Isnin, 5 November 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Digelar 'Nyonya kutip kotak' | n9kini.net

Posted: 29 Oct 2012 06:21 PM PDT

SEREMBAN – "Saya tiada wang. Saya lebih sanggup bergelap dan berpanas di rumah kerana mahu berjimat," kata Lee Nyiek Kiaw, 76, yang hidup serba kekurangan selepas mengambil keputusan tinggal sendirian kerana tidak mahu menyusahkan anaknya.

Malah, ketika kunjungan Sinar Harian ke rumahnya di Mambau, dekat sini bersama Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Masyarakat Negeri Sembilan (PKKMNS), Nyiek Kiaw memberitahu, itu kali pertama kipas di rumahnya dibuka sejak empat tahun menetap di situ.

Menurutnya, bagi menampung kehidupannya dia akan mencari dan mengutip barang terpakai yang boleh dijual untuk mendapatkan wang.

"Saya akan keluar rumah seawal jam 4 pagi bagi mencari barang terpakai seperti kotak, tin dan botol di sekitar kawasan perumahan saya.

"Biasanya jam 7 pagi saya akan pulang ke rumah untuk bersarapan dan dua jam kemudian saya akan keluar semula bagi meneruskan kerja mencari barang terpakai," katanya.

Nyiek Kiaw yang dikenali sebagai 'nyonya kutip kotak' berkata, dia tidak ada pilihan lain kerana dalam usianya semakin tua tiada sesiapa yang sanggup menerimanya bekerja.

"Penduduk di kawasan ini pun tahu kerja saya dan mereka sangat baik apabila memberi barang terpakai kepada saya untuk dijual.

"Biasanya saya akan menjual sekaligus kepada peraih dengan bayaran sebanyak RM40 hingga RM50 sebulan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika terdesak dia terpaksa menjual barang yang dikumpul kepada peraih lain yang bayarannya jauh lebih rendah.

Lebih malang lagi, katanya, pernah hasil kutipan barang terpakai yang dikumpulnya di belakang rumah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Dulu saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan, tapi sejak menghidap sakit jantung dan perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) saya tidak kuat lagi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads