Isnin, 5 November 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Qasidah Kontemporari, dakwah Bushra Lana | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:21 PM PDT

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan album nasyid Qasidah Kontemporari yang pertama diterbitkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) baru-baru ini.

MASHITAH Ibrahim melakukan gimik pelancaran album Qasidah Kontemporari sambil diperhatikan oleh Muhamad Muda (kiri) bersama Kumpulan Bushra Lana di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Album ini dinyanyikan oleh enam pelajar USIM yang menggelarkan diri sebagai kumpulan Bushra Lana menggunakan pendekatan susunan muzik kontemporari dalam menarik minat belia dan mahasiswa supaya mencintai lagu-lagu yang memuji Rasullulah S.A.W selain memacu keupayaan universiti meningkatkan karya seni berteraskan Islam.

Antara enam buah lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah, Assalamu'alaik; Bushra Lana; Khairul Bariyyah; In Qiila Zurtum; Salamun Kamiskil Khitam dan Ya Imam Rusli.

Penerbitan album ini juga menerapkan hiburan keislaman dalam menyemarakkan industri nasyid tanah air selain meningkatkan pembangunan sahsiah di kalangan warga IPTA dalam melayari hiburan yang mendidik jiwa.

Album tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Ketua Kumpulan Bushra Lana, Mohd Husaini Mahmur berkata, kewujudan album ini bertujuan memelihara dan mencintai hiburan yang berteraskan Islam.

"Lagu-lagu ini menekankan aspek meningkat kerohanian dan mendidik jiwa bagi setiap pendengar. Kami mengharapkan ia dapat diterima oleh mahasiswa di IPTA di seluruh negara.

"Lagu-lagu ini mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Tidak seperti muzik dan genre lagu lain yang melalaikan masa kini," katanya.

Mohd Husaini berkata, kumpulan Bushra Lana mengeksperimen gabungan muzik kontemporari Islam dan moden untuk menjadikan ia lebih dirasai dan dapat diterima oleh semua generasi tanpa mengubah dan menghilangkan keaslian kesenian muzik Islam.

"Qasidah Kontemporari mengandungi enam lagu yang dirakamkan di studio rakaman Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

"Penerbitan album ini diketuai oleh Ketua Unit Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed dengan menggunakan khidmat komposer terkenal Fauzi Marzuki," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads