakan seorang Ahli Parlimen atas nama sahaja dan sangat jarang berada di kawasannya. 
Beliau juga kalah dalam pertandingan di Bahagian Telok Kemang. Namun, apa kan daya, kuasa anwar berjaya menundukkan PAS NS! KAH ... KAH.... jangan harap PAS akan dapat lawan UMNO di kawasan-kawasan yang ditandinginya. Semua kawasan tersebut merupakan kubu kuat UMNO. Malahan Paroi juga dilihat bakal jatuh ke tangan UMNO!  
PKR pun mungkin akan mengalami kekurangan kemenangan di NS! Kawasan-kawasan yang mereka duduki sekarang bukannya selesa. UMNO semakin matang dalam menghadapi PRU 13! 
Apa yang kita boleh jangka, DAP Akan mendominasi PR Negeri Sembilan. Tetapi PR masih tetap menjadi pembangkang di Negeri Sembilan! 
SEREMBAN 28 Mac - Pakatan pembangkang negeri ini hari ini mengumumkan akan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendominasi 13 kerusi DUN.
Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Pas akan bertanding di 12 kerusi DUN termasuk mempertahankan kerusi DUN Paroi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menurut beliau, DAP pula akan bertanding di 11 kerusi DUN namun Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook tidak akan bertanding di DUN Lobak sebaliknya di DUN Chennah.
"Pakatan pembangkang negeri ini dari awal bersetuju dengan pembahagian kerusi dan kita akan memberikan saingan sengit kepada semua calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR negeri di Rahang, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Siew Fook, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan beberapa bekas wakil rakyat pembangkang.
Difahamkan menerusi pembahagian kerusi itu, Pas bersetuju menyerahkan kerusi DUN Gemas dan DUN Seri Menanti kepada PKR sebagai ganti untuk bertanding di DUN Labu.
Dalam persetujuan itu juga, Pas akan bertanding di DUN Bagan Pinang, Kota, Chembong, Paroi, Gemencheh, Serting, Sungai Lui, Klawang, Senaling, Johol dan Lenggeng selain di Labu.
Sementara itu, PKR akan terus bertanding di DUN Linggi, Port Dickson, Chuah, Rantau, Palong, Pertang, Pilah, Juasseh, Jeram Padang, Sikamat dan Ampang selain di Gemas dan Seri Menanti.
DAP pula akan bertanding di DUN Lukut, Repah, Bahau, Chennah, Senawang, Mambau, Rahang, Lobak, Bukit Kepayang, Temiang dan Nilai.
Bagi kerusi Parlimen pula Pas akan bertanding di Jelebu, Jempol dan Tampin sementara PKR meletakkan calonnya di Rembau, Telok Kemang dan Kuala Pilah manakala DAP akan bertanding di Seremban dan Rasah.
Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memenangi 10 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen iaitu Seremban dan Rasah sementara PKR memperoleh empat kerusi dengan satu kerusi Parlimen di Telok Kemang manakala Pas hanya memenangi kerusi DUN di Paroi. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads