Sabtu, 12 Oktober 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Tampin, <b>Jempol</b> pada 8 Okt - AANS BLOG

Posted: 04 Oct 2013 04:45 AM PDT

SEREMBAN, (Bernama) - Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (8 Okt) berikutan kerja penambahbaikan loji rawatan di Pasir Besar, Gemas dan Jempol.

Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), gangguan di kawasan Tampin membabitkan seluruh Felda Sungai Kelamah, Kampung (Kg) Sungai Dua, Kg Tenai, Kg Air Gelugor, Kg Gedok Sawah, Majuternak, Kg Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg Londah, Kg Ladang, Kg Bangkahulu, Kg Ulu Ladang, Taman Halacara Baru, Ladang Tabung Haji, Felcra Jelai, Felda Jelai 1,2,3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kg Pasir Besar serta Felda Palong 1. Di Jempol, kawasan yang terlibat ialah Felda Raja Alias (1,2,3 dan 4), Air Hitam, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan dan Sg Lui), Bahau, Serting Hilir, Serting Hulu, Gekko, Ladang Gaddes, Serampang Indah, Bayai dan Batu Kikir.

Projek bandar baharu <b>di Jempol</b> - Utusan Online

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 11 Sept. - Sebuah bandar baharu yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan infrastruktur akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat oleh Kumpulan IOI di daerah ini bagi memenuhi permintaan tempatan dan keselesaan awam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, Wan Razali Wan Awang (gambar) memberitahu, antara pakej yang ada dalam projek pembangunan itu ialah pembinaan pasar raya Tesco Stores (M) Sdn. Bhd (Tesco Malaysia), restoran makanan segera McDonald serta satu laluan pintas menghubungkan Mahsan ke Rompin.

''Projek ini melibatkan keluasan tanah seluas 202.35 hektar dan ketika ini kerja menolak dan meratakan tanah telah pun siap dilakukan," katanya di sini hari ini.

Katanya, bagi pasar raya Tesco, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah pun meluluskan pembinaannya pada Ogos lalu dan syarikat itu perlu menyegerakan pembinaan dalam tempoh dua tahun serta beroperasi selewat-lewatnya Ogos 2015.

Selain itu kata Wan Razali, jalan pintas yang akan dibina kelak merupakan projek penyuraian kesesakan terutamanya di persimpangan utama Bahau-Rompin berdekatan landasan kereta api Bahau.

''Buat masa ini pengguna jalan raya terpaksa melalui jalan itu untuk ke Bahau dan Rompin, malah kerap kali berhadapan kesesakan khususnya hujung minggu.

''Laluan baharu ini akan lebih pendek dan boleh digunakan orang ramai untuk ke Segamat, Johor," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Wan Razali juga menegaskan pihaknya telah kehilangan 30 anak pokok gaharu yang ditanam di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan pada Mei lalu.

''Pokok gaharu ini kita terima sumbangan Tesco ketika pelancaran program penghijauan bumi dan ketika itu sebanyak 4,000 anak pokok jenis itu diterima. Hari ini 30 daripadanya telah hilang.

''Kita memahami pokok ini mempunyai pasaran yang tinggi dan untuk itu, pihak majlis akan mendapatkan kerjasama Polis Bantuan Felda untuk mengawasi kawasan tanaman berkenaan," katanya.

Tesco bakal dibina <b>di Jempol</b> - AANS BLOG

Posted: 11 Sep 2013 09:57 PM PDT

JEMPOL - Ekonomi di daerah ini dijangka berkembang lebih pesat apabila sebuah pasar raya Tesco dibina berdekatan tapak Bandar IOI @ Jempol.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, Wan Razali Wan Awang berkata, pihaknya menerima surat kelulusan bagi membina pasar raya tersebut akhir Ogos lalu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dijangka siap serta beroperasi sepenuhnya pada 0gos 2015.

"Tapak Bandar I0I ini mempunyai anggaran keluasan 202.35 hektar dan 200 hektar daripada keluasan tanah itu akan dibina dengan pelbagai bangunan perniagaan.

"Manakala pembinaan jalan pintas pula dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Bahau kerana pengguna jalan raya tidak perlu lagi melalui Pekan Bahau untuk ke Pekan Rompin, Gemas, Tampin ataupun Johor," katanya ketika ditemui, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads