05 di tampin - Google Blog Search |
- Kita hidup 2x...: Belajar Mengaji Teknik Al-Baghdadi <b>di Tampin</b>
- SRI SAADONG BATIK: Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup <b>di Tampin</b>
- Pembunuhan Paling Kejam 4 Beranak <b>Di Tampin</b> Gemencheh <b>...</b>
Kita hidup 2x...: Belajar Mengaji Teknik Al-Baghdadi <b>di Tampin</b> Posted: 26 Feb 2013 05:15 PM PST Bismillahirrahmanirrahim. Kepada pembaca2 blog Kitahidup2x yang berada di Tampin atau berdekatan dengannya yang berminat untuk belajar mengaji samada untuk diri sendiri atau anak2 dengan teknik al-baghdadi, anda boleh menghubungi Pn Hazlina di talian 019-2507884. Kelas akan diadakan seminggu sekali selama 2 jam. 12 kelas diperuntukkan untuk pra-tahmid dan 12 kelas untuk tajwid. Latih tubi melebihi 100 kali. Teknik yang ternyata berkesan dan sesuai untuk semua peringkat umur. p/s: berhasrat untuk menghantar anak berusia 4 tahun di ALC juga. |
SRI SAADONG BATIK: Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup <b>di Tampin</b> Posted: 27 Feb 2013 07:28 AM PST Seorang perempuan ditahan polis kerana disyaki membuang dan menanam seorang bayi lelaki di Tampin tidak lama selepas bayi dilahirkan. STATUS kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini. Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sejurus menerima laporan daripada HM, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Azmi Abdul Salam bergegas ke hospital itu untuk menahan wanita berkenaan. "Selepas disoal siasat, suspek membawa anggota polis ke tempat mayat bayinya ditanam di kawasan semak di Jalan Batu Belang. Bayi itu dipercayai ditanam pada sebelah petang. "Polis mengambil masa hampir setengah jam untuk menggali dan mengeluarkan mayat bayi lelaki yang sudah reput dan berkecai itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurut beliau, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tampin sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Kata Wooi, suspek dari Taman Indah, dekat sini, direman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali," katanya. Menurutnya, bayi itu dipercayai dilahirkan pada 22 November dan suspek kini dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221/ 06-4411222 bagi membantu siasatan. P/S: Anak itu merupakan amanah Allah kepada kita. Membunuh bayi yang telah dilahirkan adalah satu tindakan yang sangat kejam dan melampaui batas. Sedangkan binatang pun boleh sayangkan anak, kenapa tidak si ibu? Suami juga perlu memainkan peranan yang penting, kalau dah tahu isteri mengandung, tak usah buat perkara "pelik-pelik". Bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka, hanya akan tertutup apabila nyawa sudah melayang. |
Pembunuhan Paling Kejam 4 Beranak <b>Di Tampin</b> Gemencheh <b>...</b> Posted: 12 Feb 2013 08:10 PM PST Pembunuhan Paling Kejam 4 Beranak Di Tampin Gemencheh - Gambar Ngeri | TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala. "Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi. Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu. Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan. Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera. Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat. Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam. Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.
Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan. "Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu," katanya. Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter. Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer. 5 Jan – Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan