05 di tampin - Google Blog Search |
Perkongsian A2G2 <b>di</b> Hospital <b>Tampin</b> Posted: 29 Sep 2011 04:58 PM PDT Tampin, 24 Sep 2011 - Peserta misi Aqsa2Gaza2, A. Khalil Khamis telah diberi peluang untuk membuat sedikit perkongsian di Hospital Tampin , berkenaan misi bantuan ke Gaza pada Sabtu lepas, 24 September sempena sambutan Eidul Fitri anjuran Pantai Medivest Sdn Bhd. Seramai lebih kurang 60 orang hadirin telah bersama-sama memeriahkan majlis ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hospital Tampin, Dr. Siti Faridah yang sentiasa peka tentang isu Palestin. Beliau sempat memberi komen ketika ditunjukkan gambar sebuah keluarga Palestin yang besar, "…ramainya anak-anak orang Palestin ni. Alhamdulillah… ini suatu anugerah daripada Allah!" A. Khalil, yang juga Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Hulu Selangor, sempat memaparkan video ibu dan anak para syuhada', dan ternyata video tersebut telah memberi impak mendalam pada para hadirin. Selepas tamat perkongsian, A. Khalil telah menghadiahkan 13 buah Tabung Kasih Palestin kepada Dr. Siti untuk diletakkan di setiap bahagian dan wad hospital tersebut. Semoga Allah membuka hati-hati para dermawan dan terus berdoa untuk kemenangan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa. |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan