05 di serting - Google Blog Search |
Dari Dalam Aku: Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu Posted: 05 Nov 2012 05:05 AM PST Aku nak bercerita tentang seuah taman rekreasi yang terletak di Negeri sembilan dalam Daerah Jelebu. Terletak dalam kampung serting Ulu dan lokasinya agak jauh ke dalam dari jalan besar. Kira-kira hampir 5 minit memandu ke dalam kawasan kampung, kita akan menemui kawasan rehat ini. Salah satu tempat rekreasi dan bersantai yang tenang dan sesuai untuk sekeluarga menikmati ketenangan alam, kehijauan rimba dan kesejukan air bukit yang mengalir. Keseluruhan kawasan itu sederhana sahaja kerana masih banyak kelemahan dan penyelenggaraan yang longgar di Taman rekriasi itu. bagaimanapun, cukuplah untuk orang ramai berlibur sempena cuti bersama-sama keluarga.Agak menyedihkan juga kerna, hanya terdapat segelintir sahaja peniaga yang tahu mengambil kesempatan bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung. maklumlah, selepas mandi selalunya, budak-budak akan kelaparan dan kehausan.Maksudnya di sini, pengunjung digalakkan untuk membawa bekal makanan sendiri. selain itu, mereka juga bebas untuk melakukan aktiviti seperti memanggang atau berbabique... Aliran airnya yang sejuk sungguh menyamankan sesiapa yang mandi tetapi adakalanya aliran air terjun di situ semakin sikit dan untuk pengunjung memilih kawasan mandian sangat terhad. Kebanyakan mereka bermandi manda di kawasan paling bawah kerana di situ terdapat kolam buatan yang menampung air yang banyak dan agak dalam. Bagaimanapun, kanak-kanak di larang mandi tanpa awasan orang dewasa. Antara hidupan yang menarik perhatianku...seolah ulat gonggok tetapi pendek. Bersais besar sebesar 2-3 jari. |
You are subscribed to email updates from di serting - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan