Ahad, 2 Oktober 2011

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


<b>Jempol</b> Kakiku « ~*~Catatan Shinta Dwi Handayani~*~

Posted: 16 Sep 2011 04:56 AM PDT

Posted by: shintashinta on: September 16, 2011

Gw : Dok, jempol kaki saya kemaren sakit kayak kejepit gitu. Kayaknya gara2 pake sepatu yg ujungnya agak sempit, warna kukunya jd ungu keiteman gitu. Sebetulnya udh gk sakit lagi, tapi td pagi keinjek org di angkot, rasanya skrg jd sakit banget, bahkan kalo cuma disentuh aja rasanya pengen tereak kenceng2.

Dokter : ooh.. Itu darah beku. Nanti jgn dipake lagi sepatu yg kesempitannya. Sakitnya itu gara2 kukunya lepas dr kulit gara2 si darah beku itu menggumpal di bawah kuku.

Gw : ooh gitu. Terus penanganannya gmn dok? Bisa dikeluarin gak dok darah bekunya?

Dokter : bisa aja. Itu kedua kuku jempolnya mesti dicabut *dengan muka lempeng*

Gw : (!!!!!)
…………………………..
…………………………..
…………………………..

Dokter : gimana? Mau?

Gw : ada cara yg lebih ringan gak dok? Disedot mungkin..?

Dokter : ooh.. Iya ada.. Nanti kukunya dibelek aja *masih dengan muka lempeng*

Gw : …………………………..
Itu dibius kan dok?? Suntik biusnya nggak di kaki kan dok??

Dokter : iya, dibius lokal, tp cm pengaruh 20menitan, selebihnya nanti sakitnya ditahan aja. Tenang aja, suntiknya gk di kaki, tapi di jempol kaki yg sakitnya. Disuntiknya di sela2 kuku ama kulit.

Gw : T____________T,, gak jadi dok. Minta salep aja dah.

#this is why I hate hospital
#this is why I'm afraid of doctor
#this is why I would'nt go to hospital alone

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Tiga rumah kedai sederet terbakar <b>di Mambau</b> | Sharing ur Life

Posted: 13 Sep 2011 10:48 PM PDT

SEREMBAN: Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau, dekat sini, pagi tadi, yang melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, kata Pegawai Operasi Bomba Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Sekitar aktiviti AMKN9 <b>di Teluk Kemang</b> « Angkatan Muda Keadilan <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2011 10:40 AM PDT

Follow

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Ruang Sembunyi: Cikgu oh Cikgu <b>di Mantin</b>

Posted: 14 Jun 2011 08:32 PM PDT

Aku bersyukur takde kawan2 macam puan saudari ni. Sian aku tengok kawan-kawan puan saudari yang dapat dosa kering kerana terlibat dengan umpatan dan fitnah puan saudari kepada keluarga kami.

Sebelum saudari nak nasihat orang, apa kata puan saudari nasihat dulu kawan-kawan saudari tu dulu. Sebab susah nanti kawan-kawan saudari nak minta maaf dengan orang tua aku nanti. :)

Aku memang takkan bagi puan saudari dan kawan-kawan saudari dekat dengan rumah aku. Sebab aku dah benci sangat dengan puan saudari. Andai kata ada kemaafan oleh orang tua aku, tapi susah untuk aku lupakan apa yang  puan saudari telah lakukan sebab fitnah dan umpatan lemparkan kepada orang tuaku terlalu KURANG AJAR dan tidak bertamadun. Yang bestnya, puan saudari adalah seorang guru.

Puan saudari, aku tak minta banyak. Aku minta puan saudari padam semua umpatan dan fitnah yang puan saudari dok kecoh satu dunia dalam blog dan FB puan saudari.

Puan saudari bernasib baik, sebab aku tak langsung memberitahu identiti puan saudari sebaliknya puan saudari terang-terangan menghebohkan satu dunia siapa yang puan saudari maksudkan.

Puan saudari, siapa yang mulut murai sekrang ni? sebab tu aku kata puan saudari ni mulut longkang/tempayan. Punya hati yang sangat busuk dan hitam.

Mungkin atas sebab itu puan saudari lupa segala jasa/budi/pengorbanan yang telah kedua orang tua aku buat untuk saudari. Tiada satu ungka\pan TERIMA KASIH langsung dari mulut puan saudari. Tiada langsung.

Sewaktu puan bercerita kepada kawan-kawan saudari, ada puan saudari ceritakan segala pengorbanan
orang tua aku tak? ada tak puan saudari? Takde kan. Sebab tu kawan-kawan puan saudari yang sangat-sangat kesian tu aku rasa tak patut memberikan pendapat jika tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Baik puan saudari berterus terang dengan kawan-kawan saudari.

Orang tua aku tak ungkit langsung.AKU yang ungkit. Sebab aku yang nampak semua yang emak dan bapa aku dah buat pada saudari. Tapi puan saudari tak sedar dan tak hargai langsung sebab hati puan saudari yang hitam tu telah tertutup rapat dengan segala kebaikan orang lain. Kesian kan?

Takpelah. Ini entry aku yang terakhir ditujukan kepada puan saudari yang kini bertugas sebagai seorang guru di mana ye.. MANTIN ke NILAI? aku pun malas nak ambil tau. Cuma aku kesian dengan kawan-kawan puan saudari. Macam mana mereka nak minta maaf dengan mak bapa aku bila mereka tahu hal yang sebenar? Aku cakap awal-awal, aku tak bagi puan saudari dan kawan-kawan puan saudari jejak lagi ke kawasan rumah aku sebab aku akan terbayang kesedihan dan kesayuan muka emakku bila puan saudari terus-menerus mengumpat dan memfitnah emak dan bapaku.

Aku harap puan saudari sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Jangan sampai balasan dari ALLAH datang. Sebelum saudari menyuruh orang lain solat taubat nasuhah apa kata saudari dulu yang buat dan menggantikan semua solat-solat yang puan saudari telah tinggalkan (kalau adalah kan....)

Aku sangat-sangat kesian dengan puan saudari.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


NGINAP-SRENGENGE....cawan grup: CUCUNDA FAIZ BERKURSUS <b>DI PORT DICKSON</b>

Posted: 17 Sep 2011 05:56 AM PDT


 Minat cucunda  Faiz sama dengan minat srengenge............berkhidmat dengan Angkatan Tentera.......srengenge selepas lulus Senior Cambridge memohon menjadi kadet tentera , tapi di halang oleh arwah ibu kerana semasa tu komunis masih berjuang di hutan......akhirnya impian ibu hendak anaknya menjadi cikgu tercapai..............selamat  menjalani kursus , moga berjaya.......susah-payah kita harungi Faiz..........tidak ada jalan mudah........tiada comfort-zone.......cuma jiwa yang tenteram mengulek keindahan hidup............jika gundah-gulana,ia cuma datang sekejap2 saja........selepas itu ia berlerai di tiup angin malam
 Bergambar bersama bapanya sebelum berlepas ke Port Dickson............jangan bimbang Pak Berahim , you dulu pun bekas seorang laskar..............susah-senang hidup ni sementara....akhirat kekal abadi
 Potret bersama keluarga : dari kiri Kak Alang,Kak Ngah,Mak Cik Nab (ibu) ,Faiz,Pak Berahim dan Kak Long This is srengenge,
That is Faiz,
You and me minat hidup sebagai manusia biasa..................kita buru kejayaan , demi kejayaan.........tapi srengenge dah ada di penghujungnya............Faiz kena terjah lagi dan lagi............dan satu hari nanti Faiz juga akan menjadi srengenge ...........insyaallah akan berjaya..........tiada ada senang tanpa susah,tiada ada susah bila dah senang.

Doa srengenge untuk cucunda................senyum sokmo





05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Pukul Md Sabu 6 Okt 2011 <b>di Rembau</b>

Posted: 29 Sep 2011 06:12 AM PDT

Siapa Pengkhianat Bangsa? Siapa Perasuah Negara? Ikut secara langsung ceramah dari Tokoh Kontroversi Negara dan Negeri Sembilan bersama Abang Mad (Mohd Sabu), Chegubard selaku Pengerusi SAMM, YB Hj Taufek Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Ustaz Nor Azman Mohamad merupakan Imam Masjid Jamek Ampangan, Seremban yang dipecat.

Mereka semua ini akan berceramah di Parlimen Rembau pada jam 9 malam hari Khamis 6 Oktober 2011 di Parlimen Rembau.

Di mana? Adakah di DUN Paroi, DUN Chembong, DUN Rantau atau DUN Kota?

Ikuti perkembangan terkini ceramah ini di blog Rembau Hari ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Untuk sebarang sumbangan terutamanya pengawal keselamatan tidak bersenjata, kain pembalut luka, ubat cuci luka, ubat tahan sakit, pengusung dan sebarang peralatan perubatan adalah amat-amat dialukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun atas nama PAS Kawasan Rembau,
Bank Islam (Cawangan Seremban), No akaun : 05-012-01-007334-7

Untuk pertanyaan sila hubungi Penolong Ketua Penerangan PAS Rembau, Panglima Nazri di 012-6775537 atau Setiausaha PKR Cabang Rembau, Mahaguru Azizi di 017-6664084.

Ayuh bersama Md Sabu 6 Oktober <b>di Rembau</b>

Posted: 30 Sep 2011 10:37 AM PDT

parti keadilan rakyat rembau memandang serius politik ganas yang dimainkan oleh Umno. Dalam isu serangan dan fitnah terhadap Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, sudahlah beliau diserang menggunakan media arus perdana dan penyelewengan laporan oleh Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau melakukan saman ke atas Utusan Malaysia, tidak cukup dengan itu Umno menyerang beliau secara fizikal juga.

Bermula dengan ugutan untuk yang dihantar kepada anak beliau, membawa kepada kejadian membaling bom botol ke rumahnya hinggalah seraangan ala gangster oleh Umno ke lokasi ceramah beliau di Seremban baru ini menyebabkan sekurang - kurangnya dua orang cedera dibaling batu oleh penyerang yang datang dengan lebih 100 orang.

Ini sememang taktik jahat mereka. Untuk rekod, sebelum ini rumah che'GuBard juga sebelum ini pernah dibaling dengan bom petrol selepas beliau melancarkan buku Disebalik Mesteri Pembunuhan Altantuya di Indonesia dalam satu majlis diskusi di universiti tempatan disana. Dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Di atas ialah antara gambar yang dirakam di malam serangan gangster lebih 100 orang yang mengganas di malam ceramah Hj Mohammad Sabu di Seremban baru - baru ini. Dengan jelas dari gambar tersebut wajah-wajah Pemuda Umno dikenal pasti.

Antara yang dikenal pasti ialah Along MT yang dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini

dan seorang lagi ialah Arafat yang juga dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini. Mereka ini dikenal pasti pimpinan pemuda Umno kerana pernah muncul membuat laporan polis atas nama pemuda Umno.

Mujur malam tersebut para hadirin yang diserang dapat dikawal dari bertindak balas. Lihat klip youtube di malam kejadian klik sini.

Apa pun bagus tindakan pemuda Umno ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka. Sikap politik Samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan.

Parti Keadilan Rakyat Rembau memandang serius permbangan politik ganas yang amat membayahakan ini. Polis digesa bertindak secara profesional.

Dalam perkembangan lanjutan , Parti Keadilan rakyat Rembau berkerjasama dengan PAS Rembau akan mengadakan Ceramah Perdana Isu Semasa yang akan menampilkan Hj Mohammad Sabu, YB Taufek, che'GuBard, Dr. Rosli Yaakop dan Ust Norazman. Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang dimana media perdana sedang mengelirukan rakyat.

Seluruh rakyat dijemput untuk hadir bersama dalam Majlis yang akan diadakan pada 6 Oktober 2011, jam 9.00 malam di Kg. Bintongan Rembau. (Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474)


Kami percaya dan yakin dengan persiapan keselamatan dan sokongan kecekapan PDRM khususnya IPD Rembau sebarang kejadian tidak diingini akan dielakkan. Kami masih percaya Umno Rembau dibawah pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan masih berfikiran waras tidak seperti Umno Seremban yang bertindak diluar ketamadunan norma politik nilai.

Baik Umno atau mana - mana organisasi mewakili Umno seperti Perkasa dijemput untuk hadir dan duduk dengan baik dalam majlis ini. Jika ada perlu sebarang dialog atau pertanyaan untuk penjelasan ia boleh dilakukan dengan lebih bijaksana.

Kenyataan Media ;
Norazizi A.Aziz
Setiausaha
PKR Rembau
1 Oktober 2011
email: az_zieziepkr@yahoo.com

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Politeknik <b>Nilai</b> (<b>Nilai</b> Polytechnic) in <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 12:00 AM PDT

Home » Polytechnic in Negeri Sembilan

This is the contact details and location map of Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan from Official Malaysia Government Polytechnic Education Department website.

Location Map of Politeknik Nilai (Nilai Polytechnic)

2.769939

101.763159

Contact Details of Politeknik Nilai (Nilai Polytechnic)

Politeknik Nilai
Kompleks Perniagaan Kuarters Klia,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tel: 06-7911 280
Fax: 06-7911 269

Email: -
Website: www.polinilai.edu.my

Source: http://politeknik.gov.my/webjpp2/index.php?pg=&sub=peta

Related information:

  1. Politeknik Port Dickson (Port Dickson Polytechnic) in Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
  2. Nilai University College (Nilai UC) in Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  3. Nilai International School in Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  4. List of INTERNATIONAL SCHOOLS in NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA
  5. INTI International University (INTI IU) in Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Finding difficulties in getting your dream job? Then you should try JobsFinder!

You didn't find what you are looking for? Then try MalaysiaCentral.com Google search below:

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


S.T.O.R.Y. & T.A.L.E.: satu malam <b>di Linggi</b>, Melaka

Posted: 26 Sep 2011 03:30 AM PDT


dan juga salam 28th Syawal 1432H..pejam celik pejam celik, dah nak hujung syawal da kan..kejap sangat masa berjalan..konfom banyak jugak open-open house atau pun jamuan raya yang korang dah attend..takpe..makan-makan jugak, tapi jangan sampai over makan tau..nanti diri sendiri yang sakit..

okay..macam biasa..perangai lama dah datang balik..cerita yang berkurun lepas terjadi..baru hari ini dan nak cerita kat belog picisan ini..hehehe..biasala..lagi-lagi dah pakai kamera orang kan..pastu banyak pulak pic nya..sampai berpusing-pusing mata mencari mana pic yang paling bagus..tapi takpe..cerita ini masih berlaku di bulan September..so, belum masuk tahap berkurap la kan..

10hb September yang lepas, alhamdulillah..lepas juga pelan kami nak jalankan Hari Keluarga BKP ini..more kepada rancangan mereka la..saya tak terlibat sangat..tapi Cik Nadaya, CC Mail, En Aziz antara yang sibuk..terima kasih banyak-banyak sangat..seronok sangat-sangat..

walaupun saya tak berteman si dia..tapi saya bersama mereka yang lain..it was hell fun !!

hari pertama - 10/09/2011
sampai-sampai..semua famili check-in mengikut bilik yang telah ditetapkan..pukul 5, mula acara..





selesai acara kanak-kanak petang itu..di sambung dengan acara santai keluarga..

di sebelah malam pula..sesi untuk memenuhkan perut yang berbunyi-bunyi dari siang tadi..

macam biasa..mesti kita nak cari mana yang bertuah kan..
seterusnya sesi karaoke ...


hari terakhir - 11/09/2011

pagi dimulakan dengan senaman ringkas dan juga tarian poco-poco..
kemudian, acara sukan untuk dewasa pula..






 dan tak lupa..mesti la gambar tuan tanah kan..tak nak tayang gambar orang lain pulak kan..sila tengok di gambar..kami siap snap depan banner chalet lagi..jadi mana-mana yang macam jeles tengok kami bercanda ni, dan terasa nak join gak tempat ni..boleh la..singgah ke sini..tak mahal pun harga dia..affordable..dan selesa..

rajin nak tengok website tempat ini..??boleh tekan sini k ; KM Chalet

ok bai..jumpa lagi   ^  ^
terima kasih sudi singgah dan baca ;

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 14 Sep 2011 12:00 AM PDT

JAMUAN IDIL FITRI MTD SERI MENANTI
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Mujahidah, Bt 16, Kg Terachi, Jln Seremban-K.Pilah ( sebelah SK Terachi)
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Tn Hj Mohamad Taufek

Sabtu, 1 Oktober 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Hoi SPR... macamana ni , rupa-rupanya <b>di</b> Malaysia <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 02:19 AM PDT

Pengundi pos suami isteri 'sama jantina'

6 September 2011

KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.
'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.
Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.
"Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja.
Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera.
"Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat.
"Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan.
"Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya.
Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput.
Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi.
"Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke.
Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010.
"Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya.

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Hanipa Maidin 7 Okt 2011 <b>di Lenggeng</b>, N <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 02:00 PM PDT

Oleh: amkns

"CERAMAH PERDANA

Tarikh : 7 Okt 2011, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Kampung Daching Hilir, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Pn Zaiton berhampiran Bandar Akademia).

Penceramah :

Sdr Hanipa Maidin , Peguam

YB Chang Lih Kang , Adun Teja (PKR)

Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat

"

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Penyu &#39;rebah&#39; <b>di Paroi</b> – Selangor sekadar seri « Bola Sepak Malaysia

Posted: 13 Sep 2011 05:59 PM PDT

Negeri Sembilan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia apabila mengatasi Terengganu 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Negeri Sembilan terpaksa menunggu minit ke-64 untuk mencipta jaringan apabila Shahurain Abu Samah yang dapat melepasi benteng pertahanan lawan,  menolak masuk bola ke dalam gawang Terengganu.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, pasukan PKNS Selangor turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Dalam saingan Kumpulan A, Perak mengutip tiga mata penuh dalam saingan kumpulan yang sama, Perak mengalahkan Kedah 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Pasukan Perak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15 hasil jaringan Mohd Syafiq Jamal diikuti Mohd Failee Mohd Ghazali pada minit ke-36 manakala gol tunggal Kedah disumbangkan oleh Mohd Khyrill Muhymeen (min-34).

Manakala, Sabah mengekalkan kedudukan teratas kumpulan apabila mengalahkanJohor 3-1 di Stadium Likas, Sabah.

Gol Sabah dihasilkan menerusi Radzi Mohd Hussin seawal minit kesembilan dan dua gol hasil Zainizam Marjan pada minit ke-35 dan 54, manakala gol saguhati Johor dijaringkan oleh Mohd Azuwad Mohd Arip pada minit ke-20.

Dalam saingan Kumpulan C, Johor FC menang tipis 1-0 kepada Sarawak hasil sepakan penalti, Eddy Helmi Abd Manan pada minit ke-48, di Stadium Negeri, Kuching.

Johor FC memperoleh tendangan penalti apabila Mohd Ridwuan Ma'On dijatuhkan oleh pemain pertahan Sarawak, Chun Kheng Hong dalam kawasan kotak penalti.

Dalam saingan Kumpulan D, pasukan kelab T-Team menjaringkan dua gol pada setiap babak untuk mengatasi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol T-Team tersebut dijaringkan oleh Zairo Anuar Zailani pada minit ke-43, Nor Fazly Alias (min-45), Mohd Fitri Omar (min-65) dan Nor Farhan Muhamad (min-78).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Kuala Lumpur mengekalkan kedudukan tangga teratas kumpulan apabila seri tanpa jaringan dengan Selangor di Stadium Selayang.

Info Terkini BolaSepak Malaysia

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


JJCM Bersama Serina Redzuan <b>di</b>~Ayam Golek Dara,<b>Nilai</b>,<b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 06:47 AM PDT

 Golek kiri golek kanan 
Nak separuh boleh,seekor boleh.Nak semua?Meletup kang perut!
Hah meh sini nak cerita lokasi JJCM bersama Serina.Dia dan krew JJCM datang sini pada tahun lepas,hari yang sama diorang pergi Ice Room Nilai.Tempat ni memang femes nak2 lagi masa bulan Ramadan,terbayang-bayang Ayam Golek Dara tiap kali cari idea,nak berbuka beli apa.
Diorang datang pada 23/2/2010
Apa yang ada di sini hinggakan JJCM pun singgah?
Sudah tentulah Ayam Golek Dara yang sedap sekali.Terasa perapan bawang2,halia,serai,madu dan lain2 lagilah
Kuah cecah yang membangkitkan selera
Semua pelanggan cukup suka makan ayam dengan nasi lemak.
Suka sambal ikan bilis ni sedap,banyak bawang dan hish sukalah!
Di sini ada juga Sate Negeri,tapi hari ni kitorang nak layan ayam je nyummm....nyum.....
Taraaaa......inilah kedainya!
Terletak di tepi jalan Nilai-Seremban.Selalu penduduk di Nilai/Salak Tinggi nak pergi Seremban/Seremban 2,suka ikut jalan lama.Mesti akan lalu kedai ni.
Brother ni sibuk betul hari ni.Pelanggan datang tanpa henti.Ada juga yang tempah sedari awal untuk majlis kenduri sebanyak 25 ekor.Tu takpe lagi,kite baca kat satu board tempat catit 'booking',ada yang dari KL order 120 ekor untuk kenduri tahlil.
Ramai yang balik kerja terus singgah makan di sini.Meja hujung tu betul2 1 Malaysia,bos diorang cina,staff dia melayu dan india pun ada.Meja banyak,tempat makan luas,parking ada kat dalam tapi terhad.Ada yang suka parking kat luar kalau setakat nak 'take away'.
Ni beratur bagi yang nak 'take away'.Bagi yang nak makan kat sini,korang tunggu je nanti pekerja datang ambil order.

Ni peta di business card yang kite ambil.Kot sesat korang tanya jelah penduduk area sini.Tak pun telefon jelah no yang tertera di;
Klik untuk tumbesaran sihat
Kedai ini beroperasi dari pukul 5.30 petang sebaik sahaja ayam berjaya digolekkan dengan jayanya.Pada bulan Ramadan pula,ia dibuka seawal 4.30 petang.Apalagi jom support produk tempatan dan berbuka puasa dengan AYAM GOLEK DARA~Nilai.Jumpa lagi di lain entri.Assalammualaikum.......

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Orang <b>Jelebu</b> tertipu dengan <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 08:35 PM PDT

Jelebu, Sinar Harian 29 Sep 2011 - Penduduk Kampung Putra, di sini meminta pihak bertanggungjawab menunaikan janji untuk melengkapkan sistem jalur lebar di kampung berkenaan. Mereka mendakwa, pemasangan jalur lebar di kampung berkenaan adalah sepertimana dijanjikan kerajaan sebelum ini sempena penyampaian netbook 1Malaysia.

Penduduk, Sabtu Sadang berkata, penduduk kampung berkenaan dijanjikan pemasangan jalur lebar berkenaan pada Julai lalu.

MENURUTNYA, DISEBABKAN MASALAH ITU, PENDUDUK DI KAMPUNG BERKENAAN MENGALAMI KERUGIAN KERANA TERPAKSA MEMBAYAR BIL STREAMYX SEBANYAK RM25 SEBULAN, BAGAIMANAPUN TIDAK DAPAT MELAYARI INTERNET.

SELAIN ITU, SHAHRUL NIZAM BERKATA, PERKHIDMATAN TALIAN TETAP TELEFON JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DI KAMPUNG BERKENAAN.

(Usahkan jalur lebar, bekalan air pun ada orang Jelebu masih guna pam tangan, tak percaya? Tengok sini http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/tok-rais-tak-pandang-pun-jelebu.html )

"Semasa itu, saya menghadiri majlis penyampaian netbook 1Malaysia di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chennah. Ahli Parlimen Jelebu ada berkata kepada saya bahawa jalur lebar akan dipasang di Kampung Putra pada Ogos tahun ini.

"Namun sehingga kini, perkara itu tidak menjadi kenyataan. Saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada beliau dan pembantunya, namun tiada jawapan," katanya.

Sabtu berkata, seramai 25 orang pelajar di kampung berkenaan sudah menerima bantuan netbook 1Malaysia.

"NAMUN, NETBOOK ITU TIDAK MEMBERI MANFAAT SEPENUHNYA KERANA PELAJAR TIDAK DAPAT MELAYARI INTERNET KERANA TIADA KEMUDAHAN JALUR LEBAR DI KAMPUNG INI," KATANYA KEPADA SINAR HARIAN DI SINI.

Berikutan itu, dia berharap kemudahan jalur lebar disediakan secepat mungkin di kampung berkenaan bagi mengelakkan penduduk menanggung kerugian dengan membayar bil setiap bulan.

Sementara itu, anak Sabtu, Shahrul Nizam, 18, berkata, adiknya juga tidak dapat memanfaatkan netbook 1Malaysia yang diterima kerana tidak boleh melayari internet.

"Kami terpaksa menumpang di Kampung Sawah kerana kampung berkenaan ada kemudahan jalur lebar.

"Namun sejak kebelakangan ini, kami tidak lagi ke Kampung Sawah kerana kemudahan jalur lebarnya sudah dihentikan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9575400.asp

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Prosedur bayaran kaunter <b>Gemas</b>

Posted: 08 Sep 2011 12:00 AM PDT

Prosedur bayaran kaunter Gemas
Aduan Rakyat Online – 8 Ogos 2011

Perkara yang ingin di ajukan adalah, masa penutupan perkhidmatan bayaran kompaun tempat letak kereta majlis daerah tampin di kaunter bayaran pejabat daerah dan tanah kecil wilayah gemas.

Untuk makluman,saya telah dikompaun di tempat letak kereta pasaraya giant tampin pada pukul 2.15 petang,petak 45 bertarikh 8.8.2011. Saya mengaku telah melakukan kesilapan memandangkan saya tidak mengetahui prosedur di tempat letak kereta berkenaan.

memandangkan saya mempunyai urusan rasmi di gemas,saya mengambil keputusan untuk membuat pembayaran di daerah gemas dan juga atas saranan saudara saya yang secara kebetulan mengetahui prosedure di jabatan daerah gemas.

Yang menjadi kemusykilan saya adalah,selaku penjawat awam saya juga mengetahui masa pembayaran dimana-mana jabatan kerajaan boleh dikatakan sama.

Selain itu diresit kompaun juga tertera pembayaran boleh dibuat di pejabat wilayah kecil daerah gemas bermula jam 8.00 pagi hingga 1 petang,manakala pukul 2 sehingga 4.30 petang.

akan tetapi setibanya saya di pejabat berkenaan saya dimaklumkan oleh petugas berkaitan:lelaki melayu dan india, kaunter sudah ditutup sedangkan baru pukul 3.15 petang.

terlalu awal bg organisasi kerajaan untuk menutup kutipan hasilnya.adakah kesilapan mencetak di resit ataupun kesilapan saya yang tidak mengetahui prosedur organisasi berkenaan.

Aduan telah dilakukan serta merta ke pejabat daerah tampin melalui telefon 064411601.

jawapan disana amat mengecewakan seolah-olah mempertikaikan kesahihan aduan saya dan meminta saya pergi semula ke kauter daerah gemas untuk melakukan pembayaran.

walaupun begitu kerana kesuntukan masa untuk pulang segera ke seremban,saya tidak dapat berbuat sedemikian.ketika kejadian seorang lelaki melayu dan india,manakala petugas wanita bertudung mengira hasil.

Disini saya bukan ingin mencari kesilapan sesiapa,tetapi dengan terjadinya kejadian sebegini,kekesalan wujud dihati saya.diharapkan penjelasan yang sebenarnya dpat diberikan supaya tidak akan wujud permasalahn yang sama kemudian hari yang akan menjejaskan prestasi atau pandangan masyarakat terhadap penjawat awam.sekian terima kasih.

penjawat awam kesal @ seremban.
By: mohd khusairi
http://www.aduanrakyat.com.my/prosedur-bayaran-kaunter-gemas

Jumaat, 30 September 2011

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Perkongsian A2G2 <b>di</b> Hospital <b>Tampin</b>

Posted: 29 Sep 2011 04:58 PM PDT

Tampin, 24 Sep 2011 - Peserta misi Aqsa2Gaza2, A. Khalil Khamis telah diberi peluang untuk membuat sedikit perkongsian di Hospital Tampin , berkenaan misi bantuan ke Gaza pada Sabtu lepas, 24 September sempena sambutan Eidul Fitri anjuran Pantai Medivest Sdn Bhd.

Seramai lebih kurang 60 orang hadirin telah bersama-sama memeriahkan majlis ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hospital Tampin, Dr. Siti Faridah yang sentiasa peka tentang isu Palestin.

Beliau sempat memberi komen ketika ditunjukkan gambar sebuah keluarga Palestin yang besar, "…ramainya anak-anak orang Palestin ni. Alhamdulillah… ini suatu anugerah daripada Allah!"

A. Khalil, yang juga Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Hulu Selangor, sempat memaparkan video ibu dan anak para syuhada', dan ternyata video tersebut telah memberi impak mendalam pada para hadirin.

Selepas tamat perkongsian, A. Khalil telah menghadiahkan 13 buah Tabung Kasih Palestin kepada Dr. Siti untuk diletakkan di setiap bahagian dan wad hospital tersebut.

Semoga Allah membuka hati-hati para dermawan dan terus berdoa untuk kemenangan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa.

ads