05 di jempol - Google Blog Search |
Pemuda BN <b>Jempol</b> Fasa Akhir Persediaan Untuk Bertempur <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 01 Nov 2012 06:12 AM PDT Kategori Dari BahagianPemuda BN Jempol Fasa Akhir Persediaan Untuk Bertempur Di Medan PRU 13Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh JEMPOL, 1 Nov – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol baru-baru ini telah mengadakan Kursus Pemidato Pemuda BN Jempol khususnya menyediakan barisan jurucakap dan penceramah Pemuda BN, dalam menangkis dakyah dan fitnah dari pakatan pembangkang terutama menjelang pilihanraya umum nanti. Pengerusinya, Nizam Aman berkata, Pemuda BN Jempol sedang membuat persiapan terakhir Pilihan Raya Umum, bukan sahaja dari segi gerak gempur, keselamatan malah jurucakap dan penceramah khusus dari Pemuda Jempol sendiri yang lebih memahami isu tempatan dan isu-isu semasa di sini. "Di sini kita dapat melihat Pemuda BN Jempol telah siap siaga, jentera gerak gempur, pemuda bermotor dan penambahbaikan yang kita buat, di mana kewujudkan Unit Pidato di peringkat Pemuda BN Nasional, akan memberikan ruang dan peluang khususnya kepada anak-anak muda dalam daerah Jempol ini mempelari teknik dan taktik mematahkan hujah-hujah pembangkang. "Hari ini kita dapat lihat, di dalam kursus ini komitmen anak-anak muda mampu berhujah dengan cara yang baik dan matang, dalam usaha mematahkan dakyah-dakyah pembangkang. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk kita melahirkan lebih ramai pejuang dan pemimpin muda dalam Pemuda BN dalam meneruskan kesinambungan perjuangan BN di masa akan datang," ujarnya. Tambahnya, program-program sebegini harus diteruskan dari semasa ke semasa selain diskusi di antara ahli dan pemimpin Pemuda Kompenan BN, kerana di sinilah kita boleh bertukar-tukar pemikiran dan pandangan selain memantapkan gerak kerja Pemuda BN bukan sahaja dalam persiapan menghadapi pilihan raya, malah dalam gerakkerja kita mendekati rakyat khususnya di akar umbi. "Inilah salah satu pendekatan Pemuda BN menambah baik gerakan kita, Unit Pidato ini memberikan peluang kepada anak muda menunjukkan kebolehan dan keberanian mereka untuk bercakap bukan sahaja di pentas-pentas ceramah, malah di kedai-kedai kopi juga," ujarnya lagi. -MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 9:12 PM |
Gangguan bekalan air <b>di</b> Seremban, <b>Jempol</b>, Tampin, Gemencheh <b>...</b> Posted: 04 Nov 2012 09:42 PM PST SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Jempol, Tampin, Gemencheh dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pengalihan paip dan penyelenggaraan loji rawatan air. Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 9 pagi keesokannya (7 Nov) di Seremban melibatkan seluruh bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Batu-5 Jalan Kuala Sawah, Jalan Sa'ba, Jalan Rahang dan Jalan Labu Lama. "Di Jempol, gangguan bekalan air bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam melibatkan Felda Sungai Lui dan Felda Lui Barat, manakala gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam di Tampin pula melibatkan Kampung Keru, Taman Repah, Kampung Repah, Kampung Seri Repah, kawasan industri Repah dan Taman Gunung Mas. "Turut terlibat ialah kawasan industri Gunung Mas, Taman Woon, Taman Bahagia, Taman Tampin, Kampung Baru, Kampung Tampin Tengah, Hospital Baru Tampin, Kampung Dusun, Taman Tampin Jaya, Rumah Rakyat Repah, Kampung Kolam Air, Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian dan Taman Rasa Sayang," katanya di sini, hari ini. Azlan berkata di Gemencheh gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam) melibatkan Taman Orkid, Taman Gembira, Taman Gemencheh Baru, Ladang Regent, Taman Regent, Taman Muhibbah, kawasan Batang Melaka dan Kampung Punggor.
Selain itu, gangguan juga berlaku di Mukim Tanjung Kerling, Batu Hampar, Taman Seri Rembau, Kampung Chuai, Pekan Rembau, Sena Ulu dan Hilir, Kampung Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kampung Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Mulia, Kampung Seberang Sawah, Kampung Perigi Jernih dan Kampung Tebing Tinggi. Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat terutama di beberapa kawasan tinggi yang pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. Sumber: Bernama IKLAN TEKS: Ingin membeli produk insurans Etiqa Takaful? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan. Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini! |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan