Ahad, 31 Mac 2013

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Nelayan <b>Teluk Kemang di</b> serang todak | Bicara Santai

Posted: 23 Feb 2013 04:02 PM PST

Masih ingatkah kita kepada kisah Hang Nadim dan Temasik diserang todak? Nampaknya ikan todak ini masih berdendam hingga kini. Dulu mereka menyerang Singapura tapi tertewas kerana kebijaksanaan Hang Nadim yang ketika itu masih seorang budak.

Terbaru, ikan todak dilaporkan telah menyerang seorang nelayan di Teluk Kemang, sebuah pantai yang popular di Port Dickson.


Replika Ikan Todak

Menurut mangsa "Tiba-tiba saya nampak kelibat ikan todak 'terbang' dan terus menusuk perut sebelah kiri dan hampir mengenai pusat. Saya rasa macam kena tumbuk dan terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas.

"Ikan todak lebih satu meter itu kemudian melompat ke laut. Saya ketika itu memakai dua lapis baju belum berasa sakit, sebelum darah mengalir membasahi baju dipakai" tambahnya lagi.

"Mungkin ikan todak ini dendam dengan saya kerana bapa tiri saya pun orang panggil 'Hashim Todak' kerana zaman mudanya suka memburu ikan todak untuk dimakan setiap kali turun ke laut," kata nelayan Telok Kemang, Abu Bakar Bachik, 57, yang cedera ditusuk ikan todak di bahagian perut ketika menjaring ikan berhampiran sebuah resort di Batu 7 di sini, awal pagi Isnin lalu. (HMetro.com)


Inilah kesan ditusuk todak pada perut Abu Bakar Bachik

Begitulah nasih seorang nelayan, demi mencari rezeki yang halal, mereka sanggup mengharungi badai dilautan termasuk risiko diserang todak dan lanun.

Kerana usaha mereka kita di daratan dapat makan ikan. Jadi janganlah berkira sangat bila nak beli ikan dari mereka ye. Yang jadi masalah ialah sikap orang tengah yang menyebabkan harga ikan melambung tinggi…kesian pak nelayan. Kepada pihak berwajib, keluarkanlah idea yang inovatif bagi menyelesaikan masalah ini dan pada masa sama nasib nelayan menjadi lebih terbela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

Jalan-jalan <b>di Teluk Kemang</b> dan Port Dickson - JumieSamsudin.Com

Posted: 25 Jan 2013 04:00 PM PST

Hello u olls,

Tempoh hari sebelum we olls pulang ke Tangkak,  Johor akak dan En.  Khafi singgah di Port Dickson.  Rancang nak datang dua hari awal,  boleh mandi mandi laut dan makan seafood apa bagai.  Tapi kisahnya akak demam tak berbau.  OHHHH tak pasal-pasal a night before bertolak ke PD akak demam panas teruk.  So kami terpaksa tangguhkan satu hari perjalanan kami.

Tiba di Port Diskson,  kami terus ke rumah adik lelaki En.  Khafi dan isterinya yang terletak di Lukud.  Adik En.  Khafi kerja sebagai polis bantuan kat ladang kelapa sawit Sime Darby.  Sooooooooooooooo amatlah dekat u olls.

Ini adalah beberapa keping gambar yang akak ambil ketika berjalan-jalanrinda di PD.  Insya Allah,  lepas ni ada rezeki we olls nak datang lagi.  Ada banyak tempat-tempat menarik kat PD and buat macam-macam aktiviti lain.  Boleh baca kat sini  :  Tempat-Tempat Menarik di Port Dickson.   Sebab kali ni,  akak demam........

Tapi...tengoklah gambar-gambar akak...WALAUPUN!!

Pantai menuju ke Jeti Pulau Cahaya.

Jeti ke Pulau Cahaya dari tepi.
Insyallah,  akak akan datang lagi!

Keputusan sukar <b>di Teluk Kemang</b> bagi kedua-dua <b>...</b> - Dialog Rakyat

Posted: 26 Mar 2013 04:44 PM PDT

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

PORT DICKSON — Dikala rakyat Malaysia tercungap-cungap menantikan perdana menteri mengumumkan senarai calon akhirnya dan mengadakan pilihan raya, penduduk Teluk Kemang lain pula ceritanya.

Tidak seperti kawasan lain dimana penduduk lebih kurang tahu siapa bakal calon mereka, tetapi di kawasan ini, ianya masih lagi menjadi tanda tanya.

Di pihak Barisan Nasional (BN) kelihatan terdapat tiga calon berpotensi.
Pertama, bekas ahli parlimen Teluk Kemang yang menetap di Port Dickson, Datuk S Sothinathan — tewas pada Pilihan Raya 2008 kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas dari PKR. Walaupun tewas, Sothinathan terus berkhidmat di kawasan tersebut sepanjang lima tahun lalu.

Apabila bertemu semasa wawancara di Port Dickson, Sothinathan mengatakan: "Saya tidak pernah menutup pejabat walaupun selepas kalah kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat.

"Menang atau kalah adalah sebahagian daripada permainan tetapi saya percaya dengan menetap di sini menyebabkan saya mendapatkan sokongan daripada rakyat, Anda perlu melakukan pengorbanan untuk mempunyai kelebihan berbanding orang lain."

Beliau yang juga seorang peguam mula dikenali apabila digantung daripada bercakap di Parlimen kerana menentang percubaan kerajaan untuk tidak mengiktiraf ijazah dari Ukraine Crimea State Medical University di mana ramai pelajar India sedang belajar.

Disebalik rekod perkhidmatan dan popular dikalangan masyarakat India, laporan media mencadangkan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sebaliknya akan meletakkan sekutunya dan setiausaha agung parti Datuk S Murugesan untuk bertanding di kerusi tradisi parti itu.

Dalam wawancara melalui telefon, Murugesan yang kalah tpada 2008 apabila beliau bertanding di kerusi parlimen Subang enggan memberikan komen tentang kemungkinan beliau dicalonkan di Teluk Kemang. Walau bagaimanapun, beliau pernah dipetik berkata "belum turun ke padang" di kawasan itu kerana masih belum dijadikan calon.

Oleh kerana pergeseran dalam parti, Sothinathan mengatakan beliau mengharapkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilihnya sebagai calon walaupun MIC mungkin tidak bersetuju.

Jadi, keputusan akhir tentang siapa BN bakal pilih di Teluk Kemang masih lagi misteri dengan sumber dalaman menjangkakan Najib akan memilih bekas menteri besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk merampas semula kerusi parlimen tersebut dari PKR.

Kemungkinan ini tidak boleh ditolak selepas tinjauan di Chuah, Lukut, Port Dickson dan Linggi, keempat-empat kerusi DUN bersama Bagan Pinang membentuk kerusi parlimen Teluk Kemang, menunjukkan pengerusi FELDA yang satu ketika pernah digantung oleh Umno kerana politik wang telah mula mengadakan majlis bertemu rakyat di luar kawasan Bagan Pinang.

Isa adalah pilihan popular di Teluk Kemang terutamanya di kalangan masyarakat Melayu yang mengenang jasanya bekas menteri besar itu kerana membawa pembangunan di kawasan tersebut. Salah satu sebab mengapa Sothinathan mungkin kalah pada 2008 adalah undi protes dari Umno kerana tidak meletakkan Isa sebagai calon.

Seorang penduduk Port Dickson memberitahu kami Isa telah menganjurkan banyak acara sejak beberapa minggu kebelakangan ini dimana ramai hadir dan beratur panjang untuk pemberian tunai.

Mengenai siapa yang bakal diletakkan oleh pembangkang, jawapannya juga tidak mudah. Menurut penduduk yang ditemui, Datuk Kamarul Baharin jarang dilihat di kawasan ini. Ramai yang tidak mengetahui namanya apabila mengecam wajahnya.

Dalam wawancara bersama Kamarul, beliau mengatakan: "Sukar untuk melakukan banyak perkara kerana Negeri Sembilan bukanlah negeri Pakatan. Kerajaan negeri mengawal peruntukkan dan projek jika kita hantar kertas cadangan selalunya tidak diluluskan."

Jika sekutu rapat dan bekas rakan sekelas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dipilih menjadi calon sekali lagi, jalan sukar bakal ditempuhi untuk menang seperti semasa Tsunami politik 2008.

Walau bagaimanapun, PKR mungkin meletakkan jeneral bersara untuk memenangi 8,000 undi tentera di Teluk Kemang, kumpulan yang tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada 2008. Dengan markas operasi utama yang terletak tidak jauh dari kem tentera, PKR kelihatan mempunyai strategi baik untuk memenangi hati tentera di Teluk Kemang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini PKR secara aktif merekrut bekas pemimpin tertinggi tentera. Ianya termasuk Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dari Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga bekas rakan sekelas Anwar di MCKK.

Abdul Hadi secara khususnya telah berceramah di Teluk Kemang sebagai percubaan PKR untuk mendidik dan membangkitkan kesedaran di kalangan tentera. Beliau berkemungkinan besar menjadi calon.

Dengan pelbagai parti dan calon mahu menang di kerusi ini, persoalan yang timbul adalah — apa yang penduduk seramai 70,000 orang di Teluk Kemang mahukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads