Isnin, 5 November 2012

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Tambak pantai: Peniaga <b>Teluk Kemang</b> terjejas - Mohamad Taufek <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peniaga sekitar Pantai teluk Kemang ke Parlimen hari ini bagi mengadu tindakan kerajaan membina projek pembangunan di kawasan tersebut sehingga menjejaskan perniagaan mereka.
Kumpulan tersebut yang diketuai Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib membantah proses penambakan pantai yang menjadikan cerun semakin dalam dan telah mengorbankan beberapa nyawa.
Mereka ditemani Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrulhisham Shahrin.
"Secara tidak langsung ini menjejaskan kedatangan pelancong dan dan menjejaskan ekonomi para peniaga di kawasan sekitar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Kumpulan tersebut turut membantah pembinaa longkang-longkang besar yang menyebabkan air laut Telok Kemang menjadi keruh dan kotor.
Air longkang yang kotor dan mengandungi bahan-bahan kimia menyebabkan kulit pengunjung dan pelancong dijangkiti kuman.
"Kami bukan menolak pembangunan tetapi kami tak setuju air longkang dialirkan ke laut. Ini bukan sahaja menyusahkan pengunjung malah ikan-ikan juga lari ke tempat lain dan menjejaskan pendapatan nelayan." katanya.
Selain itu, kumpulan tersebut menuntut gerai-gerai yang sudah buruk dibina semula berkonsepkan seni bina Negeri Sembilan yang boleh menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong.
"Kami tidak mahu gerai-gerai kami dibina seperti sekarang yang seakan-akan kedai menjual ikan dan tiak mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) yang dikategorikan sebagai projek gajah putih," tegasnya.
Shahruddin juga kesal apabila aduan mereka kepada Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin kelmarin tidak diambil peduli.
"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.
Sokongan terhadap Umno tipis
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani yang juga ketua bahagian Umno batu Empat mengakui bahawa sokongan terhadap parti itu semakin tipis akibat isu ini.
"Majoriti daripada kami ini ahli Umno dan harapan untuk terus menyokong Umno semakin tipis bila kami diperlakukan begini," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), dan Er Teck Hwa (DAP-Bakri).
Peniaga diusir, Pantai Telok Kemang dirampas untuk pembangunan
KUALA LUMPUR 1 November: 100 wakil peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson berhimpun di perkarangan Parlimen hari ini membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.
Perhimpunan itu diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani dan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib.
Dalam panas terik, kumpulan tersebut turut memegang sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis "Selamatkan Pantai Kito", "Mana Hak Kami" dan "Kekalkan Keaslian Pantai Telok Kemang".
Mereka juga menyampaikan memorandum berhubung perkara itu.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tanah tersebut ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.
Katanya, kerajaan negeri rakus merampas tanah tersebut dan menghalau peniaga terbabit tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.
"Mengikut Kanun Tanah Negara, menjadikan pantai sebagai milik peribadi adalah satu kesalahan. Kerajaan luluskan pula projek untuk tambak pantai yang merosakkan kawasan pantai dan menghalau peniaga yang sudah berpuluh tahun berniaga di sana," katanya.
"Kita juga telah tampil ke pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panjangkan isu ini. Janji bagi jawapan, tapi hingga kini masih tiada respon, jadi hari ini kita bawa mereka ke Parlimen supaya rakyat Malaysia tahu tentang isu ini," kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu.
Memorandum berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Disebabkan kelewatan beliau, memorandum diserahkan kepada Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua untuk dibahas di Parlimen.
Kelmarin, ketika peniaga tersebut bertemu Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin, mereka dihalau, malah turut dipanggil 'lembu'.
"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.
Pemimpin Pakatan Rakyat turut memandang serius penindasan itu dan mendesak pimpinan BN membela nasib rakyat serta pantai yang sepatutnya menjadi milik mereka.
"Sebenarnya isu ini tidak susah, sepatutnya pihak berkuasa Port Dickson boleh selesaikan isu ini di sana tanpa rakyat perlu bersusah payah datang sejauh ini menuntut pembelaan," kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Antara pemimpin yang turut menyatakan sokongan dan turut sama berdemo termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

~We Gain & We Spent~: Pantai <b>Teluk Kemang</b>, PD

Posted: 01 Nov 2012 07:51 AM PDT


Ni dah termasuk dalam kategori tak tau nak pergi mana tapi nak berjalan. Nak pergi jauh2 kashi illek. So pergi je la mana dan. Ukur baju badan sendiri ye dak? tp bdn aku beso. Kalau nan hadoo, buat cara nan hadoo. Ini la dia jalan2 cuci mata kami sebelum raya aidiladha hari tuh. Ke Teluk Kemang, PD. Walaupon biasa2 jer, kami cukop bahagia berborak dr tengahari sampai menjelang senja. Makan, borak, gelak, makan, gelak dan borak. Dengan modal beberapa ringggit je. Alhamdulillah.

Punya la ramai manusia. Punya lah dah lama tak pergi. Punya la lain rupa. Punya la terkejut aku nengoknya.


Banyak gerai2 niaga di sepanjang pantai. 


Tempat parking pon banyak dan semakin terurus.

Oh yang ini aku sangat teruja. Dulunya tepi pantai ni kosong tak ada apa2. Nowdays dah ada benda baru  ala2 negara jiran. Iaitu canopy and kerusi2 santai UNTUK DISEWA. 


Nothing is free in this world. Jangan selamber badak duduk plak. Wah ingat ada orang sedia untuk kita? Baik sangat la orang2 tuh kan ;p Kalau di negara jiran kerusi malas je semata dibentangkan. RM10-RM20 sewa seharian kalau tak silap. Duduk la ko sampai kematu. Di PD ni RM40 kauuuu. Tapi 1 canopy siap dengan 4 buah kerusi lah dia bagi. Siap 1 meja koboi. Tapi masih mahal la pada aku. Sian makcik2 yang nak menyewa. Bkn mat saleh yang nak duduk n membaca kat situ sampai 18jam. Paling2 pon org mesia ni berendam 1-2jam pon dah sangat lama untuk 1 family. Dengan RM40 baik depa p makan anak beranak. Ye dak? 
Banyak kemudahan untuk orang ramai. Segala2nya dah di pertingkatkan. Ada balai polis depan tuh, ada bilik mandi yang besar dan mcm2 lagi lah untuk mempermudahkan para pengguna.


Sepanjang pantai memang meriah dengan jualan2.

Price tuh mahal ke murah? 


Apekebenda ni?Rumah api barangkali ;p Eh ctk burung terbang tuh. Indah!





Dah penat bersiar2 moh makan.

Sepanjang jalan tuh melambak gerai2 yang boleh menjadi pilihan uols. Memang aku suke bena gerai2 tepi jalan ni. Tak sure kenapa, memang darah kampung mengalir dalam diri ini kot. Ahaks. Bile gerai ia akan menjadi lebih santai dan sempoi. Baru lah chill. Sedap borak.
Memang sodap! Asam laksa.



Tak ke rasa indah lepak disamping orang tercinta. Buang2 masa yang berbaloi? Tapi jgn la buang masa sampai kelaut dan lupa kewajipan. Huhuhuhu. Gerai makan plak aku tak tahu nak rekemen yang mana. Aku rasa semua sedap. Semua hampir sama. And alhamdulillah gerai yang kami pilih ni gerai yang sedap. Nak tahu sedap ke tak sedap nya kami makan minum sampai ke petang. Sampai meja kami penuh dek makanan dan gelas air. 
Total untuk semua yang kami makan adalah RM20 sahaja. Alhamdulillah. Murah gila. Kopi o ais, kelapa, teh tarik, laksa asam, mee goreng telor mata, cendol, kerang rebus!
Kenyang perut, senang hati. Jom sambung jalan.

Tangkap gambar dari tempat duduk gerai. PEMALAS kan?
Lepas dah kenyang kami pon jalan untuk tengok sunset. Alhamdulillah. Lagi sekali kami dapat menyaksikan apa yang menghiburkan hati kami. Kejadian Ilahi. 





So.. Wassalam uols. Nanti bersua kimbalik ya? Kalau ada rejki, insyaAllah. Kalau untung sabut timbul, kita jalan jauh sket, untung batu? Kita jalan dekat jer nahhh? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads